Tuesday, April 16, 2013

TERKINI #PRU13 #GE13 - Senarai PANAS Calon-Calon BN Kelantan !!!




1. PARLIMEN 019 TUMPAT

(Mansor Salleh – bekas ketua bahagian)

DUN Pengkalan Kubor (Noor Zahidi Bin Omar – ketua bahagian)

DUN Kelaboran (Wan Hanapi Wan Yaacob – naib ketua bahagian dan pernah menjadi calon 2008)

DUN Pasir Pekan (Nik Noriza Nik Salleh – ketua wanita bahagian dan ketua penerangan wanita negeri, muka baru)

DUN Wakaf Bharu ( Mohd Rosdi Abdul Aziz – pernah menjadi calon pada 2004 dan 2008)





2. PARLIMEN 020 PENGKALAN CHEPA

(Dali Hussin – ketua bahagian, ketua penerangan UMNO/BN Kelantan dan bekas ketua pemuga UMNO Kelantan.

DUN Kijang (Zaluzi Sulaiman – naib ketua umno bahagian, penyelaras BN Kijang dan muka baru)

DUN Cempaka (Wan Razman Wan Abdul Razak – pentadbir mukkim, timbalan penyelaras DUN Cempaka dan muka baru)

DUN Panchor (Che Rosli Hassan – Timbalan Ketua Bahagian, pernah bertanding 2004)



3. PARLIMEN 021 KOTA BHARU

(MOHAMAD Fatmi Che Salleh – ketua bahagian dan setiausaha politik PM)

DUN Tanjong Mas (Kanidy Omar – penyelaras DUN Tg. Mas dan muka baru)

DUN Kota Lama (Tan Ken Ten – setiausaha MCA Kelantan, pengerusi MCA Kota Bharu dan bertanding untuk kali kedua)

DUN Bunut Payung (Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim – guru pendidikan Islam PPD Kota Bharu dan muka baru)



4. PARLIMEN P022 PASIR MAS

(Che Johan Che Pa – kali pertama bertanding, timbalan ketua bahagian dan muka baru)

DUN Tendong (Hanafi Mamat – ketua bahagian, bendahari UMNO negeri, pernah bertanding Parlimen)

DUN Pengkalan Pasir (Tuan Anuwa Tuan Mat – bekasa pegawai agama jajahan Pasir Mas dan merupakan muka baru)

DUN Chetok (Aimi Jusoh – muka baru)



5. P023 RANTAU PANJANG

( Ghazali Ismail – kali pertama bertanding dan muka baru, ketua penerangan UMNO bahagian)

DUN Meranti (Mohd Afandi Yusof – Ketua Pemuda bahagian, exco pemuda UMNO Malaysia, ketua penerangan pemuda UMNO negeri)

DUN Gual Periok (Shaari Mat Hussain – pernah bertanding tahun 2004 dan 2008, timbalan ketua umno bahagian)

DUN Bukit Tuku (Mohd Zain Ismail – bekas ketua umno bahagian, bendahari umno bahagian)



6. P024 KUBANG KERIAN

(Anuar Safian – ketua pemuda UMNO negeri, pernah bertanding di DUN Pasir Tumboh)

DUN Salor (Mohmad Nordin Awang – timbalan ketua umno bahagian dan bekas pengarah MSN Negeri dan muka baru)

DUN Pasir Tumboh(Mohd Shamsul Yusoff – ahli minda pondok dan muka baru)

DUN Demit (Wan Mohd Nazi Wan Hamat – penyelaras DUN dan muka baru)



7. P025 BACHOK

(Awang Adek Hussin – Ketua Bahagian, timbalan menteri kewangan)

DUN Tawang (Mohd Zain Yasim – muka baru, naib ketua bahagian)

DUN Perupok (Mohammad Zaidi Sidek – muka baru dan ketua pemuda bahagian)

DUN Jelawat (Ilias Husin – timbalan ketua bahagian dan pernah bertanding 2004 dan 2008)



8. P026 KETEREH

(ANNUAR MUSA – bekas menteri kabinet, pengerusi KADA, presiden The Red Warriors)

DUN Melor ( Mohd Othman Omar – muka baru, bekas guru besar dan ajk bahagaian)

DUN Kadok (Mohd Basri Awang – muka baru dan bekas pegawai MPKB)

DUN Kok Lanas (Md Alwi Che Ahmad – ketua pembangkan DUN Kelantan, bekas MP 2004, bekas setiausaha politik PM)



9. P027 TANAH MERAH

(IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ – muka baru, ketua bahagian dan usahawan)

DUN Bukit Panau (Baharudin Yusof – timbalan ketua bahagian dan kali kedua bertanding)

DUN Gual Ipoh (Bakri @Mohd Bakri Mustapha – muka baru, bekas guru, naib ketua bahagian)

DUN Kemahang (Dayang Saniah Awang Hamid – muka baru, bekas guru, ketua wanita bahagian)



10. P028 PASIR PUTEH

(TUAN MUSTAFA TUAN MAT – ketua penerangan UMNO bahagian, pernah bertanding 2008 )

DUN Selising (Zulkfli Ali – muka baru)

DUN Limbongan (Mohd Rujhan Salleh – muka baru, timbalan ketua bahagian, bekas ketua pemuda UMNO negeri)

DUN Semerak (Zawawi Othman – muka baru, ketua bahagian,bekas guru)

DUN Gaal (Redzuan Stapha – muka baru dan penyelaras DUN)



11. P029 MACHANG

(AHMAD JAZLAN YAAKUB – ketua bahagian, bekas presiden KAFA dan Pengerusi MSN Negeri)

DUN Pulai Chondong (Halim @ Ab Halim Ismail – kakitangan kerajaan dan pernah bertanding 2004)

DUN Temangan (Azemi Mat Zin – muka baru, bekas guru)

DUN Kemuning (Eriandi Ismail – muka baru, ketua pemuda bahagian)



12. P030 JELI

( MUSTAPA MOHAMED – menteri cabinet, MP Jeli)

DUN Bukit Bunga ( Mohd Adhan Kecik – seorang peguam)

DUN Air Lanas ( Mustapa Mohamed)

DUN Kuala Balah (Abdul Aziz Derashid – seorang peguam)



13. P031 KUALA KRAI

(TUAN AZIZ TUAN MAT – ketua pemuda bahagian, pegawai kanan Kesedar)

DUN Mengkebang (Azizzudin Husin – ahli umno)

DUN Guchil (Nik Sapeia Nik Yusof – naib pengerusi BN Kelantan)

DUN Manek Urai (Che Jalal Muda – muka baru, naib ketua bahagian)

DUN Dabong (Ramzi Abd Rahman – ketua bahagian, pengerusi Kesedar)



14. P032 GUA MUSANG

(TENGKU RAZALEIGH TENGKU MOHD HAMZAH – ketua bahagian)

DUN Nengiri(Mat Yusof Abdul Ghani – penyandang)

DUN Paloh (Nozula Mat Diah)

DUN Galas Ab Aziz Yusof)

72 comments:

  1. Datok sedi Wakaf Bharu tuuu.. ore kito tuuu

    ReplyDelete
  2. pembetulan

    DUN Bunut Payung (Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim) - bukan guru pendidikan islam... tetapi penolong pegawai pelajaran daerah, unit pendidikan islam, ppd kota bharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saloh belako..bila bertanding doh jadi 'bekas'

      Delete
    2. terik ni,calon BN lebih hebat dari calon PAS.ada peluang menang...Berpolitik untuk meninggikan Agama ISLAM.....saya sokong ustaz..

      Delete
  3. Tok Pa ambo undi trip ni.

    ReplyDelete
  4. Tok Pa yg gadai royalti kelate ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. by Haniff Abu Talib;
      Orang2 UMNO kata tak boleh undi PAS sebab dalam PAS ada SYIAH...Yang ana baru dapat dari Ustaz Rashidy Jamil,JAKIM...TAHUKAH ANDA: Calon BN DUN Pasir Tumboh, Mohd Shamsul Yusoff (Penggerak Minda Pondok) adalah merupakan penyebar utama aliran Syiah di Msia (sumber: Ust Rashidy Jamil, JAKIM)

      Delete
    2. Ye ke cek mmolek.....lamo ker boleh dosa kering jah, demi nak menjatuhkan shamsul al hafiz, beso dgr dohko dio skong syiah.....ko dio kluar oas pun sbb x sokong syiah....
      hok tetu syiah nyo mat serabut tu

      Delete
    3. wajib tolak dan buang syiah, rupanya syiah aktif melalui parti UMNO bukannya PAS, cari lagi siapa kawan-kawan dia

      Delete
    4. ambo saksi...dia pernah ajak join gang syiah...dia nk sedia bbrapa ribu pemuda sbb nk sambut imam mahdi. Dia amalkan konsep taqiyyah utk elak org tahu..sembahyang atas batu karbala, sembahyang jamak xkira bila & di mana...hina Saidina Abu Bakar, Umar, Siti Aisyah. rumah dia di belakang Balai Islam, Lundang, KB

      Delete
  5. Not impressive enough to take on PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. do think so... DSAM 4 Ketereh... why not Datuk Alwi??

      Delete
  6. Baik gadai royalti,phtu gk gati nge wang ihsan,drpd tergamok dk gadai kalimah Allah utk sek kapiiiirr

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut undang2 malaysia yg demokrasi, sapo yg luluskan benda ni.? cuba pikir dab kaji sbelum kato tu ter...
      hok ado kuasa lulus kalimah Allah di gunakanhanya sore jah, perdana menteri.. xkan Tok Guru PM kito loni.. pikir laa sapo PM kito loni..
      jeng..

      Delete
    2. Bodoh.. siapa yg benarkan kalimah Allah guna pakai oleh kapir. Pas kah?? Pas takde kuasa. Kerajaan pusat tu yg luluskan. Jangan jadi bodoh la samdol?!!

      Delete
    3. ni la ore suh g cari ilmu.. info buleh cari tp duk dgr tv3suku jah sbb tu duk cayo bulat2.. acu google jgk gk.. jgn mls cari ilmu..

      Delete
    4. Google pun bkn betul sgt jugok... Puok2 demo jugok nyo tulis.. Nyo betul alik demo sokmo lar....

      Delete
  7. Kemah trip ni wehhhhhhhhh... Bo la wei PAS tuh.... Trip ni kemah dari thn lepah..... hidup abe PA kito.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. molek boh PSY, Cristina Agulera jd calon... tok guru2 ore tok ser doh...

      Delete
    2. eehhh.. Dunio akhir zaman ore xsey blako doh tok guru.. ore nok PSY

      Delete
  8. ngamuk la berehim ali x naik jadi calon...hehehe

    ReplyDelete
  9. Allah xmitok kito mati-matian tegakkan kalimah Allah, hok Dio srh kita mati-matian tegakkan syariat Dio...Allah kekal dgn Zatnya..Org kato jahil maroh, blajar dulu byk2 sblm komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg syariat tu pihak disana dok bermatian tegakkan ke? :)

      Delete
    2. supo dio sore jah gi nganji Mesir...kalu ore ghoyat bodo maroh.
      Isle laa sangat, sapa Hadi mereng bui alase Stopa Spenda sakit lutut xleh nok berjubo...kalu pelir doh congget ia dok kiro sakit lutut ko dok...bodo punya alase, ko Hadi mereng beso tengok Stopa dok bejubo ???

      PAS + PKR + DAP = Parti Ajaran Sesat
      Stopa Spenda + Al-Juburi = Sek sakit lutut + Jubo

      Delete
    3. aku cayo ko hadi...sbb tu aku siye ko bini Stopa

      Delete
    4. pas sesat.... pas sesat pasal nak tegakkan syiar islam.... memang sesat parok nihh... klu bowok mari psy ko konsert korea tu ok... bagus... baru jolo... x sesat

      Delete
  10. Disaat DAP berusaha untuk membuang melayu dari persada politik negara, jangan ada antara kita yang tanpa sedar menjadi agen DAP. DAP telah gunakan Pas untuk menghancurkan Umno. DAP guna PKR untuk melemahkan Umno.

    Mengenai Pas pulak. Kita tak akan buang Pas jika dia tidak bersama dengan DAP. Tapi hari ini jika kita beri satu undi kepada Pas sama lah seperti kita beri satu undi kepada DAP. Satu undi kepada Pas bermakna satu undi untuk menjatuhkan melayu dari persada politik tanah air.

    Kita tak tolak Pas jika Pas jadi imam dalam PR. Adakah Pas jadi imam atau Pas jadi makmum dalam PR ? Anda boleh menjawab sendiri. Saya nak ingatkan sahabat2 yang berserban dan berkopiah putih, jangan ingat hanya kerana Pas bertanding paling banyak kerusi kamu ingat Pas akan menang paling banyak kerusi.

    Saya berani kata, DAP akan menang paling banyak kerusi dalam PR berkat undi dan doa daripada kamu sahabat2 saya yang berserban dan berkopiah putih. Kamu boleh buat sembahyang hajat setiap malam minta Pas menang paling banyak kerusi, tapi akhirnya Allah akan beri kejayaan kepada DAP juga berkat dari undi dan doa kalian.

    Saya tak takut menjadi kafir kerana mengundi Umno. Saya tak takut tak mendapat pahala kerana mengundi Umno. Saya tak takut sembahyang tak dapat pahala kerana mengundi Umno.

    Saya yakin dan optimis jika orang melayu mengambil pendirian seperti yang saya ambil, Melayu Selamat Islam Selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuu..semangat....tabit skot...........mana jam omega.......jijah simpan........apasal matshabu bagi gelaran aljuburi kat nuar brahim...geng..geng....pas tak leh fikir dahhh......ada akai''' taru lutut...stopa sakit lutut..kata hadi..pooiii.....nak balung bukan pakai lutut...bodho....hadiiii..poii.poi..pooii.......

      Delete
    2. Sumo dok kalut pasal DAP..DAP pun hormat Islam, tp MCA sep mung x napok.? terang2 HINA HUDUD ALLAH.. ore kato BODO kea Maroh..
      Asal Video jah msti Hitam Putih, gambar bleh wat kaler, tp video hitam putih, sep mung reti mikir ko dop.? ko buto it.? ore edit nge x edit.. Lau Bodo Jange dok tunjuk sgt.. wakakakaka

      Delete
    3. apa jenis manusia x takut jd kafir... ore doa 5 kali sehari minta jauh dan di tunjukkan jalan yang benar... DAP & MCA yang mana menolak islam... yg mana parti cina... MCA siap buat baju Say No To Hudud... apa kes... ada lim guan eng wat gitu.... terang2 orang yg menolak hokum Allah maka menolak ayat Al Quran.. apakah akidahnya... walaupun 1 ayat... sedarlah... dan kembalilah krn Rasullah berpesan ikutlah alquran dan sunnahnya maka x kan sesat....

      Delete
    4. byk minum ketum kau ni.xpayah tggu DAP mari, la ni pon melayu da merempat.ramai yg xsedar tp tu hakikat.merujuk kpd produk 1 Malaysia "Yg Miskin....Di Selamatkan"...bru la ni nk sibuk, sblm ni ankpa (UMNO/BN) bwat mnda ? dok kira nk rembat duit rakyat ka? keh3x

      Delete
  11. Hidup Tan Sri Annuar Musa
    Presiden The Red Warriors
    Kami berjuang habis-habisan untuk Presiden mendapatkan kembali kerusi Parlimen Ketereh
    Kalau nama lain dicalonkan berjuang sendiri aje le...
    Kami tak sokong...
    Hidup Tan Sri Annuar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambo sokong Anuar sbg Presiden The Red Warriors jah. Ngundi ambo tok pakoh dia. Biarlah dia mcm loni jah...kalu mene gak, banyaklah pulok make duit haram mcm dulu. Ambo saye dia, sbb tu ambo x se pakoh dio. Supo pepatuh melayu kato, saye isteri tinggal2kan, saye anok tangan2kan, sayang Tan Sri kaloh-kalohkan.... walaupun pada pandangan mata kasar, ia adalah agak kejam, tp itulah cara terbaik yg perlu dibuat utk yg tersayang....
      hidup TRW

      Delete
  12. BN kelate tok seberani BN P.Pinang.

    Kat P.Pinang, majoriti muka baru. Old timers (kecuali Dato Helmi yg orang Balik Pulau memang suka) dah takde.

    Tp sayang... anuar musa masih ada utk lawan PAS? dah 22 tahun dia cuba tp tak berjaya, masih nak suruh dia cuba lagi? Dah takde orang lain ke?

    Dan di Gua Musang? Ku Li nak lawan record dgn Nik Aziz ke?

    ReplyDelete
  13. unmnoob parti berok... nok ngundi baru mari berok...ato ato taik pah tinggal... pok mum pakat sium...hahahah..

    ReplyDelete
  14. Tukar kerajaan pas kali ni.. ini kalilah

    ReplyDelete
  15. apa syariat yang kita perjuangkan nyo? nama Allah SWT tu tere2 dah dale surah Al-Ikhlas, nie terjemahan nyo kalu demo tu tak pehe bahasa arab :

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
    [1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
    [2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
    [3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
    [4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya...

    Memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan perjalanan hidup kito tu hak penting...barulah boleh nak kembangkan syariat....sesetengah ore suka baca surat al-ikhlas ketika semaye (termasuklah ambo), tapi tak pehe sekaro....bila oyak pasal kalimah Allah SWT, sene2 bui sek2 Christian tu paka....nak jatuhkan hujah PAS pasal isu kalimah Allah SWT nie, tak payah paka surah besar, pade surah kecik jah.....baso gila ko kuasa, sanggup mendua2kan Allah SWT.....baso jahil tukil....Ingatlah kita sebagai umat Islam atas muka bumi nie...jange dok pakoh PAS hak kecek sedap pasal Islam, tapi sesat habis tak tahu kemana...dok recycle hadis2 dan ayat Al-Quran jah tahu, bui ore2 islam confuse.... terrible, terrible, terrible.....UMNO walaupun fasik, tp tidak menyekutukan Allah SWT....sebab tu KDN appeal selepas keputusan mahkamah diberi.....moral of the story. fasik better than kufur.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus doh nie..lagipun kalimah Allah telah di luluskan utk org bkn islam guna.. tp gak, nok tanyo satu jah..
      SIAPA YANG ADA KUASA UNTUK MELULUSKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH ITU.??
      Mesti laa PM yg bleh luluskan bnda ni.. hadooiiiii.. lau bodo jange dok tunjuk sgt.. Najib hok lulus, gi saloh ko tok guru.. cerdik xleh nok ajar, tp gak bodo bertikat-tikat ni laa.. manusia2..

      Delete
    2. dia bercakap mcm seorang yg cerdik... tolak ayat allah x kufur ker.... tolak hudud tu hukumnya apa... ooo pasal tu hudud pas.... maka buatlah hudud yg betul kan ramai ILMU dlm umno buatler hudud pasal umno berkuasa... tolak 1 ayat dari alquran bukan lagi fasik sedara.... bila dah lawan Allah pastu nak pahala dari Allah....???/

      Delete
    3. Ambo gak x pehe sungguh ore hok dok gege pasal kalimah Allahni. Kalu ore kristian ko, ore hindu ko nak guna kalimah Allah, bala gi ko dialah. yg ptg kita ajar anak - anak kita bhw Allah kita adalah satu, spt yg terkandung dlm surah Al- Ikhlas.kalu kristian tu kata Jesus tu Allah, itu Allah bagi ore kristian, buke bg ore Islam, sbb Allah bg ore Islam to beranok dan x dok anok. Tidak ada mana2 ayat Al-Quran atau Hadis mengatakan kita kena pertahankan kalimah Allah, hok ptg kita kena tahu siapakah Allah bg ore Islam. Masalah kitoni, bermati - matian pertahankan kalimah Allah, tp semaye dok, gapo hok Allah suruh x buat... Allah buke suruh kita mempertahankan nama Allah, tapi kita kena pertahankan Ajaran Allah....

      Delete
  16. undi DAP la..dap ttp mng xda soh pun puak dia undi pas..dia suh undi dap atau umno yg terdiri dari org cina..pas perasan ngat duk sama tgi..

    ReplyDelete
  17. Pas dah nak bungkus....tukar!tukar!tukar!

    ReplyDelete
  18. Muko2 calon kaloh blako tu. Klate kekal dgn ulama. Comel molek doh.

    ReplyDelete
  19. x ada guna kita bertelagah kat sini ..5hb nanti apa salah nya jika kita bg kat PR sekali untuk mentadbir Malaysia..kita tgk setaro mano dia boleh buat..kalau x jadi apa gat PRU 14 nanti kita tukar balik..saya pun orang BN juga..tapi trip ni saya dgn geng2 saya orang Umno dah tekad dan sebulat hati akan bg undi pd PR..kami nak tgk sejauh mana PR boleh buat dlm masa 5 tahun kedepan..Ayuh semua geng2 saya dlm BN...kita tukar selera pula sekali..puas juga asyik makan ikan singgang selama dah 55 tahun..nak cuba sekali ikan masak pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi. reverse psikologi kau nampak sangatlah... sorry tak menjadilah haha

      Delete
  20. BN 55 tahun bro..ape pon xjadi..cube PR lak..kita rakyat ade kuase..xperform kite tuka..xd masalah bro..

    ReplyDelete
  21. Tak puashati lah, ramai calon ayam kopa..

    ReplyDelete
  22. Semua pertarungan siber dimenangi oleh PR. Video youtube dapat bnyk likes, troll di FB bnyk orng share. Hmpir semua 4000 friends sy hanya share bahan kempen utk PR shj, undi online menyebelahi PR. Pola undi org muda generasi siber lebih menyebelahi PR. Utk PRU kali ini, BN boleh menang. tapi dgn helah tipu daya dan miracle (keajaiban). Jika mereka menang, rakyat akan melihat mereka terus mereput (deteriorating) kerana korupsi, kelemahan dan ketiadaan pelapis pimpinan muda. bayangkan ketua pemuda, wanita dan puteri pun tk layk brtnding. Oleh itu, jika BN menang pun, mereka akan kalah utk PRU seterusnya. Undi akan terus merosot bila rakyat lebih pandai. BN: retak menanti belah.

    ReplyDelete
  23. Puok 2 macai pas .. bare kecek sajo .. .modal Syurga n Neraka ..
    Dok guling2 atas jalanraya berani ..
    Nak wat DEMO HUKUM HUDUD .. tak berani .. baso keras Kengg..
    Kalu nak Syurga .. buat la Demo setiap detik n masa ..
    Ni gak dok kehilir dan ke hulu .. tuntut R konon ..
    Dividen ladang Rakyat sepatutnya .. kena bui belako ko rakyat kelate ..
    Ni dok pileh aktivis pas sajo .. isle gapo lagu ni ..
    BASO BARE KECE SAJO .. JUARA PASE SEPANDOK ..
    JENG .. JENG .. JENG ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mca do wat baju Say No To Hudud..... mana samseng2 yg kata menegakkan melayu danislam sebagainya.... mana pemuda umno, mana perkasa, mana jalur tiga mana.... mana... yang geng nie x berkencek saja... ada berani marah chua so leak.... tadak pun... ore kota bharu guana???

      Delete
    2. Hok kata Langkah mayat aku dulu kalu nak buat HUDUD tu sapa .? DAP- Karpal sing dari Parti DAP laaa.puah hati...orang cina DAP Cino MCA ko mana suka HUDUD.Hudud ni Haji Hadi Kata kecik saje......(rujuk ucapan dia) tapi bila uztaz cakap kat masjid hudud lah jadi agenda politik pas...maknanya uztaz dan pemimpin atas pas tak sejoint.sorang kata besar sorang kata kecik...yang mana wei??

      Delete
  24. Hutang umno bust 1.4billion sebelum pas ambil alih Sapo bayar? Bilo nok abih hute sibuk nok ambik alih. Cerdik Mung stopa

    ReplyDelete
  25. nak pilih Pakatan buleh....tapi tengok lah apa jadi....air ada masalah,hal penguatkuasa ugama ada masalah. kalau di Selangor .Unisel ada pun masalah..ini ada kaitan debgan cara pengurusan dan dana..(Sedangkan Anuar spent macam air )hok paling berat urusan penguat kuasa ugama PKR amik alih.orang hok ambik alih tu plok bukan ada kelulusan ugama...DAP bila PAS tegur dia wat lembu Kenyang jer..tu pun kalu Pas berani tegur....tapi PAS kalu DAP tegur terus ikut..tak tengok kiri kanan doh...so mana nak harap ko PAkatan urus negara..nak harap dia jaga akidah anak cucu kita masa depan...kalu Pas jadi BOss tak po la juga...hok tu paling sedih dan paling takut ....

    ReplyDelete
  26. Utk 9.54 ..
    Pada ambo perjuangan Pas lo ni .. banyak doh gelechoh rel .. berbanding hok dulu dulu .. banyak sangat Beza nya..
    Ko guano .. mulo pakai kitab mana .. lo ni pakai kitab mana ..
    Kalau betul2 berjuang ISLAM ..pakai Quran n hadith utk rujukan ..
    Ko pakai Formula .. untung kita Halal .. nampok rugi HARAM

    ReplyDelete
  27. Sehebat Mahatir Pun tak dapat menyatukan Melayu di Malaysia
    Sejujur Pak Lah Hadari pun Tak dapat Menyatukan Melayu di Malaysia
    Sebaik Najib pun tak dapat menyatukan Melayu Di Malaysia..
    Bilakah Melayu dan Islam Dapat Bersatu Di Malaysia???

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. ramai orang cina terutama dari ipoh dan penang benci pada umno kerana menjadi punca kepada kebangkitan ekonomi melayu. sikap kiasu org cina ni xpernah padam dan puas. mereka sentiasa tamak dan mahukan yang lebih. diberi byk mana tetap kata x cukup. mereka bagi alasan nk bawak anak2 pergi shopping, tgk wayang pada hujung minggu x cukup wang oooo..... you bagi pinjam rm3000 mana cukup. sekurang-kurang mau rm200k oooo…... inilah ketamakan manusia yang tidak beriman. jangan undi golongan yang cuba memecahbelahkan umat islam di negara ini. wallahualam

      Delete
  28. Kita sebagai rakyat klate tak perlu balah..pada 5 Mei ni kita semua pakat balik mengundi dan dengan hajat untuk memenangkan golongan yang memperjuangkan islam yang sebenarnya.Sebagai hamba Allah yang diberi kepada atas diri kita semuanya adalah pimjaman..ingat yang mati tidak akan kembali ke dunia untuk menceritakan apa yang mereka lalui di sebalik alam dunia..sebagai umat yang diberi hidayah oleh Allah,kita seharusnya berfikir bagaimana untuk menjadikan diri kita dekat dengan Penciptanya.Yang pasti dunia ni hanyalah pimjaman semata-mata..tdakkah kita sebagai orang islam tdak berfikir dengan janji Allah kepada umatNya..kalau yg jahil..tuntutlah ilmu agama itu..kalu yg dah tahu ceritalah ilmu sebanarnya itu..INGAT Allah hanya mencintai umat-umatnya yang selalu memdampinginya..ingat dalam muamalat kehidupan kita..undilah dan percayalah kpd golongan yg mensyariatkan agama Allah..Islam bkan agama yg asal di tepi jalan..pikir-pikirlah puak kita semua..

    ReplyDelete
  29. P29 Machang, pada pandange ambo cikgu mie dun temangan sahaja calon yang tepat bagi istilah winnable candidate. Calon Parlimen ahmad jazlan yaakub bagi ambo tidok layak utk kerusi itu patut datuk jazlan pertahankan Dun Kemuning kerana pado ambo sudah gege mache diploma beli kedengaran di keda kopi dan bagaimana datuk lan telah mendapatkan tandatangan penghulu2 dan ketua-ketua cawangan hok tok paka dan pentingkan jawate menghantar memorandum ko najib bahawo dato lan lah paling layok untuk kerusi parlimen P29. Punoh jadinyo nie namonyo calon syok sediri tok ambik kiro pandange rakyat tapi ahli UMNO hok ado kepentingan pah tu staro mano nok mene mache undi penyokong ore minat ko PAS hendaklah ado hurmmmm kalu ore mudo tetu doh tok bui mugo calon PKR nie ado PHD Datuk Lan ado gapo? bunyi baru ado diploma tapi ore pakat kato dio beli wallahhualam pah tu kerusi dun kemunign bui ko anaok mail mamat ketua pemudo hok menghancurkan pemuda mache hok dato sazmi tingga selepas disembelieh dan diperanyut sazmi kelauuuut pah tu naik dio eriandi ismail kerusi dun kemuning maaf ambo kecek ambo ahli UMNO pemudo tok leh bui merit ko eriandi ismail tok tahu nok bui atah gapo, pemuda mache hancur lebur doh tingga 2 3 kerat hok ado kepentingan di kemuning kawasan rumah mail mamat jah pemuda hidup kalu adik kakok tok cayo ambo kecek turun tengok sediri di mache hok duk sokong2 tu bare nego blako ado kepentingan skali lagi mache dale kegelape pengundi luar pun huru haro weiiiii

    ReplyDelete
  30. harap kelate kekal bersama PAS,BN pergi mati

    ReplyDelete
  31. Now many people are talking about Datuk Yip Kum Fook doing bad things in Kepong because of the word of men and women, God knows he is doing bad things in the Kepong area, when you type the word of Yip Kum Fook, there everything is displayed on the smartphone screen, now technology is very fast to give something to people, people will share to others to know

    How do you want to hide your bad things from the world and you can't keep a secret in this world, one day people will know what you did with him, now you are almost 70 years old and your power will disappear soon. When you get there, you will feel something in your life, people will look down on you (know someone will not pity at you)

    If you read this message of ours, you can't sleep and you can't eat because you will see your shadow when you walk under the sun or the moon, also if you are in the room you will hear some disturbing ghosts because in the past you are more many people you cheat (close friends, you cheat on them too)

    Don't forget, Simon Low Kok Meng is Datuk Yip Kum Fook's spy and security, when you (anyone) say about Datuk Yip Kum Fook, the order will fast to Datuk Yip...I Ah Wah from Selayang to witness when they take monks out from Samnak Sambodhi, Taman Desa Jaya, Kepong...they brought the police and thugs (gangster) in the temple to remove the monks

    Shared by Ah Wah and Ah Chuan

    ReplyDelete