Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 21, 2013

[PKR Belasah PAS] Isu kerusi #PRU13: PKR dakwa Mustafa Ali mungkir janji #SpenderStopa



Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail mendakwa PAS telah memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara kedua-dua parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dalam perbincangan bersama kepimpinan PKR pada hari sebelum penamaan calon.



Namun tegas Azan, keputusan PAS untuk turut meletakkan calon mereka di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi - yang telah dimuktamadkan akan ditandingi PKR sebagai tidak dijangka.



“Enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen itu diberi pengesahan oleh Setiausaha Agung PAS sendiri. Saya menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan dan malam tadi dia memberi pengesahan kepada saya bahawa tidak akan berlaku pertembungan ataupun dikatakan tiga penjuru dan sebagainya. Dia memberi jaminan.


“Saya pun tidak menjangkakan perkara ini boleh berlaku di mana sebenarnya kerusi yang ditandingi oleh PKR iaitu enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen telah dimuktamadkan lebih awal. Terutamanya malam tadi pihak PAS sendiri telah memaklumkan perkara ini.

“Saya nak beritahu yang beberapa hari yang lepas PKR Terengganu telah dikeluarkan watikah untuk enam kerusi DUN seperti yang disebut itu, Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir, Bandar, Telemong dan Bukit Besi.


“Perkara-perkara ini memang diketahui umum dan telah diisytiharkan secara jelas,” ujar beliau kepada Antarapos.



Kecewa dengan perkara itu yang boleh menjejaskan hubungan dikalangan ahli parti-parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan) di Terengganu, Azan memberitahu bahawa ia telah dimaklumkan kepada pimpinan pusat.



Beliau turut tidak menolak situasi tersebut bakal menjejaskan sokongan terhadap calon-calon pakatan pembangkang pada pilihan raya nanti.

“Saya memaklumkan perkara ini kepada pusat dan mereka merasa amat dukacita kerana kedudukan ini boleh menjejaskan persepsi ukhuwah Pakatan di Terengganu sekali gus mendatangkan kebimbangan kepada menurunnya potensi kemenangan kita di ketiga-tiga tempat tersebut.


“(Ia juga) Sekali gus memberikan gambaran bahawa kerjasama Pakatan sekurang-kurangnya di tiga tempat tersebut adalah dalam keadaan yang membimbangkan,” katanya yang bakal bertanding di DUN Bandar.



Justeru, beliau menggesa pimpinan pusat partinya supaya mengambil tindakan segera demi mengelakkan kesan buruk terhadap potensi kemenangan mereka di dalam pilihan raya.



“Pihak pimpinan pusat mesti membuat sesuatu supaya perkara ini tidak merebak dan silap tafsiran di peringkat bawahan mungkin boleh merebak dan boleh mendatangkan ancaman kepada solidariti Pakatan (dan) seterusnya kepercayaan pengundi kepada kekuatan Pakatan,” tegas bekas ahli Parlimen Indera Mahkota ini.

9 comments:

  1. Janji tinggal janji ... janji di capati tulah dia..

    ReplyDelete
  2. Ala macam kes video seks dia la..sampai sekarang tak nafikan atau report polis..sumpah jauh sekali la..dah kena dah penyangak kencing penipu..pakatan kencing rakyat..Jomm undi BN

    ReplyDelete
  3. PKR tak ada orang nak kerja ...kerusi nok banyak. Nafsu kuat kedrat tak dok, apa macan labu....labi pun berkata .... Oleh itu kuborkan saja PKR ni dalam satu kubur yang panjang bersama Bosnya Brother Anwar Bin Ibrahim .....selesai masalah PAS !!! guana gamok orang kite

    ReplyDelete
  4. PAS yang cakap berjuang islam pun TIDAK TEPATI JANJII,islam xsuka orang yang berjanji tapi tak tunaikan...jadi undilah BN YANG JANJI DITEPATI

    ReplyDelete
  5. Dh la tu PAS...dh lm rakyat klate dk minum air bkarat hijau...dh 22 thn dh....aku dh serik...korang xserik2 lg ker...?

    ReplyDelete
  6. apabila babi-babi bangang umno dok terlungkup dalam tempurung depa,kesiannya ,,,bangang tak tau nak habaq,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti ko beranak ikut burit hahahahha

      Delete
  7. aikk ! UMNO gak yang salah ? hehehehe

    ReplyDelete
  8. Janggut terjueh .. pe..r tergayong gayong .. kambing .. mujur kopiah tak pakai

    ReplyDelete