Semalam (17 Februari 2011) saya menghadiri satu forum bertajuk "Wacana Ketuanan Melayu : UMNO Rasis atau PR Retorik ?" di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala lumpur. yang saya hebahkan di blog ini. Kelihatan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS, Dr Zuhdi juga hadir. Disini saya siarkan pandangan salah seorang ahli Panel, Anuar Mohd Noor yang dipetik dari blognya, UMNO Reform.
| ||||||
Semalam saya menjadi panel diskusi Ketuanan Melayu – UMNO rasis atau PR retorik? Panel lain adalah Rafizi Ramli (PKR), Abdullah Karim (PAS) dan Dr. Asyraf Wajdi (PERKASA). Saya tidak mahu forum-forum sedemikian menjadi beban kepada minda pelajar dari sudut politik namun pentas tersebut digunakan oleh PAS dan PKR untuk terus menjual retorik suara politik mereka. Dalam keadaan ini saya menggesa agar pelajar itu sendiri melihat Melayu itu sendiri – di mana dan arah mana kedudukan dan masa depan mereka. Adakah Melayu itu sudah sedia – mencairkan apa sahaja keistimewaan dan hak yang ada untuk bersaing secara terbuka? Adakah kita orang Melayu sedar kedudukan kita. Memang mudah untuk PR menceritakan bahawa polisi untuk orang Melayu selama ini gagal – tanpa melihat perbandingan keadaan orang Melayu sebelum di perkenalkan dasar DEB dan selepas DEB, demi untuk menjual teori mereka tetapi apa yang paling menakutkan adalah set minda pelajar Melayu – khususnya PAS yang turut terikut seolah-olah melihat agenda untuk kepentingan orang Melayu boleh tercapai dengan meruntuhkan kerajaan. Penilaian mereka hanya berdasarkan apa yang mereka nampak tetapi tidak jelas. Mereka hanya terpengaruh dengan politik – bukan perubahan yang mereka mahu tetapi digunakan untuk menyempurnakan agenda politik – parti masing-masing. Saya melihat sekiranya keadaan ini berterusan apa yang nampak bukan sahaja Melayu dalam keadaan bahaya malah akan sakit dari sudut perpaduan antara Melayu dan meruntuhkan kekuatan Melayu itu sendiri. Kita perlu melihat konteks Melayu berasaskan Melayu. Kenapa diskusi Melayu dikatakan usang – retorik dan UMNO dikatakan rasis? Lihat diri sendiri – adakah dengan mengikis roh keistimewaan dan meninggalkan keistimewaan hanya pada kulit Melayu itu akan dapat mendidik dan menjayakan Melayu? Ada yang mengatakan bahawa cara didikan dengan keistimewaan adalah langkah jangka pendek – namun adakah perdebatan, benci-membenci antara Melayu satu program jangka panjang yang meruntuhkan Melayu itu sendiri dengan hasrat menubuhkan kembali dengan cara yang politik baru yang belum pasti kejayaannya. |
Friday, February 18, 2011
Wacana Ketuanan Melayu : Siapa RASIS - Siapa RETORIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment