Tuesday, December 16, 2014

Tahniah Ismail Sabri, Kaki Pancing Tarik Nafas Lega


1. Saya ingin ucapkan tahniah kepada DS Ismail Sabri atas keperihatinan beliau terhadap keresahan kaki pancing seluruh Malaysia. Isu ini menjadi viral selepas Jabatan Perikanan mengeluarkan kenyataan rasmi mahu mengenakan lesen terhadap aktiviti memancing.

2. Mengenali sebilangan kecil kaki pancing, mereka sanggup berbelanja besar dan tinggalkan bini kat rumah semata2 utk melapangkan masa utk hobi kegemaran mereka. Sudah pasti isu lesen memancing menjadi viral kerana ianya seperti ancaman dan meragut kebebasan kaki pancing. 

3. Jawapan segera Menteri seperti DS Ismail Sabri lakukan wajar menjadi contoh kepada pimpinan kerajaan yang lain supaya pantas menyelesaikan masalah yang membabitkan kepentingan rakyat.

4. Tahniah sekali lagi kepada DS Ismail Sabri. Terima kasih kerana benar-benar berkhidmat untuk rakyat !

No comments:

Post a Comment