1. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng telah umumkan bahawa kerajaan negeri tidak halang penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian. Pelbagai alasan teknikal dan undang- undang diberikan dan pastinya beliau sebagai ketua kerajaan telah mendapat nasihat yang meyakinkan sehingga berani membuat kenyataan ini.
2. Ironinya, keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang ini dibuat selepas isu Bible dalam bahasa Melayu dan kalimah Allah sudah selesai di Selangor. Persoalannya, kenapa isu ini timbul lagi? Adakah ini perancangan rapi DAP bagi menyakinkan pengundi mereka dan juga memperlekehkan undang-undang Syariah di Malaysia?
3. Apa yang membimbangkan adalah tindak balas kerajaan yang nampaknya sekadar memberi amaran tanpa tindakan tegas. Jika dulu mungkin YAB Ketua Menteri ini akan dipanggil bermalam di Kamunting bagi mencuci otak dan membaiki saraf-saraf yg putus kerana berani mempersoalkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Namun begitu, ianya tidak mungkin berlaku.
4. Di Selangor, tindakan DAP Selangor yang agresif mempersoalkan kedudukan agama Islam dalam isu Kalimah Allah dan rampasan kitab Bible dalam bahasa Melayu dapat ditangani kerana ketegasan Sultan Selangor dan juga sedikit peranan pimpinan PAS & PKR yang tidak mahu kehilangan sokongan orang Melayu. Yang penting peranan orang Melayu Islam melalui NGO yang berani mempertahankan kesucian agama Islam.
5. Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa keberanian YAB Ketua Menteri DAP dalam isu Kalimah Allah ini adalah kerana faktor kerajaan Pusat yang lemah dan tidak tegas dalam menguatkuasakan undang-undang. Dalam bahasa mudah nya, mereka berani langgar sebab kita lemah dan tidak tegas. AMARAN AMARAN & AMARAN semata-mata.
6. Rakyat khususnya umat Islam mahu kerajaan BERTINDAK. Satu tindakan tegas sudah cukup memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kesucian agama Islam. Jika kerajaan tidak mampu bertindak, siapa lagi yang kami boleh harapkan. Kuasa ditangan kamu. Amanah dari Allah untuk melindungi kami dari musuh Islam.
Nampak macam dah tiba masanya kita minta PERKASA didaftar sebagai parti politik agar orang Melayu boleh melupakan UMNO yang memang lemah segala2nya
ReplyDelete