Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 21, 2015

Mendekati Anak Muda melalui Minat Bolasepak @IsmailSabri60 @KhairyKJ #GGMU #Chelsea


1. Kita harus akui bahawa tidak ramai pemimpin yang mampu menarik sokongan anak muda datang ke program mereka secara sukarela sejak gelombang PRU 2008. Namun ianya tidak membatas usaha berterusan bagi memastikan peningkatan sokongan ini dan menjamin kemenangan Barisan Nasional pada PRU 14 akan datang. Apa yang penting adalah untuk merancang aktiviti-akviti yang mampu menarik minat anak muda supaya mudah untuk kita mendekati mereka.

2. Antara usaha yang menampakkan kesan positif ialah melalui perkongsian minat yang sama iaitu pasukan bolasepak kegemaran Liga Perdana Inggeris yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia sekian lama. Industri bolasepak bernilai  Billion Ringgit ini memang sepatutnya menjadi salah satu ruang dan peluang kepada pemimpin untuk mendekati golongan anak muda. Apatah lagi bolasepak juga menjadi kegilaan rakyat Malaysia yang sudah mula menyokong pasukan-pasukan Liga Tempatan.

3. Ahli Parlimen Bera, DS Ismail Sabri antara pemimpin yang berjaya mendekati anak muda melalui kumpulan peminat team Chelsea di Malaysia yang menggelarkan diri mereka 'SOLJA BIRU' . Pelbagai aktiviti diadakan beliau bersama peminat-peminat Juara Liga Perdana Inggeris ini yang selalunya melibatkan pertarungan secara langsung menentang pasukan lain seperti Liverpool & Manchester City. Namun begitu, Sabtu lalu mencipta sejarah apabila pertarungan Chelsea & Manchester United telah melibatkan kedua2 kumpulan peminat bersama2 dengan kehadiran Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang juga penyokong kuat Manchester United.

Wednesday, January 28, 2015

Misi MOA 2015 - Kurangkan Import, Tingkatkan Produktiviti Bekalan Makanan


Misi & Visi MOA utk kurangkan import bekalan makanan dan tingkatkan produktiviti tempatan adalah satu usaha yang sangat dialu-alukan ketika negara mengalami kesusutan nilai Ringgit Malaysia. Jumlah import bekalan makanan berjumlah 30 billion setahun cukup besar boleh dianggap sebagai ancaman kepada negara jika berlaku sesuatu kepada dunia luar. 

Ambil contoh Amerika Syarikat. Disebalik kepesatan industri dan teknologi, kerajaan mereka tetap mengutamakan bekalan makanan tempatan yg mencukupi. Malah Amerika Syarikat juga adalah antara pengeluar gandum terbesar didunia. Kita wajar melakukan perkara yang sama. Pertanian, Penternakan dan juga perikanan wajar diberikan keutamaan yang lebih dalam usaha mengimbangi ekonomi yang tidak menentu. 

Syabas kepada MOA dan juga YB Menterinya. Semoga apa yang dirancangkan beroleh kejayaan. Kebergantungan negara kepada import bekalan makanan patut dikurangkan ke tahap minima.

Alangkah baiknya jika setiap Kementerian mempunyai misi yang jelas seperti ini.


PC YBM ISMAIL SABRI #AMANAT2015

1. MOA mahu kerja keras tingkatkan sekurang-kurangnya 10 peratus hasil pertanian, penternakan dan perikan berbanding tahun lepas

2. MOA mahu usaha tambahkan lagi pendapatan petani selaras dgn perkembangan ekonomi dan sara hidup

3. Kurangkan import. MOA mahu fokus kpd produktiviti untuk eksport

4. Setakat ni Malaysia import 30 billion setahun makanan dan akan meningkat pd tahun ni berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dolar

5. Inisiatif baru akan diperkenalkan termasuk pulihkan ladang satelit dan buka kawasan ternakan lembu.

6. Tambah ternakan ikan sangkar dan pembukaan tanah baru utk sayur dan buahan

Thursday, January 22, 2015

Jihad Ekonomi : MOA Lancar Pasar Tani Khas Pasca Banjir Kelantan


1. Saya bersetuju dgn tindakan DS Ismail Sabri utk kementeriannya melancarkan pasar tani khas pasca banjir memandangkan golongan peniaga akan ambil kesempatan menaikkan harga bekalan makanan.

2. Ini adalah usaha murni kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan walaupon ada dikalangan pimpinan pembangkang mendakwa kerajaan adalah zalim.

3. Kita mungkin pasti bahawa kebanyakan peraih dan pemborong adalah terdiri dari kalangan peniaga cina yg majoriti pendokong DAP hanya tahu kira untung sahaja tanpa mengira kesusahan orang lain. 

4. Tahniah kepada DS Ismail Sabri & MOA. Terima kasih atas usaha murni ini. Rakyat anggap ini adalah JIHAD EKONOMI !

Tuesday, January 20, 2015

BANTUAN PASCA BANJIR NEGERI KELANTAN - ISMAIL SABRI YAAKOB



Berikut adalah kenyataan DS Ismail Sabri sempena penyampaian BANTUAN PASCA BANJIR NEGERI KELANTAN. Semoga usaha MOA dapat meringankan beban mangsa banjir.

1. Anggaran nilai awal sektor pertanian di Kelantan akibat banjir adalah 100 juta termasuk kerosakan infrastructure dan aset

2. Kerajaan persekutuan sentiasa membantu walaupun Kelantan adalah negeri di bawah pembangkang. Cuba kita lihat apa kerajaan negeri buat utk rakyat Kelantan? Takde.

3. Pagi tadi saya tengok bendang di Morak..kota bharu. Rosak teruk. Saya minta KADA baiki dalam seminggu. Guna dulu peruntukan sedia ada. Nanti kementerian sendiri akan tanggung.

4. Hari ni kita Bantu petani2 di Kelantan, staf2 pertanian dan juga kita bina banyak pasar TANI di Kelantan untuk meringankan beban rakyat Kelantan.

5. Rakyat Kelantan juga mendapat keistimewaan dr pasar TANI. Yg 20-60 % lbh murah dr pasar biasa.

Monday, January 12, 2015

Eric Pauksen hina Islam - Sila Ambil Tindakan !


1. Sudah tersebar di laman media sosial tentang penghinaan terhadap amalan umat Islam oleh pemimpin PKR yang bernama Eric Paulsen yang disokong oleh pimpinan DAP. Ini menimbulkan kemarahan dikalangan orang Melayu khususnya umat Islam Malaysia kerana tindakan berani pemimpin PKR memperlekehkan ajaran Islam. 

2. Ramai dikalangan tokoh pembangkang dari DAP & PKR menyokong tindakan Eric Paulsen atas nama kebebasan bersuara dan kritikan bebas. Manakala PAS sebagai sekutu mereka dalam pakatan pembangkang hanya mendiamkan diri sahaja. Hanya ada satu kenyataan dari anak Presiden PAS yg menyelar tindakan Eric Paulsen. Tiada bantahan dari Mat Sabu mahupon Khalid Samad ataupon dari Mahfuz Omar. Mereka lebih takut hilang undi dari takut kepada Allah dgn menjual nama Islam utk mendapat kuasa politik.

3. Keresahan dan kekacauan jiwa umat Islam yg memperlihatkan banyaknya penghinaan terhadap ajaran Islam oleh pimpinan parti pembangkang hanya akan dapat dipulihkan JIKA tindakan undang-undang diambil. Pelampau agama dari PKR & DAP ini akan terus sentiasa menyerang Islam jika tiada tindakan diambil. Kita merasa sedikit kelegaan dengan jaminan pihak Polis bahawa perkara ini akan disiasat dibawah Akta Hasutan. Namun begitu, rakyat Malaysia berpandangan bahawa ISA adalah jalan terbaik memandangkan kesalahan yang dilakukan sudah melampaui batas.

4. Jangan biarkan insiden ini terus berlaku tanpa sebarang tindakan. Tahap kesabaran umat Islam ada hadnya. Manusia tidak dapat lari dari sikap marah dan tindakan spontan yg tidak dapat dikawal.

5. Pihak berkuasa jangan berdiam diri sahaja. Ajaran Islam dihina. Kami tuntut keadilan. Jika perkara serupa berlaku di zaman Tun Mahathir, Eric Paulsen mungkin sudah berlabuh di Kamunting bagi mencuci kepala otaknya yg kotor dan menjijikan.




Saturday, December 27, 2014

Info Banjir - Ismail Sabri & MOA Hulurkan Bantuan Makanan & Sukarelawan

Kenyataan Media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Berhubung Isu Banjir.


Putrajaya 27hb Disember : Seramai 2,100  sukarelawan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan ke lapan lokasi banjir di seluruh negara.

Menurut menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara kawasan tumpuan iaitu Kuala Kangsar di Perak, Jerantut, Kuala Lipis di Pahang serta Kampung Paloh dan Kota Bharu di Kelantan.

"Berikutan banjir yang teruk melanda Pantai Timur, semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) telah bergerak bersama Angkatan Tentera Malaysia dalam misi menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir,^ Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, penghantaran pertama misi bantuan seberat 18 metrik tan ke Kelantan telah dihantar melalui Lapangan Terbang Subang dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kataya, sebahagian barangan itu berupa barangan segar seperti kobis, bawang dan sayur-sayuran lain.

Katanya, barangan yang sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu akan diedar oleh unit ATM 8 Briged dengan kerjasama FAMA, PPK dan PNK.

"Nelayan-nelayan tempatan telah dikerah untuk membantu menghantar bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir yang sukar untuk dimasuki kenderaan darat.

"Mereka yang secara sukarela membantu telah menggunakan bot masing-masing untuk melaksanakan misi bantuan," katanya.

Tambah Ismail Sabri lagi, terdapat 10 buah bot nelayan di Tumpat, 8 buah di Kota Bharu dan 5 buah di Dungun diguna untuk menyelamatkan mangsa banjir dan menghantar bekalan  makanan.

"Ada di antara sukarelawan nelayan ini juga sebenarnya adalah mangsa banjir," ulas beliau.

Ismail Sabri menarik perhatian, setakat ini sumbangan ikan beku sebanyak 1500 kilogram dari NEKMAT telah dihantar ke Dungun, Kemaman dan Besut, Terengganu.

Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian juga telah menggerakkan jentera misi bantuan ke Johor khususnya di Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.

"Kementerian Pertanian turut bekerjasama dengan Kelab Gerakan Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) dalam mengagihkan makanan ternakan.

"Setakat ini kita telah mengagihkan makanan ternakan kepada penternak di Perak Tengah dan usaha sedang dibuat bagi menghantar bekalan ke Kelantan dan kawasan yang menghadapi masalah," katanya lagi.

Monday, December 22, 2014

Kelab Chedet : MUSA HITAM - Yang Keliru


 

1. Pada hari Sabtu, 20 Dec dan Isnin ini hari 22 Dec, suratkhabar Star memberi ruang khas pada Musa Hitam untuk meluahkan isi hatinya berkenaan dengan isu moderation, liberalism dan extremism.

2. Beliau dengan bangga berkata, " I have always been a liberal and a moderate".

3. Oleh kerana perkataan "Liberal" kini menjadi semakin popular, mari kita apakah maksudnya. Mengikut Wikipedia, Liberalism adalah:-

"Liberalism is a political philosophy or worldview founded on ideas of liberty (which is especially stressed in classical liberalism) and equality (which is more evident in social liberalism).[1] Liberals espouse a wide array of views depending on their understanding of these principles, but generally they support ideas such as free and fair elections, civil rights, freedom of the press, freedom of religion, free trade, and private property".

4. Musa Hitam juga berkata UMNO juga ditubuhkan diatas dasar moderation dan liberalism. 

5. Musa Hitam juga menyalahkan hanya politikus yang bangkrap bercakap tentang isu agama dan bangsa.