Minda Hijrah Headline Animator

Friday, May 4, 2012

BERSIH 3.0 - KERUGIAN @PDRMsia RM1.8 JUTA DALAM OPS AMAN

Disebalik serangan jahat pembangkang terutamanya dari Anwar Ibrahim dan DAP, pihak Polis yang mengalami kerugian teruk akibat rusuhan Bersih 3.0 pada Sabtu lalu.

RAKYAT Malaysia mahu supaya dalang-dalang & jalang-jalang yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan ini WAJIB ke muka keadilan.

Kita tidak mahu berkrompomi dalam hal ini. Tiada alasan tidak munasabah bagi pihak berkuasa untuk bertindak melalui saluran Mahkamah.

Kerugian dari segi jumlah wang ringgit masih boleh dibaiki tetapi maruah & moral pasukan PDRM wajib dipertahankan!

KENYATAAN MEDIA TAN SRI MAHMOOD ADAM KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI
mengenai KERUGIAN PDRM DALAM PENUGASAN OPS AMAN (BERSIH 3.0)
3 MEI 2012

1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) sangat prihatin di atas pengorbanan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Di samping bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut, PDRM telah mengalami kerugian harta benda dan aset serta tanggungan yang berjumlah RM1,828,610.00. Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram Bersih 3.0 tidak berlaku.

2. Seramai 14,331 anggota PDRM telah bertugas sepanjang perhimpunan haram Bersih 3.0 berlangsung yang melibatkan pegawai dari Jabatan Pengurusan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cawangan Khas, PULAPOL KL, IPK KL dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan.

3. Dalam masa yang sama pihak PDRM sedang mengesan pihak perusuh yang bertindak ganas mencederakan anggota Polis dan petugas media serta harta awam sepanjang perhimpunan haram Bersih 3.0. Di samping itu juga, kerajaan akan mendedahkan semua rakaman sebenar apa yang berlaku semasa perhimpunan tersebut dan mengedar gambar-gambar individu yang terlibat dalam insiden keganasan dan kekecohan itu tidak lama lagi supaya orang ramai boleh membuat penilaian sendiri.

Disediakan : Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri, Aras 9,
Blok D1, Kompleks D,
Putrajaya.
No. Telefon : 03 - 8886 8000

No comments:

Post a Comment