Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, November 30, 2011

Zambry "Hitam Metalik" : Akhirnya Nga Kor Ming ngaku salah

Kenyataan rasis dan berbaur perkauman oleh YB DAP Taiping ini telah mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia. Lebih parah, Nga Kor Ming tidak mahu mengaku SALAH dan menyelar RAKYAT Malaysia yg menyerang beliau sebagai "ignorance people"

Adakah ini contoh pemimpin chauvinis yang diagungkan oleh PAS ? Sikap kurang ajar beliau wajar dihukum RAKYAT Malaysia.

Cukuplah agama dan bangsa terus dihina oleh DAP. Ingatlah ! Setiap undi anda kepada PAS dan PKR bermakna chauvinis DAP semakin cerah utk memerintah negara ini.

Ketika itu, menangis air mata darah pun tidak berguna lagi !

Kelab Chedet : Ulang tahun ke-3 bersama Tun Mahathir

Portal www.kelabchedet.com dilancar pada 30 November 2008 dan hari genap 3 tahun penubuhannya. Dengan hits mencecah 17 JUTA hits dan forum dgn konsep 'No Hold Barred' menjadikan portal Kelab Chedet mendapat tempat di alam maya.

Lebih manis, untuk sekumpulan aktivis Kelab Chedet bertuah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Tun Mahathir di Tingkat 86 Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan meraikan ulangtahun ke 3 disana.

Banyak perkara berkaitan isu semasa dibincangkan. Malah diakhir perbincangan itu, beberapa amanat diperturunkan kepada kami. Selari dgn moto Kelab Chedet "Meneruskan Amanah Tun Mahathir" , nampaknya ada banyak perkara yang perlu dilakukan.

Terima kasih kepada semua yang telah bersama menyokong perjuangan Kelab Chedet. Teruskan sokongan anda kepada Ayahanda Tun Mahathir dan Kelab Chedet :)

#PAUMNO 2011: Amanat dan Nasihat TS Mahyuddin Yassin

UMNO akan GAGAL pertahankan ISLAM, BANGSA MELAYU dan MALAYSIA dari serangan proksi YAHUDI jika majoriti ahlinya enggan insaf dari kekalahan dan kesilapan lalu. Jika enggan membantu sekalipun, jangan kita jadi makhluk perosak atau si kitol.

Perjuangan kita jikapun kecil tetapi bergerak dalam jemaah dgn semangat berpasukan akan memusatkan KEKUATAN.

Musuh Islam dan Negara tidak pernah lena dan leka merancang untuk menghancurkan kita. Jangan biarkan kepentingan diri memusnahkan parti.

Himpunan ucapan Timbalan Presiden ketika Perasmian Perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri untuk renungan kita semua.

JAUHI PERANGAI PEROSAK
"Jangan sabotaj, jangan boikot, jangan cah keting, jangan peteh sama sendiri, jangan 'mandikan' calon-calon, jangan tutup bilik gerakan, jangan main belakang, jangan lari ke luar negeri, jangan tikam kawan, jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang."

TINGKATKAN SEMANGAT PERJUANGAN
"​Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti."

PERJUANGAN BERSAMA UMNO ADALAH JIHAD
"Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihanraya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita.

TUNTUTAN TAAT SETIA DEMI ORANG MELAYU
"Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka,"

"Ingat, pilihanraya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihanraya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti," katanya.

JANGAN PERJUDIKAN NASIB AGAMA, BANGSA dan NEGARA
"​Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak.

Tuesday, November 29, 2011

#PAUMNO : Gendang Perang sudah dipalu. Ayuh kita berjuang !!!

Timbalan Presiden Tan Sri Mahyuddin Yassin telah selesai menyampaikan amanatnya kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri sebentar tadi.

Banyak perkara yang disentuh terutamanya tentang parti-parti lawan dan nasihat-nasihat yang wajib diikuti oleh ahli UMNO. Apa yang terpenting ialah JENTERA PARTI mesti bergerak bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional.

Lupakan sengketa wahai pemimpin dan ahli UMNO. Pastikan kemenangan parti. Kekalahan parti akan merugikan semua pihak terutamanya orang Melayu dan ketika itu satu sen pun tidak berguna.

Gendang perang telah dipalu. Ayuh bangkit menuju ke MEDAN PERANG !!!

RUU Perhimpunan Aman: Penjelasan Mudah PM @najibrazak

Hari ini pembangkang dilaporkan akan adakan demonstrasi membantah Rang Undang2 Perhimpunan Aman di Parlimen kononnya atas nama Walk4Freedom.

Sebelum ini pelbagai cerita karut disebarkan oleh mereka bagi menakutkan rakyat bahawa Kerajaan adalah zalim dan mahu menyekat kebebasan berhimpun. Lebih malang apabila apabila Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga hilang kewarasan dan cuba membohongi rakyat dgn membandingkan Malaysia dgn Burma. Mungkin kita patut cadangkan Ambiga utk anjurkan demo di Burma dan lihat sendiri bagaimana junta tentera akan bertindak!

Penjelasan Kerajaan terang dan jelas tentang RUU Perhimpunan Aman ini, tiada lagi permit dan pihak penganjur hanya maklumkan kpd polis dlm tempoh 24 jam jika tempat perhimpunan adalah tidak mengganggu orang lain.

Tempat perhimpunan yang libatkan rakyat lain perlukan lebih masa utk pihak polis mendengar bantahan, jika ada. Ambil contoh apabila pembangkang anjurkan Bersih 2.0 atas jalanraya menyebabkan rakyat di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar diganggu urusan kerja, perniagaan, aktiviti membeli-belah bersama keluarga dan sebagainya. Bagaimana pula HAK rakyat KL diganggu oleh kepentingan politik pembangkang demi nafsu kuasa?

Dan yang paling baru apabila kerajaan bersikap terbuka dan mendengar pandangan rakyat dgn bersedia membuat beberapa pindaan dalam RUU Perhimpunana Aman. Itu pun pembangkang terus menghasut dan menyebarkan pandangan palsu melalui portal berita dan media sosial.

Keamanan adalah satu kenikmatan yang cukup mahal utk kita korbankan. Rakyat juga semakin bijak menilai bahawa kerajaan melakukan sesuatu perkara adalah utk kepentingan rakyat melangkaui kepentingan politik.

Dan sebenarnya majoriti rakyat lebih menghargai keamanan dari politik sempit pembangkang :)

Sunday, November 27, 2011

Konsep Wassatiyah: kenapa PAS pertikai Dakwah Islamiah ?

Adakah hanya PAS sahaja mampu membawa agenda Islam di Malaysia dengan mempertikaikan dakwah yang mahu disebarkan oleh golongan cerdik yang bukan golongan mereka ?

Rakyat terutamanya umat Islam benar2 nak tahu adakah benar hanya ahli PAS sahaja dijamin masuk syurga dengan ajaran yg PAS bawa sahaja benar2 betul? Sedangkan PAS sendiri adalah golongan KHAWARIJ yg ditubuhkan setelah YDP pertama kalah dalam pemilihan UMNO.

Malang bagi PAS kerana rakyat semakin bijak menilai dan tahu bahawa PAS hanya gunakan ISLAM sebagai alat politik lebih2 lagi setelah bersama sosialis PKR dan Chauvinis DAP!

Satu persoalan yang rakyat mahu tahu dari PAS ialah :

APAKAH JASA PAS kepada rakyat MALAYSIA khususnya umat ISLAM? Bekalan air bersih di Kelantan pun PAS tak mampu sediakan :)

PM Melayu: Putar Belit @anwaribrahim dan PKR

Apa tujuan Ketua AMK Shamsul Iskandar mencabar kerajaan utk ubah perlembagaan supaya PM mesti dikalangan orang Melayu ?

Dan apabila mendapat bantahan dari rakan chauvinis DAP, mula la gelabah Anwar Ibrahim dengan taktik putar belitnya sedangkan terang dan jelas saranan PM orang Melayu tu dikemukakan org balaci dia sendiri.

Kenapa pula isu ini mahu dikaitkan dengan UMNO? Memang benar lah UMNO adalah parti yg memperjuangkan orang Melayu dan berjuang bersama rakan2 lain seperti MCA, MIC, Gerakan serta rakan2 dari Sabah dan Sarawak dalam BN. Jadi apa masalah nya ?

Cukuplah putar belit kamu wahai Anwar Ibrahim! Rakyat sudah muak !!!

Bak lirik 'drama king' dendangan Meet Uncle Hussein, "Tidak kah kau PENAT, hidup penuh dengan MUSLIHAT, sampai bila RAJA DRAMA, sampai bila ANWAR IBRAHIM, tidak kah kau penat hidup penuh dgn tipu muslihat !!!"

Saturday, November 26, 2011

Kisah HIJRAH saya

Tidak ramai yang mengetahui latar belakang politik saya dan tidak ramai yang ambil kisah kerana selama ini saya mewakili Kelab Chedet yang genuine dalam perjuangan.

Pernah saya ceritakan kepada rakan2 bahawa sebenarnya saya berjuang atas platform PKR sejak zaman reformasi 1998 ketika saya di tahun 2 UKM sehinggha 2008. Dan mereka bagaikan TIDAK PERCAYA.

Saya terlibat secara langsung penubuhan cawangan ke 3 PKN yang diluluskan PKN di n9 pada 2002 dengan menjadi S/U cawangan, AJK Bahagian Seremban dan Exco Pemuda Negeri. Semuanya berlaku dalam penglibatan awal dalam politik bersama Keadilan. Malah ada rakan dlm PKR berseloroh berkata bahawa saya patut jadi YB DUN Paroi yg dimenangi YB Taufik dari PAS jika saya masih aktif. Masakan tidak kerana saya begitu aktif dalam sejak 2002 ketika Keadilan dalam keadaan susah dan pengorbanan masa serta wang ringgit yg saya lakukan demi perjuangan menentang UMNO dan BN.

Persoalannya kenapa saya berubah fikiran menolak prinsip perjuangan yang saya percaya selama 10 tahun dgn menyokong UMNO? Bagaimana mungkin saya boleh berubah dr menjadi penyokong kuat DS Anwar Ibrahim dan KINI menjadi penyokong setia TUN MAHATHIR ?

Semuanya kerana Allah gerakkan hati saya utk hadir dalam sessi Teh Tarik Kelab Chedet dalam bulan April 2009. 4 bulan selepas itu saya dilantik sebagai EXCO Penerangan Kelab Chedet oleh Tuan Presiden Kelab Chedet, jawatan yg saya sandang hingga kini. Ironi saya juga menjadi Pengerusi sessi TT Kelab Chedet.

Saya tidak berubah. Saya sebenarnya berHIJRAH setelah KEBENARAN disampaikan kepada saya. Cerita tentang Tun Mahathir yang maki hamun selama ini ternyata PALSU! Saya tidak toleh ke belakang lagi dan terus mara bersama Kelab Chedet demi menebus kesilapan lampau saya.

Sejak itu juga saya faham kenapa Allah perintahkan HIJRAH seperti yg disebut dalam AL-Quran. Saya percaya ganjaran HIJRAH ini bukan ganjaran dunia tetapi bekalan saya apabila menemui Maha Pencipta di padang Masyat kelak.

Terima kasih Presiden Kelab Chedet, Bentayan dan SU kelab Chedet, Kuda Hitam serta EXCO dan rakan Kelab Chedet yg menyokong saya selama ini. Terima kasih juga kpd saudara Razman Hakimi Abdullah yang banyak membantu saya. Dan tidak lupa kpd semua yang mengenali saya terutamanya rakan2 media sosial dan jentera UMNO dan BN.

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua.

Inilah kisah HIJRAH saya. :)

Friday, November 25, 2011

Siri 1 Akta Veteran 2011 : Tentangan Presiden PBTM & PVTM atas kepentingan peribadi?

Bagai melepaskan anjing yang tersepit, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Dato' Hj Muhammad bin Hj Abdul Ghani dan Presiden Veteran Tentera Melayu (PVTM), Ali Tinju bertindak menentang keputusan kerajaan untuk membentangkan Akta Veteran 2011 di Parlimen atas alasan yang tidak munasabah dan mengelirukan ahli persatuan masing-masing.

 

Umum melihat bahawa penentangan oleh 2 orang Presiden persatuan bekas tentera ini lebih kepada untuk menyelamatkan kedudukan mereka dan tidak mahu kegiatan persatuan diaudit secara telus olhe pihak kerajaan. Masakan tidak hanya PBTM dan PVTM sahaja yang menentang dari sejumlah 43 persatuan-persatuan bekas tentera dan kelab veteran yang berdaftar.

 

Presiden PVTM, Ali Tinju yang terkenal dengan sikap panas baran dan hobi memaki hamun lawannya didakwa bertindak mengecam dan mencaci semua pihak yang menyokong Akta Veteran 2011 termasuk Menteri Pertahanan (Menhan) sendiri, YB DS Ahmad Zahid Hamidi yang selama ini banyak membantu beliau menjayakan aktiviti dan program2 dalam PVTM. Blog ini juga pernah mendedahkan bagaimana Ali Tinju membuat pengakuan menipu dan cubaan membeli gelaran 'Datuk' untuk kepentingan peribadi. Nah! Ini manusia secara tiba2 muncul mahu menjadi jaguh kononnya untuk menjaga kebajikan veteran Tentera Melayu.

 

Manakala Presiden PBTM, Dato' Muhammad telah memulakan langkah dengan penyiaran artikel yang menyerang DS Ahmad Zahid Hamidi di muka depan laman web rasmi PBTM. Ianya tidak terhenti setakat itu, beliau dipercayai akan mengusulkan penentangan terhadap Akta Veteran 2011 dalam AGM PBTM nanti. Kredibiliti beliau dalam menentang Akta Veteran 2011 tercabar apabila Timbalan Presiden PBTM dan Naib Presiden PBTM bertindak menyokong Akta Veteran 2011. Nah ! bukankah tidak mustahil wujud kepentingan peribadi untuk Presiden tidak sepakat dalam isu ini ?

 

Kembali kepada persoalan pokok. Kenapa 2 orang manusia ini menentang Akta Veteran 2011? Isu ini pernah dibincangkan dalam blog ini tentang Fasal 17 yang menjadi igauan mimpin ngeri 2 orang Presiden Persatuan bekas Tentera.yang mungkin mahu mati dalam jawatan.

Ulasan lanjut akan dibuat dalam artikel seterusnya bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan dan YB Menhan selama ini.

 

Persoalan kedua-dua manusia lupa diri ini bahawa Fasal 17 Akta Veteran 2011 hanya akan merugikan persatuan2 bekas tentera adalah satu pembohongan dan muslihat jahat seolah2 KERAJAAN MALAYSIA akan menipu dan mengabaikan tanggungjawab menjaga kebajikan bekas anggota tentera yang telah menabur bakti kepada negara.

 

Dato' Muhammad dan Ali Tinju ini sebenarnya 'Duri dalam daging" dan "Musang berbulu ayam !!!"

 

Apabila Azmin Ali & PKR berbicara ISU MORAL

1. Ini lah ucapan dan kesimpulan TERBAIK dalam sejarah politik Malaysia.

2. Ya. Kami percaya kamu Azmin pasal isu Moral selepas menonton video klip seks Anwar Ibrahim

3. Ya Azmin. Kami percaya pemimpin kamu lebih bermoral setelah melihat gambar-gambar YB Eli Wong :)

4. Kami lebih percaya PKR lebih bermoral apabila proksi kamu, Shamsul Iskandar menang Ketua AMK dengan undian pengundi hantu dan kerusi2 yang hadir.

5. Kami tetap percaya PKR lebih bermoral dari PAS dalam menyokong kebebasan seks songsang dan kegiatan GAY & LESBIAN.

6. Kepercayaan kami kepada Anwar Ibrahim dan kamu Azmin semakin menebal walaupun kamu berdua membina kekayaan semasa dalam UMNO.

7. Jom sertai PKR yang lebih bermoral dari segala parti politik di Malaysia.

8. TAKBIR !!!

Dulu Kebebasan Seks Songsang, Kini Kebebasan Berhimpun

Puak sosialis PKR dan chauvinis DAP tidak pernah penat memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia tidak kira samada ianya bertentangan dengan amalan agama, budaya dan keamanan negara .

Ketika kerajaan membentangkan Rang Undang Undang Perhimpunan Aman di Parlimen, pembangkang terus memutarbelitkan isu ini dan majoriti penyokong mereka menelan bulat2 propaganda dan fitnah yang dilontarkan.

Memang benar. Perlembagaan menjamin hak rakyat utk berhimpun. Tidak bermakna ianya menafikan hak rakyat utk menikmati keamanan dan kemakmuran. Puak gila yg gemar membuat kekacauan punyai pilihan utk berhimpun ditempat yg lebih selesa tanpa menggangu orang lain. Tetapi mereka tetap mahu menggunakan jalanraya utk berhimpun.

Rakyat juga sedar kebebasan ada batasan. Puak yang memperjuangkan kebebasan sistem piliharaya dan kebebasan hak berhimpun ini juga memperjuangkan hak kebebasan GAY, Lesbian dan amalan seks songsang atas nama KEBEBASAN.

Rakyat tidak boleh benarkan puak gila kuasa yang bertopengkan NGO tetapi sebenarnya pemimpin pembangkang ini terus bermaharajarela. Sistem demokrasi yg ada menjamin hak setiap rakyat utk memilih kerajaan dan. Pemimpin.

Jalanraya bukan jalan penyelesaian. Mari bersama kita hukum mereka dalam PRU 13.

Thursday, November 24, 2011

TERKINI : Seksyen 15 AUKU dipinda - Pelajar 21 tahun dibenarkan berpolitik.

Perdana Menteri DS Najib Tun Razak membuat satu keputusan dan transformasi berani apabila kerajaan meminda Seksyen 15 AUKU dengan membenarkan pelajar yang berusia 21 tahun utk menyertai parti politik.

Langkah ini ekoran keputusan mahkamah baru2 ini yang mengistiharkan seksyen 15 AUKU bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.

TAHNIAH dan SYABAS kepada PM dan Kerajaan yang sedia mendengar dan bertindak atas denyut nadi rakyat !!!

Ahmad Zahid Hamidi: Jangan Sabotaj Calon, Kuasai Media Sosial

Pesanan Naib Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi (DSZH) dalam sidang media Pra-PAU semalam patut diambil perhatian oleh semua pihak yang menyokong BN TERUTAMANYA ketika beliau meminta ahli UMNO supaya hindari perbuatan SABOTAJ terhadap calon yang dipilih.

HINDARI SABOTAJ
Masalah dalaman ini juga penyumbang utama kepada kekalahan BN pada PRU12 lepas. Sepatutnya setiap ahli melipatgandakan usaha terutamanya merampas kembali negeri yang kalah terutamanya Selangor serta 2/3 majoriti Parlimen.

PERBAHASAN PAU
DSZH juga berharap perbahasan PAU kali ini dapat tekankan perpaduan dan program Transformasi supaya mudah difahami dan diberi penerangan nanti ke akar umbi.

MEDIA BARU aka MEDIA SOSIAL
Penekanan beliau kepada peranan Media Baru wajar diambil perhatian terutamanya dikalangan pemimpin dan jentera parti kerana Media Sosial antara penyumbang kekalahan kpd calon BN. Contohi PM DS Najib yg menggunakan media sosial utk berinteraksi dgn rakyat dan menyampaikan maklumat.

PRN BERASINGAN
Akhir sekali, DSZH berpendapat bahawa BN punyai kelebihan jika PRN diadakan berasingan. Jentera BN lebih fokus. Lagipun banyak janji2 pembangkang tidak ditunaikan.

Pembubaran DUN: Nik Aziz lebih cerdik dari Khalid Ibrahim

Kenyataan MB Kelantan tentang pembubaran DUN menampakkan kebodohan MB PKR Selangor yang baru sepenggal menjadi ketua kerajaan negeri. Beliau sedar bahawa jentera BN akan mempunyai banyak kelebihan jika PRN diadakan berasingan.

KM DAP Penang juga dilihat lebih cerdik dengan tidak membuat keputusan rasmi tentang pembubaran DUN.

MB PKR Selangor TS Khalid Ibrahim dalam sidang DUN mengumumkan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan jika PRU 13 diadakan sebelum JUN 2012.

Manakala Naib Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan media semalam menyatakan pembubaran DUN berasingan akan memberi kelebihan kpd BN kerana tumpuan yang lebih selepas PRU 13.

Isu pembubaran DUN ini jelas menampakkan kita bahawa pakatan pembangkang tidak sebulu dalam membuat keputusan. Bayangkan jika mereka diberi peluang menjadi pemerintah. Sudah tentu huru hara negara ini. Ini belum lagi isu negara Islam dan perundangan Hudud.

Perpaduan dan persefahaman elemen penting dalam kerajaan campuran dan BN telah membuktikan selama 50 tahun.

Tanya sama Guan Eng, kenapa ADUN PAS tidak dijadikan EXCO?

Tanya sama Azizan Razak kenapa ADUN DAP tidak dijadikan EXCO?

Tetapi dalam BN, parti kompenen lain dalam MCA, MIC dan Gerakan diangkat EXCO walaupun hanya ada satu kerusi DUN.

Ini lah salah satu bukti perpaduan dalam BN.

Wednesday, November 23, 2011

Sultan Selangor dukacita sikap rakyat kritik dan caci Polis.

Polis dipanggil anjing, penguin dan mcm2 panggilan demi kuasa politik di laman sosial FB, twitter dan blog oleh pembangkang. Malah MP Batu PKR didapati bersalah oleh Mahkamah kerana gigit tangan anggota Polis.

Teguran Tuanku Sultan Selangor amat wajar ketika ramai kalangan keluarga Polis sendiri sedar bahawa nyawa anggota Polis adalah bahaya ketika menjalankan tugas.

Anggota Polis hanya ikut dan patuh arahan. Kenapa mereka perlu dimaki hamun oleh penyokong pembangkang ?

Bagaimana pula perasaan anggota keluarga mereka ?

Terima kasih kepada Tuanku Sultan Selangor yang prihatin. Semoga titah Baginda dpt dijadikan nasihat berguna kepada rakyat Malaysia.

Fitnah terhadap UMNO Ampang. Zuraidah wajib minta maaf !!!

Kekecohan dimulakan oleh MP Ampang, Zuraidah yang terkenal dgn mulut becoknya tetapi malas berkhidmat utk rakyat Ampang apabila beliau meracau tidak tentu pasal tentang kehadiran pemimpin tempatan Ampang dari UMNO dalam majlis bantuan RM100 kpd pelajar sekitar Ampang.

Tanpa soal selidik dan sikap malas untuk buat siasatan, Zuraidah terus menabur fitnah di laman portal berita MInsider dan Mkini terhadap UMNO Ampang.

Sedangkan KB UMNO Ampang, Datuk Ismail Kijo kemudian memaklumkan bahawa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011 memang acara tradisi tahunan dan pihak sekolah menyewa bangunan UMNO Ampang sebanyak RM400 bg menganjurkan program bantuan kerajaan kepada pelajar serta keselesaan ibu bapa dan pelajar2.

Apa masalahnya disini wahai Zuraidah? Mungkin wakil rakyat PKR itu kecewa tidak dijemput oleh pihak sekolah.

Kita pun tahu mana ada sekolah dlm Parlimen Ampang mahu jemput wakil rakyat tin kosong dan pemalas mcm Zuraidah?

Sudah la pusat khidmatnya sekadar kosmetik aja. Selama 3 tahun ini, banyak masalah rakyat Ampang dicampakkan ke Pusat khidmat UMNO Ampang.

Rakyat Ampang sudah muak dengan sikap pemalas kamu Zuraidah. Kamu bakal dihukum di PRU 13 nanti !!!

Bila kamu nak minta maaf ???

SPR nasihat PM? Alangkah dangkalnya Pemuda PAS!

Apabila SPR memberi pandangan supaya DUN milik pembangkang diadakan serentak dengan PRU 13, ramai pihak pembangkang melenting mcm beruk kepanasan. Ini termasuk lah hujah dangkal dari Dewan Pemuda PAS.

Mana mungkin SPR boleh memberi nasihat PM supaya mengadakan PRU lebih awal ?

Apa salahnya SPR mengemukakan pandangan mereka sbg pengurus pilihanraya bagi menjimatkan perbelanjaan SPR ? Kalau tak mahu terima, tidak perlu melenting dgn menunjukkan kebodohan kamu!

Dewan Pemuda PAS nampaknya semakin hari semakin LIAR hujah yang dikemukakan. Mungkin mereka mahu menjadi tumpuan sbg calon wakil rakyat nanti.

Atau pun memang barisan muda pimpinan PAS memang dikalangan mentaliti 'Low Class'

Rakyat makin bijak menilai !!!

Dataran Tahrir masih Berdarah. Dataran Merdeka sasaran seterusnya ??

Ketika negara Mesir bergolak dan perhimpunan haram Bersih 2.0 mahu dilangsungkan, pembangkang begitu angkuh melaungkan bahawa Dataran Merdeka mahu dijadikan seperti Dataran Tahrir. Seruan gila dan tidak waras ini sebenarnya adalah mainan Yahudi seperti yang berlaku di Mesir.

Rakyat Mesir turun ke jalan raya dan berjaya jatuhkan pemimpin tetapi dipaksa membayar harga yang mahal. Sehingga kini Dataran Tahrir tetap bermandikan darah !!! Keamanan sudah tiada lagi. Ekonomi lumpuh. Dan sudah mengorbankan lebih 30 nyawa dan beribu rakyat cedera.

Di Malaysia, revolusi yang sama mahu dilakukan oleh pembangkang melalui BERSIH, satu gerakan yang kononnya menuntut kebebasan termasuk kebebasan amalan sex songsang GAY dan LESBIAN. Kita punyai bukti bahawa gerakan ini ditaja oleh proksi YAHUDI utk menghancurkan negara ISLAM.

Dataran Tahrir masih berdarah. Ini lah kemahuan YAHUDI. Jangan biarkan ianya terjadi di Malaysia. Jangan sokong dan jangan terbabit dengan gerakan ini. Jadikan ini perjuangan JIHAD FI SABiILLILAH.

Jangan gadai keamanan demi kegilaan kuasa politik khawarij PAS, sosialis PKR dan chauvinis DAP !!!

Tuesday, November 22, 2011

Bantuan RM100 celah gigi ? Tanda kufur nikmat !

Islam mengajar umatnya tentang syukur pada rezeki yang diberi tidak kira kecil atau besar. Tetapi malangnya parti yang kononnya memperjuangkan Islam memperlekehkan pemberian bantuan kerajaan kpd rakyat melalui artikel yang di keluarkan oleh Subky Latif.

Logik mudah yang digunakan Subky boleh memesongkan tanggapan org ramai tentang bantuan yang dikongsikan kerajaan.

Tetapi sedarkah PAS bahawa majoriti rakyat Malaysia bersyukur dengan bantuan RM100 utk anak yang bersekolah ini ?

Bantuan itu tidak terhenti disitu sahaja tetapi anak2 yang belajar di IPT akan diberi bantuan RM200 nanti!!

kenapa perkara ini tidak diceritakan? Kenapa bonus dan kenaikan kakitangan awam tidak dimasukkan sekali dlm artikel Subky Latif ?

Nampak sangat Subky dan PAS cuba mengajar rakyat supaya kufur nikmat. Perkara yang ditegah oleh Allah!!!

Jika bantuan ini di anggap rasuah PRU, bagaimana pula dgn janji2 dan bantuan kerajaan negeri pembangkang seperti bantuan air percuma ? Kenapa ianya tidak dihighlightkan sebagai rasuan pilihanraya ?

Nampak kaedah haram bg BN dan halal utk pembangkang terus digunakan utk meracuni pemikiran rakyat.

Malang bagi PAS kerana rakyat semakin bijak menilai !!!

Kelab Chedet : Tribunal Jenayah Perang KL 2011 - Hari Terakhir !!

Prosiding Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur 2011 yang membicarakan BUSH-BLAIR telah masuk hari terakhir. Jika rakan-rakan ada kesempatan boleh hadir Tribunal ini di Tingkat Satu (pendaftaran) dan Tingkat 2 (Mahkamah) di bangunan Yayasan Bukhari dekat Masjid Negara (bangunan putih sebelah Muzium Kesenian Islam).
 
Kelab Chedet yang menjadi Sukarelawan juga turut membuat laporan/ulasan di portal Kelab Chedet
 
Saya kongsikan antara perbincangan yang hangat tentang Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (WAR is a CRIME) di www.kelabchedet.com
 
Jangan lupa sesiapa ada kesempatan boleh hadir - Ramai yang hadir berpeluang bersalam dan BERGAMBAR dengan TUN MAHATHIR dan TUN Siti Hasmah !!!! Anda juga mungkin berpeluang jika hadir kesana :)
 
Catatan RockY-my Mohamad,
Exco Penerangan Kelab Chedet

 
 
 
paknal wrote:
Nordin wrote:

Jika Tribunal ini berjaya membuktikan keputusan yang mereka buat itu telah menyalahi undang-undang antarbangsa, sudah tentu ia akan menimbulkan persoalan "baru" bagaimana Bush dan Blair berjaya menipu majlis perundangan mereka hingga merestui perbuatan kedua-dua mereka yang kini didapati sudah melanggari undang-undang antarabangsa.


Aku rasa keputusan yg akan diputuskan semua org dah tahu.. dan persoalan yg ditimbulkan bukan "baru".. cuma oleh sebab benda ni dibuat disini tanpa membabitkan org yg terlibat secara langsung.. aku nampak perbicaraan ni mcm sembang kedai kopi saja la.. org yg terlibat tak tahu dan tak nak ambek tahu pun..

Nordin wrote:

Precedent yang dibuat oleh Bush dan Blair ini sudah tentu akan menjejaskan pengaruh Amerika dan British terutama terhadap negara-negara dunia ketiga untuk lebih berhati-hati dengan motif Amerika dan British dimasa hadapan.


errr... aku rasa semua negara dah tahu perangai amerika & britain ni.. cuma kadang2 mereka tak ada pilihan sebab 2-2 ni kuasa besar dunia..

Nordin wrote:

Bila kredibiliti Amerika dan British sudah mula dipersoalkan, maka pengaruh Amerika dan British dalam politik antarabangsa akan jadi semankin terjejas. Oleh itu kuasa baru dunia seperti Russia, China dan Perancis akan mengimbangi keputusan yang dibuat oleh Bangsa-Bangsa Bersatu terutama keputusan dari Majlis Keselamatan.


aku tak risau kredibiliti amerika dgn british.. yg aku risau adalah kredibiliti malaysia apabila kita anjurkan benda yg kita tak dak locus standi.. sepatutnya mahkamah timbang tara the hague yg buat benda ni.. mcm yg depa buat utk moldovan karadzic..

Nordin wrote:

Adalah diharapkan keputusan yang dibuat oleh Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur ini dapat dijadikan instrumen dalam mempertingkatkan lagi perang saraf terhadap kuasa Amerika dan British di arena politik antarabangsa.


tengok.. tuan nordin pun dah tau keputusan yg akan diputuskan.. habis tu nak buat perbincaraan apa lagi.. hehehe.. tak tau la.. setakat kita punya tribunal.. jadi anjing salak bukit saja la kot.. mungkin better kita fokus pada benda yg lebih tangible.. yg rakyat akan lebih appreciate.. hehehe


Nordin menulis : Setuju dengan sebahagian pendapat sdr terutama tentang sikap Amerika dan British ni. Amerika sendiri umpamanya sedar tentang penglibatan dan peranan mereka dalam banyak peperangan di banyak negara di dunia, jadi sebab itu mereka enggan menjadi ahli signatori kepada Rome Statute of the International Criminal Court.

Sebagai ahli signatori kepada treati Rome Statute of the International Criminal Court, Malaysia dan 120 lagi negara ahli mempunyai locus standi untuk membicarakan mana-mana penjenayah perang yang dibawa oleh mana-mana pihak dari negara tersebut.

Sekali pun keputusan Tribunal itu sendiri tidak mengikat terutama terhadap Amerika kerana mereka bukan ahli treaty tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menunjukkan adanya prima facie tentang perlakuan jenayah yang membabitkan Bush dan Blair. Sekali gus bukti prima facies ini boleh dijadikan referral material untuk kegunaan Makamah Jenayah Antarabangsa sakiranya kes ini dibawa secara rasminya ke mahkamah tersebut

Jadi adalah kurang tepat untuk menganggap perbicaraan ini sebagai sembang kedai kopi atau membuang masa kerana kesedaran yang ditimbulkan hasil daripada perbicaraan ini akan menambahkan lagi imej buruk yang sedia ada terhadap Bush dan Blair khusunya dan Amerika dan British secara amnya.

States parties to the Rome Statute of the International Criminal Court

Source: http://en.wikipedia.org/wiki/States_parties_to_the_Rome_Statute_of_the_International_Criminal_Court

Sila rujuk laporan CNN tentang Bush sebelum ini dan artikel dibawah link berikut

The Bush Administration's Policy on the International Criminal Court Is Correct
http://www.heritage.org/research/reports/2005/03/the-bush-administrations-policy-on-the-international-criminal-court-is-correct

United States and the International Criminal Court
http://en.wikipedia.org/wiki/United_States_and_the_International_Criminal_Court

US Opposition to the International Criminal Court
http://www.globalpolicy.org/empire/us-un-and-international-law-8-24/us-opposition-to-the-icc-8-29.html

Prosecution of George W. Bush by the International Criminal Court
http://www.globalresearch.ca/index.php?context=va&aid=9592

PRESIDENT BUSH FAILS TO GAIN INTERNATIONAL CRIMINAL IMMUNITY FOR WAR CRIMES WITH WHICH HE HAS NOT BEEN CHARGED
http://www.cuttingedge.org/News/n1933.cfm

International Criminal Court's case against Bashir could provide legal precedence for going after Bush.
http://thinkprogress.org/politics/2009/03/05/36597/icc-bush/

Pinter Rips Bush, Demands War Crimes Trial For Blair
http://www.rense.com/general69/pinter.htm

CNN wrote:
Charge George W. Bush with war crimes?

February 14, 2011|By David Frum, CNN Contributor

Charge George W. Bush with war crimes?

Some Bush critics have for years demanded a prosecution of the former president. They had hoped that the incoming Obama administration would put Bush on trial. No luck.

Now they have changed their focus, filing actions in foreign courts. Last week, these Bush opponents filed an action in Switzerland in advance of a Bush appearance at a charity fundraiser in Geneva.

Shortly after the filing, the Bush appearance was canceled. Bush is in no danger of going to a Swiss jail, obviously. But it's important that all Americans understand: This use of law as a weapon of politics is an assault upon the basic norms of American constitutional democracy.


American presidents are subject to law, of course: American law.

In the case of torture -- the offense of which Bush's critics accuse the president -- the relevant law is the War Crimes Act of 1996, which provides penalties up to the death penalty for abuse of military detainees.

This law was adopted in conformity with U.S. obligations under the 1986 Convention Against Torture, which called upon all signatory states to "ensure that all acts of torture are offences under its criminal law." (It's often said that the convention "bans" torture, but that is not correct: It creates an obligation on member states to ban torture by their own nationals.)

In 2001, Bush asked government lawyers: What exactly constitutes "torture" under U.S. law? Is isolation torture? Sleep deprivation? What about putting an insect in the cell of a prisoner frightened of insects? How about waterboarding?

Bush asked those questions precisely because he wanted to comply with the law. He wanted to go up to the limit of the law, but not beyond. That's why he wished to know where the limits were found.

The legal answers Bush got -- and the methods his administration used -- have divided Americans for almost a decade. Republicans lost the 2008 election, and the Obama administration changed policy. Which is how we decide policy questions in the United States: by elections and alterations of government.

When it entered office, the Obama administration considered prosecuting the CIA officers who had done the interrogations. It seems to have considered legal action against higher-ranking officials, too. The Obama administration rejected both options.[/size]

Aziz Bari persoal "amalan GAY tak ikut perlembagaan". GILO !!!

Prof kangkung UIA Aziz Bari dalam satu kenyataan di Mkini mempersoalkan kenyataan Menteri bahawa amalan GAY adalah tidak ikut perlembagaan.

Tahukah Aziz Bari bahawa amalan hidup Gay atau hubungan seks sesama jantan ini ditegah bukan sahaja dlm perlembagaan tetapi dalam Islam ?

Pegangan sekular Aziz Bari yg mendapat sokongan pembangkang hanya akan merosakkan pemikiran anak muda Malaysia.

Jangan biarkan kita terpengaruh dengan pemikiran songsang Aziz Bari.

"Saya GAY, saya OK" hanya akan mengundang bala ALLAH seperti yang pernah terjadi pada kaum Nabi Luth !!!

Terkini : MB Selangor TS Khalid Ibrahim PONTENG sidang Parlimen

Maklumat dari twit YB Kamalanathan dan YB Wee Kah Siong, soalan no 8 dalam sidang Parlimen hari ini ditangguhkan kerana wakil rakyat Bandar Tun Razak yang Menteri Besar Selangor tidak hadir dan PONTENG.

Ini cukup memalukan kepada pemimpin yang gila jawatan seperti TS Khalid Ibrahim. Gaji dan Elaun wakil rakyat Bandar Tun Razak dia rembat tapi malas dan ponteng sidang Parlimen.

Rakyat wajar tolak pemimpin sosialis PKR yang gemar makan gaji buta !!!

SMM kumpulan haram Mahasiswa yang kurang ajar ! @MahasiswaMsia

Walaupun Menteri KDN DS Hishamuddin bersedia untuk berkerjasama dengan kumpulan Mahasiswa upahan PKR dan Anwar Ibrahim tetapi mereka mahu meneruskan demontrasi haram di jalanraya.

Kemudahan stadium yang ditawarkan oleh pihak kerajaan wajar diambil kesempatan oleh kumpulan Mahasiswa yang waras. Banyak aktiviti lain yang boleh dimanfaatkan selain dari menyatakan bantahan kpd kerajaan seperti penganjuran expo Mahasiswa, konsert, ceramah, debat siswa, forum dll jika mereka bersedia menggunakan stadium.

Tapi malangnya kumpulan haram SMM ini lebih rela jual diri pada PKR demi duit upahan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk pemimpin agung mereka iaitu Anwar Ibrahim.

Menurut maklumat yang diterima, SMM hanya popular dikalangan portal media pembangkang sahaja tetapi ditolak majoriti Mahasiswa seluruh Malaysia.

Sikap kurang ajar dan biadap mereka tidak wajar menjadi ikutan golongan muda hari ini.

Dan hari ini rakyat tahu bahawa agenda SMM hanya untuk menjadi platform pemimpin pelajar utk menyertai dunia politik bersama pembangkang semata-mata dan bukannya perjuangan untuk Mahasiswa.

Spesis Musang berbulu ayam tapi Mahasiswa bukan boleh diperkuda dan diperbodohkan balaci SMM dan sosialis PKR

Monday, November 21, 2011

ISA: Maaf PAS ! Rakyat semakin bijak!

Nampaknya Penerangan Pemuda PAS cuba memperbodohkan rakyat tentang tindakan ISA yang dikenakan keatas sekumpulan individu di Sabah. Sedangkan penggunaan ISA jelas tidak salah dari segi undang2 mahu pun moral pada saat ini.

Pertamanya mereka yg ditahan bukannya tahanan politik. Hanya PAS yg cuba mempolitikkan isu ini.

Kedua, mereka yg ditahan disyaki cuba menubuhkan kembali kumpulan militan yang boleh mengancam keselamatan penduduk pendalaman Sabah. Takkan kerajaan mahu tunggu beberapa nyawa melayang baru mahu diambil tindakan.

Ketiganya, ISA belum dimansuhkan. Hanya boleh dimansuhkan di Parlimen. Jadi apa salah ISA digunakan demi nyawa dan keselamatan rakyat.

Cukuplah pembangkang menabur fitnah dan langsung tidak membantu kerajaan dan rakyat.

Pemuda PAS wajar diam dari memperbodohkan diri mereka. Kerana rakyat semakin bijak menilai dan bukannya bodoh seperti kamu !!!

Kelab Chedet : Prosiding Tribunal Jenayah Perang hari ke-3

George Bush dan Tony Blair sedang dibicarakan dalam Tribunal Jenayah Perang kerana keputusan bekas ketua negara besar ini mengakibatkan kematian ribuan penduduk awam di Iraq.

Prosiding Mahkamah ditangguhkan awal semalam oleh pihak pembela bagi meneliti hujah pendakwa.

Sesiapa yang berkesempatan boleh hadir mengikuti Tribunal Jenayah perang ini di tingkat 1, bangunan Yayasan Bukhari area Masjid Negara sehingga esok. Setakat ini Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah hadir setiap hari.

Kelab Chedet menjadi sekarelawan sepanjang tribunal berlangsung dan Exco-Exco unit Pendidikan dan Penyelidikan membuat liputan secara langsung disana. Yang tidak berkesempatan boleh ikuti laporan Terkini di www.kelabchedet.com

Persoalan mudah utk kita semua, membunuh satu orang atau dua atau tiga sudah dikira penjenayah jika didapati bersalah, tetapi pembunuhan ribuan manusia ketika perang di Iraq dan Afghanistan diangkat wira negara dan tidak dianggap penjenayah!!!

WAR IS ABOUT KILLING. A MASSIVE KILLING !!!

Jahanam BUSH dan BLAIR !!! PEMBUNUH !!!

Harimau Malaya perlukan sokongan Rakyat Malaysia malam ini!!!

Demi keselamatan dipaksa menaiki kereta perisai Barakuda untuk ke stadium kerana perangai sebahagian besar mat Indon tak kurang mcm monyet Tetapi pasukan Harimau Malaya yang memalukan pasukan bibik pada kejohanan AFF Suzuki tetap bersemangat dan mahu pulang mempertahankan pingat EMAS acara Bola Sepak di Sukan SEA.

Kepada pasukan muda Bolasepak Malaysiann percayalah laungan 'Malaysia Boleh' akan bergema diseluruh pelusuk tanah air melangkaui agama, bangsa dan fahaman politik!

Menang atau Kalah anda telah berjaya menundukkan keegoan penyokong fanatik Indon.

Ayuh Rakyat Malaysia! Penuhi kedai2 makan utk menonton acara ibu segala emas secara langsung. Buktikan sokongan anda malam ini !

Kelab Chedet : Pandangan Tun Mahathir adalah cabaran untuk UMNO

By Nordin, Exco Kelab Chedet.
Sumber & perbincangan di portal Kelab Chedet
 
Ada lebih baik bagi UMNO melihat kenyataan Tun Dr Mahathir ini sebagai satu cabaran untuk lebih berusaha supaya dapat memastikan penyokong teras UMNO iaitu orang Melayu akan terus kekal bersama UMNO. Dalam masa yang UMNO perlu desak dan bantu komponen-komponen BN yang lain untuk turut berusaha menarik kaum masing-masing untuk kembali menyokong BN.

Adalah tidak adik jika mereka hanya pandai menyalahkan UMNO semata-mata kerana UMNO lebih berjaya menarik sokongan orang Melayu terhadap BN berbanding dengan mereka. Apa lagi dalam keadaan sekarang pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina seolah-olah berdendam dengan UMNO seterusnya mahu menghukum UMNO dengan menolak BN. Jadi BN tidak ada pilihan lain melainkan mengukuhkan lagi sokongan orang Melayu terhadap BN

Jika UMNO tidak memastikan orang Melayu bersatu di belakang BN sudah pasti kekuatan BN tidak boleh disandarkan kepada pengundi Cina terutama untuk mengembalikan kekuatan UMNO.

MCA sering menegur UMNO kerana dikatakan berlagak seperti "abang" dalam BN tetapi MCA sendiri begitu "manja dan malas" berkerja untuk mengukuhkan BN kerana mereka mempunyai "abang" yang kuat berkerja untuk mereka yang malas ini.

Oleh itu nasihat Tun ini sangatlah releven supaya UMNO mengukuhkan lagi BN melalui sokongan Melayu ini.


Utusan wrote:
Pandangan Dr. M cabaran UMNO

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai peranan UMNO yang dilihat masih tidak mencukupi dalam membantu orang Melayu disifatkan sebagai satu cabaran kepada kaum itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemikiran Dr. Mahathir itu dilontarkan bagi melihat sama ada orang Melayu sendiri mampu untuk menyahut apa yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu mengenai orang Melayu dan peranan UMNO.

"Bagi saya apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir berhubung budaya cantas-mencantas dan peranan UMNO tidak cukup untuk membantu orang Melayu, bagi saya ia bukan satu perkara unik yang berlaku kepada UMNO sahaja.

"Malah saya tidak nafikan bahawa apa yang berlaku itu boleh membelenggu proses dalam kita merombak atau melakukan transformasi kepada parti, lebih-lebih lagi menentukan kelangsungan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Dan mengenali Tun (Dr. Mahathir), menjelang persidangan (Perhimpunan Agung UMNO), selalunya cabaran dan pemikiran sebegini dilontarkan untuk melihat sama ada kita mampu atau tidak menyahut cabaran beliau itu,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.




Malaysian Insider wrote:
Dr M: 'Saya tahu pandangan saya masih relevan'


Dr Mahathir mendakwa pihak-pihak yang mengkritis beliau turut menikmati manfaat DEB. — Foto fail

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus popular dengan kritikan mengenai pelbagai isu semasa termasuk dasar-dasar kerajaan sejak bersara pada 2003 menegaskan bahawa pandangan beliau masih relevan walaupun ramai menganggapnya sebagai konservatif dan sudah tua.

"Dalam blog saya ada orang Melayu yang mengatakan bahawa saya ini sudah lama (tua) dan tidak relevan.

"Tapi saya tahu bahawa pandangan saya masih relevan kerana yang berkata itu jika tidak dengan pertolongan, dia tidak akan ada di situ," kata beliau dengan menekankan pihak-pihak yang mengkritiknya sebenarnya mendapat manfaat daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970.

"Dia ada di situ kerana dia ditolong melalui DEB," katanya lagi menjawab soalan dalam Mingguan Malaysia hari ini bahawa pendapat dan pandangannya dilihat sudah tidak lagi relevan dan terlalu konservatif.

Dalam ulasannya itu Dr Mahathir yang mempunyai blog chedet.cc berkata, "kita tidak ambil semua harta orang Cina."

Bekas perdana menteri ini juga dilabel sebagai rasis ekoran kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini.

"Melalui dasar ini, kita bagi separuh kepada orang Melayu dan orang Cina kita bagi juga.

"Tapi orang Melayu tidak berani kata sekarang yang dulu kita bagi juga pada orang Cina,"
kata Dr Mahathir.

Sejak melepaskan jawatannya lapan tahun lalu, Dr Mahathir pernah mengecam teruk penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Malah sejak kebelakangan ini beliau juga dari semasa ke semasa menyuarakan pandangan lantangnya berkenaan dasar-dasar pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Razak.

Baru-baru ini beliau mengesyorkan agar pentadbiran Najib mengadakan referendum berkenaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang dimansuhkan.

Dasar itu diperkenalkan oleh Dr Mahathir beberapa bulan sebelum bersara.

Dalam temu bual ini, Dr Mahathir juga berkata Umno sudah rosak dengan teruk apabila Abdullah mengambil alih kepimpinan.

"Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi.

"Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya," katanya sambil menambah, "sekarang ini Umno yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki."

"Umno memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup.

"Pemimpin-pemimpin Umno yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru,"
katanya lagi.



Konvensyen Media Sosial 1Malaysia #mykms1m

Lebih dari 2,000 pengamal sosial media dari seluruh negara seperti blogger, Facebooker dan Twitter pro kerajaan telah berkumpul utk menyampaikan resolusi dan mendengar amanat dari Perdana Menteri.

Sebelum itu majlis dimulakan dengan diskusi dengan beberapa tokoh pengamal media iaitu Nobisha, Dr. Siva dan Tony Yew. Banyak perkara yang dibincangkan utk peserta konvensyen mengambil pengajaran dan pedoman terutamanya bagi menghadapi PRU13 dan fitnah2 pembangkang.

Perhimpunan ini memberi amaran awal kpd pembangkang yang sering melemparkan fitnah bg tujuan politik tidak sihat bahawa pengamal media sosial pro-kerajaan telah lama bersedia dan jumlahnya semakin meningkat.

Malah PM DS Najis Tun Razak sendiri mengiktiraf peranan kami serta mengingatkan kami utk terus menangkis dakyah dan fitnah pembangkang.

Kami telah lama bersedia. Selama ini pelbagai fitnah telah kami tangkis. Kebenaran kami sebarkan. Pembangkang tidak ambil mudah kekuatan kami lagi

Friday, November 18, 2011

Apa muslihat DAP disebalik hentaman keatas Kedai Rakyat 1Malaysia?

Apa masalah DAP jika kerajaan mahu menyediakan alternatif bagi rakyat membeli barangan keperluan di Kedai Rakyat 1Malaysia?

Bukankah rakyat sebagai pengguna masih ada pilihan utk beli barang di pasaraya besar seperti Giant, Tesco, Mydin dan lain2 lagi ?

Tak perlu politik kan isu ini demi kepentingan kapitalis dan taukey besar. Biar rakyat yg tentukan hak mereka sbg pengguna.

Kita sbg patut cadangkan penambahbaikan seperti penjualan produk usahawan bumiputra yang lebih luas di KR1M.

Ini lah perangai dan niat chauvinis DAP yang tidak senang hati terhadap rangkaian runcit umat Islam. Sikap rasis DAP yg jelas dan terserlah.

Undi anda pada PAS dan PKR hanya memberi keuntungan kps DAP. Jangan gadaikan masa depan negara!

Tun Mahathir di Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur - Semua dijemput hadir!

Sesiapa yang ada kesempatan boleh singgah di Program Tribunal Jenayah Perang Kuala lumpur utk membicarakan George Bush dan Tony Blair.

Ada pameran dan prosiding perbicaraan. Lokasinya di Yayasan Bukhari bertentangan dengan Masjid Negara dari 19 hingga 22 November 2011 jam 9 pagi - 6 petang.

Tun Mahathir akan hadir. Exco dan rakan2 Kelab Chedet akan hadir dan bertugas sepanjang Tribunal berlangsung.

Maklumat lanjut di www.criminalisewar.org

Kebebasan bersuara; Khalid Ibrahim berbohong dalam sidang DUN

MB PKR Selangor yang mengetuai kerajaan campuran DAP-PKR-PAS telah didapati berbohong ketika menyampaikan ucapan dalam sidang DUN Selangor berkaitan isu kebebasan bersuara yang diberikan kepada wakil rakyat.

Apa makna kebebasan bersuara jika wakil rakyat Batang Kali dihalau keluar dari DUN dan digantung sehari hanya kerana bertanyakan soalan 'panas' kepada MB tanpa maki hamun atau sikap kurang ajar ?

Di mana kebebasan suara yang dilaungkan TS Khalid Ibrahim apabila mengeluarkan arahan atau 'Gag order' supaya wakil rakyat tutup mulut dalam isu JAIS-DUMC?

Pembohongan demi pembohongan oleh TS Khalid Ibrahim wajar dihukum oleh rakyat Selangor. Memang patut digulingkan oleh YB Azmin Ali kerana beliau sememangnya tidak layak dan sekadar boneka.

Rakyat Selangor wajib tolak pemimpin ini!!

Thursday, November 17, 2011

Terkini : Selangor tidak bubar DUN jika PRU sblm Jun 2012

MB Selangor membuat pengumum dalam sidang DUN Selangor sebentar tadi bahawa kerajaan campuran pembangkang tidak akan bubar jika PRU dibuat sebelum Jun 2012.

Ini mungkin strategi pakatan pembangkang utk terus mngekalkan kuasa di negeri termaju di Malaysia.

Isu Tsu Koon : Fitnah Melampau DAP pd UMNO

Chauvinis DAP memang terkenal dengan mulut dan hati busuk. Mereka yang menentang parti Gerakan hingga tersungkur di Penang tetap memfitnah UMNO sbg punca keputusan Tsu Koon utk tidak bertanding.

Sudah tentu Tsu Koon tahu sendiri tentang keupayaan beliau setelah pelbagai desakan dari dalam dan luar partinya utk beliau bertanggungjawab atas kekalahan pd PRU 12. Malah bekas Presiden Tun Lim Keng Yeik pernah membidas Tsu Koon.

Oleh itu, tak perlu la CM Penang, Guan Eng mahu tunjuk simpati. Jaga diri kamu sendiri sebab ramai DAP Penang mahu jatuhkan kamu.

Guan Eng tak perlu jaga tepi kain orang lain.

Populariti Najib atasi Anwar, Tun M kekal paling popular!

Kajian yang dilakukan dari UIA dikalangan pengundi. Nampaknya DS Najib telah berjaya menambat hati rakyat sejak menjadi PM.

Umum mengetahui Anwar hanya popular disebabkan 2 perkara, LIWAT dan SEKS. Guan Eng dan Nik Aziz hanya pemimpin peringkat negeri.

Manakala tidak memeranjatkan jika Tun Mahathir masih kekal paling popular walaupun telah lama pencen.

Isu Fidlot : Debat Rafizi vs KJ

Nampaknya peperangan maklumat melalui twitter tidak berhenti begitu sahaja sejak Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mengetuai serangan keatas kerajaan tentang pinjaman RM250 juta untuk projek NFC manakala Ketua Pemuda UMNO KJ pula menyangkal setiap daKwaan pembangkang.

Selepas penjelasan dan fitnah pembangkang dijelaskan oleh KJ dan mendapat liputan portal berita dan bloggers kedua2 pihak, Rafizi akhirnya mencabar debat terbuka dgn KJ. Cabaran itu disambut oleh KJ dan sehingga kini tidak dilketahui dimana dan bila debat itu berlangsung.

Debat ini sudah tentu menarik minat semua pihak. Saya akan terus membuat liputan perkembangan tentang isu ini.

Tungguuuu!!!

Wednesday, November 16, 2011

Bantuan Murid RM100 - Reaksi positif dari rakyat

Kedudukan office saya yang berhadapan sekolah Taman Melawati sesak dgn
ibubapa yg hadir untuk ambil bantuan 'one offpayment' yang dijanjikan
kerajaan. Tinjauan saya mendapati mereka bersyukur dengan apa yang
diberikan kerajaan utk anak2 mereka.

Ada rakan yang mempunyai 4 org anak yang masih belajar sekolah rendah
juga menarik nafas lega dengan jumlah bantuan RM400 ditambah dgn bonus
setengah bulan nanti.

Bantuan kerajaan tanpa kira latarbelakang ini memang mendapat reaksi
positif walaupun reaksi hati busuk chauvinis DAP dalam parlimen utk
menghalang bantuan kepada rakyat disalurkan.

Terima kasih kerajaan dan syukur kpd Allah. Semoga kerajaan yang sedia
ada terus diberkati dan diberi perlindungan dari kejahatan syaitan dan
Yahudi yang diwakili proksi mereka di seluruh pelusuk dunia.

--
Sent from my mobile device

Tuesday, November 15, 2011

Rakyat Selangor RUGI bila Exco Kerajaan kaki TIDOR

YB Dr. Xavier Jayakumar adalah Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin dari PKR telah kantoi tido semasa sidang DUN Selangor.


Kalau dia wakil rakyat biasa,, kita kurang kisah tapi beliau adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor sedang asyik tido dan cukup bulan ambil gaji dan elaun exco.


Mungkin beliau meluat mendengar ucapan retorik MB Selangor sampai tertido. Ini jenis wakil rakyat wajar ditolak !



PKR semakin karam - 180 ahli PKR Cabang PJS masuk UMNO!

PKR sudah semakin hilang pengaruh selepas rakyat yang selama ini menyokong mereka sedar bahawa perjuangan sosialis dan sekular PKR adalah sia-sia. Semakin hari semakin ramai meninggalkan kem PKR.
Cabang PKR Petaling Jaya Selatan (PJS) mempunyai 17 ranting dan keahlian seramai +4,300 orang. Setakat ini 400 orang ahli PKR telah meninggalkan parti tersebut untuk menyertai UMNO. 200 lagi mungkin akan melakukan tindakan yang sama dalam masa terdekat.

Saya berpeluang berjumpa dan dapat mendengar pandangan pemangku Ketua Bahagian PJS sendiri dalam satu majlis berbuka puasa. Tidak syak lagi, segala usaha keras mereka kini mendatangkan hasil.

Tahniah kepada UMNO PJS atas usaha yang mereka lakukan.


Gambar : Bekas Naib Ketua PKR Cabang PJS menyerahkan borang keahlian baru UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian PJS, Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Monday, November 14, 2011

LESEN HIBURAN DI SELANGOR! - Ucapan Adun Semenyih


Tuan Speaker,

Exco Kerajaan Negeri (YB Pandamaran) pernah mengatakan kepada media bahawa dia tidak tahu menahu kalau masyarakat/rakyat Negeri Selangor mengatakan wujud banyak premis hiburan ‘haram’ di Selangor kebelakangan ini. Kenyataan yang diberikan kepada media, sekitar Julai 2011 ini mendapat liputan banyak media perdana.

Pandangan dan realiti yang sedang rakyat lihat di luar sana tidak boleh menipu. Kita pun tidak tahu apa masalahnya. Kalau benar-benar lesen itu beku – sejak tahun 2006; apa yang menjadi hambatan tindakan tegas terhadap premis-premis hiburan yang ada di Selangor ini. Exco kata, ini bukan kuasa PBT. Ini kuasa Polis. PBT hanya sita. Soalnya, dah berapa banyak premis hiburan yang disita oleh PBT seluruh Negeri Selangor? Apakah ada statistik yang boleh kita rujuk dan gunapakai?

N24 Semenyih ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri bergerak bersama pihak PDRM Kontinjen Selangor dan tunjuklah keseriusan sedikit dalam mendepani isu ini. Apa yang berlaku sekarang, pada pandangan rakyat, seolah-oleh Kerajaan Negeri kurang serius dengan tindakan. Macam ada ‘udang di sebalik batu’ di sebalik sikap tidak peduli kepada isu-isu ini.

Kasihanlah sedikit kepada ‘partner-in-crime’ (dengan izin); wakil wakil rakyat PAS yang semakin nampak hilang semangat nak membicarakan isu masalah sosial dan lambakan hotel bajet dan pusat hiburan ini. Kasihan mereka. Jenuh mereka nak berjawab dengan rakyat bila rakyat bertanya mengenai isu ini.
 
Ulasan RockY-my - Ronnie Liu memang dah lama kami syak mempunyai kaitan aktiviti persundalan dan maksiat di Selangor yang semakin menjadi barah. Ada yang kata hasil duit haram ini digunakan chaivinis DAP untuk buat aktiviti parti dan pilihanraya. 

Rakyat wajar buka mata untuk melihat perkembangan tidak sihat ini !

LAMBAKAN HOTEL BAJET DI SELANGOR - Ucapan ADUN Semenyih

Tuan Speaker,

Mewakili rakyat di N24 Semenyih, mereka juga berasa sangat risau melihat senario lambakan hotel-hotel bajet di Negeri Selangor pada ketika ini. Rakan saya, Dengkil pernah bertanyakan mengenai jumlah hotel bajet di Negeri Selangor dalam sidang yang lepas. Yang ‘halal’ (registered) menurut jawapan Exco Kerajaan Negeri – adalah 138 . Yang kita nampak, rasanya lebih daripada angka 138.

Soalnya, setakat ini, hanya Majlis Perbandaran Klang yang memberikan komen tentang keperluan kriteria-kriteria tertentu dipenuhi sebelum mendapat lesen mengendalikan hotel bajet. Apakah kriteria MPK ini turut terpakai di PBT-PBT yang lain? Ini yang rakyat nak tahu. Kalau kriterianya sudah jelas; kita harap biar seragam. Jangan di Klang ada syarat lain; di Semenyih ada syarat lain. Keseragaman ini amat penting.

Pengusaha hotel bajet yang ‘belum lulus’ (tak tahulah dinaungi atau tidak oleh individu-individu tertentu) memerlukan tindakan yang tegas oleh Kerajaan Negeri. Lambakan hotel-hotel bajet ini boleh menjadi punca keruntuhan akhlak yang serius.

Kita pun tak tahu sejauh mana Exco daripada PAS vokal dan bersuara bab ini – tapi kita harap sangat; jangan kerana ‘untung politik’; mereka melelapkan mata dan ‘declare’ (dengan izin); halalan toyyiban untuk gejala yang buruk ini.

Ulasan RockY-my : Kegiatan maksiat melalui hotel-hotel bajet HARAM yang tubuh bak cendawan selepas kerajaan campuran pembangkang ambil alih Selangor menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat. Dengan Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu dari DAP yang menjaga PBT, sudah tentu ada 'udang disebalik batu'.
Taukey-taukey gelak besar kumpul duit haram sambil agih syer kepada DAP ???

Kes liwat Anwar tangguh 8 Disember!

Tangguh lagi !! Kes mahkamah yang dikatakan paling banyak tertangguh dan membazir masa atas pelbagai alasan tidak munsabah oleh pihak pembela seja ianya memulakan perbicaraan. Rakyat mahu kebenaran dan keadilan ditegakkan. Setakat ini, pihak pembela GAGAL memberi bukti 'ALIBI' yang merupakan 'saksi terpenting' dalam kes ini.

Rakyat berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.


Penggulungan hujah peringkat pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke 8 dan 9 Disember ini setelah pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu memberi alasan tidak dapat menyiapkan transkrip nota prosiding kes tersebut.

Tarikh itu ditetapkan selepas Datuk Param Cumaraswamy dan Sankara Nair yang mewakili Anwar bersama Peguam ...Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chiang Kiat menemui Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah di kamar beliau di sini, pagi ini.

Nair menerusi e-mel yang dihantar kepada pihak media hari ini menjelaskan, pihaknya telah memohon agar tempoh untuk memfailkan hujahan bertulis mereka dilanjutkan disebabkan masalah tersebut.

Dengan kebenaran penangguhan itu, tarikh 23 dan 24 November yang sebelum ini ditetapkan untuk penggulungan hujah lisan oleh kedua-dua pihak telah dilapangkan oleh mahkamah.

Tarikh keputusan sama ada Anwar disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan itu hanya akan ditentukan selepas selesai penggulungan hujah berkenaan.

Sikap 'Double-Standard' Selangor terhadap Kakitangan Awam Negeri

 
 
Kenyataan Media GAPS

Pengumuman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor yang menyebut Selangor akan melaksanakan kadar gaji minima merupakan janji kosong kepada majoriti besar pekerja awam dan swasta di Selangor.

MB hanya mengumumkan gaji minima untuk dilaksanakan kepada 4 buah anak syarikat negeri Selangor sahaja. Kenapa MB tidak mahu mewajibkan gaji minima ini kepada kesemua kakitangan anak syarikat negeri yang berdozen-dozen di Selangor ?

Kenapa juga MB tidak melaksanakan kadar gaji minima kepada semua kakitangan awam Selangor yang berkhidmat dipelbagai jabatan di negeri Selangor. Kenapa juga MB tidak mahu melaksanakan gaji minima ini kepada semua kakitangan PBT di negeri Selangor ini.

Dari segi pemberian bonus pula, MB juga pilih kasih dan bersifat berat sebelah antara kakitangan-kakitangan awam. Kakitangan PKNS yang juga kakitangan awam diberikan bonus sehingga 10 bulan. Manakala bonus kepada kakitangan awam yang lain dijabatan-jabatan kerajaan negeri dan PBT hanya setengah bulan gaji atau RM500 sahaja.

Timbul persoalan dimanakah keadilan yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Selangor untuk kakitangan awam kini? Adakah adil namanya jika layanan bonus dan gaji yang diterima oleh kakitangan awam ini dibeza-bezakan berdasarkan jabatan, PBT dan badan separa kerajaan.

GAPS mendesak kerajaan negeri Selangor memberikan bonus 10 bulan kepada semua kakitangan awam Selangor seperti yang diberikan kepada kakitangan PKNS pada tahun ini. GAPS juga mendesak kerajaan negeri Selangor melaksanakan kadar gaji minimum kepada kesemua kakitangan awam dan swasta yang berkhidmat di negeri Selangor.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Friday, November 11, 2011

Blogger APA sertai Unit Media Baru (UMB)

Tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi blogger Aku-Peduli-Apa (APA) yang berpangkalan di Ampang ini mengejutkan dunia blogger pro BN apabila membuat keputusan untuk menyertai Unit Media Baru (UMB) dibawah pimpinan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal.

 

Saya mendapat berita ini ketika berbual dengan beberapa rakan media dari MYKMU dan UMB malam tadi.

 

Beliau sendiri membuat pengumuman dan sebab disebalik keputusannya untuk menyertai UMB di blognya.

 

Thursday, November 10, 2011

Hasrat DAP tidak wajar – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat DAP untuk mengecilkan jumlah penjawat awam dengan memecat mereka merupakan satu langkah yang tidak wajar.
 
Namun katanya, DAP perlu menjelaskan terlebih dahulu kaedah yang akan digunakan mereka bagi memastikan kakitangan awam itu mendapat pembelaan sewajarnya.
 
Katanya, beliau juga pernah mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan semasa pentadbirannya, namun penjawat awam itu diserapkan ke dalam syarikat berkaitan kerajaan.
 
''Bila mereka bekerja dengan syarikat, syarikat itu yang membayar gaji mereka, sekali gus kuranglah perbelanjaan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program dari kaca mata Tun Dr. Mahathir Dilema Ekonomi Bangsa Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
 
Dr. Mahathir dalam pada itu menyifatkan jumlah kakitangan awam kira-kira 1.3 juta ketika ini adalah wajar dan seimbang dengan jumlah penduduk Malaysia yang kini berjumlah 28 juta.
 
Beliau berkata, untuk mentadbir urus negara yang mempunyai penduduk sebanyak itu memerlukan kerajaan untuk meningkatkan jumlah kakitangannya.
 
Katanya, memberi contoh, kegiatan mencuri hasil kayu di Pulau Langkawi berlaku oleh kerana kurangnya penguatkuasaan berikutan jumlah kakitangan pegawai perhutanan kurang.
 
''Dahulu masa saya jadi Perdana Menteri, rakyat Malaysia hanya sebanyak 13 juta namun semasa saya berhenti, jumlah itu meningkat sehingga 26 juta. Jadi, takkan kita mahu mentadbir 26 juta rakyat tanpa memerlukan banyak kakitangan," katanya.

Rakyat Thailand bersyukur dengan bantuan kemanusian Kerajaan & Rakyat Malaysia

Thai governor grateful for timely aid

SONGKHLA: Malaysia's sensitivity and humanitarian aid missions to help the people in flood-hit Thailand prove the strong "brotherly" ties between both countries, said Songkhla Region governor Winyu Thongsakul.

"The floods are the worst in Thailand in 50 years, and Malaysia's timely aid has helped to ease the burden of victims.

"The kind gesture proves that Malaysia and Thailand are like brothers. On behalf of the Thais, I thank the Malaysian government and all Malaysians for the aid and contributions."

Winyu said this after receiving three trailers of dry food and mineral water worth RM100,000 at the 42nd Infantry Battalion, here, on Tuesday.

The supply was handed over by St John Ambulance Malaysia of Kedah state commander, Datuk Dr Ch'ng Kok Heong.

Present were the mission coordinator, who is also the prime minister's special functions officer, Datuk Latt Shariman Abdullah, Malaysia consul-general in Songkhla Mohd Aini Atan and Malaysian Siamese Association committee member Senator Boon Som Inong.

Latt Shariman said this was the third such aid mission sent to the flood-stricken country.

"However, we will stop sending the mission temporarily to make preparations to face the possibility of floods in our country."

About one-third of Thailand is still inundated, forcing 2.1 million people from more than 8,000 villages in 25 regions in the northern and middle parts of the country to evacuate their homes since July 25.

Read more: Thai governor grateful for timely aid http://www.nst.com.my/nst/articles/13senss/Article#ixzz1dGT3Mh1j