Wednesday, March 6, 2013

Serangan ofensif tindakan tepat kerajaan - Tun Mahathir



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyambut baik tindakan drastik pasukan keselamatan untuk menamatkan kemelut pencerobohan selama 22 hari di Kampung Tanduo, di sini dengan melancarkan serangan ofensif hari ini. 
Malah, beliau menyokong tindakan serius kerajaan dalam menangani isu pencerobohan di beberapa kawasan di negeri ini dan berharap operasi pembersihan penceroboh itu berakhir segera.
 
Tegasnya, tindakan serius itu diambil atas dasar keprihatian kerajaan terhadap keselamatan rakyat di negeri itu. 
 
Justeru, tindakan pihak keselamatan yang kini sedang beroperasi tidak seharusnya dipertikaikan. 
 
Tambahnya lagi tanggapan negatif yang dilemparkan pihak tertentu yang mendakwa langkah menyerang pencerbohoh merupakan satu tindakan lewat adalah munasabah. 
 
Bagaimanapun kerajaan Malaysia, unit keselamatan khususnya mengambil berat perihal keselamatan penduduk tempatan yang berada di Lahad Datu, Sabah jika bertindak terlalu awal. 

 
"Mungkin ada pendapat-pendapat lain yang tidak dapat melihat apa-apa kebaikan dengan tindakan kerajaan. Ada yang kata tindakan terlalu lewat, ada yang kata bertindak terlalu cepat tapi hakikatnya ini adalah satu gerakan yang agak kompleks.
 
"Kerana kita tidak boleh serang balas begitu sahaja kerana terdapat penduduk yang tinggal di kawasan itu. Kalau kita serang balas mungkin penduduk di situ akan jadi mangsa jadi kita perlu berhati-hati," katanya di sidang media hari ini. 
 
Sambil mengulangi keturunan Sultan Sulu sudah tidak wujud lagi kini, beliau yang juga dikenali sebagai Tun M menjelaskan kematian beberapa anggota polis baru-baru ini yang mempertahankan negeri di bawah bayu tersebut membuktikan pencerobohan itu tidak boleh dipertimbangkan.
 
Krisis ini katanya lagi, tidak pernah dialami sebelum ini malahan strategi menggunakan orang ramai sebagai perisai merupakan halangan tindak balas agresif daripada kerajaan. 
 
Walaubagaimanapun kerajaan telah berusaha untuk tidak melibatkan kejadian tumpahan darah namun keganasan penceroboh terbabit menjadi faktor. 
 
"Mereka melakukan sesuatu yg cukup buruk mendedahkan orang yang tidak berdosa.Kalau mereka serang kita dengan senjata bunuh orang kita macam mana lagi kita nak tangani masalah ini. Mereka datang dengan senjata itu pun satu kesalahan. 
 
"Kita tunggu agak lama lebih daripada  20 hari sebelum bertindak dan kita bertindak selepas mereka membunuh anggota polis kita," ujarnya. 
 
Beliau menyifatkan penceroboh yang mendakwa beragama Islam telah melanggar ajaran agama yang jelas memusuhi saudara seagama sehingga menyebabkan kematian. 
 
Beliau juga menolak kemungkinan insiden terbabit akan menjadi faktor penolakan rakyat Sabah terhadap Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. 
 
"Kita tak tahu apa dia reaksi penduduk di Sabah tetapi rata-rata ingin supaya mereka selamat jadi adanya tindakan oleh kerajaan dengan menghantarkan pasukan tentera dan polis untuk menjaga keamanan di Sabah saya yakin ini menjadikan  satu positif bagi pihak BN," tegasnya. 

2 comments:

  1. lambat atau cepat tindakan tu tak mustahak
    yang penting kedaulatan negara harus di utamakan

    ini satu pengajaran kepada penceroboh dan kerajaan malaysia harus mempertingkatkan keselamatn negara dan perairan malaysia agak di masa akan datang di mudah di ceroboh oleh pihak asing.

    kepada kementerian yang berkenaan cukup2 lah tido dan makan gaji buta
    buat lah kerja sebaik mungkin dan jujur lah menjalankan tugas menjaga keselamatan negara....

    pelbagai aset telah malaysia beli tapi jika tidak digunakan ianya amatlah memalukan......

    MENTERI YG BERKENAAN HARUS BERTANGGUNG JAWAB DALAM HAL INI...
    KALAU TAK MAMPU LETAK JAWATAN JER......

    ReplyDelete