Minda Hijrah Headline Animator

Monday, March 25, 2013

Lahad Datu Terkini - Agbimuddin akan didakwa atas kesalahan jenayah



Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Agbimuddin Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Raja Muda Kesultanan Sulu akan berhadapan dengan perbicaraan di Malaysia kerana mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Februari lepas.
 
“Saya tidak kisah sekiranya (dia) rakyat Malaysia atau tidak... dia melakukan kesalahan dan dia akan didakwa,” katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Isnin.
 
Agbimuddin dilaporkan telah meninggalkan negara dan pergi bersembunyi sejak 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi serangan ofensif untuk menyingkirkan 200 anggota pengganas bersenjata Sulu yang diketuainya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.
 
Pembangkang kemudiannya mendakwa bahawa terdapat maklumat yang mendakwa Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai daerah di Sabah.- mstar online

No comments:

Post a Comment