Minda Hijrah Headline Animator

Friday, November 29, 2013

Persidangan #MahasiswaNasional - Bukti UMNO Iktiraf Suara Mahasiswa @NajibRazak @TunFaisal @MahasiswaNasional


"Suara Anda, Kami Dengar" Itulah yang sentiasa dilakukan oleh pimpinan UMNO dalam usaha mencungkil bakat-bakat pemimpin dari kalangan Mahasiswa Nasional tidak kira yang belajar di luar negara mahupon di IPT tempatan. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak atas keterbukaaan dan transformasi politik yang dibawanya membenarkan Mahasiswa berpolitik diluar kampus apabila Seksyen 15 (c) AUKU dipinda.

Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini mempunyai kelainan. Selain dari formatnya yang berbentuk Sidang Parlimen ala 'Select Comittee', pembahas terbaik dan usul yang dibahaskan bakal diangkat ke Perhimpunan Agung UMNO nanti.

Lebih dari 8 tokoh dan pakar-pakar dalam bidang Agama, Politik, Ekonomi dan Pendidikan dijemput untuk turut serta bagi memberi pandangan dan input kepada semua peserta. Pendedahan seumpama ini amat jarang berlaku tetapi usaha Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO benar - benar serius dalam membina kepimpinan muda yang lebih matang dan rasional.

Terima kasih kepada DS Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara dan Dato' Razali Ibrahim, Pengerusi Biro IPT UMNO serta jawatankuasanya kerana bertungkus lumus bagi menjayakan satu program yang banyak manfaatnya kepada generasi muda.

Kepada rakan-rakan yang lain, dijemput untuk sertai Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 sebagai pemerhati. Saya sendiri terlibat secara langsung sebagai AJK Media dan Publisiti.

Jumpa di sana !

Ikuti Twitter @MahasiswaNasional dan Facebook Mahasiswa Nasional

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. UMNO? gapo tu. Syukur kepada Allah kerana menutup hatiku dari kenal dan terperangkap dengan UMNO.

    ReplyDelete