Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 26, 2012

[PAS Keldai DAP] Pertahankan Kalimah Allah, Kenapa Dr Haron Din ‘Mufarakah’ Dari PAS


AIDC- Ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen kalimah Allah patut diberi kepada penganut Kristian, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada tahun 2010 pernah ‘mufarakah’ daripada PAS semata-mata untuk mempertahankannya.
Walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa menyokong kenyataan Ketua Pakatan, Anwar, namun Presiden PAS itu tidak turun padang melobi penggunaan kalimah Allah itu kepada Kristian sebagaimana yang dilakukan secara agresif oleh Ketua Umum PKR.
Sebaliknya, sebagai menentang hujah Anwar, Haron Din turun padang atas kapasiti individu.





Haron Din ketika dirakamkan ucapannya oleh Mahaguru58 bertegas mengatakan menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
Sambil memetik surah Al-Maidah ayat 73 yang bermaksud, “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan bahawa Tuhan itu ada tiga, tidak ada Tuhan yang kamu nak sembah melainkan Allah Yang Tunggal,” Haron berkata sepatutnya perkara ini sudah selesai kerana menjadi milik Islam.

“Orang Islam sepatutnya tidak ada keraguan dalam dirinya, inilah Allah yang kita sembah dan tidak boleh kita benarkan atau kita katakan boleh digunakan oleh mana-mana agama untuk menggunakan perkataan Allah.
“Soalan yang saya nak tujukan kepada orang yang merasakan bebas berfikir, bebas bersuara, bebas menyokong apa sahaja..kalau kita sokong..sokong maknanya bersetuju, sokong juga maknanya menolong..,” katanya.
Menurutnya, Islam mempunyai kaedah dalam konsep tolong menolong, iaitu tolong menolong ke arah perkara yang mendatangkan kebajikan dan ketakwaan kepada Allah swt serta menghindari perbuatan dosa.
“Kalau kita sokong Allah ini untuk orang-orang Kristian, Katolik, mereka nak buat apa dengan Allah Taala ini ? Nak mengesakan Allah atau nak mensyirikkan Allah swt ?
“Saya kata syirik dan syirik ini, satu kezaliman yang cukup besar,” katanya.
Menurutnya lagi, jika seseorang itu terjatuh dalam amalan syirik, semua kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini, semuanya terhapus.
“Mahukah perkara syirik seperti ini, kita terlibat ? Nauzubillah. Jadi saya tak nampak kalau orang Islam yang faham ini, dia nak buat perkara syirik,” tegasnya.





Dalam satu lagi rakaman kepada TV PAS, Haron secara konsisten menegaskan beliau amat terkilan dan tidak bersetuju kalimah Allah dikongsi dengan penganut lain.
Sambil merujuk Bible, Haron berkata, “Daripada halaman awalnya, chapter satu lagi, saya lihat..diguna perkataan ‘God’…
“Di dalam ini sahaja, ada tidak kurang 30 kali perkataan ‘god’. Halaman dua, tiga, penuh dengan perkataan ‘Lord’..sterusnya, ‘Jesus’.
“Sampai sepanjang Bible ini, saya tidak bertemu perkataan Allah.”

6 comments:

  1. pas dah semakin songsang kerana mabuk kuasa.. akidah/kalimah Allah swt pun sanggup digadaikan...

    ReplyDelete
  2. Salam Bro..

    Pakcu naik hairan dengan percangahan pendapat dalam PAS serta kaki ikut Anwar tu....mengenai nama ALLah diguna pakai oleh orang yang menganut Kristian.

    Satu ke hulu satu ke hilir...mana satu nak pakai ni...?
    Perjuanagan yang tak jelas dan mengelirukan...menyebabkan kaki ikut ekor lagi mutar itik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam pakcu,

      Thanks atas komen yg diutarakan.

      Saya pon keliru. Kejap kata sokong kejap tak sokong. Poning kepalo achik :)

      Delete
  3. Berikut ialah kenyataan penuh Tuan Ibrahim:


    Bible Bahasa Melayu menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan

    PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

    Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan.

    Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.



    Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.


    PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.

    Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

    Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya.

    Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

    Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

    Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara), tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

    Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.



    Tuan Ibrahim Tuan Man

    Ketua Penerangan PAS Pusat

    26 Disember 2012

    ReplyDelete
  4. kalo camtu poknik kira kufur la kan?
    poknik sokong kristian guna perkataan Allah?
    camne ni? boleh x nak semayang dgn poknik ni
    bleh x nk makan ayam sembelihan poknik ni
    poknik, tolong jawab!!!!

    ReplyDelete
  5. Kenapa kerajaan BN benarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan org2 kristian di Sabah dan Sarawak? Pemimpin2 BN pun dah kufur ke?

    ReplyDelete