Cikgu Amir Hamzah merupakan seorang pendidik di Batu Pahat. Beliau juga penulis blog dan banyak memberi pandangan tentang perkara berkaitan orang melayu dan pendidikan. Saya mengenali beliau secara peribadi dan pertama kali bertemu ketika satu majlis Kelab Chedet Malaysia bersama pelajar SMK Semerah di Wisma Belia Kuala Lumpur pada 28 Jun 2009. Kami terus menjadi rakan dan acapkali bertemu untuk bertukar pandangan.
Apa yang membanggakan salah seorang peserta majlis anjuran Kelab Chedet (KCD) telah dinamakan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2010 bagi Negeri Johor. Begitu hebat dan komited para pendidik SMK Semerah Batu Pahat walaupun kedudukannya hanya di kawasan kampung.
Arikel Beban atau Imbuhan hasil tulisan Cikgu Amir Hamzah mengupas rintihan para pendidik serta memberi cadangan ke arah mutu pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak kita. Guru ibarat lilin yang membakar diri dan ramai yang masih tidak menghargai pengorbanan guru. Saya hanya menyedari tentang kepayahan dan bebanan tugas guru apabila ahli keluarga sendiri (adik dan ipar) menjadi guru.
Soal kenaikan pangkat juga menjadi isu apabila kebanyakan jawatan penting di Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah tidak banyak disi dikalangan guru. Saya ada membaca keluhan guru bahawa cukup bertuah jika guru dapat pencen pada gred gaji 48 atau 52. Kita berharap Menteri dan Kementerian Pelajaran boleh mengambil perhatian tentang perkara ini.

Mengkritik bukan bererti menentang tetapi menuntut perubahan. Dan terima kasih kepada Cikgu Amir Hamzah kerana menjadi rakan saya.
28 June 2009 - KelabChedet. Program with SMK Semerah Batu Pahat- Sec.Gen Perkasa, Syed Hassan (Timbalan Presiden KCD), RockY-MY (Moderator), Vice President Ansara, Roslan Bani Amin dan Director of Studies, Hungrian State University, Najib Mokhtar (Naib Presiden KCD)
1. Sesi persekolahan musim baru 2011 telah bermula 3 hb Januari yang lalu. Selamat pulang ke sekolah semula kepada pelajar-pelajar dan guru-guru.
2. Ketika sibuk melayan kerenah para pelajar masih ada ruang antara guru-guru berbicara tentang imbuhan RM500 yang ditawarkan oleh sebuah parti politik sebaik saja memerintah negara ini selama 100 hari.
3. Ada yang bertanya balik, begitu rendahnya mereka memandang guru-guru dengan hanya bernilai RM500 sebulan sebagai 'sogokan' untuk menyokong mereka.
4. Ada segolongan lain yang berpendapat, siapa sahaja yang memerintah mereka tetap seorang guru. RM500 itu hanya umpan yang entah betul atau tidak.
5. Bagi mereka duit bukan segala-galanya tetapi sistem pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran, sukatan pelajaran , disiplin dan akhlak para pelajar dan sebagainya berkaitan guru dan pelajar lebih penting.
6. Mereka mahukan guru lebih fokus kepada mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dengan tidak melakukan kerja-kerja pengkeranian yang kadang-kadang tiada kaitan dengan tugas guru.
7.Mengambil kedatangan pelajar, mengutip yuran, mengisi kad kemajuan, mengisi markah ujian dan peperiksaan, membuat headcount, menganalisa keputusan, membina soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan, menanda latihan harian, menanda kertas ujian dan peperiksaan adalah antara kerja rutin guru di sekolah.
8. Ianya tidak termasuk lagi dengan kerja-kerja Hal Ehwal Murid seperti biasiswa, bantuan persekolahan dan kebajikan, takaful dan Insuran, disiplin pelajar, Unit 3K, Pemantapan sahsiah, Asarama, SPBT, Kantin, Penerbitan, Program 1 Malaysia dan Data dan maklumat.
8. Belum lagi dengan tugas-tugas ko-kurikulum seperti persatuan, kelab, Unit beruniform serta sukan dan permainan.
9. Rasanya pemberian imbuhan RM500 sebulan itu tidak menarik sangat bagi majoriti guru yang dibebankan dengan kerja-kerja separuh mati ini.
10. Adalah lebih praktikal jika Kementerian Pelajaran mewujudkan lebih banyak jawatan pengkeranian di sekolah bagi membantu kerja-kerja guru yang bersifat pengkeranian seperti mengambil kehadiran pelajar, memungut yuran, melakukan kerja-kerja berkaitan Hal Ehwal Murid serta pengurusan ko-kurikulum.
11. Banyak masa dan tenaga guru dapat dijimatkan bagi membolehkan guru-guru menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran seperti merancang pengajaran lebih berkesan, penyediaan alat bantuan, menanda latihan kerja dan perkara-perkara yang berkaitan dengan P&P.
12. Jika rintihan dan rungutan ini didengari, ianya jauh lebih bermakna daripada pemberian imbuhan RM500 itu.
13. Selamat bertugas kepada guru-guru.
Amir Hamzah
Batu Pahat. "

Sumber artikel
Artikel ini juga disiarkan di http://www.kelabchedet.com/modules.php?name=News&file=article&sid=586
No comments:
Post a Comment