Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 9, 2011

Memoir Dr. M dapat sambutan hangat


Orang ramai berbaris panjang mendapatkan tandatangan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sesi autograf selepas majlis pelancaran buku A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, semalam.

Nantikan susulan berita tentang Majlis pelancaran Buku Jingga Anwar Ibrahim. 
Adakah sambutannya sehebat ini ? 

RockY-MY -

KUALA LUMPUR 8 Mac - Buku memoir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad dilancarkan pada satu majlis di East Atrium Concourse, Mid Valley Megamall di sini hari ini.

Buku terbitan MPH Group Publishing Sdn. Bhd. setebal 800 halaman dan berharga RM100 senaskhah tersebut akan membawa pembaca menyusuri perjalanan hidup bekas
Perdana Menteri itu yang hanya diketahui segelintir orang luar selain anggota keluarganya.

Dr. Mahathir berkata, buku tersebut merupakan memoir dan
pengalaman hidupnya selama 85 tahun, mengisahkan mengenai pelbagai perkara yang boleh dijadikan panduan dan perlu dielakkan oleh semua orang dalam kehidupan mereka.

"Saya mengambil masa selama lapan tahun untuk menulis buku ini. Saya berharap semua orang mengambil iktibar daripada buku tersebut.

"Apa sahaja pandangan yang diberikan selepas membaca buku itu adalah terpulang kepada mereka," katanya pada majlis pelancaran buku tulisannya itu di sini hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Sementara itu, Pengurus Besar MPH, Ivy Tan berkata, buku itu memaparkan sejarah Malaysia yang dilihat daripada kaca mata tokoh yang sentiasa memainkan peranan penting, termasuk dalam menentukan pertumbuhan dan pembangunan negara.

Buku itu juga katanya, memuatkan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri yang disampaikan secara terus terang, spontan dan adakalanya dalam nada jenaka.

Beliau juga berkata, untuk edaran pertama, MPH telah mencetak sebanyak 50,000 naskhah dan ia boleh didapati di kesemua kedai buku dan cawangan MPH Bookstore di seluruh negara.

Menurutnya, lebih 1,000 naskhah telah dijual sejak buku itu mula dipasarkan hari ini.

"Pada majlis perasmian hari ini sahaja, sebanyak 253 naskhah telah dijual," katanya.

Tan dalam pada itu berkata, sebaik dipasarkan, buku itu turut menarik minat orang luar apabila pihaknya menerima tempahan secara dalam talian dari Amerika Syarikat (AS), Indonesia dan juga Singapura. -

4 comments:

  1. CAYA LAH TUN. AKU SENTIASA MENYOKONG PENDAPAT MU. HANYA ORG2 BANGANG DI SEBELAH SANA YG TAK MENGAKUI TUN SEORG PEJUANG. SEBAB MEREKA RASA IRI HATI KRN OTAK MEREKA DUNGU DAN BEBAL.

    HIDUP TUN!!!!
    HIDUP UMNO!!!
    HIDUP PERKASA!!!

    ReplyDelete
  2. aku amat merindui zaman-zaman Tun menjadi PM. Orang Melayu rasa 'confident'.

    dan singapura minum air taik.

    ReplyDelete
  3. Sokong Anon 1234 Biaq depa minum ayaq taik!Menteri la ni byk dah jadi ponen..

    ReplyDelete