Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, March 31, 2013

Selangor silap besar tabur banyak janji - Azizan Razak #ManifestoBukanJanji



Antara kesilapan besar Pakatan Rakyat Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya Umum 2008, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kesilapan itu bertambah parah apabila kebanyakkan janji manifesto mereka gagal ditunaikan sehingga menerima pelbagai jenis saman daripada rakyatnya.

"Selangor tu sebab mereka dulu tiada pengalaman. Bukan… mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar (tunaikan).

“Geng-geng tu protes setiap hari, sampai rumah pun suruh kerajaan bayar. Gila puak ni," katanya.

Azizan berkata demikian merujuk kepada protes yang sering dilakukan terhadap Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hampir lima tahun memerintah Selangor, kerajaan negeri Pakatan Rakyat menerima sekurang-kurangnya 2,020 saman daripada ibu tunggal kerana gagal memberikan elaun bulanan kepada mereka yang tertunggak.

Selain itu kerajaan negeri disaman 1001 orang warga emas yang gagal mendapat polisi insurans Takaful bernilai RM2,500 seperti yang dijanjikan.
 
Terbaru, Selangor menerima saman daripada 1,010 suri rumah di negeri itu.
 
Tidak ketinggalan ibu bapa kepada pelajar tadika di Selangor juga bertindak menyaman kerajaan negeri kerana gagal memberikan elaun RM50 sebulan kepada anak-anak mereka.
 
Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menambah, rakyat kini mahukan sebuah kerajaan yang mampu menjamin kehidupan lebih baik kepada mereka, dan bukan semata-mata bergantung kepada kerajaan.

“Yang penting dalam konteks masa kini, rakyat bukan nak bergantung kepada duit kerajaan. Dia mahu kerajaan yang baik, kerajaan yang beri jaminan, keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka.

“Sebab itu kita panggil ‘Kedah Sejahtera’. Dia berniaga, dia bertani, dia ada duit dia. Tapi kita jangan rasuah, jangan menyeleweng, jangan ada kroni, jangan semua you bolot untuk kamu semua," katanya ketika ditemuramah portal Malaysian Insider minggu lalu.

Justeru Azizan berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan pemerintahannya di Kedah pada PRU akan datang, pihaknya tidak akan menabur janji baru sebaliknya mahu menambahbaik janji manifesto yang ditawarkan lima tahun lalu.

“Tiada janji, kita tambah penambahbaikan sajalah,” katanya ringkas.

3 comments:

  1. Bukan Kerajaan PR Selangor sahaja yang banyak buat janji palsu....pada amnya, pakatakan pembangkang termasuk PAS, DAP turut membuat janji palsu dengan berbagai janji termauk syurga, mati syahid dan memberi kuasa kepada Nik Aziz mengampun dosa.....jangan kecewa .......kerana mulut badan binasa...

    ReplyDelete
  2. Alahaiii sesama sendiri pun nk komen,diri dan negeri sendiri pun tk betul ada hati nk tunjuk pandai...inilah yg dinamakan pakatan rakyat yg tk sepakat.Belum lg tadbir msia entah2 msia tk wujud lg sb dah berpecah kpd 14 negara...fikir2 kan lah ya.

    ReplyDelete
  3. Cakap Azizan ni cakap burung Kakak Tua.... Dia sendiri pun tidak paham apa yang dia cakap... Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih... Manalah PKR boleh menang kalau masa tu tak menabur janji banyak-banyak... Itukan senjata utama PKR...??? Nahhhhhh, kau rasa kan lah sekarang Senjata dah Makan Tuan... Padan Muka.... Manyak nyanyuk punya olang tua....

    ReplyDelete