Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, March 31, 2012

Himpunkan Akar UMBI! Selamat Bersidang - @Razlanrafii

Razlan Rafii adalah Ketua Pemuda UMNO Seputeh
Menjadi satu tanggungjawab kepada semua ahli UMNO untuk menghadirkan diri untuk Mesyuarat Cawangan yang telah di tetapkan bermula pada 1 April 2012.

Pada tahun lepas, ramai yang menjangkakan itu adalah mesyuarat yang terakhir untuk penggal 2009-2011, nampaknya bermula dari 1 April inilah yang benar-benar mesyuarat terakhir sebelum menamatkan pemilihan penggal akan datang.

Dan mesyuarat kali ini juga merupakan mesyuarat yang terakhir sebelum kita berjumpa dengan tarikh Pilihanraya Umum yang dijangkakan akan berlangsung mungkin pada Jun, September, Disember dan yang terakhir Mac 2013.

Perhimpunan akar umbi di seluruh pelusuk negara mesti kita semarakkan dengan kehadiran seramai mungkin ahli UMNO. Kita juga seharusnya menggalakkan mereka membawa ahli keluarga dan anak-anak untuk bersama dengan mengikuti mesyuarat agar mereka dapat merasakan bahang Pilihanraya yang akan datang.


SUARA RAKYAT : Kenapa Pembaziran Hasan Ali Dibangkitkan Sekarang?

PENULIS sambut baik pendedahan mengenai penyelewengan dan pembaziran bekas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sebanyak RM 800,000 semasa menjawat jawatan Exco oleh ADUN Bukit Antarabangsa, YB Azmin Ali dalam persidangan DUN Selangor.

Cuma yang menimbul persoalan, kenapa pendedahan ini dibuat sekarang, kenapa tidak dibuat pada waktu dan ketika kesalahan ini dikesan?

Adakah Azmin cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa selama ini kerajaan Selangor melindungi kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan anggota Exconya, dan hanya membuat pendedahan setelah anggota tersebut disingkir dari kerajaan negeri?

Jika itulah kisahnya, maka diantara semua anggota Exco Selangor sekarang, berapa banyak penyelewengan dan salahguna kuasa yang telah dilakukan tapi tidak didedahkan kepada umum kerana tidak mahu menjatuhkan maruah kerajaan negeri Selangor?
Penulis bukan menuduh tapi kita bercakap inilah persepsi rakyat Selangor sekarang.

Lagipun, sejak TS Khalid ‘disingkirkan’ dari jawatan Pengerusi PKR Selangor (disebalik kedudukkan sebagai Menteri Besari) untuk digantikan dengan Azmin, ‘perang dingin’ antara keduanya diketahui semakin buruk.

Sebenarnya, apa yang penulis cuba nak sampaikan, pendedahan Azmin itu tidak kena pada masa dan ketikanya.  Azmin nampaknya mengulangi cara yang biasa dilakukan UMNO dalam menjatuhkan imej pemimpinnya yang disingkirkan secara paksa iaitu dengan mendedahkan segala kesalahan yang kononnya pernah dilakukan pemimpin tersebut selama berkhidmat di dalam parti.

Penulis tidak mahu menyebutkan siapa pemimpin tersebut kerana kurang sopan, tapi Azmin sudah tentu maklum dengan pemimpin mana yang penulis maksudkan kerana beliau adalah antara yang pernah berada di dalam situasi tersebut.

Atau paling tidak, bandingkan sahaja dengan apa yang menimpa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir sekarang.

Tanpa disedari Azmin, air muka dan maruah Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar turut tercemar kerana dianggap membiarkan masalah ini berlaku di depan matanya, dibawah bidang portfolionya (kewangan).  Sedangkan Selangor berusaha keras menonjolkan imej bersih dan bebas dari penyelewengan oleh pemimpin kerajaan negeri.

Semua ini musnah dalam sekelip mata kerana ‘sabotaj’ Azmin Ali.

Azmin yang penulis kenali adalah seorang taktikal politik yang licik, takkanlah implikasi sedemikian tidak disedarinya – melainkan beliau memang mahu melihat maruah TS Khalid diinjak-injak ke tahap paling rendah dengan menjadikan Hasan Ali sebagai alasan.

Apakah agaknya reaksi Azmin jika Hasan Ali menuduh semua perbelanjaan yang disebutkannya itu adalah dengan persetujuan TS Khalid sebagai Exco yang bertanggungjawab dibawah portfolio kewangan negeri?  

Tidak kah terfikir oleh Azmin bahawa perkara itu akan merendahkan lagi intergriti kerajaan negeri Selangor?

Penulis tahu ramai ahli PKR pelbagai peringkat sudah mula tidak senang dengan Azmin Ali sekarang kerana sikapnya yang kadang kala melebihi kuasa Presiden dan Ketua Umum sendiri.

Demi perpaduan parti, semua ini dipendamkan dari pandangan ramai.  Tapi janganlah mengambil kesempatan dengan cuba merosakkan intergriti negeri dimana beliau sendiri mempunyai peranan besar di dalamnya. - SUARA RAKYAT

Biseksual: Kenapa Writ Saman Masih Belum Diserahkan?


MINGGU ini dibuka dengan begitu cemerlang sekali apabila pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memfailkan saman berjumlah RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan kenyataan fitnah mengaitkan Anwar dengan kegiatan biseksual.
Malangnya, ‘kecemerlangan’ itu terhenti disitu sahaja kerana penulis difahamkan sehingga kini writ saman tersebut masih belum diserahkan kepada kedua defendan.

Apa masalahnya?

Sementara Nallakarupan tidak berundur walau seinci pun dari dakwaan jahatnya itu malah mengumpulkan pula hampir semua bekas pemimpin kuat PKR dan Ummi Hafilda untuk menguatkan lagi dakwaan mengenai moral Anwar yang dikatakan tidak sesuai untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri itu.

Penulis tidak langsung risaukan penyokong Pakatan Rakyat kerana telah ada ketetapan bahawa apa jua yang buruk dikatakan pihak yang satu lagi mengenai Anwar, adalah satu fitnah.  Begitu juga dengan penyokong Barisan Nasional yang akan menelan sahaja apa pun dakwaan buruk mengenai Anwar tanpa berminat menyelidik kebenaran di sebalik dakwaan tersebut.

Yang penulis bimbangkan ialah pengundi atas pagar, kerana kelompok ini membuat keputusan untuk mengundi pihak mana yang layak menjadi kerajaan, tanpa dipengaruhi kecenderungan politik tapi persepsi dan fakta.

Jelasnya, kegagalan menyerahkan writ saman tersebut dengan kadar yang segera ini memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang cuba dielakkan Anwar dalam mendepani dakwaan Nallakarupan ini.  Apakah ‘sesuatu’ itu, penulis kurang pasti tapi penulis yakin jawapannya ada pada peguam Anwar yang mewakili beliau dalam kes tersebut.

Selain itu, jika writ saman telah diserahkan, Anwar boleh memohon injuksi Mahkamah melarang Nalla dan kuncu-kuncunya dari berterusan mengeluarkan kenyataan yang sama terhadap Anwar!!

Penulis yakin, pada Ahad yang akan datang ini entah apa lagilah dakwaan berbaur fitnah yang akan dilemparkan Nalla ke atas Anwar seperti mana yang dilakukannya pada minggu lepas, dengan menggunakan akhbar Mingguan Malaysia sebagai platform.

Apa pun kesilapannya, penulis harap peguam terbabit, R. Sivarasa dapat tampil menjelaskan kepada rakyat kenapa writ saman tersebut masih belum diserahkan kepada kedua defendan.  Adakah kerana kerani Mahkamah tidak buat kerja atau Sivarasa sendiri yang tidak buat kerja?

Harapannya, jangan ambil remeh soal ini kerana yang nak diyakinkan ini bukan penyokong Pakatan Rakyat mahupun penyokong BN (atas sebab yang telah dijelaskan di atas) tapi kelompok pengundi atas pagar yang lebih besar jumlahnya. - SuaraPakatanRakyat.com

Friday, March 30, 2012

BN Gombak & BR1M : Syukur & Terima Kasih RAKYAT @NajibRazak @NohOmar @RahimUBG

Ucapan terima kasih dari masyarakat Hulu Kelang diatas pemberian BR1M dari kerajaan Barisan Nasional  - Utusan 29 Mac 2011 Mukasurat 15.
 
Ketika Pakatan Pembangkang sentiasa menghasut rakyat supaya mencerca Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). majoriti rakyat masih bersyukur dan berterima kasih diatas keperihatinan kerajaan pimpinan YAB DS Najib Tun Razak.
 
Lebih dari itu, ada yang melampaui batas sehinggakan BR1M difatwakan sebagai HARAM!
 
Tetapi mereka lupa janji Allah dalam Al-Quran tentang mensyukuri nikmat
 
Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberi peringatan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya ditambahkan (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku (Allah) sangatlah pedih." (Surah Ibrahim 14:7)
 
Blog ini sempat membuat laporan beberapa kali tentang Majlis Penyampaian BR1M Dun Hulu Kelang di SK Taman Melawati oleh Penyelaras Dun Hulu Kelang yang juga Ketua UMNO Gombak, Tuan Haji Rahim Kamaruddin.
 
Walaupun RM500 dipandang kecil oleh Pakatan Pembangkang, tetapi masih ramai yang tetap bersyukur.
 
#BR1M : Haji Rahim Kamarudin KB UMNO Gombak TUNAIKAN JANJI PM @NajibRazak
 
BN GOMBAK SAMPAIKAN BR1M, BANG AJI PAS HULU KELANG SEBUT ALHAMDULILLAH
 
Rahim Kamarudin dan BN Gombak di Majlis BR1M Hulu Kelang
 
BN Gombak: Majlis Penyampaian Baucar #BR1M DUN Hulu Kelang
 
 
 
 

Hati Mahfuz Omar BAU BANGKAI

Ahli Parlimen Pokok Sena dan Naib Presiden PAS ini adalah wakil rakyat paling istiqamah memfitnah dan mengeluarkan kenyataan songsang terhadap BN.

Hati busuk dia sampai LUNCH pon boleh jadi LAUNCH.

Inilah akibat ajaran Nik aziz "Tuhan pon mencarut" dan "Tuhan Samseng"

Makin rosak pemimpin PAS ini !

Pegawai SPRM "Masuk Bakul Angkat Sendiri" ?

'We're best among the best' begitulah kata-kata pujian dari Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull terhadap agensinya sendiri seolah-olah dia mahu masuk bakul angkat diri sendiri.

Kata Shukri, SPRM banyak buat siasatan tapi Peguam Negara sendiri yang tak mahu ambil tindakan kononnya tak cukup bukti. Kenyataan Shukri ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Peguam Negara tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

Kalau benarlah kes-kes SPRM ini tak cukup bukti bermakna Peguam Negara perlu mengarahkan SPRM buat siasatan semula hingga terdapat cukup bukti seperti mana yang dikhendaki. Bukankah itu menunjukkan SPRM sendiri yang BENGAP kerana menghantar kertas siasatan yang tak lengkap dan tak cukup bukti hingga sukar untuk Peguam Negara membuat pertuduhan yang boleh menyabitkan kesalahan mereka yang terlibat???

SPRM boleh siasat 1000 kes sekali pun tapi itu tidak bermakna siasatan mereka sudah cukup sempurna, apa lagi Shukri sendiri mengaku bahawa beban kes SPRM cukup banyak, tentu ada perkara-perkara yang SPRM sendiri terlepas pandang terutama dari sudut perundangan hingga sukar untuk Peguam Negara membuat pendakwaan.

Shukri perlu ingat, Peguam Negara bukan macam SPRM, kalau kes tak sangkut pun kerja SPRM boleh dianggap selesai tetapi implikasi yang ditanggung oleh Peguam Negara bila setiap kali kes mereka ditolak mahkamah tentu akan mengecewakan rakyat dan ini sekali gus beri persepsi buruk terhadap kerajaan kerana dianggap buat kerja sambil lewa.

Adakah kenyataan Shukri ini membayangkan yang Peguam Negara cuba melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu di dalam kerajaan hingga Peguam Negara takut pula mendakwa mereka itu?? Jika itu yang beliau maksudkan ternyata beliau sendiri telah melanggar etika sebagai seorang kakitangan kerajaan. Beliau sendiri sepatutnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana mengeluarkan kenyataan yang mengudang kekeliruan hingga menimbulkan syak wasangka buruk rakyat terhadap kerajaan.

Setahu aku Akta SPRM 2009 yang menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1961 telah beri lebih banyak kuasa kepada pegawai SPRM untuk buat pendakwaan terus terhadap pesalah-laku tampa perlu menunggu "lampu hijau" daripada Jabatan Peguam Negara???

Apa pun, sepatutnya agensi yang sensitif seperti SPRM ini hanya membenarkan CEOnya saja memberi apa jua komen yang berkaitan dengan agensi mereka. Aku harap perkara seperti ini PERLU diperbetulkan dengan segera. Jangan pula ada pihak yang menganggap SPRM sekarang sedang cuba memberi tip-tip untuk dijadikan bahan kempen pihak pembangkang menghentam kerajaan.

Perbincangan lanjut : http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4801#67637

 


Malaysiakini wrote:
SPRM: Kami siasat banyak, tapi tak didakwa 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, ia berpunca kerana apabila sesuatu kes di bawa ke mahkamah, bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Tujuan SPRM ditubuhkan adalah untuk ambil tindakan terhadap orang yang lakukan rasuah. Kita tak boleh tangkap berdasarkan sentimen.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti. Masyarakat kena faham.

"Tak timbul isu kita tak ambil tindakan terhadap 'ikan besar' atau tidak. Kita buat kerja siang malam. Kes rasuah rumit. Bukan mudah untuk dapat kerjasama orang ramai kerana tiada siapa yang nak bercakap,"
katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Mohd Shukri juga berkata, kes rasuah berbeza dengan jenayah lain kerana ia melibatkan kawan rapat, rakan parti dan ahli keluarga yang tidak akan 'buka mulut'.

"Mereka tak kan bercakap. Siapa yang nak datang bercakap bila kita tanya? Kita tak ada kuasa untuk dakwa orang," katanya.

Rafizi rela kerja separuh masa dengan SPRM

Sementara itu itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula mencadangkan agar peguam negara ditukar bagi memudahkan siasatan dilakukan oleh SPRM.

Menurut Rafizi, negara memerlukan seorang peguam negara yang jujur serta bekerjasama dengan SPRM agar setiap kes boleh dihadapkan ke mahkamah.

"Kalau saya jadi perdana menteri... Tapi saya tak jadi lagi... Tanpa ubah perlembagaan, kita boleh tolong pegawai SPRM dengan (cara) menukar peguam negara. Peguam negara yang ada sekarang mempunyai rekod buruk, terkenal dengan memerapkan 20, 30 fail.

"Kita perlu cari peguam negara yang jujur yang akan bekerjasama dengan SPRM supaya, tidak kisah Pakatan Rakyat ke, BN atau pensyarah, kalau dia rasuah, akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Rafizi bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Mohd Shukri mengenai saksi yang sukar 'buka mulut' kerana masyarakat kini sudah berubah dan berani untuk membongkar sesuatu kes.

Merujuk kepada isu Pusat Fedlot Nasional, Rafizi berkata, hampir kesemua maklumat dan dokumen diberi oleh orang ramai.

"Masyarakat dah berubah. Sekarang ni kami sampai tak cukup tangan nak siasat. Maklumat, dokumen orang bagi tiap-tiap hari. Masyarakat kita telah ke depan kerana mereka yang rasa bahana dan jahanamnya gejala rasuah ini.

"Saya jika diberi peluang, rela kerja separuh masa dengan SPRM kalau diberi jaminan untuk menyiasat menteri yang berprofil tinggi ini," katanya.

Thursday, March 29, 2012

Masyarakat India terus bersama BN Gombak @NajibRazak @NohOmar @RahimUBG

Usaha keras Perdana Menteri DS Najib Tun Razak untuk mengembalikan sokongan masyarakat India khususnya di Batu Caves sudah menampakkan hasil menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Ini amat penting bagi memastikan kebajikan masyarakat India diutamakan dan sokongan ini juga akan meningkatkan peluang calon Parlimen BN Gombak bagi merampas kembali kerusi yang disandang oleh Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali.

Perancangan dan aktiviti berterusan sejak 2008 ini dilakukan oleh jentera BN Gombak yang digerakkan oleh Pengerusi Penyelaras BN Gombak iaitu Tuan Haji Rahim Kamarudin.

Beberapa laporan berkaitan aktiviti BN Gombak sekitar Batu Caves telah dilaporkan oleh blog minda-hijrah.blogspot.com

http://minda-hijrah.blogspot.com/2012/02/rahim-kamarudin-bn-gombakturun-padang.html

http://minda-hijrah.blogspot.com/2011/12/umno-gombak-raikan-pelajar-cemerlang.html




Terbaru, Haji Rahim Kamarudin sekali lagi diberi penghormatan oleh masyarakat India untuk merasmikan mesyuarat MIC cawangan Desa Temenggong yang diketuai oleh Saudara Parthivan dan Ketua Pemudanya Saudara Gobiraj Kathan. Mesyuarat telah diadakan di Flat Pinggiran Batu Caves pada 27 Mac 2012.


Melihat kepada kehadiran anak-anak muda dan kaum wanita masyarakat India Batu Caves yang akan menjadi pengundi dan jentera BN Gombak pada PRU 13 nanti, sudah pasti jentera PKR dipaksa berkerja keras untuk pertahankan kerusi parlimen Gombak dan DUN Batu Caves. Ini bukan kali pertama Haji Rahim Kamarudin bersama dengan jentera MIC Batu Caves kerana sebelum ini beliau juga turut bersama dalam beberapa mesyuarat MIC seperti yang pernah dilaporkan.


http://minda-hijrah.blogspot.com/2012/03/bn-gombak-sedia-gempur-dun-batu-caves.html



 

Dalam majlis yang sama, ramai anak-anak muda masyarakat India turut sama diberi peluang menyertai Projek PUNCAK, satu usaha kerajaan BN memberi keadilan dan kebajikan kepada semua lapisan masyarakat berbilang kaum.

 


Pengaruh Ketua UMNO bahagian Gombak dikalangan masyarakat India terutamanya di Batu Caves tidak boleh dipandang remeh sehinggakan ada yang merumuskan bahawa tubuh badan beliau sendiri mampu menarik undi sehingga 5000 apabila turun berkempen bersama Jnetera BN Gombak dalam piliharaya nanti.

Masih ada yang berpakat & berangan mahu menjadi calon BN Parlimen Gombak dan Dun Batu Caves tanpa sokongan Haji Rahim Kamarudin & Jentera bahagian BN Gombak?

Tun Mahathir di Kompleks Permata Pintar Negara, UKM

Pagi tadi diadakan Program Bual Bicara bersama Tun Mahathir di Kompleks Permata Pintar Negara, UKM.

Kanak-kanak berbilang bangsa cukup bertuah kerana dapat duduk sepentas dengan Tun Mahathir dalam Forum tersebut.

Selepas itu, Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah dibawa melawat sekitar Kompleks tersebut.

Wakil Kelab Chedet yang hadir melihat satu perkembangan yang baik dan positif apabila negarawan ulung ini mampu menarik minat kanak-kanak yang BELUM LAHIR pon ketika Tun M meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sebab ramai keldai-keldai yang hidup senang ketika zaman Tun Mahathir menjadi PM pon sehingga kini hanya tahu memaki hamun dan langsung tidak pandang sumbangan Tun Mahathir kepada negara.

Tambah Subsidi Minyak, Bukti Kerajaan Tidak Bankrap



harga-minyak-kekal
DIKALA negara serantau terutama Indonesia menaikkan harga minyak, negara kita yang tercinta ini mengekalkan harga produk petroluem tersebut dengan menambah 10 sen bagi setiap satu liter.  Jumlah itu nanti di darabkan lah dengan jumlah keseluruhan liter penggunaan minyak dalam negara kita.
Silap-silap kosnya mau memakan bilion.

Sudah tentu pembangkang akan kata tindakan ini untuk memancing undi - macamlah yang depa janji segala bulan dan bintang dalam buku Jingga dan luar buku Jingga itu bukan sebab nak pancing undi.  Pancing undi juga tapi sebab depa yang buat, taklah mahu digambarkan begitu.

Pedulilah pancing undi atau tidak, yang penting kerajaan BN sekarang laksana apa yang dia janji dan cakap, sementara puak-puak pakatan harami ini janji, buatnya belum tentu.  Kalau Selangor dijadikan contoh, dari 31 janji manifesto 2008, yang baru dilaksanakan hanya 1, itupun sedang mengalami banyak masalah sekarang ini.

Dari bekalan yang hampir tidak cukup, sehingga kepada pemberian yang tidak menyeluruh (rumah pangsa tak dapat).

Keupayaan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menguruskan ekonomi dengan baik inilah yang rakyat perlu timbang dan ambil berat.  Disebalik segala macam pemberian yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2011, Oktober tahun lepas, kerajaan masih berjaya mengekalkan pemberian subsidi dan manfaat sedia ada.

Kalau kerajaan bagi BR1M tapi kurangkan bantuan penerima dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) umpamanya, itu cerita lain, masalahnya sekarang ini BR1M beri juga, wang bantuan dibawah JKM tak kurang sesen pun.

Jangan kita baca apa pembangkang tulis, semua pun rugi, semua pun tak jadi, penyelewengan sana sini dan sebagainya.

Itu kata mereka tapi rakyat boleh nilaikanlah sendiri macam mana kebolehan dan kebijakan kerajaan BN ini menguruskan kewangan negara dengan baik.

Memang penulis akui, minyak kita tidak akan kekal selamanya murah seperti sekarang, itu adat.  Sama juga, tidak akan ada sesiapa pun yang rela gajinya sama setelah bertahun-tahun berkhidmat.  Sampai satu masa kerajaan akan mengkajinya semula tapi percayalah kerajaan akan memastikan rakyat mempunyai wang untuk menampung kenaikan tersebut.

Pembangkang pun tak berani nak janji harga minyak akan kekal selamanya pada paras mana yang mereka janjikan sekarang.  Kalau depa berani, dah lama disebut dalam buku Jingga yang harga minyak akan dikekalkan pada paras sekian-sekian, selama mereka jadi kerajaan. Tak berani nak janji pun, gebang sementara belum dapat bolehlah.

Yang penting, ekonomi perlu ada keseimbangan dan keseimbangan itulah yang berjaya diuruskan dengan baik oleh kerajaan BN sekarang.  Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang dibawah DAP, negeri itu hampir menjadi Singapura kedua kerana tanahnya yang terlalu mahal, tidak mampu dibeli orang tempatan melainkan rakyat dari republik tersebut.

Sedangkan BN, walaupun mengakui orang yang ada duit berhak membeli hartanah yang bersesuaian dengan pendapatan masing-masing, tapi hak rakyat yang kurang berkemampuan tidak diketepikan.  Ini yang penulis sebutkan keseimbangan.  Itu baru mengambil rumah sebagai contoh, yang lain lagi?

Adakah kerja ini mudah?  Sudah tentu tidak tapi kerajaan BN berjaya mengawalnya dengan baik.  Maka itu, undilah BN, tolak PAS, DAP dan PKR.

Penulis : Adamyan
 

Kelab Chedet : Dr Mahathir kecam US paksa sekat Iran

Walau pun sudah tidak berkuasa lagi tetapi Dr Mahathir masih tetap bertegas mengecam Amerika seperti dulu kerana sikap Amerika yang suka membuli negara-negara kecil hanya kerana mahu menjaga kepentingan dan keselamatan Israel.

Betul kata Tun, walau pun Israel jauh lebih kecil daripada Malaysia tetapi kuasanya cukup besar hingga mampu menjadikan Amerika proksi kepada Israel untuk menyerang mana-mana negara yang dianggap sebagai mengancam keselamatan mereka.

Hari ini Obama terpaksa tunduk dengan khendak PM Israel yang mahu Amerika menyerang Iran kerana Iran dituduh sedang membina senjata nuklear. Pada hal semua orang tahu yang Israel sudah mempunyai senjata nuklear jauh lebih lama dan canggih daripada Iran jika sekali pun benar Iran mempunyai senjata nuklear.

Jadi tidak hairanlah kenapa akbar Israel The Jerusalem Post mengalu-nagalukan kenyatan Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha-usaha Amerika melindungi keselamatan Israel. Salah satu usaha Amerika melindungi keselamatan Israel ialah mengancam untuk mengebom Iran atas alasan Iran mempunyai senjata nuklear untuk menyerang Israel.

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad pernah minta bantuan Tun takkala bekas Presiden Bush mengancam mahu mengebom Iran. Tun guna hubungan baiknya minta bantuan dari bekas Presiden Perancis Jacques Chirac, Presiden Russia dan Presiden China untuk bantah rancangan Bush itu. Akhirnya Bush terpaksa akur bantahan dari pemimpin-pemimpin kuasa veto ini. Sebab itu Tun sangat dihormati oleh Ahmadinejad.





[img] http://3.bp.blogspot.com/-rATWFlNABUg/Tz2701MoNxI/AAAAAAAABUU/MAl5QbABsuU/s400/anwar_keldaizionis%255B1%255D.jpg[/img]




Pembohongan akhbar Israel terhadap kerajaan Malaysia hanya kerana mereka menyokong Anwar Ibrahim

Netanyahu to urge Obama to threaten Iran
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/middleeast/israel/9116941/Netanyahu-to-urge-Obama-to-threaten-Iran.html


Sinar Harian wrote:
Sekatan: Dr M kecam AS paksa negara lain


Presiden Iran Mahmood Amadineejad pernah mintak Tun Dr Mahathir jangan berundur daripada jadi Presiden OIC

AYER KEROH - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memaksa negara lain untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran dengan memberhentikan pengimportan minyak negara terbabit.

Sambil menyatakan tindakan itu tidak wajar, beliau turut menegaskan keadaan itu akan menimbulkan suasana tegang dari skop ekonomi.

“Saya tidak bersetuju dengan cara Amerika Syarikat yang mahu melaksanakan sekatan terhadap minyak Iran sedangkan orang lain enggan berbuat demikian.

“Sekiranya negara lain enggan berbuat demikian, mereka akan mengambil tindakan umpamanya menyekat dagangan, mata wang dan pelbagai lagi.

“Amerika Syarikat hendak buat sesuatu buatlah tetapi mengapa perlu paksa negara lain. Cara mereka seolah-olah membuli negara seperti kita tetapi dia tidak berani lakukan terhadap China, India ataupun Eropah,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Simposium bertajuk Budaya Global Menghasilkan Perpaduan Sejagat di sebuah resort di sini, hari ini.

Program membabitkan kira-kira 500 pelajar dan guru dari sekolah berasrama penuh seluruh negara adalah anjuran Kementerian Pelajaran dengan menyaksikan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Ayer Keroh sebagai tuan rumah.

Dr Mahathir berkata, kenaikan harga minyak yang berlaku juga disebabkan oleh AS.

“Amerika patut bayar semua kenaikan yang berlaku dan tidak sepatutnya rakyat yang menanggung semua ini.

“Ini tidak adil bagi negara miskin yang terjejas disebabkan kenaikan harga minyak sehingga banyak syarikat penerbangan mengalami gulung tikar,” katanya.

Beliau berkata, di Malaysia terdapat subsidi harga minyak yang diberikan kerajaan, namun ia akan meningkat sekiranya harga minyak terus naik.

“Apa yang dilakukan terhadap Iran hampir sama dengan apa yang dilakukan terhadap Iraq sebelum ini dengan menggunakan alasan kononnya negara terbabit ada membangunkan nuklear,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April iaitu dua bulan sebelum sekatan AS berkuat kuasa.

Wednesday, March 28, 2012

Kelab Chedet : Dasar Pandang Ke Timur mahu dihidupkan kembali - @NajibRazak

Tahniah kepada PM Najib kerana masih berusaha meneruskan dasar-dasar yang pernah dibawa oleh Tun Dr Mahathir. Tun sebenarnya tahu bahawa orang kita khususnya orang Melayu masih dibelengu dengan minda penjajah. Bukan senang untuk kita mengubah minda yang sudah dijajah sejak beratus tahun dulu. Walau pun hari ini ada sejahrawan kita cuba menafikan yang kita pernah dijajah sepenuhnya oleh British, namun dalam masa yang sama minda kita juga tidak pernah dibebaskan sepenuhnya daripada penjajahan British.

 

Diawal pemerintahan Tun Dr Mahathir dulu, beliau cuba mengubah minda orang-orang Melayu ini supaya mereka tidak lagi terus dijajah. Tun memperkenalkan beberapa dasar yang tidak beberapa popular di Barat seperti "Buy British Last policy" dan "Dasar Pandang Ke Timur". Malah Tun cuba pulak mengambil-alih syarikat gergasi Guthrie kepunyaan British yang pernah diterajui oleh MB Selangor sekarang. Tun bangunkan menara Petronas yang tertinggi di dunia dengan menggunakan kontraktor dari Jepun dan Korea hanya mahu membuktikan yang orang Asia juga mampu malakukan kerja-kerja yang tidak pernah mereka lakukan dulu.

 

Tun sentiasa mengingatkan kita supaya kita tidak kembali dijajah kerana penjajahan dalam bentuk baru lebih berbahaya daripada penjajahan secara lama. Dulu penjajah menggunakan senjata dan kekerasan untuk menjajahkan kita tetapi sekarang mereka menggunakan muslihat melalui agenda yang lebih besar yang kita sendiri tidak nampak, lalu kita menerima kehadiran mereka secara sukarela. Namun kita tidak perlu ganggap apa saja yang dibuat oleh bangsa Barat itu tidak baik tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak boleh menafikan kemampuan bangsa Timur dalam mencorakkan tamadun dunia.

 

Apa guna kita mahu bina negara ini ikut acuan kita sendiri jika acuan itu pun kita tidak mampu cipta dan buat melainkan meniru dan menciplak hak orang lain punya. Sebab itu Tun mahu kita belajar teknologi-teknologi baru bukan saja daripada negara-negara Barat tetapi juga daripada siapa saja yang mempunyai ilmu termasuk dari Jepun, Korea, China mahu pun India. Sejak dulu lagi Tun memang mengagumi kehebatan Negara China kerana dapat membangunkan negara mereka tampa campur tangan dari pihak Barat.

 

Tun pernah kata, walau pun Barat memandang China satu ancaman kepada dunia namun China kata Tun tidak pernah menjajah sesiapa pun walau pun mereka lebih hampir dengan kita berbanding penjajah Barat. Ini semua kerana adanya dakyah Barat yang sentiasa memburuk-burukkan kemampuan orang Asia kerana mereka mahu dilihat sebagai bangsa yang supreme di muka bumi ini.

 

Dengan adanya iktizam terbaru Najib ini, itu menampakkan yang Najib juga berjiwa besar kerana mahu meneruskan usaha yang pernah ditinggalkan oleh Tun dulu. Jika kita ingin menjadikan diri kita sebagai bangsa yang hebat, kita harus mencontohi kualiti yang baik dari orang lain dan tinggalkan mana-mana kualiti yang tidak baik itu, bukannya mencerca macam apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang, sebab mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kualiti yang baik melainkan kualiti mencerca orang lain saja. Tahniah sekali lagi kepada DS Najib kerana memahami dasar yang pernah diperkenalkan oleh Tun dulu.


Utusan wrote:
Malaysia, Jepun peringati 30 tahun Dasar Padang Ke Timur

14/03/2012 3:30am

PUTRAJAYA 14 Mac - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda bertukar-tukar perutusan khas memperingati ulang tahun ke 30 Dasar Pandang ke Timur Malaysia (LEP).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua Perdana Menteri menegaskan bahawa LEP adalah satu petanda tentang wujudnya ikatan persahabatan dan perkongsian akrab antara Malaysia dan Jepun.

"Kedua-dua pihak melahirkan harapan bahawa Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) yang ditubuhkan di Kuala Lumpur baru-baru ini, akan maju secara signifikan sebagai pusat kecemerlangan dalam pendidikan kejuruteraan, tidak saja di Malaysia tetapi juga untuk rantau ASEAN," katanya.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke 30 LEP Malaysia, yang diperkenalkan oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1982.

LEP mempunyai matlamat utama menimba pengetahuan teknologi, etika kerja dan nilai-nilai kerja yang baik yang dilihat sebagai satu daripada unsur penting bagi kejayaan negara-negara membangun di Asia Timur, terutama Jepun. — BERNAMA

Suara Rakyat: Pendedahan Azmin terhadap Hasan Ali Terbukti Makan Diri

TIGA hari lepas, penulis sudah katakan bahawa tindakan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali mempertikaikan kos pembinaan pejabat Datuk Dr. Hasan Ali semasa  masih menjadi Exco Selangor, adalah satu tindakan yang tidak kena pada masanya.

 

Justifikasi penulis ketika itu pendedahan itu (jika benar) hanya menggambarkan Pakatan Rakyat melindungi kesalahan pemimpin negeri semasa berkuasa dan mendedahkannya setelah pemimpin itu tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

 

Kebimbangan penulis itu ternyata berasas apabila Hasan Ali bukan setakat menjawab tuduhan yang dikenakan ke atasnya disini, jawapan itu pula mendapat sokongan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengesahkan kos tinggi untuk membina pejabat Hasan Ali itu mengikut prosedur disini.

 

Semua ini membuktikan bahawa tuduhan Azmin itu dibuat secara 'mala-fide' bagi memburukkan Hasan Ali setelah dia disingkirkan dari barisan Exco Selangor dan sebagai ahli PAS sejak Januari.

 

Tidak setakat itu, tuduhan Azmin ini telah membuatkan Hasan Ali membuat dakwaan balas bahawa ada anggota Exco yang mengubahsuai pejabat masing-masing dengan kos yang jauh lebih tinggi dari pejabatnya.  Kita sangka Hasan Ali paling tinggi, rupanya ada yang lebih tinggi.

 

Tak pasal-pasal kerajaan negeri dipaksa mendedahkan pula kos pembinaan pejabat anggota Exco yang lainnya bagi menyanggah dakwaan Hasan Ali.

 

Semua ini berlaku ketika tarikh pilihanraya semakin hampir.

 

Walaupun Hasan Ali ada membangkitkan dakwaan bersifat peribadi ke atas Azmin, tapi penulis tidak berminat untuk menyatakannya disini kerana penulis yakin Azmin mampu menjawab semua tuduhan itu, atau paling tidak menyaman semua mereka yang terbabit.

 

Yang penulis utamakan ialah kerajaan negeri.  Seperti yang pernah penulis sebutkan dahulu, keutamaan sekarang ialah mempertahankan negeri-negeri yang kita menangi pada 2008 terutama sekali Selangor!!

 

Jadi amat penting untuk kesucian intergriti kerajaan Selangor dipertahankan sehingga ke akhirnya.  Selangor perlu dipertahankan dan digambarkan sebagai negeri yang paling atas dari segi keterbukaan dan ketelusan serta bebas penyalahgunaan kuasa dan dana awam.

 

Kalau pun ada sebarang perkara yang tidak kena, ia patut dilaporkan kepada pihak berwajib, bukan menggalakkan perang mulut yang hanya merugikan Pakatan Rakyat.

 

Tidak keterlaluan penulis katakan, apa yang dilakukan Azmin ini telah menghancurkan semua usaha yang telah dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor selama memerintah sejak tahun 2008.

 

Untuk menyelesaikan masalah ini dan mengelakkan polemik politik berpanjangan, penulis suka mencadangkan disini agar Azmin memohon maaf kepada Hasan Ali secara terbuka.

 

Penulis tidak nampak sebarang masalah, sebaliknya rakyat akan menghargai tindakan Azmin itu dan mengekalkan sokongan terhadapnya.

 

Mungkin ada bising sana sini terutama sekali di ruang siber yang tidak terbatas ini, tapi itu bukanlah satu masalah besar dan ia akan lenyap dengan sendirinya juga.

 

Tapi kemulian dari tindakan Azmin itu nanti akan dikenang dan dipandang mulia rakyat Selangor - SUARA RAKYAT
 
 

Kelab Chedet : ANWAR sokong NEGARA ISRAEL yang dibentuk REGIM ZIONIS

Kenyataan Anwar mempertahankan Israel.
Keyword disini ialah ISRAEL



Dosa atas kenyataan Presiden PAS bila divert isu dari Israel kepada "YAHUDI" bagi memutar kepala rakyat awam yang rata2 nya kurang berpengetahuan hal2 berkenaan Israel, Zionis dan Yahudi yang tak lain tak bukan sebenarnya hanyalah bertujuan untuk mempertahankan Anwar!



Kenapa diputarbelitkan isu sebenar iaitu ISRAEL? kepada isu Yahudi & Zionis, Yahudi Zionis, Non-Zionis? padahal hakikatnya ISRAEL itu dibina oleh para ZIONISTS, diketuai Theodor Herzl seorang Zionist, dan Anwar mempertahankan entiti utama ZIONIS yang bernama ISRAEL itu.





http://www.mfa.gov.il/MFA/MFAArchive/2000_2009/2004/7/Herzl+and+Zionism.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Israel

Kenapa ramai blogger pro BN terikut2 dengan mainan Hadi Awang dan juak2 pembangkang lainnya?

 
Perbincangan lanjut : http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4792#67594
 

Skandal Geran 'Selangorku" : RM300 juta duit rakyat untuk dana PRU 13 ?

Geran Selangorku RM300 juta, Ghairahnya Menunggu Jawapan Khalid
 
PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta
untuk program geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.

 

Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri Selangor November lepas adalah 'wayang' semata-mata. Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet tambahan.

 

Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).

 

Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.

 

Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.

 

Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi?

Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja.

 

Lagipun dalam Exco semua 'yes' man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.

 

Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?

 

Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan terbuka?

 

Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan

 

Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.

 

Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.

 

Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.

 

Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert).

Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco tapi wang rakyat.

 

Jadi Khalid, kami menanti jawapanmu.

Tuesday, March 27, 2012

Dong Jiao Zong: Ancaman Sebenar?



APABILA pihak British membawa masuk kaum cina untuk bekerja di lombong di Perak, mereka juga telah membawa masuk budaya samseng dan kongsi gelap ke Malaysia. Selama lebih satu dekad, kumpulan Ghee Hin dan Hai San telah berperang dan membalas dendam sesama sendiri kerana merebut kawasan, perjudian dan juga masalah peribadi.

Seperti yang diceritakan, pada satu ketika, Ghee Hin mengimport seramai 4,000 orang pakar berlawan dari tanah besar Cina melalui Pulau Pinang untuk menyerang Hai San dan untuk pertama kalinya, Hai San terpaksa meninggalkan Larut. Lebih kurang 10,000 orang Hai San menjadi pelarian di Pulau Pinang.

Masa berlalu, dan kedua-dua kumpulan ini semakin membesar dan merantau serata negeri.

Kongsi gelap ini mungkin telah ‘lenyap’, tetapi mentaliti mereka kekal menjadi ancaman kepada negara bermasyarakat majmuk ini. Seperti bom jangka, ia terus berdetik, mencabar kesabaran kita dengan memperlihatkan sikap bongkak dan pentingkan diri.

Walaupun mereka telah keluar dari lombong, belajar mengenai kebersihan dan adab sopan dari masyarakat setempat, tinggal di bangle and memiliki 80% dari kekayaan negara ini, generasi baru dari kongsi gelap yang telah lenyap ini tetap berpegang kepada ‘kegemilangan’ samseng dan taiko nenek moyang mereka serta enggan mengamalkan budaya Malaysia yang rendah diri dan memerlukan sikap toleransi yang tinggi.

Bagi nenek moyang mereka, Malaysia adalah lombong duit.

Bagi generasi selepasnya yang mewarisi wang tersebut, Malaysia hanyalah sebuah tempat di mana mereka dilahirkan. Ia bukan negara mereka kerana negara mereka adalah negara China.

Tetapi bagi generasi kongsi gelap ini hari ini, Malaysia adalah negara mereka maka, mereka enggan berkongsi negara ini dengan sesiapa jua. Oleh kerana mereka tidak boleh dan tidak mahu kembali ke China, mereka wajib menjadikan Malaysia sebagai sebuah lagi negara China atau sekurang-kurangnya Singapura di mana mereka boleh mendominasi dan memonopoli serta membuli bangsa lain seperti seorang samseng sebenar.

Mentaliti samseng dan pembuli ini boleh dilihat dengan jelas dalam Dong Jiao Zong, iaitu gabungan pertubuhan akademik Cina Malaysia.

Amatlah membimbangkan melihat NGO seperti Dong Jiao zong yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak kita mempunyai mentaliti samseng dan pembuli dengan bersikap bongkak, menuntut segala-galanya agar sejajar dengan kehendak mereka semata-mata. Pertubuhan ini bukannya mengajar anak-anak kita ke arah perpaduan dan menerapkan patriotisme, tetapi sebaliknya.

Jangan sekali-kali lupa bahawa Dong Jiao Zonglah yang mengadakan perhimpunan pada 1987 yang membawa kepada ucapan-ucapan provokasi perkauman semata-mata kerana mereka tidak boleh menerima perlantikan lebih kurang 100 orang penolong kanan dan pengetua di sekolah jenis kebangsaan cina yang tidak boleh berbahasa Mandarin. Perkara ini, ditambah dengan hasutan berterusan oleh akhbar-akhbar berbahasa cina, telah menyebabkan terjadinya Ops Lalang di mana tangkapan dibuat bagi mengelakkan berulangnya tragedy 13 Mei 1969.

Hari ini, mereka sekali lagi mahu mengadakan protes atas perkara yang sama.

Kita tidak punya pilihan selain melihat pertubuhan ini sebagai ancaman kepada kestabilan negara dan perpaduan rakyat.

Bukanlah sesuatu yagn ditokok tambah, rasanya jika mengatakan bahawa Dong Zong sebenarnya mewakili majoriti, kalaupun tidak 100% mentaliti kaum cina di Malaysia.

Persoalannya, sampai bila kaum cina akan terus berjuang untuk memisahkan kaum-kaum sejak di bangku sekolah? Sampai mereka berjaya menakluk negara ini? Bagaimana mereka boleh menakluk negara sendiri, kecualilah mereka tidak pernah menganggap negara ini sebagai negara sendiri.

Ada di antara mereka yang merungut kononnya didiskriminasi dan dipinggirkan serta dilayan seperti warganegara kelas dua, kerana itulah mereka tidak merasa yang negara ini negara mereka.

Mungkin mereka harus bertanya pada diri sendiri, bagaimana seorang yang tidak bersikap seperti warganegara mengharapkan layanan seperti warganegara sebenar?

Jika Dong Zong sebagai pertubuhan akademik memfokuskan ke arah mendidik anak-anak cina sikap rendah diri, toleransi dan hormat menghormati dan bukannya meninggi dan mementingkan diri, masalah warganegara kelas satu atau dua tidak akan wujud lagi.

Anak-anak cina wajib didedahkan kepada erti sebenar patriotisme dan menerima bahawa Bahasa Malaysia adalah lebih penting dari Mandarin. Dan tidak apa jika tidak tahu berbahasa Mandarin tetapi adalah sesuatu yang memalukan jika tidak fasih berbahasa kebangsaan.

Dong Zong wajib memberitahu kepada anak-anak ini bahawa negara ini adalah Malaysia, bukan China dan satu hari mereka perlu bergaul dengan kaum lain, bersikap terbuka dan ikhlas supaya mereka boleh membentuk Malaysia yang lebih baik di mana hanya ada satu sistem sekolah untuk sumua dan ‘kaum’ bukan lagi satu isu.

Bolehkah Dong Zong melakukan semua ini demi perpaduan dan kestabilan negara? Apakah sukar benar bagi kaum Cina untuk bersikap ikhlas setelah mengecapi segala kemakmuran kerana menjadi warganegara Malaysia?

Kelab Chedet : Sikap Dong Zong menakutkan orang Melayu ?

Ramai yang kecewa melihat sikap biadap ahli-ahli Persatuan Jawatan­kuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang dikatakan menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong. Kekecewaan ini bukan sekadar terhadap sikap biadap mereka itu tetapi juga terhadap perjuangan persatuan itu yang dilihat begitu rasis dan tidak releven dalam membantu pembentukkan satu identiti bangsa Malaysia.

 

Dong Zong dikatakan tidak berpuas hati terhadap Kementerian Pelajaran yang dikatakan gagal menagani masaalah kekurangan guru di SJKC. Mungkin Dong Zong lupa bahawa Perlembagaan hanya mewajibkan dasar pendidikan bahasa kebangsaan. Oleh itu kerajaan hanya wajib mengurus dan memberi bantuan rasmi kepada sekolah yang beraliran bahasa kebangsaan saja.

 

Manakala pendidikan yang tidak menggunakan aliran bahasa kebangsaan tidak pernah dihalang daripada berkembang asalkan mereka mahu menanggung sendiri segala kos pengedalian pendidikan yang mereka pilih itu. Sebab itu di zaman 60an dulu semua SJKC dikendalikan sendiri oleh pihak pengurusan sekolah tersebut tampa mengharapkan apa-apa bantuan atau dana kerajaan.

 

Tetapi sekarang keadaan sudah berbeza, nampaknya kerajaan pula terpaksa menanggung beban segala masaalah dan kos SJKC kerana pertimbangan politik. Ia bukan saja membebankan kerajaan tetapi bercanggah dengan khendak Perlembagaan itu sendiri.

 

Akibat daripada obligasi kerajaan yang TIDAK diwajibkan itu, hari ini kita lihat ramai anak-anak Cina yang tidak lagi fasih berbahasa kebangsaan berbanding pendatang asing. Jadi bagaimana mereka dapat mengidentitikan diri mereka sebagai "anak watan" negara ini jika penguasaan bahasa kebangsaan mereka sendiri lebih teruk daripada pendatang asing??

 

Sebaiknya ahli-ahli Dong Zong patut mencontohi sikap Wee Ka Siong, walau pun beliau terpaksa membela SJKC atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran namun kefasihan beliau menguasai bahasa kebangsaan menunjukkan beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau mengidentitikan dirinya sebagai "anak watan" negara ini.

 

Oleh itu Dong Zong tidak perlu jadi gulungan ektrimis dalam membuat tuntutan, sebaliknya mereka patut menjadikan kekurangan yang ada sekarang sebagai kelebihan dan cabaran kepada kaum mereka untuk mendidik anak-anak mereka supaya jadi lebih fasih menguasai bahasa kebangsaan berbanding dengan anak-anak Melayu. 
 
Jika Dong Zong hanya pandai bersikap rasis dan ektrimis dalam bidang pendidikan, sudah tentu sukar untuk kaum Cina menuduh Perkasa sebagai pertubuhan yang rasis dan ektrimis hanya kerana menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu.
 

KEDAI KOPI : Khalid Ibrahim hampir PASTI TAK Pertahankan Parlimen BTR

Menurut sumber dalaman yang rapat dengan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim, beliau dijangka TIDAK pertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak bagi memberi laluan kepada pemimpin PKR yang alin bertanding dikerusi agak selamat. Selain itu, polisi 1 pemimpin 1 kerusi juga akan digunapakai oleh pakatan pembangkang.

Antara calon yang disebut akan bertanding disitu adalah sekutu rapat TS Khalid sendiri iaitu Nurul Izzah.

Saman RM100 juta, Anwar masuk perangkap Nalla

Anwar saman RM100 juta terhadap Nalla dan Utusan. Pada mulanya tujuan Anwar cuma nak gertak Nalla saja kerana menuduh dia biseksual. Anwar ugut kalau Nalla tak tarik balik tuduhan dia tu. Mungkin Anwar takut tuduhan Nalla itu dijadikan isu untuk kempen PRU kali ni. Sekarang Aljub terpaksa tunaikan ugutan dia bila semankin ramai bekas sahabat handai dia cabar dan desak dia supaya mempercepatkan saman terhadap Nalla itu.

 

Nalla jugak mahu saman itu dipercepatkan supaya senang dia tunjuk bukti yang dia simpan selama ni untuk pengesahan di mahkamah. Dulu dengar kata Nalla ada simpan video tape Anwar tengah "beraksi" tetapi dirampas. Mungkin dia ada salinan lain atau salinan yang belum terbongkar lagi. Sebab tu Nalla teruja sangat bila Aljub nak saman dia.

 

Sepatutnya Aljub tak perlu layan tuduhan Nalla tu sebab dia sendiri secara tidak langsung sudah mengaku ketika mempersoalkan kenapa hanya dia saja yang didakwa sedangkan perbuatan liwat itu berlaku secara "suka sama suka". Tapi pendakwaraya kata, mengikut undang-undang yang ada sekarang orang yang meliwat tetap kena, tak kira sama ada liwat itu berlaku secara sukarela atau paksa.

 

Lepas tu Aljub mahu kerajaan ubah undang-undang yang sedia ada supaya membenarkan perbuatan liwat "suka sama suka" asalkan tidak didepan orang. Kalau tidak kata Aljub, orang macam Saiful akan perangkap orang yang suka main bontot macam dia untuk berkonspirasi dengan pihak lawan.

 

Mungkin Aljub dah malu alah didepan penyokong-penyokong dia yang percaya dia tidak meliwat Saiful kerana sudah dibebaskan oleh mahkamah, jadi dia terpaksa buat-buat berani saman Nalla dengan harapan Nalla tarik balik kerana mahkamah mungkin akan berpihak kepada dia lagi.

 

Penulis : Nordin, Exco kelab Chedet

Sumber : www.kelabchedet.com

 

Monday, March 26, 2012

SETELAH 46 TAHUN BARU DAP MAHU BELA MELAYU

Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46.

Selama hampir setengah abad parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat) mengamalkan budaya politik perkauman yang mementingkan hak bangsa Cina.

Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya peristiwa berdasrah rusuhan kaum pada Mei 1969.

Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dn negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu.

"Melayu bangsat", "Melayu balik kampung", "Malaysia kami punya", "Pergi jahanam Melayu, Umno" adalah antara slogan-slogan yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung Bharu.

Sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh DAP.

Walaupun peristiwa 13 Mei sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan cauvinisnya.

Pernah Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP sekarang) membuat kenyataan yang membarakan hati orang Melayu apabila berkata "langkah mayatnya dahulu" sebelum orang Islam terlintas difikiran mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

Kini setelah berjaya memenangi Pulau Pinang yang diidamkan selama ini dengan bantuan PKR dan PAS, DAP menukar wajah dan watak untuk terus menipu orang Melayu.

Parti ini kini kononnya muncul sebagai 'pejuang' dan 'pembela' orang Melayu dan seperti musang yang berbulu ayam berkempen kepada orang Melayu bahawa DAP akan mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Persoalannya mengapa setelah 46 tahun baru hendak membela nasib orang Melayu dan tunjuk konon sayang kepada orang Melayu?

Kalau tidak kerana tamakkkan kuasa dan mahu merampas kuasa politik, DAP tidak akan sesekali mahu tunjukkan sikap yang lunak kepada orang Melayu.

Antara langkah DAP untuk me"Melayu"kan parti itu ialah usahanya untuk menarik seramai mungkin cerdik pandai Melayu menyertai parti itu.

Kenapa yang disasar hanya kalangan professional dan cendikiawan Melayu sahaja?

Kalau benar-benar hendak menolong orang Melayu, DAP harus membuka pintu seluas-luasnya kepada orang Melayu bukan golongan tertentu sahaja.

Sejak bila pula DAP bercakap
mengenai isu-isu berkaitan
orang Melayu? 

Di mana DAP selama ini apabila 
orang Melayu memerlukan 
pembelaandalam segenap aspek 
kehidupan seperti pendidikan, 
ekonomi,kesihatan dan 
sebagainya?

Sekarang mereka bercadang untuk meletakkan calon-calon Melayu di Pulau Pinang untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.

Sekali lagi balaci setia DAP iaitu PAS menyokong penuh cadangan tersebut. 

DAP yang ketika ini berkecamuk dengan krisis dalaman di antara pimpinan kanan mereka, cuba pula menggunakan taktik calon Melayu untuk menarik undi pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka tahu undi Cina hanya setakat 30 peratus sahaja dan undi Melayu akan menjadi penentu dalam mana-mana kerusi parlimen atau DUN.

Oleh itu DAP mengaburi mata orang Melayu dengan menampakkan parti itu mementingkan orang Melayu.

Hakikatnya matlamat terpenting DAP tidak pernah lari daripada landasan iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan menghapuskan sistem Raja-raja Melayu serta dominasi politik Melayu.

DAP hanya berjuang untuk kaum Cina, dan tidak pernah bercadang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu.

Setelah empat tahun di bawah DAP, nasib orang Melayu di Pulau Pinang terus tidak terbela malah tidak menampakkan sebarang perubahan pun.

Yang penting orang Melayu mesti rapatkan saf dan bersatu untuk melenyapkan pengaruh parti perkauman ini.

Selagi DAP bernafas, selagi itu risiko berlakunya semula rusuhan kaum tetap menghantui fikiran rakyat.