Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 8, 2012

Haron Din: Politik Anwar Ibrahim Tidak Berasas Islam

Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.

Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), "sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia" hari ini.

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.

"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara," tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari," diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," tegas beliau.

Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR.

"Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," kata Haron.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna.

"Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.

"Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia. Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap," kata beliau.

"Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad," tambahnya.

Anwar melancarkan buku Akbar yabg juga Pengarah Editorial majalah mingguan India Today berjudul 'Tinderbox: The Past and Future of Pakistan'.

Majlis pelancaran itu berlangsung di Royal Lake Club Kuala Lumpur.

Sumber: www.antarapos.com

17 comments:

  1. Tanya Pok Nik dulu,HD jangan memandai-manadai kritik al Jubori pemimpin anugrah tuhan.Sekarang perjuangan Pas bukan lagi berlandaskan al Quraan,tapi berkiblatkan Buku Jingga, agaknya HD selama ini bermimpi tak sedar perubahan besar sudah berlaku.Fatwa Pok Nik pula adalah sumber nrujukan hukum terkini.

    ReplyDelete
  2. pas dengan pas, pkr dengan pkr, dap dengan dap. so, buat apa duduk dlm pakatan rakyat jika akhirnya akan berperang? apa makna semua ni? asal boleh belasah umno ke? cerdik ke perjuangan mcm ni?

    ReplyDelete
  3. Perjuangan PKR semakin jelas menjadi agen yahudi dan negara asing untuk menghapuslan sebuah lagi negara Islam

    ReplyDelete
  4. Adakah dengan membiarkan dan meneruskan sebuah negara yang semakin hari semakin bergelumang dengan hutang, bertambah indeks kebejatan akhlak remaja, indeks jinayah, berkurangnya kadar keselamatan rakyat di bawah kekuasaan pemerintah sekarang lebih baik atau HIJRAH ke arah sebuah negara yang cuba ditawarkan lebih baik itu adalah baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. abu uzair tak sekolahOctober 8, 2012 at 3:41 PM

      apa ko ni? tak jawab isu langsung. putar alam sungguh mu ni. jawab dulu isu di atas tu. bukannya pura-pura x nampak pastu cuba cover line dgn cerita lain. dah keluar tajuk dah ni kalau tulis esei SPM. ada ambik SPM ke?

      Delete
    2. Hahaha.. Setuju ngan hang.. Bahasa dier pom lain macam jer...

      Delete
    3. ko ni pening kot baca statement HD..aku xterkejut la satu hari nanti HD kene tendang kuar oleh pokNik..baik ko duduk dulu..rileks bg tenang skit pikiran ko...ni aku baca komen ko dah cam org melalut dah..rileks bro..kalau nak balik ke pangkal jalan masih belum terlambat..

      Delete
    4. Kelemahan yang amat sangat fikiran penyokong PAS ni. Hajat hati Abu Uzir konoooonnya nak berhijrah tapi sebenarnya minda dia sendiri belum berhijrah masih ditakok lama.

      Delete
    5. sekolah xhabis lah ni agaknya.erm..kesian plak.SPM paper bahasa melayu,harap lulus lah ye ;)

      Delete
  5. Semuga Allah menyelamatkan negara kita dari hasutan anasir yang ingin melihat umat Islam kita berpecah. Semuga kita sentiasa di pelihara Allah. Semuga Allah menghancurkan semua musuh-musuh Islam dan mereka yang mempergunakan Islam bagi kepentingan peribadi mereka. Amin Ya Allah. Amin Ya Lateef.

    ReplyDelete
  6. Saya sokong kenyataan HD! Islam itu way of life a complete life in every way! Apa yg nak ditakutkan berubah/hijrah kepada yg lebih baik! Pilihlah kerajaan yg firm dan tegar utk mempertahankan islam! Bukan berlakon je mcm UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker..ooo mcm tu yer, UMNO berlakun !!!..PAS ker PKR ker DAP ker, kira berlakun ler yer dlm PR..berlakun firm yerrr

      Delete
  7. Firm keeee. Dari negara islam ke negara berkebajikan. Report dgn karpal kang. Firm keee.

    ReplyDelete
  8. Pakatan yg kuat berlakon...sekarang pakatan dah ada tokong

    ReplyDelete
  9. Antara Haron Din , Mat Sapu (zina ngan bini kawan ) dan Anwar ( Peliwat Tegar) puak PAS ni lebih rela tolak Haron Din!!!!! Akai ada ka? Siuman ke tak puak puak ni.....

    ReplyDelete
  10. Antara hasrat dan reality..HD punya prinsip yg memang baik..namun hakikatnya status pengundi berbagai rupa, bahasa, budaya ,pendidikan dan sebagainya..kemana arah tujunya negara malaysia ku ini..i wish sultan muhammad alfateh is here to lead us..serabut kepalaku..

    ReplyDelete
  11. Ust. Harun Din adalah calon terbaik menggantikan Hj Hadi dan TG Nik Aziz sebagai Presiden Pas kerana masih berpegang kepada pembentukan Negara Islam...

    ReplyDelete