Minda Hijrah Headline Animator

Monday, April 4, 2011

Dr. Mahathir gembira memoirnya dapat sambutan

KUALA LUMPUR 4 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan rasa gembira dengan sambutan yang amat menggalakkan yang diterima oleh buku memoirnya yang bertajuk A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana 25,000 naskah sudahpun terjual dalam minggu pertama pelancarannya.

"Saya tidak sangka orang ramai suka membaca buku itu, kerana paparan saya dalam buku itu agak ”kasar” dalam banyak perkara,” katanya semasa berucap pada majlis A Night of Celebration of A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini malam tadi.

Beliau juga mendedahkan bahawa banyak perkara tidak dimuatkan dalam memoir itu kerana beliau merasakan ia tidak sesuai untuk diperkatakan atas sebab-sebab peribadi.

"Saya tidak tahu sekiranya ada antara mereka yang gembira apabila nama mereka dimuatkan dalam memoir itu, tapi saya pasti jika saya perkatakan sesuatu yang kasar, mereka tidak akan suka mendengarnya,” katanya.

Bagaimanapun katanya beliau gembira mendapat tahu yang buku itu laris di pasaran.

"Diharapkan orang ramai tidak gunakan buku ini untuk dijadikan sebagai ”hadiah” semata-mata, kerana ia juga perlu dibaca dan diambil iktibar,” katanya.

Sementara itu syarikat penerbit buku itu, MPH Group Publishing, merancang untuk menterjemah memoir tersebut ke dalam versi Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk mencapai sasaran pembaca yang lebih luas.

Pengurus Besarnya, Ivy Tan berkata, versi Mandarin akan mula dijual pada bulan Ogos manakala versi Bahasa Malaysia dijangka hujung tahun.

Beliau berkata kira-kira 40,000 naskah sudah terjual sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lepas sehingga kini.

"Cetakan kedua 25,000 naskah akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi, namun ia akan melalui sedikit perubahan dari segi foto dan kandungan fakta,” tambahnya. - Bernama

4 comments:

  1. it good for new generation how struggle our Pm.

    ReplyDelete
  2. Please lah, you should only be proud of your writings if it generate mind growth in the readers but it invites spite, hatred and anger, you should be contemplating suicide. I believe the first person to have bought your book would have been TRH as he would have prepared his rebuttal long before you finished your book

    ReplyDelete
  3. belum sempat membeli..., feed back from my fren it's good for all generation.

    ReplyDelete