Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 5, 2013

[Regim PKR makin Gelabah] Insiden Lahad Datu: Anwar Ibrahim saman Utusan, TV3


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Melayu Malaysia Berhad dan Stesyen Televisyen Malaysia Berhad susulan penerbitan yang mengaitkan beliau dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

N Surendran yang bertindak sebagai peguam Anwar memberitahu surat tuntutan telah dikemukakan kepada kedua-dua syarikat tersebut pagi ini antara lain menggesa supaya tuduhan tersebut ditarik balik dan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka , jika tidak mahu berdepan dengan saman RM200 juta.

“Pada 2 Mac 2013, akhbar Utusan Malaysia telah mengeluarkan satu artikel di muka hadapannya yang berbunyi ‘Ketua Pembangkang Dikaitkan Dengan Pencerobohan’.

“Artikel ini menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang bagi kejadian Lahad Datu. Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan amat jahat... kami telah kemukakan surat kepada Utusan Melayu Malaysia Bhd dan editornya menuntut supaya menarik semula artikel tersebut dan meminta maaf secara terbuka serta bayaran ganti rugi kepada Anwar.

“Dan juga pada 2 Mac 2013, stesyen televisyen TV3 yang dimiliki oleh STMB telah mengeluarkan satu program yang dinamakan Buletin Utama. Di dalam program ini kenyataan palsu, fitnah dan jahat dikeluarkan di mana apa yang dikatakan dalam Utusan Malaysia diulangi oleh TV3," kata Surendran.

Selain itu, beliau yang juga Naib Presiden PKR  memberitahu bahawa Anwar memandang serius tuduhan-tuduhan tersebut memandangkan ia melibatkan soal keselamatan negara.

Utusan Malaysia dan TV3 dakwa beliau, telah bertindak demi kepentingan Umno di dalam memberi gambaran yang tidak benar tentang keadaan keselamatan negara dengan membuat serangan peribadi terhadap Anwar.

Sementara itu Anwar pada sidang media sama kemudian menafikan keterlibatannya dengan insiden tersebut.

"Kami menegaskan Anwar Ibrahim tidak terlibat dengan pencerobohan dan keganasan di Sabah, atau menjadi punca kepada berlakunya insiden tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Mengulas mengenai pencerobohan di Lahad Datu, Ketua Umum PKR itu menuntut agar satu sidang parlimen khas diadakan bagi membincangkan mengenainya.

Kata beliau, persidangan ini penting bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan di negeri bawah bayu itu.

"Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang media khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan.

"Ini serta untuk mendapatkan gambaran sebenar di Sabah,"katanya.

No comments:

Post a Comment