Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 4, 2011

Isu Minyak Masak : Jaminan kerajaan harga kekal & stok mencukupi

Kehidupan anda & keluarga tidak bahagia tanpa Minyak Masak ? Jangan biarkan kapitalis membuli dan mengancam kebahagian rakyat Malaysia. Luahkan perasaan anda secara rasional kepada Menteri yang bertanggungjawab. Tan Sri Bernard Giluk Dompok boleh dihubungi di Pejabat Menteri 03-8880 3308. "Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan"

Untuk makluman Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah dibawah kuasa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Sumber berita memetik jaminan kerajaan bahawa harga minyak masak kekal dan stok mencukupi terutamanya menjelang perayaan.


http://www.hmetro.com.my/articles/Hargaminyakmasaktidakakandinaikkan/Article

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini. Timbalan menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.
Beliau berkata kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan. "Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.

"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini
.

No comments:

Post a Comment