Thursday, February 14, 2013

[Regim Pakatan Tipu Rakyat Selangor] 520 ibu tunggal kaum India tuntut elaun



Seramai 520 ibu tunggal kaum India di negeri ini tampil menuntut elaun seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 yang lalu.
 
Adun Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz berkata, sebelum ini lebih daripada 5,000 ibu tunggal sudah memfailkan saman terhadap kerajaan negeri tetapi kali ini masyarakat India pula menuntut hak mereka.
 
Johan yang juga Pengerusi Penyelaras Tuntutan Ibu Tunggal Selangor itu berkata pihaknya sedang mengumpul data untuk berjumpa dengan setiap ibu tunggal di negeri itu supaya mereka tidak terlepas pandang serta faham dalam kes tuntutan berkenaan.

"Dalam memastikan mereka dapat hak berkenaan, saya mohon kira-kira 50,000 ibu tunggal di negeri itu untuk menghubungi MIC, BN atau agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengisi borang di bawah program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).
 
"Menerusi program itu, kerajaan sudah meluluskan RM50 juta untuk diberikan elaun khusus kepada ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) untuk dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya pada majlis perhimpunan dan tuntutan kumpulan pertama ibu tunggal kaum India di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Beranang, semalam.
 
Pada 12 Disember tahun lepas, sebanyak 3,011 ibu tunggal turut memfailkan tuntutan sama terhadap kerajaan negeri Selangor dan Abdul Khalid dengan menuntut tunggakan elaun ibu tunggal kira-kira RM16.26 juta.

No comments:

Post a Comment