Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, May 2, 2013

[Pakatan Pil Kuda] #PRU13 - Anwar Ibrahim elak wartawan jawab isu bapa Saiful



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba mengelak daripada ditemui pemberita selepas menyampaikan Perutusan Khas Hari Pekerja kepada penjawat awam di sini tadi.
 
Media pada mulanya dimaklumkan oleh pegawai medianya satu sidang media khas akan diadakan selepas ucapan perutusan itu tadi.
 
Bagaimanapun selepas habis menyampaikan amanat, Anwar terus diiring oleh beberapa pengawalnya ke kenderaan dipercayai untuk mengelak daripada menjawab soalan pemberita.
 
Pemberita kemudiannya cuba mengepung Anwar di keretanya bagaimanapun hanya menjawab soalan yang diajukan oleh pemberita asing.
 
Ketika soalan mengenai tindakan bapa Saiful Bukhari Adzlan yang menarik balik kenyataannya tentang dakwaan konspirasi pejabat Perdana Menteri bersabit kes liwat diajukan, Anwar terus masuk ke dalam kenderaan. 

 
Azlan Mohd Lazim dalam sidang media tergempar di ibu negara petang tadi menarik balik tuduhan kononnya kes liwat membabitkan anaknya dengan Anwar adalah konspirasi.
 
Azlan berkata beliau telah insaf dan menegaskan anaknya itu memang menjadi mangsa liwat Anwar. 
 
Beliau menyifatkan penafian yang dibuatnya sebelum ini sebagai pengkhianatan terhadap Saiful. 
 
"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan (beliau),” kata Azlan.
 
Pada awal Mac, Azlan mendakwa kes liwat itu didalangi oleh pegawai khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Dalam sidang media berasingan pada hari sama, Saiful berkata bapanya diperalatkan oleh Anwar untuk agenda politiknya menjelang PRU ke 13. 

2 comments:

  1. Azlan Md Lazim ni apa cerita cakap pusing pusing... cuba bayangkan dalam court cakap pusing pusing ...... aniya orang yang kena tuduh.............

    ReplyDelete
  2. lihat la wajah anwar....nilaikan..

    ReplyDelete