Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, March 24, 2011

Video Seks : PERKASA Nafi Terlibat, Chegubard Yakin bukan Anwar

Ada dua sidang Media berlangsung hari ini yang membabitkan PERKASA dan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Badrul Hisham Saharin @ Chegubard.


PERKASA Tidak Terlibat - Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali


Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.
 
Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.
 
“Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.
 
“Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu,” katanya.
 
Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.
 
Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.-Sumber Malaysian Insider



Chegubard yakin lelaki dalam video bukan Anwar


Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin berkata beliau telah menonton video lucah yang didakwa memaparkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata beliau yakin bahawa individu yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukanlah Anwar.

"Video tersebut mungkin saja asal, tetapi pelakon dalam video tersebut saya yakin bukan Anwar.

"Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat perwatakan atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Menurutnya, beliau menonton video berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu.-Sumber Malaysiakini-

5 comments:

  1. Segolongan Melayu Sekular UMNO sekarang amat gemar kepada cerita2 LUCAH, KEJI & MENCARUT. Mereka beriman kepada pembawa berita yang fasik & mungkar....
    Surah an-Nur: 11: "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar."


    Juak2 Umno amat ghairah menjilat hingusan berita bohong & palsu bagi matlamat politik ... Surah al-Mai'dah: 42: "Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram." dan Surah al-Mai'dah: 62: "Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu."

    Apakah MELAYU BERIMAN ingin mengikut jejak dan amalan MELAYU FASIK?
    Apakah MELAYU SOLEH sanggup bersubahat dengan tipu daya golongan MUNAFIKIN SEKULAR?

    Jangan kamu cenderung, sokong, simpati, restui kepada kezaliman, kemungkaran & kemaksiatan. Tinggalkan, jauhilah, tentangi golongan fasik , mungkar, zalim & munafik ini ................... agar kelak tidak kamu akan disambar api neraka!
    Surah Hud:113: “ Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”

    ReplyDelete
  2. mat sabu pernah tuduh anwar peliwat, buat road show satu negara, depan rumah aku pun dia ceramah, kaset ceramahnya masih ada kalu hang nak dengar, lagu mat sabu tu fasik tak? mat sabu sekarang pegang jawatan apa dlm parti islam tu? aku cabar mat sabu mintak maaf secara terbuka kepada anwar ibrahim atas tuduhannya dulu. tapi heran...mat sabu senyap je dlm isu liwat skrng sejak anwar join pakatan. tak ada sorang pun kata mat sabu fasik?

    ReplyDelete
  3. kena btng hidung mula lar kuar bab2 agama...dari nasihat org yg tgk baik ko nasihat oirg yg buat...bodoh

    ReplyDelete
  4. Setuju ngan anon mac 24 805pm & 8.34pm

    bab fitnah Altantunya..boleh lak begema segenap masjid lagi..

    kena Anuwar dia tak boleh..taraf nabi ke sampai MAKSUM lagaknya..bosan dah ngan pencacai PAS nih..

    ngan DAP boleh lak berkerjasama.
    ngan UMNO/islam tak boleh..tunjuk peminpin DAP dah masuk iSLAM oleh PAS..dah lama tarbiah tak paham lagi si umar Ppinang tuh..

    ReplyDelete
  5. Pada Anon March 24, 2011 7:48 PM.

    Saya pernah menyokong Anwar dulu dan saya pernah berdebat (secara ilmiah) dengan ayah saya yg merupakan penyokong kuat Tun M. Saya bermati2an mengatakan Anwar difitnah dan ayah saya cakap perangai Anwar mmg macam tu.

    Namun sekarang langsung tiada sekelumit sokongan saya pada dia, in fact orang yang paling saya benci iaitu Tun M pula yang saya pertahankan.

    Cara anda berhujah mengeluarkan firman Allah menunjukkan mentaliti tipikal orang2 Pakatan esp. PAS. Bila kena kat batang hidung sendiri terus keluar fatwa, hadis, nas dan segala macam kitab sampaila kitab Kamasutra. Kalau kena kat orang BN bergegar semua orang menyalak.

    Please la, kitorang mungkin jahil sikit tentang hukum hakam tetapi anda orang2 Pakatan yang mengaku mahir dan pakar tentang agama menggunakan agama untuk kepentingan politik anda sendiri. Menjijikkan.

    akuantiPR

    ReplyDelete