Sunday, March 10, 2013

[Rakyat Tolak Pembangkang] Konvensyen Pakatan Pula Pinang hambar



Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang diadakan di Komtar hari ini dilihat agak suram berikutan ramai ahli yang hadir 'lenyap'.

Konvensyen yang dihadiri pemimpin tertinggi PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri AnwarIbrahim itu diserikan dengan ucapan aluan serta ulasan manifesto PR yang diumumkan baru-baru ini.

Antara pemimpin tertinggi yang hadir, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Salleh Man Mat Aji dan Ketua PKR negeri,Datuk Mansor Othman.

Pada mulanya kira-kira 300 hadirin yang hadir namun dilihat meninggalkan dewan dalam beberapa jam.

Selepas Anwar memberi ucapannya dan meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk bertemu ahli parti, hadirin juga dilihat meninggalkan dewan.

Guan Eng dalam sidang medianya selepas konvensyen itu berkata, keadaan itu berlaku berikutan ahli parti kepenatan kerana menghadiri program ulangtahun ke-5 PR di Padang Kota malam kelmarin.

"Dewan didapati kosong kerana jadual PR yang disusun padat bermula malam semalam(kelmarin) iaitu majlis ulangtahun PR 5 yang tamat agak lewat. Banyak ahli penat.

"Saya tidak anggap ia perkara luar biasa kerana jadual kita untuk dua hari ini amat padat," katanya.

Sementara itu,Setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik berkata, ia adalah 'keadaan biasa' dalam mana-mana konvensyen yang diadakan.

No comments:

Post a Comment