Wednesday, January 28, 2015

Misi MOA 2015 - Kurangkan Import, Tingkatkan Produktiviti Bekalan Makanan


Misi & Visi MOA utk kurangkan import bekalan makanan dan tingkatkan produktiviti tempatan adalah satu usaha yang sangat dialu-alukan ketika negara mengalami kesusutan nilai Ringgit Malaysia. Jumlah import bekalan makanan berjumlah 30 billion setahun cukup besar boleh dianggap sebagai ancaman kepada negara jika berlaku sesuatu kepada dunia luar. 

Ambil contoh Amerika Syarikat. Disebalik kepesatan industri dan teknologi, kerajaan mereka tetap mengutamakan bekalan makanan tempatan yg mencukupi. Malah Amerika Syarikat juga adalah antara pengeluar gandum terbesar didunia. Kita wajar melakukan perkara yang sama. Pertanian, Penternakan dan juga perikanan wajar diberikan keutamaan yang lebih dalam usaha mengimbangi ekonomi yang tidak menentu. 

Syabas kepada MOA dan juga YB Menterinya. Semoga apa yang dirancangkan beroleh kejayaan. Kebergantungan negara kepada import bekalan makanan patut dikurangkan ke tahap minima.

Alangkah baiknya jika setiap Kementerian mempunyai misi yang jelas seperti ini.


PC YBM ISMAIL SABRI #AMANAT2015

1. MOA mahu kerja keras tingkatkan sekurang-kurangnya 10 peratus hasil pertanian, penternakan dan perikan berbanding tahun lepas

2. MOA mahu usaha tambahkan lagi pendapatan petani selaras dgn perkembangan ekonomi dan sara hidup

3. Kurangkan import. MOA mahu fokus kpd produktiviti untuk eksport

4. Setakat ni Malaysia import 30 billion setahun makanan dan akan meningkat pd tahun ni berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dolar

5. Inisiatif baru akan diperkenalkan termasuk pulihkan ladang satelit dan buka kawasan ternakan lembu.

6. Tambah ternakan ikan sangkar dan pembukaan tanah baru utk sayur dan buahan

1 comment:

  1. Do you need personal loan?
    Loan for your home improvements,
    Mortgage loan,
    Debt consolidation loan,
    Commercial loan,
    Education loan,
    Car loan,
    Loan for assets.
    financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036

    ReplyDelete