Video PAS doakan Umno Hancur di PRK TENANG – Bukti Menyeleweng Dari Islam
Jelas perbuatan ahli PAS di atas tersasar dari Islam. Islam tidak pernah mendoakan keburukan kepada musuhnya. Islam menyuruh kita doakan hidayah.
Dalam sirah Nabi tidak mendoakan kehancuran walau dipelawa oleh malaikat di Taif selepas baginda dilontar dengan batu hingga cedera.
Nabi juga tidak mendoakan kematian atau bala kepada Saidina Umar ketika kekufuran masih melekat di hatinya…
Nabi doakan penduduk Taif hingga mereka memeluk Islam. Nabi juga doakan Saidina Umar hingga beliau datang mengadap Nabi memeluk Islam.
Bahkan kepada bukan Islam yang tidak menentang Islam pun tidak wajar disakiti hati dan harta benda mereka apatah lagi didoakan keburukan.
Perbuatan Nik Aziz yang mendoakan bala kepada Perdana Menteri telah diikut oleh ahli PAS di atas. Soalnya adakah ada orang nak perbetulkan perkara ini ?
Jika artis seperti Azni Nawawi (klik sini ) pun reti benda seperti ini maka kenapakah Ulama PAS mendiamkan diri menjadi ‘syaitan bisu’ ???
Adakah Nik Aziz tidak layak ditegur ? Adakah beliau maksum ???
Ingatlah Nik Aziz bukan tok guru, gelaran tok guru adalah hasil ‘psy-war’ PAS yang diakui ust Omar Khalid.
Bukan tok guru yang warak dan masin mulut atau bertaraf awliya. Lihat pengakuannya dalam video di bawah.
Al Fatihah untuk beliau yang kini sudah kembali ke rahmatullah.
Baca tulisan orang Pondok Pasir Tumboh (klik sini) di bawah untuk penjelasan haram doa keburukan kepada orang lain.
Harap tulisan baik ini disebarkan.
DOA adalah cabang ibadah yang penting dalam Islam dan melambangkan sikap kehambaan terhadap Allah.
Biasanya kita hanya memanjatkan doa memohon sesuatu hajat tatkala berhadapan dengan permasalahan hidup.
Berdoa sebenarnya adalah satu rutin yang seharusnya dijadikan acara wajib dalam diri setiap mukmin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Doa itu adalah otaknya ibadah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Kenyataan Rasulullah SAW ini merujuk hakikat doa sebagai ibadah yang jelas memperlihatkan unsur perhambaan kepada Allah.
Ada satu kehebatan dalam ibadah berdoa itu ialah bagaimana Islam menganjurkan umatnya sentiasa berdoa untuk orang lain. Ini bermakna doa tidak terhad kepada diri sendiri dan ahli keluarga kerana Islam melebarkan anjuran berdoa untuk kebaikan semua.
Apabila kita berdoa untuk orang lain, doa akan diaminkan oleh malaikat dan sangat mustajab dikabulkan seperti doa untuk kedua ibu bapa, teman, guru dan saudara muslim lain yang berada jauh dari kita.
Mereka tidak tahu pun kita mendoakan untuk mereka, namun doa dalam kategori ini sangat mustajab dan cepat dimakbulkan Allah. Contohnya, apabila mendapat tahu ada teman ditimpa kesusahan atau penyakit, maka sangat afdal untuk kita mendoakan teman itu.
Berdoa untuk orang lain melambangkan ikatan silaturahim yang kuat dan mantapnya roh kasih sayang dalam jiwa seseorang mukmin. Bayangkan bagaimana harmoni dan indahnya kehidupan masyarakat dan negara, jika semua mukmin saling berdoa untuk kesejahteraan saudara yang lain.
Ini sekali gus menghakis rasa dengki dan menghidupkan kehidupan ukhuwah. Berdoa untuk insan lain juga satu manifestasi iman dan takwa, lambang keprihatinan dalam hubungan sosial yang perlu ditonjolkan umat Islam.
Umat Islam diingatkan supaya berlumba melakukan kebaikan dan satu cara mudah untuk membuat kebaikan ialah mendoakan orang lain. Doa ada tautan kasih sayang kerana apabila berdoa kita akan terbayang wajah pihak yang didoakan.
Bagaimanapun, janganlah pula mendoakan sesuatu yang buruk terutama apabila berlaku salah faham atau atas dasar kepentingan tertentu kerana bercanggah dengan suruhan Allah.
Jangan kita memperlekehkan kepentingan berdoa dalam usaha meringankan penderitaan orang lain kerana doa adalah senjata ampuh yang bermustajab selain mampu membina nilai kasih sayang sesama mukmin.
No comments:
Post a Comment