Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 12, 2013

Lahad Datu Terkini - Ops Daulat: Kampung Tanduo bersih dari pengganas



Selepas seminggu Ops Daulat, pasukan keselamatan berjaya membersihkan Kampung Tanduo daripada pengganas dan menaikkan bendera Malaysia di kawasan terbabit.

Malah, semalam kira-kira 22 mayat pengganas Sulu telah dikeluarkan daripada kawasan itu dan dihantar ke Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau untuk bedah siasat sementara operasi mengeledah bagi mencari saki baki kumpulan pengganas masih di teruskan.

Mengisytiharkan operasi mengesan pengganas di Kampung Tanduo telah selesai, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, fokus kini ditumpukan di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis.

Ketika ditanya sama ada terdapat sebarang insiden tembakan pada semalam, beliau berkata:

"Setakat ini, tiada."

Sebaliknya Hamza berkata, pasukan keselamatan kini berada di peringkat akhir untuk membersihkan perkampungan berdekatan daripada pengganas di mana seramai 2,000 penduduk ditempatkan sementara di dewan komuniti di Felda Sahabat.

Manakala, pasukan keselamatan dari unit VAT 69 ditugaskan untuk memantau keadaan sekeliling di kawasan Felda Sahabat.

Ujarnya lagi, meskipun aktiviti harian di Semporna dan Lahad Datu berjalan seperti biasa, beliau tetap mengingatkan penduduk kampung itu untuk tidak memasuki Tanjung Batu dan Sungai Bilis yang masih diklasifikasikan sebagai kawasan zon merah.

Mengenai beberapa mayat yang dihantar ke hospital di Lahad Datu (18 mayat) dan Tawau (empat), Hamza berkata dia tidak dapat mengulas kenyataan seorang pegawai forensik bahawa salah satu mayat didakwa sebagai Haji Musa, jeneral kumpulan pengganas Sulu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram.

"Saya tidak dapat katakan jika ia adalah mayat Haji Musa kerana mayat tersebut tidak berpakaian uniform ketika ditemui," katanya.

Difahamkan Haji Musa merupakan bekas Jeneral Tentera Filipina dan kemudian dilantik sebagai Komander Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang diasaskan Nur Misuari.

Penduduk kampung mendakwa seorang anak lelaki bekas pemimpin politik di Kampung Tanduo yang terlibat dengan pertikaian tanah dengan Felda berkahwin dengan anak Haji Musa.

Mereka berkata, Haji Musa pada era 60-an mempunyai ramai saudara di Sungai Bilis dan sering memakai uniform brigadier-jeneral 'tentera Sultan Sulu'.

Nasib Azzimudie, 72, seorang bekas pembantu pegawai daerah Kudat dan turut berkahwin dengan anak seorang ketua kampung di situ masih tidak diketahui.

Sementara itu, keluarga Kiram dilaporkan telah meminta bantuan kerajaan Filipina untuk membincangkan mengenai pengunduran pengikutnya yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo.

3 comments:

  1. Lagi kenyataan bukti penglibatan Anwar dan anaknya Nurul Izzah dalam komplot di Lahad Datu. Plot yang dirancang cukup kemas namun terbongkar jua.

    “Pengambilan anggota polis baru akan dibekukan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum ke 13”. - Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim, ceramah Pakatan Rakyat di Batu Gajah, Perak Sabtu, 1 Dis. 2012. Esoknya; 2 Dis. 2012, Anwar ligat nyanyi “Tanya Sama Pokok...Sabah Nak Hilang”!

    “Anggota Polis itu dah cukup, tapi semuanya tak payahlah hendak jadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot!... Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan”. - Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim - ceramah Pakatan Rakyat di Batu Gajah, Perak pada Sabtu, 1 Dis. 2012.

    “Semua polis itu ramai, kebanyakkan besar dihantar jadi polis hutan, General Operation Force (Pasukan Gerakan Am - PGA) untuk lawan komunis dulu…you do not need!” – Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim, ceramah PKR di Lucky Garden, Bangsar, KL Sabtu, 16 Feb. 2013 – 2 hari selepas pembongkaran cerita penceroboh Lahad Datu oleh media!

    ReplyDelete
  2. Jika ini benar..turunlah laknat Allah buat Anwar ...memperjudikan hidup org lain untuk kepentingan politik sendiri...

    ReplyDelete
  3. Anwar ketua tali barut sejak lama dulu, namun kejahilan menghalang kebenaran diakui..

    Anwar Saman WikiLeaks Kerana Bocorkan Konspirasi?

    ReplyDelete