Saya mahu berkongsi rakaman detik bersejarah ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menyambut kepulangan 3 pesawat Hercules C 130 yang menjalankan misi di bumi Mesir.
Alhamdulillah , semalam 11-2-2011 selesai lah OPS PIRAMID yang memindahkan rakyat Malaysia dari Mesir.
Kerajaan komited dengan pemindahan Rakyat Malaysia dari Mesir berikutan situasi keselamatan yang semakin meruncing di Mesir pada akhir Januari 2011.
Semalam juga, Presiden Mesir Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu.
Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.
Ada juga pihak mengatakan kenapa kerajaan Malaysia tergesa gesa untuk membuat pemindahan ini .. konon ,kalau tunggu sikit; kerajaan tidak perlu belanja yang banyak untuk OPS PIRAMID ini .. aiikkkkkkk….macam macam lah pihak pengritik …. PINDAH SALAH , TAK PINDAH SALAH ..dia orang tahu ..COMPLAIN, COMPLAIN ,COMPLAIN
Sebenarnya MAJLIS KESELAMATAN NEGARA(MKN) setelah membuat penilaian keatas situasi di kawasan konflik, telah mengeluarkan arahan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memindahkan warga Malaysia secepat mungkin demi keselamatan Rakyat Malaysia..
Tahniah ATM kerana berjaya melaksanakan OPS PIRAMID ini .. TAHNIAH juga kepada Menteri Pertahanan .
No comments:
Post a Comment