Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 18, 2013

[Pakatan Jual Islam] Kalimah Allah Hanya Milik Orang Yang Beriman Terhadapnya - Ulama Jordan



Ulama terkenal yang juga Imam Besar Masjid Saidina Jaafar, Jordan, Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah berkata tafsiran sebenar kalimah Allah hanya milik umat Islam yang disebut dengan iman.
"...bagi orang bukan Islam penggunaan kalimah Allah bukan diiringi dengan dengan makna sebenar-benarnya kalimah Allah. Makna yang sebenar hanya ada pada orang Islam yang beriman terhadapNya," kata beliau dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke bahasa Melayu.
Beliau berkata, semua nabi bila berdakwah kepada kaumnya, memang dia mengajar Tuhan yang satu...tak ada Tuhan yang lain iaitu Allah. Persoalannya sekarang nak beriman atau tidak terhadapNya, katanya kepadaBernama di sini selepas menyampaikan ceramah bertajuk "Hala Tuju Muslim Menurut Perspektif Islam" di Politeknik Seberang Perai malam tadi. 

Beliau berkata kalimah Allah yang digunakan oleh orang Islam berbeza pengertiannya dengan apa yang ditafsir oleh orang bukan Islam dan mereka tidak boleh menyesatkan orang Islam dengan penggunaan kalimah itu.
Isu kalimah Allah ini dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan Bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah, dan beberapa portal kemudian melaporkan pada 8 Jan bahawa majlis pimpinan pakatan pembangkang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan penganut semua agama.
Bagaimanapun, PAS melalui mesyuarat Majlis Syura Ulamanya pada Ahad, menukar keputusan dengan mengatakan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja menukar pendirian, malah menyifatkan penggunaan nama Allah dalam kitab Bible sebagai mengarut.
Syeikh Solah Khalifah yang juga pensyarah di Universiti Muttah, Jordan menganggap kalimah Allah akan digunakan oleh orang bukan Islam dengan cara yang salah kerana mereka tidak beriman dengan Allah.
"Sebaliknya, kita orang Islam gunakan kalimah Allah untuk tunjukkan kita beriman kepada Allah. Nilainya adalah di situ (beriman) bukannya penggunaan kalimah," katanya.
- Bernama

5 comments:

  1. Vatican city bukak kedutaan kat malaysia korang tau x? Najib yg sign surat lulus bible dlm bhse melayu korg tau x? Najib penah jumpe pope korg tau x? Cai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah agak dah....typical totok ahlul bahalul PAS...tak akan pernah mengaku salah sendiri....semua isu akan di spin....

      Delete
    2. cai PR ni kalau bodoh tu bodoh gak..

      Delete
  2. Nahu dan sebutan anon 7.43 pm tu mcm mulut lancap yb JAMBAN......Bodooooooohhhhhhh!!

    ReplyDelete
  3. Biasa le orang jahat, mana mengaku jahat. Kalau orang UMNO makan rasuah, dia orang mula le bising. Kalau orang PAS makan rasuah, dari guna kapcai sampai ada 11 biji kereta dalam masa 11 bulan tu tak nampak.

    ReplyDelete