Minda Hijrah Headline Animator

Friday, April 26, 2013

[Pakatan Pil Kuda] JAWI saman Husam Musa sebar FITNAH



Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyaman calon PAS kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan fitnah menuduh jabatan itu memecat serta merta ahli jawatankuasa Surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, di sini.
 
Pengarah Jawi merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berkata, satu laporan polis dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
 
Pegawai Perhubungan Awam Jawi Tuan Asmawi Tuan Umar dalam satu kenyataan semalam berkata dakwaan Husam itu tidak benar.
 
"Isu pemecatan serta merta AJK surau semasa perjumpaan tersebut sebagaimana yang didakwa diFacebook P-125 Putrajaya pada 25 April 2013 (Khamis) adalah tidak benar. 

"Walau bagaimanapun, semua surau sama ada surau biasa, surau Jumaat dan masjid adalah terikat dengan Akta 505 dan surat arahan pekeliling masjid/surau Bilangan(1) Tahun 2011 yang menyatakan bahawa majlis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada semua anak kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik," kata beliau dalam satu kenyatan.
 
Husam dalam kenyataan laman Facebook semalam berkata beliau diberitahu bahawa pengerusi dan bendahari Surau Abdul Rahman Auf telah dipanggil menghadap Ketua Pengarah Jawi di pejabatnya.
 
Beliau mendakwa Jawi telah mengarahkan semua ahli jawatankuasa surau berkenaan diberhentikan serta-merta.
 
Husam merupakan penyandang kerusi DUN Salor, Kelantan.
 
Pada pilihan raya umum 5 Mei nanti, Husam akan bertanding satu lawan satu dengan Setiausaha Agung Umno yang juga calon BN kerusi Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

2 comments:

  1. Ramai dapat hidup dalam aman tenteram dibawah BN. Yang tak selesa, tak aman , tak tenteram dan tak puas hati adalah pemimpin parti politik pembangkang. Kemudian mereka jerit ajak semua jadi macam mereka....

    Dengan berkat alfatihah, mari kita tolak Pembangkang.

    ReplyDelete