Minda Hijrah Headline Animator

Friday, December 12, 2014

Wan Azizah Wakil Rakyat Kenduri Kendara #Selangorku #RakyatHakimNegara


1. Saya terlibat secara langsung dalam PRK DUN Kajang dibawah Penerangan BN Selangor sebagai Penceramah utk pentas bergerak. Konsep Pentas Bergerak mudah menggunakan Hilux dan pembesar suara berceramah di pasar2 malam dan pasar besar Kajang. Beberapa lokasi tumpuan ramai seperti Kompleks membeli-belah juga tempat kami berceramah.

2. Antara point2 utama yang kami bentangkan ialah permainan politik PKR yang dinamakan LANGKAH KAJANG mengheret rakyat sehingga berlakunya PRK DUN Kajang dan politik kronisme LAKI BINI.

3. Persoalan penting yang persoalkan ialah kemampuan calon PKR Wan Azizah sebagai ADUN Kajang jika dia menang. Apakah tiada calon PKR lain yang berkemampuan sedangkan calon BN telah berjanji akan memberi tumpuan sepenuhnya jika menang.

4. Terbukti apa yang diresahkan menjadi kenyataan. Wan Azizah sebagai ADUN Kajang telah GAGAL menjalankan tanggungjawabnya. Sepanjang menjadi ADUN telah 2-3 kali berlaku banjir kilat sehingga menenggelamkan bandar Kajang tetapi malangnya Wan Azizah hanya membawa kipas tangan sahaja melihat keadaan yang berlaku. Ada yang berseronoh mencadangkan kepada YAB  Menteri Besar Selangor supaya Bandar Kajang dijadikan TAMAN TEMA AIR dan kompleks renang.

5. Kenyataan terbaru Wan Azizah benar2 menyakitkan hati. Apabila ditanya tentang fungsi lnya sebagai ADUN Kajang, Wan Azizah dengan selamba badaknya menjawab bahawa beliau selalu datang kenduri dan menjenguk para pengundi DUN Kajang.

6. Apa ini ? Jika hanya sekadar pergi kenduri, lebih baik Wan Azizah jadi Ketua Kampung atau Ketua JKKK. Rakyat di Kajang mahu masalah mereka diselesaikan. Rakyat Kajang mahu tindakan diambil kerana kerajaan Negeri Selangor adalah dibawah Pakatan Pembangkang. Masa tiada kuasa dahulu, boleh la mereka menyalahkan kerajaan BN tetapi kini kuasa sudah diberi kepada DAP PAS & PKR.

7. Menjadi calon wakil rakyat nampak mudah tetapi apabila terpilih, baru tahu susah payah membantu rakyat. Jangan hanya pandai tabur janji, tetapi pandai mungkiri. Rakyat Selangor sudah bileh menilai keupayaan ADUN-ADUN PKR. Cuma satu pesanan kami - jangan jadikan rakyat mangsa kerakusan kuasa kamu!

5 comments:

  1. Adakah pengundi Kajang khasnya dan pengundi tegar PR mahu mengundi org org sebegini menjadi wakil rakyat pada pru14 kelak?

    Jawapannya adalah Ya..mereka tetap menolak UMNO dan BN.

    Jadi..ubah perangai wahai UMNO..jabgan jelak sangat di mata kami..

    Kami undi anda walaupun kalah di shah alam..

    Ingat..kekalahan 2 penggal di Selangor juga adalah sifat bongkak UMNO pada rakyat. Jangan salahkan kami sebagai pengundi kerana tidak memenangkan kamu..salahkan diri sendiri..

    UMNO di mata ku masih tidak berubah..langsung palaupun selepas PAU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika kita sekadar membongkar pembohongan Pakatan Pembangkang sahaja tanpa ada usaha serius dari UMNO & BN Selangor, maka impian menawan kembali Selangor semakin kabur.

      Delete
  2. Memang UMNO banyak salah....tetapi KEBAIKKAN berkali kali ganda lebih BANYAK!

    Keburukkan pakatan adalah amat menjijikkan. Daripada nepotisma dan kronisma. Amalan2 SONGSANG, Anti-Melayu, Anti- Islam, Anti-Raja2, Anti-Bumiputera.

    Saya tetap sokong UMNO kerana walaupun tidak "perfect", ia adalah parti yang telah terbukti selama 57 tahun mempertahankan hak2 Melayu.

    Kalau nak menghitung keburukkan sesuatu parti, sila buka mata dan buka hati. Lihat dengan jujur niat2 BUSUK parti2 dalam pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak keburukan yang berjaya disembunyikan oleh pakatan pembangkang terutamannya usaha Anwar Ibrahim dan DAP utk menghancurkan sistem Beraja & negara Islam di Malaysia. Mungkin bila mereka berkuasa nanti, baru rakyat Malaysia sedar namun sudah terlambat

      Delete
  3. Hanya Babi saja ngaku babi lain saudaranya. samalah macam penbangkang ni, busukpun sayang juga.

    Hee jijik betul.

    ReplyDelete