Minda Hijrah Headline Animator

Monday, January 31, 2011

Analisa PRK Tenang - PAS semakin ditolak

Umum mengetahui BN telah memenangi PRK DUN Tenang dengan majoriti 3707. Sebelum ini wakil UMNO dalam BN juga berjaya merampas kerusi DUN Galas dan hampir menumbangkan PAS di Manek Urai dengan majoriti 65 undi sahaja.

Ini adalah mesej jelas kepada PAS bahawa pengundi-pengundi terutamanya orang Melayu semakin menolak mereka atas beberapa sebab sejak PAS menyertai Pakatan Rakyat. Misi dan Visi perjuangan PAS juga semakin keliru dan kabur apabila agenda penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud 'ditangguh' demi menjaga hati rakan-rakan dari DAP dan PKR.

Pembahagian kerusi DUN & Parlimen sejak PRU 12. PAS 'dipaksa' bertanding kawasan kubu kuat UMNO.



 
Yang paling licik mencaturkan Pakatan Rakyat adalah Anwar Ibrahim.Calon- calon PAS 'dipaksa' bertanding dikubu kuat UMNO dan mana-mana kawasan yang mempunyai peluang yang cerah akan ditandingi oleh PKR. Tidak menghairankan apabila PKR, sebuah parti junior yang hanya mempunyai satu kerusi Parlimen pada PRU 11 2004 terus melonjak mengatasi PAS ketika PRU12 2008 seterusnya menobatkan Presiden PKR Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.. Adakah PAS tidak sedar tipu muslihat Anwar Ibrahim & PKR yang hanya mahu melihat PAS sebagai parti sokongan sahaja dan bukan parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat. Sebab itu agenda penubuhan negara Islam PAS tidak wujud sama sekali kesan permainan politik licik Anwar Ibrahim.

PAS harus bangkit menentang ketidakadilan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat jika mahu terus relevan dalam dunia politik Malaysia. Jangan biarkan DAP & PKR terus mendominasi halatuju PAS.


No comments:

Post a Comment