Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 6, 2011

Isu Rogol Amah ; Akhirnya DS Rais menafikan tuduhan

Akhirnya DS Rais Yatim menafikan tuduhan 'Rogol Amah' yang dibuat keatasnya oleh penulis blog dan pembangkang. Ianya dilakukan hanya selepas laporan Polis tentang isu 'Rogol Amah' dibuat oleh Chegu Bard di Seremban. Saya ada berbicara tentang isu ini bersama rakan-rakan termasuk isu 'ADUN Selinsing Berzina' dan mengambil keputusan berdiam diri dalam kedua-dua isu hangat ini.

Isu rogol dan zina adalah perkara yang sensitif dan bahaya untuk kita ulaskan tanpa sebarang bukti. Dalam perundangan Islam dan Sivil sekalipun, beban bukti jatuh kepada yang menuduh. Saya juga dibacakan beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan.



Namun begitu. kedua-dua isu 'Rogol & Zina' ini terus menjadi isu terhangat berunsurkan politik dalam laman sosial seperti Facebook dan Blog buat masa ini.

Rais Nafi tuduhan blog dan pembangkang

05/01/2011 3:49pm

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menafikan tuduhan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah perkosaan pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang tuduhan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya akhir-akhir ini adalah fitnah dan pendustaan yang dahsyat.
"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. - Bernama

No comments:

Post a Comment