Minda Hijrah Headline Animator

Monday, January 21, 2013

[Pakatan Tolak DAP] Harussani sokong Majlis Syura PAS



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong tindakan Majlis Syura Pas untuk tidak menarik balik keputusan berhubung isu kalimah ALLAH.

Menurutnya, perkara yang melibatkan akidah tidak perlu dibincangkan dan ketegasan yang ditunjukkan adalah perkara yang wajar dicontohi.

"Isu akidah itu sensitif, bukan seperti akhlak yang boleh diperdebatkan atau ditukar mengikut pendirian sendiri.

"Sudah banyak kali saya tekankan perkara ini. Jangan sesekali campurkan isu agama dengan politik," katanya.

Katanya, pendirian Majlis Syura Pas menunjukkan perihal agama Islam tidak ada tolak ansur.

"Kita sendiri pun tidak boleh membawa kalimah ALLAH ini ke dalam tandas, bagaimana pula ia boleh dibawa masuk ke tokong atau gereja?

"Kalimah agung ini juga tidak boleh diletak di bawah kaki dan (mesti) sentiasa berada di atas. Jadi Majlis Syura Pas telah menjalankan kerja mereka dengan baik sekali," katanya.

Harussani berharap tidak ada lagi mana-mana parti politik mempersoalkan perkara berkaitan akidah ini.

"Saya dapati, DAP seperti mahu memecahbelahkan umat Islam di negara ini. Kerana itu, ketegasan seperti yang dilakukan (oleh Majlis Syura) ini amat penting supaya agama Islam tidak diperlekehkan," katanya.

3 comments:

  1. Ini pelik... Pas patut sokong Mufti bukan sebaliknya... dah jadi 69...Haru..Tolonglah jaga amanah untuk meninggi dan mempertahan mertabat.syariah..

    Kekadang Umor pon tak menjamin bijak...

    Dalam kontek ini aku amat sedih...sekali.
    bukan aku suka dia tak sokong..tapi setiap rakyat Islam yg patut sokong Mufti..bukan sebaliknya... Sepatutnya dia cakaplah keputusan pas sejajar dengan fatwa yg diputuskan..

    ReplyDelete
  2. faham kn maksud mufti nie...bukan die ikut telunjuk majlis syura...mufti ckp sokong ape yg dibuat oleh majlis syura...same ngan ketetapan mufti2 sebelum ini...

    ReplyDelete
  3. MUFTI MENGAMBIL PENDEKATAN YANG LBH BERHIKMAH...TIDKA SEPERTI SEKELOMPOK PENGIKUT YANG BEGITU SEMBERONO...TENTUNYA MENJAGA KETINGGIAN SYIAR ISLAM ITU LBH UTAMA DR SEGALA-GALANYA....SAYA SENTIASA MENYOKONG YB MUFTI DAN INSTITUSI ISLAM YANG ADA SEKARANG ...AMINNN

    ReplyDelete