Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 20, 2011

Kenyataan Balas Dr Khir Toyo

Nampaknya DR Khir Toyo tiada pilihan selain mendiamkan diri setelah Pejabat Menteri Besar Selangor melemparkan pelbagai tuduhan salahguna kuasa sedangkan kesnya akan dibicarakan di Mahkamah.

Persoalanya kenapa baru kini segala maklumat didedahkan ? Adakah ini masa yang sesuai untuk membalas dendam terhadap bekas Menteri Besar Selangor ini ?

Sama ada Dr. Khir Toyo bersalah atau tidak, biar mahkamah menentukannya tetapi tindakan Pejabat Menteri Besar Selangor adalah tidak wajar dan berniat jahat.




http://www.drkhir.com/2011/01/menyerang-si-buta-yang-tidak-bertongkat.html

Wednesday, January 19, 2011


Menyerang Si Buta Yang Tidak Bertongkat

1. Buat masa ini saya tidak akan menjawab kenyataan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor mengenai pemberian projek - projek kepada Shamsudin Hayroni kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kes saya yang akan dibicarakan pada bulan Jun nanti.

2. Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes Mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya.

3. Sebenarnya jika kerajaan negeri ikhlas untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang didakwa oleh Faekah, mereka sewajarnya memberi senarai tersebut kepada badan tersebut.

4. Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri. Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor.

5. Serangan Pejabat Menteri Besar Selangor ke atas saya kali ini tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta. Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan.

No comments:

Post a Comment