Minda Hijrah Headline Animator

Monday, September 9, 2013

Mukhriz Mahathir Bertanding Naib Presiden UMNO?

Tuan Punya badan sudah bersuara. Namun keputusan muktamad belum dibuat lagi.  Memang ramai suara akar umbi yang mahukan YAB Menteri Besar Kedah ini bertanding jawatan Naib Presiden. Akan tetapi saya punyai pandangan yang berbeza. 

Saya berpendapat bahawa Datuk Mukriz Mahathir wajar mempertimbangkan untuk bertanding jawatan MT dahulu memandangkan beliau sedang menggalas tanggungjawab yang berat sebagai Ketua Kerajaan Negeri.  Selain itu juga, beliau perlu menimba lebih banyak pengalaman politik dan pentadbiran sepanjang tempoh ini. Dan apabila tiba masanya,  beliau telah siap sedia bertanding jawatan Naib Presiden untuk pemilihan akan datang yang dijangka berlaku sebelum PRU14.

Apa-apa pun,  ianya terpulang kepada kebijaksanaan YAB Datuk Mukhriz Mahathir.  Kami tetap akan menyokong beliau. 

Berani Berubah! 

3 comments:

  1. Sokong mukriz bertanding naib presiden

    ReplyDelete
  2. Menteri besar bukan automatik jd ahli majlis tertinggi ker?

    ReplyDelete