Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, June 1, 2013

Tiga Penasihat PM Yang Perlu Dipecat


Tun Daim Zainuddin bukan jenis orang yang bercakap banyak. Beliau tidak juga tidak bercakap kosong atau bercakap mengarut. Namun begitu apabila sekali-sekala beliau bercakap apa yang diungkapkannya benar-benar bernas.  Tun Daim adalah orang yang awal yang meramalkan kekalahan BN di beberapa negeri sebelum pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008.
Menjelang pilihan raya umum ke 13, Tun Daim menjadi buruan media masa untuk mendapatkan pandangan beliau. Tun Daim hanya berkata BN akan kekal memerintah negara dan yakin BN akan tawan semula Kedah.
aelis nor 2
Alies Anor
Apabila keluar keputusan PRU 13 sekali lagi apa yang diuangkapkan oleh Tun Daim menjadi kenyataan. Selesai pilihan raya sekali lagi Tun Daim diburu media bagi mendapatkan penjelasan beliau berhubung keputusan pilihan raya umum ke 13. Antara ulasan Tun Daim yang menjadi perhatian apabila beliau meminta Perdana Menteri memecat penasihat-penasihatnya yang memberi maklumat atau pandangan yang salah kepada PM selama ini. Mungkin ada pihak yang panas dengan kata-kata Tun Daim menggunakan cybertrooper untuk menyerang peribadi Tun Daim. Satu tindakan yang menjengkelkan. Mereka hanya mahu mendengar yang indah-indah mengenai mereka, tetapi mencerca apabila dikritik. Itulah amalan yang mereka guna pakai selama ini terhadap Perdana Menteri. Mereka hanya melaporkan yang baik-baik sahaja kepada Perdana Menteri.
Sebelum ini pun telah ada pihak yang membangkitkan tentang kegagalan war room BN yang dikuasai oleh penasihat-penasihat Perdana Menteri berhubung kegagalan BN mendapat kemenangan yang memuaskan.


Hasil siasatan sel13.com tiga orang penasihat utama Perdana Menteri yang gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. Bukan setakat gagal menjalankan tugas, malah mereka mahu semua pandangan atau arahan mereka didengari oleh semua pihak termasuklah dalam soal pemilihan calon. Mereka adalah Datuk Seri Osman Razak, bekas ketua pegawai penyelidik di JPM, Datuk Aleis Anor dan Omar Ong.
omar-sitting
Omar Ong
Setelah gagal menjalankan tugas mereka dengan baik untuk memberikan kemenangan bergaya kepada BN , selepas pilihan raya pun mereka masih lagi campur tangan untuk menentukan barisan kabinet. Sehingga saat akhir difahamkan ketiga-tiga penasihat punah ranah itu masih mahukan Perdana Menteri mengekalkan Hishamuddin Tun Husein sebagai menteri dalam negeri. Perdana Menteri bertindak menukar Hishamuddin setelah mendapatkan pandangan akar umbi termasuklah dari pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian. Jika mengikut nasihat mereka untuk mengekalkan Hishamuddin di KDN , kedudukan Najib sendiri pun pasti akan tergugat hari ini kerana rata-rata akar umbi menolak beliau sebagai menteri berkenaan. Mereka penasihat punah ranah tidak turun ke akar umbi dan bercampur dengan rakyat bawahan. Mereka semua golongan elit. Berbeza dengan pemimpin peringkat bahagian yang bercampur dengan semua peringkat orang. Pemimpin bahagian lebih tahu kehendak akar umbi.
Penasihat-penasihat punah ranah itulah yang membawa kempen menjulang Najib ala-ala pilihan raya presiden Amerika. Sedangkan terang-terangan sistem pilihan raya Amerika dengan Malaysia berbeza. Betullah apa yang dikatakan oleh Tun Daim bahawa BN tidak perlu terikut-ikut rentak Anwar.
Selain daripada tiga orang di atas Perdana Menteri dan BN turut menjadi rosak kerana penasihat media seperti Farid Ridzuan TV3. Tindakan mempromosi Perdana Menteri dan BN secara keterlaluan di televisyen bukannya tindakan yang membantu, sebaliknya ia tindakan untuk membunuh. Rata-rata rakyat bercakap tentang tiga suku masa untuk siaran berita TV3 semasa kempen pilihan raya digunakan untuk PM dan BN. Ianya menimbulkan rasa loya orang ramai.
Untuk hadapi pilihan raya umum ke 14 maka adalah wajar Perdana Menteri menggugurkan tiga orang di atas dan bersama dengan Farid Ridzuan. Mereka telah ternyata gagal dan jangan lagi cuba mengharapkan mereka akan berubah. Jika tidak nahas sedang menunggu di pilihan raya umum ke 14.

sumber : Sel13.com

14 comments:

  1. suatu hari ah jib jumpa dong zhuang. maka berlakulah perbualan.
    dong zhuang : si u ah jib (dalam hati mampu u ah jib).
    ah jib : see you to. you are so marvelous … I like you. I love you. You are so kind.
    dan dengan penuh teruja dan kasih sayang yang amat dipeluknya dong zhuang. sambil berulang-ulang berkata : “I love you …”
    sambil tersenyum gembira ah jib memandang muka dong zhuang. dan dong zhuang memandang ah jib dan membalas dengan senyum sinis dan mencebik dengan sekilas.
    melihat senyuman dong zhuang itu ah jib merasa cukup gembira dan bangga. merasa seakan dunia dia yang punya. tidak ternampak pun cebikan dari dong zhuang. betapa gembiranya dia. dan dengan penuh ceria dia mengambil wang sejumlah RM 10,000.00 yang dibawanya dari rumah dan dengan penuh gembira diberinya ke pada dong zhuang. Duit itulah satu-satunya yang dia ada dan tiada berbaki lagi.
    Ah jib bertanyanya kepada dong zhuang, “cukup tak … er I yakin you tak cukup … tak apa …”
    Ah Jib memandang kepada mamat disebelahnya dan berkata, “Mat RM berapa you ada”.
    Sahut Mamat, “kejap saya cuba tengok dalam dompet saya”
    Mamat pun mengeluarkan dompet dari poket seluarnya. Setelah mengeluarkan semua wang dalam dompetnya termasuk duit syiling, duit lama zaman maharaja melaka … dan mengira-ngira maka dapatlah jumlah semuanya RM 1,000.00. Mamat pun memberitahu Ah Jib jumlah wang yang dia ada.
    Dengan pantas Ah Jib berkata, “Er … itu tak cukup Mat … apa lagi yang kita ada …”
    Ah Jib memandang keliling, dan dia ternampak sebuah kereta wak segan buruk yang dinaikinya tadi bersama Mamat.
    “Hah itu pun dia …”, kata Ah Jib.
    Dengan tersenyum gembira Ah Jib berkata kepada Dong Zuang, “Hem … nih saya tambah RM 1,000.00 dan kereta ini hadiah persahabatan saya kepada kamu Dong Zuang.
    Dong Zuang hanya tersenyum sinis memandang Ah Jib. Gembira tak terkata Ah Jib melihat senyuman Dong Zuang hatinya berdetuk-detap.
    Ah Jib kemudiannya berpaling kepada Mamat, dan berkata, “Mat perjalanan kita masih jauh … jom kita pergi … ”
    Kemudiannya Ah Jib memandang mesra kepada Dong Zuang dan berkata, “Terima kasih kerana sudi menerima pemberian saya”
    Ah Jib kemudiannya berkata kepada Mamat, “Hah Mat apa kita tunggu lagi jomlah”
    Mamat pun berkata, “Kita mahu meneruskan perjalanan ini dengan apa, semua wang kita dah beri kepada dong zuang, kereta kita pun dah kita beri kepada dong zuang, yang kita tinggal hanya kudrat empat kerat dan kaki yang dah tak larat dan kita perlu wang untuk isi minyak dan untuk isi perut.”
    Ah Jib pun berkata kepada Mamat, “Ah … itu small matter sahaja … dong zuang kang ada kita buleh minta tolong dia”
    Ah Jib pun memandang kepada dong zuang dan berkata, “tentu kamu buleh tolong saya … kerana kamu saya kenal sebagai orang yang amat baik.”
    Dong zuang pun berkata, “Saya buleh tolong kamu … tetapi jika wang yang kamu minta … kamu kenalah bayar balik dan bunga untuk pinjaman tu saya tetapkan sebanyak 10% … kereta yang saya ada tu saya buleh bagi sewa … murah sahaja … RM 100.00 sehari.”
    sambil menunjukkan kepada kereta Wak Segan yang baru diberi oleh Ah Jib tadi dan sambil mengambil wang yang baru dihulur oleh Ah Jib sebentar tadi.
    Mat terkesima memandang Dong Zuang ….
    Tetapi ah jib gor terus menerpa Dong Zuang dan memeluknya dengan penuh kasih-sayang dan berpaling kepada mat sambil berkata, “Mat inilah manusia yang bijaksana … dia telah menggunakan modal yang kita berikan dengan penuh berkesan … walaupun seinci kita tidak bergerak dari tempat perbincangan dan pertemuan ini dia telah membuat untung sebanyak 10% dan keuntungan harian ialah RM 100.00 terima kasih Dong Zuang … terima kasih … tuan telah memberi ilmu yang amat bernilai kepada hamba … sekiranya ada lagi harta benda milik hamba … akan hamba serahkan kepada tuan … kerana tuan amat bijaksana orangnya …”

    ReplyDelete
  2. Papagomo marah dng artikel ni!.
    Mana gomo senyap jer?
    klau Osman Razak dan Aleis Anor dipecat, papagomo kena cari kerja lainlah nampaknya...

    ReplyDelete
  3. saya bertandang pejabat bahagian Lembah Pantai, berjumpa ramai kawan2 yang lama tak bertemu. Ya lah, kawan2 yg sebenarnya hanya sekadar kenalan pada rupa sahaja. Kebetulan, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai pun datang pada waktu yg sama, seorang yg banyak membantu saya satu masa dulu, tapi mereka yg masih aktif tidak endahkan kami. Mereka seolah tidak mahu bantuan yang kami hendak hulorkan. Nah!!! Rasakan,.

    ReplyDelete
  4. nape masa belum pru dulu...takde pun suara2 protes ..tentang penggunaan imej najib untuk pru..maybe masa tu..memasing dok rasa, muka najib..ada nilai komersial dan bleh dpt undi kot,..tapi...bile dh jadi camni,,,baru nk bising...aduiii...

    ReplyDelete
  5. Dok pahang ge starang

    ReplyDelete
  6. Najib bapa skolah cina...u must go sir...muhyidin ready to roll....watch out

    ReplyDelete
  7. Saya menyetujui pandangan Tun Daim bahawa “As a strategy, you should concentrate on those areas where you lost by slim majorities in 2008 and strengthen the seats you won in 2008”.

    ReplyDelete
  8. najib terlalu romantik dengan ah chai dan ah moi
    tu sebab semua bagi apa yang ah chai dan ah moi minta

    ReplyDelete
  9. saya kesian dengan najib yg tidak terbuka hatinya melihat pandangan yg diluahkan oleh orang melayu. najib seolah2 menjadi cina....

    ReplyDelete
  10. Melayu mudah lupa...nasib baik saya Melayu peranakan..tak lah selalu kena tipu..hahaha...

    ReplyDelete
  11. tak tumbuh.... tak melata...tak sungguh ..orang tak kata...perumpamaan yg tepat...apa yg nak ditunggu lagi...pecat saja mereka bertiga....semua mereka sebenarnya bukan ...kawan....tp ...lawan...nak menjahanamkan ...parti UMNO/BN...memang betul cakap TUN DAIM....buang mereka segera...kerana...harapkan sokong...rupanya...sokong tu lah yg membawa rebah.....atau ada kah itu yg anda semua mahu...ingin melihat ...kejatuhan ...orang melayu?????

    ReplyDelete
  12. ulasan glassman tu...sekada mmm jela aku bg...

    calon sebelum nong chik pun tewas...nk tunjuk terer lak...

    ReplyDelete