Thursday, February 27, 2014

Anti Hadis - Jawapan Tun Mahathir




Anti Hadis


1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.



2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.

4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.

5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.

15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.


Komen Pembaca di FB Kelab Chedet 

30 comments:

  1. Kalau Tun anti hadis, bagaimana Tun boleh bersolat ? Quran tak perincikan cara solat !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa saudara solat guna hadis? Pendukung2 hadis ,memang suka berbohong.

      Delete
    2. Apakah semua penyokong tun bebal dan bodoh level maksima ?

      Delete
  2. Tuduhan anti hadis ni berat, tanpa bukti yg jelas jadi fitnah. Yg boleh aku fahamkan, kita jgn taksub, berfikirlah, jgn mengikut membuta tuli sahaja. Yg dipanggil ulama' tak semestinya benar semua.
    Yg mmg menolak hadis tu, pd aku mmg sesat. Hadis bukan rekaan dan ciptaan ulama'. Tuduhan umat Islam mengutamakan hadis dan pendapat ulama' dr Al Quran adalah fitnah besar. Hadis juga tidak bertentangan dgn Al Quran. Kaedah pelaksanaan hadis boleh sahaja dinilai semula bersesuaian dgn masa dan keadaan. Kedudukan hadis kalau nak dinilai semula, bukan sebarangan org yg mampu walau pun kita ada 4-5 PHD, ulama' ulama' terdahulu sudah membahaskannya dgn teliti sebelum memutuskan kedudukan sesuatu hadis.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Alquran itu PASTI BENAR..kalau kurang yakin maka nyatalah tiada iman. Kurang yakin bilamana kita rasa ada yg kurang dgn quran dlm memberi panduan kearah kehidupan yg diredhai Allah. Hadis pula adalah kompilasi kata/perbuatan yg dikumpulkan oleh sekumpulan org yg mencintai Nabi selepas beratus tahun kewafatan Nabi (perlu diingat yg zaman sahabat pun ada yg menulis kata/perbuatan yg dibuat Nabi tapi tidak simpan sebab Nabi melarang, khuatir ada percampuran dgn ayat alquran). Atas sebab itu hadis terdedah kepada kesilapan, malah Nabi pun terdedah dgn fitnah sebab kandungan hadis tidak dapat disahkan olen Nabi sendiri. Cuba bayangkan betapa terdedahnya kesilapan itu..cerita beratus ratus tahun...terdedah dgn munafik/musyrikin..malah sudah terbukti adanya hadis palsu..malah ada tapisan hadis beratus ribu kepada ribuan sahaja...malah ada hadis yg dikatakan sahih pun kandungannya tak masuk akal dan menghina Nabi....oleh itu tak perlu 4-5 PHD utk menilai kesilapan...hanya dgn akal yg dikurniakan Allah dan kebersihan hati utk mencari kebenaran.. maka segala kesilapan ini sapat dikesan..

    ReplyDelete
  4. Namun masih tetap tiada justifikasi kukuh untuk Tun menyokong kenyataan Kassim Ahmad terutama tentang perihal rambut wanita bukan aurat yang mana memang jelas dalam syariat Islam tentang hal tersebut. Tidak hairanlah beliau tidak peduli isterinya tidak menutup aurat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjukkan lah bukti kalau tuan kata rambut atau kepala tu aurat.
      Tunjukkan dlm Quran ayat2 Allah, bukan hadis ciptaan manusia & syaitan. Wassalam.

      Delete
    2. Golongan antihadis ni silap2 diorg faham yang seks guna kondom tu bukan zina. Bingai.

      Delete
  5. Dlm quran sendiri ada memberi panduan mengenai wuduk, waktu solat, cara solat. Sudah cukup sebagai penerangan asas cara mengabdikan diri pada Nya. Cara yg kita lakukan sekarang diwarisi dan dilakukan oleh org terdahulu (melalui penceritaan sejarah, hadis). Maka selagimana tak berlawanan dgn alquran, maka teruskan lah. Tiada isu pun disini. Yg menjadi isu ialah hadis yg berlawanan dgn alquran.

    ReplyDelete
  6. Ada ker hadis yg bertentangan dgn al-quran? Salah seorang penulis kitab tentang hadis-hadis sahih menulis dlm kitab nye yg berbunyi lebih kurang mcm nie, "Jika kalian menemui ayat Al-Quran yg bertentangan dgn penulisanku, maka tiada nilai lah tulisan ku itu." Faham kah?

    ReplyDelete
  7. Mestilah ada...itu pasal adanya hadis palsu..malah encik bukhari pun menapis ratusan ribu hadis kepada ribuan sahaja..malah yg dikatakan sahih pun ada yg pelik dan lebih menghina kedudukan dan akhlak nabi....itupun mau tanya ka?

    ReplyDelete
  8. Ini mengenai rambut..cuba bandingkan hal di bawah:
    1) wanita bertudung menutup dada
    2) wanita bertudung colourful menutup dada
    3) wanita bertudung tak menutup dada
    4) wanita tak bertudung menutup dada dgn kain.
    5) wanita tak bertudung berambut colourful menutup dada dgn kain
    6) wanita tak bertudung tak menutup dadanya

    Saya rasa lelaki tak tartarik pada #1 dan #4.
    Tarikan pada #2 dan #5 sama sahaja.
    Tarikan pada #3 dan #6 sama sahaja. Malah inilah tarikan paling kuat.

    Point saya..wanita tak bertudung tak semestinya menarik syahwat lelaki sekiranya wanita itu menutup dadanya. Perkara sebaliknya juga pada wanita bertudung.

    Malah dlm quran pun tiada ayat menutup rambut (dikatakan amalan ini asalnya dari yahudi). Maka pandangan dr. KA ada benarnya dan perlukan perbincangan lanjut.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika begitu adakah perempuan tidak perlu menutup rambut untuk solat? Persoalannya bukan dada sahaja sheikh..

      Di mana saudara/i dapat sumber sohih amalan menutup rambut asalnya dari yahudi? Terangkan..

      Delete
    2. jgn risau, dr maza sedia menunggu.. jgn larrriiiiiiii wahai kassim.

      tutup aurat pertamanya akur dgn perintah Allah. soal nafsu bukan sebb utama. sebb nafsu syaitan, nenek tua pun kena rogol.

      apakah tudung menjadi masalah besar hingga dibesar2kan? kesempitan hidup rakyat cuba diketepikan. mentang2 mahdey makan kangkung mahal.

      sgt hairan kenapa isu tutup rambut difokuskan.. yg paling tk suka penutupan aurat ialah syaitan kerana mata nya rabun bila wanita menutup aurat.

      rakyat kenal mahdey lebih dr kasim, kasim diperalat utk buat gempaq lari focus kesempitan rakyat. dia tk sedar jadi alat mahdey. berahim ali baru nk sedar sikit2 selepas umno perlekeh perkasa.

      hari tu mahdey perguna hanif omar utk mengaku buat operasi lalang, diri ia tk bersalah. sekarang anwar pula yg buat operasi lalang.

      kalau nk kaji semula hokum, kajila sorang2. umat islam masih byk agenda penting nk diperjuang. nk tafsir Quran, buatla sendiri atau suruh ust umno buat. suruh kazim atau fathul bari tafsir semula. harussani dh menentang kasim dn mahdey.

      Delete
    3. La...kassim bab..sempit sangat ka hidup hang tu...org malas jer yg dok merungut tak sudah sudah...org bodo jer dok salah kan org lain kecuali diri sendiri...apa la malang nya nasib hang nooo..fitnah melampau lampau...dah la iq rendah..jiwa kacau pulak dah...apa sumbangan hang berbanding madey..
      Pasal anwar pun hang boleh tertipu noo..kawan tu bila ada kuasa apa dia buat...bila takdak kuasa meroyan...cukup cukup la jadi balaci org...usahalah sendiri..allah tak ubah nasib seseorang melainkan dia mahu berubah..

      Delete
    4. laaaa lain aku tulis lain dia jawab. patutla sokong kasim ahmad.

      Delete
    5. Surah An Nur Ayat 31 dengan jelas menyebut tentang tudung kepala....adakah yang dimaksudkan dengan tudung kepala itu bukan menutup semua rambut sebaliknya hanya menutup dada dan sebahagian rambut? selama lebih 1400 tahun ulama menafsirkan bertudung itu adalah menutup rambut....dan selama itu juga umat islam mengguna pakai hukum berkenaan...tiba2 hari ini kita nak kata hukum itu salah...dan bermakna selama ini umat islam menggunakan hukum yang salah? ....bukan kah nabi juga telah berkata bahawa umat islam dizamannya adalah yang terbaik..dan kemudian adalah umat selepasnya...ni seolah2 kita nak kata kita lebih baik dari umat islam terdahulu...

      Delete
    6. syeikh... jagn faham Alquran secara literal sahaja... Alquran ni kitab sastera paling tinggi... ada maksud tersirat dan tersurat... jagn dok main kaji tanpa ilmu... rujuk org2 yg arif dalm bidang ni... kalu salah tafsir, sesat sheikh... wallahua'lam...

      Delete
    7. Salam...saya rasa sangat sedih kerana umat islam sendiri meletakkan halangan utk org ramai mendalami islam, semestinya cara utama ialah mendekati alquran. Pelbagai sebab digunakan seperti 'alquran sangat sukar sifahami' atau 'hanya mereka yg mempelajari ilmu ini, ilmu itu yg boleh bercakap pasal alquran' dll. Tidakkah anda terfikir yg kata kata anda seolah olah merendahkan Allah. Maksud saya takkanlah Allah itu sebegitu zalim menghukum manusia yg tak ikuti Alquran, yg mana kandungannya amat sukar difahami? Semestinya Allah itu adil, tidak zalim, semestinya alquran itu mudah. Anda boleh baca maknanya dan dengan hati bersih mencari kebenaran, nescaya amat mudah kebenaran meresapi kedlm diri anda. Tetapi bilamana alquran ditokok tambah dgn hadis (yg berlawanan) maka amat sukar kita terima islam itu. Anda boleh lihat betapa mudahnya non muslim convert kpd islam hanya merujuk kepada alquran sahaja.

      Delete
    8. sy setuju..Al-Quran adalah sumber yg lengkap..tiada sedikit keraguan di dalamnya..

      Delete
  9. mahdey pegi tido ikut paklah lagi baik la

    ReplyDelete
  10. Hairan..bagaimana tun menolak hadis kerana ragu akan perawi2.. Bagaimana halnya dgn alQuran? Mcmna Quran itu boleh smpai ke zaman sekarang? Atau tun smpt hidup sejak dari zaman para sahabat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih..tun makin tua makin kelaut

      Delete
  11. dlm alquran mmang x ada kata org ppuan kena pakai tudung... x da... tetapi allah kata org perempuan kena menutup aurat...aurat wanita dari hujung rambut hingga ke kaki hanya tapak tgn sahaja yg bleh npk...so maknanya kena lah ttup kepala tu cara menutup kepala bukan pakai topi atau serban benggali tetapi memakai jilbab yg menutup hingga kedada...tun kata dia jugak akan mati menemui tuhannya tahu x tun tuhan dia adalah yg empunya diri yg menciptakan dia & segala umat manusia dan seluruh alam semesta ini so jgn la nak lwn apa yg allah suruh ...di dunia bleh la kita kata akan terima apa saja balasan di akhirat kelak ttapi jgn lupa kita akan merayu kpd allah supaya kita dihidupkan semula untuk memperbetulkan apa yg kita buat semasa didunia ketika kita masih bnyawa...jgn la kata boleh terima apa saja hukuman igat hukuman allah bukannya ringan mcm kat dunia....fikir2kan la tun....dduk umah diam2 & bykan amal ibadat....semoga allah memberi hidayah kpd tun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sila rujuk ayat 24:31. Disana dinyatakan bagaimana wanita mesti menjaga kehormatan diri. Tidak dinyatakan menutup kepala/rambut, tetapi dinyatakan menutup dada (salah satu beauty part wanita yg ada sexual attraction). Bagi saya begini, wanita mesti menutup dada dan bahagian lain yg ada tarikan seks seperti paha, punggung dll. Bukan bermakna menutup sekadar menutup, tetapi lebih kepada memelihara kehormatan (cth: penutup yg tidak ketat, tidak jarang, dll). Oleh itu tiada keperluan utk menutup kepala/rambut sekiranya segala yg disebut itu dapat dipenuhi. Namun bagi saya tiada salahnya menutup kepala/rambut (kena jelas yg ianya tradisi dan tiada dlm quran, dan tidak merasakan diri lebih mulia berbanding wanita lain) selagimana kebersihan kepala/rambut dijaga dan jika kita merasakan lebih mudah menutup dada dan jaga kehormatan melalui cara ini. Secara umumnya, ikut alquran kerana ianya penentu keimanan kita pada Allah.

      Delete
  12. Islam itu indah. Jgn nk buat pening. Belajar lah dgn ulama2.. jgn rasa kita cerdik dan bodoh sombong.

    ReplyDelete
  13. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui; Maha Melihat; Maha Mendengar; Maha Pengasih & Maha Penyayang. Saya menyeru diri & saudara seIslam saya agar tidak memanjangkan apatah lagi memutar belitkan luahan hati seorang makhluk Tuhan. Sesungguhnya kita hanya tahu; lihat; dengar dengan pancaindera pinjaman Yang Maha Esa. Janganlah disalah guna. Walaupun manusia dikurniakan akal yang mampu menjadi khalifah mentadbir bumi; manusia tidak dibeti pengetahuan perkara yang sangat seni. Contohnya isi hati. Tuduhan tanpa bukti kukuh adalah fitnah. Sesungguhnya Allah Maha menerima Taubat. Adakah anda laksana Tuhan? Mampu mentafsir segalanya? Mampu tahu perkara yang Tun lakukan baik di khayalak umat manusia mahupun di ruangan sunyi sepertiga malam? Menuduh malah mencerca & menghina saudara seIslam itukah dakwah warisan Nabi kita? Adakah kita tahu berapa banyak doa; zikir; solat sunat; nazar; amal ibadah tersembunyi yang Tun sekeluarga amalkan? Menegur dalam keadaan dendam & marah; adakah rasional? Ingatlah kita diajar untuk berpesan-pesan ke arah kebaikan. Allah Taala Maha Adil. Jangan sampai fitnah yang dilontar akan dilontar semula kepada pemfitnah; mungkin bukan ke atas kamu; anak kamu; atau keturunan kamu. Mari kita sama-sama berdoa agar kita semua berjalan menuju redha Allah yang membawa kepada tamadun umat manusia yang memelihara kemakmuran sejagat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana nasihat yang baik ini.

      Delete
  14. Assalamualaikum. Sy ade sedikit pelik. Mase sy ke mekah menunaikan umrah. Sy melihat rmai wanita arab yg fasih berbahase arab memakai penututp kepale/hijab tetapi tidak sepenuhnye. Tetapi mereka juga seperti saya menunaikan umrah. Umrah mereka tidak sah ke ?ketika Mereka solat juga mereka memakai hijab tetapi menampakkn rambut mereka. Jadi tidak sahkah umrah dan solat mereka kerena mereka tidak memakai hijab sempurna menutup keseluruhannya ?

    ReplyDelete
  15. Tun M tidak pernah menolak hadis, tapi terlalu banyak hadis palsu sehingga membuat umat islam kebelakang dan mementingkan diri sendiri. Masyarakat kita dididik untuk mendengar dari berfikir. Jangan la menuduh kafir ke ats orang lain kerana hanya allah berhak mengadili umatnya. Selagi hambanya percaya pada allah dan alquran, tidak ada orang islam wajib berkata yang tidak baik. Banyakkan membaca al quran dan maknanya.

    ReplyDelete