Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 2, 2011

Kelab Chedet - ‘Di Atas Runtuhan Kota Melaka, Kita Dirikan Putrajaya’ -

Pelbagai pihak mengecam tindakan Tun Mahathir ketika cadangan untuk membangun Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya. Bagi mereka ini adalah satu pembaziran.

Malah Presiden PAS ketika itu, Allahyarham Datuk Fadhil Noor mahu melelong Putrajaya jika pembangkang dapat memerintah.

Tapi apa yang berlaku ketika ini? PAS, PKR dan DAP pula tergila-gila mahukan Putrajaya. Lantas, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menjanjikan 16 September ke Putrajaya.

Bak kata rakan blogger RBF, 'Hanya orang gila percaya janji orang gila"


Kupasan Puisi Tun Mahathir ini boleh dibincangkan di laman portal Kelab Chedet

Demikian gema gempita semangat merdeka
Kuasa sudah pada kita
Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata


Kian jauh menyelusuri zaman merdeka
Kita jadi semakin mengerti
Semata-mata kuasa di tangan bukan petanda bangsa berjaya
Kemiskinan, kedaifan, kejahilan dan peluang tersia-sia
Mendamparkan bangsa itu
Pada taman asing yang mereka pertuankan
Yang lain pula menjadi gelojoh
Oleh runtuhan haloba segalanya mereka rempoh
Mengganggap diri mereka panglima belantara
Pada musim kemarau nurani
Embun serta keringat merdeka tidak lagi sudi menitis

Melayu tidak belajar dari sejarah 450 tahun terjajah
Mewarnakan sejarah mereka
Dengan dendang dan hibur hati bangga
Tentang ceritera dongeng yang mereka cipta

Yang remeh itu utama
Yang utama itu remeh
Yang kecil dialamkan
Yang alam dihamakan

Melodi ceritera yang sungguh mengasyikkan
Kata mereka � Takkan Melayu Hilang Di Dunia�
Sambil menggigit jari jemari
Mereka pun menjadi kuli di negaranya sendiri
Lama sudah runtuhnya Kota Melaka

Kita tidak kembalikan kota itu dengan papan di Jawa
Pun tidak kita bina tugu ingatan
Di Prang Besar kita tiada selera berperang
Dengan tangan-tangan halus arkitek anak watan
Dengan iringan doa dari rekahan bibir

Petani di bendang
Nelayan di lautan
Di sini kita bina mercu tanda bangsa

Suatu gergasi megacity
Suatu jaringan yang menjangkau seluruh jagat
Suatu taman himpunan segala bau-bauan jutaan flora
Suatu simbiosis insan dan alam

Kita namakan sempena nama bapa putranegara

Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka
Di mercu ini kita zahirkan senibudaya bangsa
Dengan segala kelazatan muzik alam
Serta hidangan dan hamparan seni taman
Bersih, indah ,tertib ,teratur
Adunan tamadun tinggi
Jumlah segala cita-cita dan harapan
Membongkar segala-gala yang telah hilang
Dan kita tidak payah mengambil nyawa sendiri
Untuk menebus maruah itu

Dari sini kita menyusun langkah dengan yakin
Membina bangsa dengan cara kita
Bangga dengan apa yang ada
Menghadapi cabaran dengan segala ketahanan
Cukup tangkas menangkis dari menjadi korban kali kedua

Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka


Y.A.B. DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
PERDANA MENTERI MALAYSIA
29 Ogos 2001
Sempena Pesta Puisi Patriotik 2001
Di Taman Putra Perdana
Putrajaya

No comments:

Post a Comment