Saya menonton secara langsung perlawanan antara Manchester United dan WBA medan selera Taman Melawati. Belum sempat memanas punggung sambil menanti Kopi-O panas tiba, Wayne Rooney telah menjaringkan gol seawal minit ketiga melalui tandukan cantik hasil hantaran Evra. Ini adalah jarangan gol yang pertama dalam tempoh 9 bulan oleh Rooney dalam permainan terbuka.
WBA membalas serangan dan berjaya menghasilkan gol penyamaan melalui volley cantik Morrison. Dari saat itu, WBA terus menguasai permainan sehingga tamat separuh masa pertama termasuk kontrovesi terkaman Gari Neville yang dinafikan penalti oleh pengadil.
Pada separuh masa kedua, WBA dianugerahkan jaringan penalti tetapi gagal disempurnakan oleh Peter Odemwingie. Kemasukan Darren Gibson dan Javier Hernandez banyak merubah corak permainan Manchester United. Akhirnya gol kemenangan yang dicari menjelma hasil umpanan cantik Rooney dari tendangan sudut dan Hernandez menanduk mudah masuk ke gawang WBA.
Kehebatan Wayne Rooney tidak terhenti setakat itu sahaja. Beliau tetap gagah mahu mempertahankan kemenangan walaupun dilanda kecederaan dan akhirnya kemenangan yang diperolehi mengekalkan kedudukan teratas Manchester United di Liga Perdana Inggeris.
No comments:
Post a Comment