Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 25, 2011

Video Seks - Pengakuan Blogger yang dijemput menonton bersama Datuk T

Selepas YB Sg Petani, Johari Abdul dan CheguBard membuat pengakuan terbuka bahawa mereka telah dijemput untuk melihat tayangan perdana rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Kini seorang BLOGGER membuat pengakuan secara terbuka melalui entri terbaru beliau 'PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR'

Setakat ini hanya seorang BLOGGER sahaja membuat pengakuan terbuka dijemput oleh kumpulan Datuk T di Hotel Shangri-La pada 21 Mac 2011 dan menonton rakaman video aksi panas bersama TS Rahim Tamby Chik dan Shazryl Eskay Abdullah 

Belum ada kepastian siapa BLOGGER yang turut dipanggil lagi.  

Untuk artikel penuh sila klik sini

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.
Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard.

3 comments:

  1. Bro jgn takut bro...
    Paparkan apa yg bro dah tontonkan.. supaya ramai lagi tak kena tipu dgn ai juburi ni yang mmg dah banyak sgt tipu, bohong dan menabur fitnah dlm dan luar malaysia..

    ReplyDelete
  2. Bila saiful membuat sumpah laknat,maka kebenaran akan terserlah pada orang yang benar dan bala menimpa pada orang yang bersalah.

    ReplyDelete
  3. So anuar mohd nor, bila nak bagi tahu apa yang berlaku dan sama ada ia benar atau tidak. Bro sorang aje dari kalangan Jo Abdul dan Badrul yang dari Umno. Kay betul ke.....

    ReplyDelete