Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 9, 2011

Setelah kegagalan 'Drama King' di AJL, Anwar kini bergelar Penyanyi

Selepas kegagalan lagu Drama King nyanyian Meet Uncle Hussain menjadi Juara Anugerah Juara Lagu 2010, Anwar Ibrahim kini mencuba nasib sendiri men'sumbang'kan satu lagu berjudul 'Teratak'.

Malah Anwar juga mengakui lebih gemar lagu berentak rancak. Lebih - lebih lagi setelah lagu Drama King yang menceritakan kisah perjuangan politik ketua pembangkang ini menjadi popular.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Anwar Ibrahim. Semoga layak ke Final Anugerah Juara Lagu tahun ini bagi menebus kegagalan Meet Uncle Hussain tahun lalu.

Mari bersama kita menghayati lagu Drama King (Anwar Ibrahim).




Anwar Ibrahim Kini Bergelar Penyanyi

.PETALING JAYA, 8 FEBRUARY, 2011: Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pertama kali menyumbangkan suara dalam sebuah lagu berjudul Teratak yang merupakan sebuah projek amal Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dan kumpulannya, d*Crew.
Menurut Anwar, walaupun hanya memainkan peranan kecil dalam projek itu, beliau amat gembira kerana ia merupakan inisiatif untuk menarik minat golongan muda.
“Saya melakukannya sebab Gwo-Burne desak. Saya sangat tidak selesa tetapi cuba berlatih di kamar mandi. Memang saya gemarkan muzik seperti Elvis Presley dan sebagainya, tetapi ini serius.
“Apabila Gwo-Burne bawa saya ke studio, saya mendapati bahagian saya paling susah! Tetapi saya enjoy dan cuba menjiwai lirik sebaik mungkin. Ada sedikit perubahan dibuat agar lebih sesuai dengan saya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran album Teratak di Subang Jaya, Selasa lalu.
Album Teratak merupakan sebuah projek amal bagi mengumpulkan dana membantu meningkatkan prasarana di kawasan penempatan pengundi berpendapatan rendah.
.Sementara itu, Gwo-Burne berkata, apabila pertama kali mendengar suara Anwar, dia hampir menitiskan air mata kerana terharu dengan nyanyian beliau yang bernada sayu.
Katanya, menulis lirik untuk Ketua Pembangkang itu adalah satu cabaran baginya terutama apabila Anwar mengakui lebih gemarkan lagu berentak rancak.
“Idea selalunya datang apabila saya berada dalam keadaan murung, suatu masa dahulu saya meluahkan emosi menerusi lagu. Sekarang, saya menggunakan ‘kelebihan’ itu untuk mendekati masyarakat dengan cara baru,” kata Gwo-Burne yang menyasarkan kutipan RM200,000 hingga RM300,000 untuk jualan amal Teratak.
(sumber berita mstar.com.my)

3 comments:

  1. anwar dah stim dengan penyanyi2 lelaki

    ReplyDelete
  2. haha..lepas baca tajuk tadi ingatkan memain.rupanya btol..apa2 r..

    tolong letakkan link blog perspektifmuda.blogspot.com kat blog ni boleh tak?blog baru gak r.
    tq.

    ReplyDelete
  3. wowwwww ini mcm cerita baru jer rocky..elok gak tu pak sheik try2 nyanyi..kan ke lepas PRU 13 nanti takde keje erkkkk.??? takan pastu nak jd mentor plak..he he mentol mentol mentol

    ReplyDelete