Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 13, 2013

Op Daulat Lahad Datu Terkini - Tun Mahathir kutuk kekejaman pengganas Sulu


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perbuatan kejam pengganas Sulu yang disifatkan sebagai tindakan di luar batas kemanusiaan dan agama Islam.
   
Katanya kerajaan dan rakyat Malaysia sudah lama memberi layanan baik kepada orang Sulu memandangkan ramai di kalangan mereka sudah lama tinggal di Sabah dan menjadi maju sebagai rakyat Malaysia.
   
Dr Mahathir berpendapat kerajaan Malaysia juga wajar menimbangkan untuk mengurang atau melupuskan pemberian wang saguhati RM5,300 setahun kepada waris Sultan Sulu kerana tindakan menceroboh Sabah.

Kerajaan Malaysia selama ini hanya meneruskan janji yang dibuat oleh penjajah dengan kesultanan Sulu lama, katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Konvensyen Usahawan Tani 1Malaysia di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini.
   
Katanya Sabah kini telah maju dan kerajaan Malaysialah yang melaksanakan pemodenan Sabah.
 
Turut hadir ialah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.
   
Dr Mahathir juga menyambut baik langkah kerajaan menaikkan gaji polis dan tentera selaras dengan penjawat awam lain sebagai menghargai jasa mereka.
   
Katanya apa yang berlaku di Sabah membuatkan kerajaan menilai semula peranan yang dilaksanakan pasukan keselamatan. - Bernama

No comments:

Post a Comment