Minda Hijrah Headline Animator

Monday, March 7, 2011

Catatan RockY - Kerdau & Merlimau

Keputusan PRK Kerdau dan Merlimau telah diketahui. Namun apa yang paling bagi saya ialah perubahan yang berlaku pada setiap individu yang terlibat sepanjang proses demokrasi ini berlaku. Mulanya tiada kepastian tentang penglibatan saya. Namun begitu, akhirnya dapat juga saya menempatkan diri secara langsung dan tidak langsung di Kerdau dan Merlimau.

KERDAU
Saya berkunjung dan bermalam di Kerdau, pada 26 & 27 Februari 2011 bersama rakan dengan Rumah Selangor menjadi persinggahan untuk berteduh.  Sempat juga menambah kenalan di Rumah Selangor. Sebelum itu, menghadiri ceramah Pusat Operasi BN dan Markas PAS.

Keesokan harinya mengikuti program bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi menyusuri beberapa kampung untuk bertemu penduduk. Betapa indahnya kehidupan di kampung walaupun serba kekurangan berbanding kesibukan ibukota. Dapat juga menikmati masakan kampung dan kuih muih di Kg. Kuala Tekal da Kg. Lipat Kajang.

Catatan penuh perjalanan saya dan rakan-rakan di Kerdau boleh dikuti di Catatan Perjalanan Ke Kerdau - Kampung asal Calon BN Kuala Tekal Bersama DS Zahid Hamidi






MERLIMAU 
Satu sms diterima untuk saya menyahut cabaran untuk berada di Merlimau pada 5 & 6 Mac 2011 bersama rakan seperjuangan walaupun perancangan awalnya saya sepatutnya menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga di Seremban. 

Malam minggunya menghadiri beberapa kempen ceramah oleh BN dan Pakatan Rakyat .

Dan keesokan harinya merayau ke pusat-pusat Mengundi sekitar Merlimau untuk melihat  suasana 'panas' pada hari pengundian.


Sesungguhnyanya PRK Kerdau & Merlimau meninggalkan begitu banyak kenangan, pengalaman dan pengajaran bagi diri saya. Banyak peristiwa yang tidak dirancang telah berlaku sekelip mata. Ianya memberi impak yang lebih baik untuk saya mempercayai kembali nilai persahabatan, semangat dan kenyakinan diri yang dulunya hilang.

Jutaaan terima kasih kepada yang membantu terutamanya UMNO bahagian Ampang dan rakan-rakan seperjuangan.

Syukur kepada Allah. Alhamdullilah

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya


RockY-MY Mohamad
Exco Kelab Chedet
6 Mac 2011

1 comment: