Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 31, 2011

"Kami bukan Taliban" - Pemuda PAS selar Dr. MAZA

Pemuda PAS melenting apabila Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan tindakan Pemuda PAS membantah konsert Penyanyi GAY, Elton John sebagai tindakan ala Taliban seperti yang dilaporkan di Mkini.


KP PAS Pusat menganggap Dr, Maza masih belum mengenali Pemuda PAS sepenuhnya dalam kenyataan dalam MI.

Bagi saya, kenyataan kedua-dua pihak ada kebenarannya. Terpulang kepada kita untuk menilai bersandarkan kepada ilmu kita.

Yang menjadi masalah apabila kita terlalu jumud dengan pemikiran dan ilmu kita yang terhad apabila membuat penilaian.

AAKJ : Kelantan dan Terengganu kalah angkara bendera PAS?

Tak faham betul apa perlunya bawa bendera parti masuk stadium untuk perlawanan bolasepak. Kalau betul fanatik sangat dengan PAS, tak perlu la membiolkan diri bawa bendera.

Apabila ada pihak lain kata kamu ini pembawa sial nanti kamu marah tapi kelantan dan Terengganu masing2 kalah dalam perlawanan bola yang mana penyokong kibarkan bendera parti dalam stadium. Sepatutnya sokongan kita pada pasukan bolasepak melampaui fahaman politik.

Mungkin tahun depan kalau tidak dikibarkan bendera parti, baru cerah peluang pasukan Kelantan dan Terengganu.




Friday, October 28, 2011

Kelab Chedet - PPSMI : Apabila emosional mengatasi rasional

1. Isu PPSMI merupakan satu isu yang terus menerus mendapat perhatian dan diperdebatkan sekian lama. Kemuncak kepada penentangan terhadap PPSMI yang dibuat dijalanan, kerajaan memutuskan untuk membatalkan PPSMI. Malangnya, keputusan ini dilihat seolah-olah kerajaan tunduk terhadap desakan pembangkang dan beberapa pendemonstrasi jalanan.

 

2. Baru-baru ini, sebuah pertubuhan NGO yang bernama Parents Action Group for Education Malaysia (PAGE) membuat permohonan agar Kementerian Pelajaran mempertimbangkan untuk memberi pilihan kepada sekolah-sekolah untuk melaksanakan PPSMI. Kumpulan ini mendedahkan bahawa majority besar ibu-bapa menyokong PPSMI berdasarkan tinjauan(survey/poll) yang dibuat keatas 7 buah sekolah disekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

 

3. Malangnya, diantara pihak-pihak yang cuba menentang kumpulan PAGE ini adalah seorang cendiakawan dibidang politik iaitu Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah. Beliau menyatakan tentangan melalui blog beliau. Apa yang menghairankan adalah, beliau yang selama ini dilihat mampu bersikap rational dan mampu menggunakan akal fikiran untuk berfikir berlandaskan pemerhatian kepada fakta-fakta, tiba-tiba menjadi emosional dan tidak lagi bersikap rational. Artikel beliau bukan sahaja merendahkan kumpulan-kumpulan yang menyokong PPSMI malah membuat serangan peribadi terhadap pelopor PAGE iaitu Datin Azimah. Kemanakah hilangnya sikap rational ? kemanakah hilangnya sikap kesederhanaan dalam diri Dr. Ridhuan Tee ? kemanakah hilangnya hikmah dalam memberi pandangan ?

 

4. Apa yang menjadi lebih menghairankan adalah, Dr. Ridhuan Tee seolah-olah gagal melihat isu PPSMI secara meluas dan beliau gagal berfikiran terbuka dan melihat semua fakta-fakta yang terlibat.

 

5. Melihat kepada tulisan dalam blog beliau, beliau gagal memahami perkara asas iaitu beliau tidak faham apakah sebenarnya objektif PPSMI. Malah, inilah sebenarnya masalah utama mereka yang menentang PPSMI seperti pejuang bahasa kerana mereka gagal memahami objektif PPSMI. Masalah tidak memahami objektif ini juga berlaku dikalangan menteri-menteri kabinet sehinggakan kenyataan yang dibuat oleh mereka tidak berketepatan dengan prinsip asas PPSMI.

 

6. Objektif paling utama PPSMI adalah untuk pelajar-pelajar dapat menguasai matapelajaran sains dan matematik sebagai persediaan untuk pengajian di peringkat tinggi seperti di universiti. Konsep paling asasnya adalah, apabila pelajar-pelajar ini diajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris di peringkat sekolah dan kemudian apabila mereka melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi mereka tidak bermasalah untuk memahami jurnal-jurnal dan bahan-bahan rujukan terutama dalam bidang kejuruteraan. Ini adalah kerana, hampir 100% bahan-bahan rujukan ditulis dalam bahasa inggeris dan matapelajaran sains dan matematik adalah matapelajaran asas dalam subjek kejuruteraan.

 

7. Oleh itu, pelajar-pelajar ini tidak memerlukan proses penterjemahan dalam minda mereka apabila mereka membaca bahan-bahan rujukan dan jurnal-jurnal ini seterusnya meningkatkat pemahaman dan penguasaan dalam kejuruteraan. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. InsyaAllah, ini boleh melahirkan generasi pencipta dan pengasas teori fundamental dan bukannya generasi pengguna sepanjang zaman seperti yang berlaku sekarang di mana-mana dunia negara islam.

 

8. Penguasaan bahasa Inggeris bukanlah melalui PPSMI. Ianya boleh dilakukan melalui mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Sebab itulah, dasar Memperkasa Bahasa Malaysia Meningkat Bahasa Inggeris (MBMMBI) tidak boleh menjadi jawapan kepada PPSMI kerana kedua-duanya adalah perkara yang berbeza dan mempunyai tujuan yang berbeza. Kedua-duanya boleh bergerak seiringan dan ianya tidak menyalahi antara satu dengan yang lain.

 

9. Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan pihak-pihak yang menentang PPSMI sebenarnya tidak memahami konsep dasar PPSMI ini dan mereka tersalah anggap bahawa PPSMI ini adalah untuk penguasaan Bahasa Inggeris. Disinilah kesilapan besar mereka.

 

10. Sekali lagi ditekankan, PPSMI bukan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ianya adalah untuk penguasaan sains dan matematik sebagai persediaan untuk pengajian di peringkat kejuruteraan kelak. Pelbagai persoalan lain yang ditimbulkan oleh meraka juga telah dijawab oleh banyak pihak.

 

11. Tun Dr. Mahathir telah beberapa kali memberikan penjelasan sehingga telah memberi pelbagai contoh-contoh agar semua pihak dapat memahaminya. Blog ini juga telah memberikan beberapa keterangan mengenai PPSMI. Jawapan-jawapan lain mengenai perkara yang dibangkitkan oleh dibaca di sini. Laman blog ini juga pernah menjawab persoalan yang diajukan oleh seoarang cendiakawan. Sila baca disini.

 

12. Dr. Ridhuan Tee mempersoalkan mengenai tinjauan yang dibuat oleh PAGE. Untuk pengetahuan Dr. Ridhuan, telah banyak poll dan survey dibuat untuk melihat penerimaan terhadap PPSMI dan boleh dikatakan kesemua tinjauan yang dibuat menunjukkan semua pihak yang terlibat bersetuju dengan PPSMI. Ibubapa, guru dan pelajar bersetuju dengan PPSMI. Cubalah Dr. tanyakan kepada pelajar-pelajar yang menduduki ujian SPM, apakah bahasa yang mereka pilih untuk menjawab soalan sains dan matematik. Mereka memilih untuk menjawab dalam bahasa Inggeris walaupun boleh menjawab dalam bahasa Malaysia. Cubalah tanya kenapa mereka berbuat demikian dan selami kata-kata mereka. Mungkin Dr. tidak tahu bahawa buat masa ini pendekatan dwi-bahasa digunakan dalam sains dan matematik dan pelajar boleh memilih untuk menjawab dalam bahasa yang mereka selesa.

 

13. Kepada Dr. Ridhuan Tee, diharapkan agar Dr. dapat meletakkan rational dihadapan dari emosional dalam memberi sebarang pandangan. Ingatlah, adakalanya kita melakukan kesilapan dan adakalanya kita tersalah dalam memahami sesuatu perkara. Oleh itu, amalkan kesederhanaan dan elakan dari membuat serangan peribadi. Semoga apa yang ditulis tidak menimbulkan persepsi yang salah terhadap seseorang atau organisasi. Semoga kita beroleh manfaat.

 

Penulis adalah Dr. Fikir  Exco Kelab Chedet.

Perbincangan lanjut di portal Kelab Chedet.

 

Sumber artikel - http://chewal.blogspot.com/2011/10/ppsmi-apabila-emosional-mengatasi.html

Thursday, October 27, 2011

Harga tiket final Piala Malaysia mahal, Adegan tunding jari

Hampir semua pihak sudah beri respon termasuk FAM.  FAM enggan turunkan harga tiket kerana ada perjanjian Persatuan bolasepak Terengganu dan N.Sembilan tetapi Presiden PBNS menafikankannya. 

 

Peminat sudah mula naik angin kerana merasakan harga tiket terlalu mahal. Begitu juga dengan Menteri Shabery Chik yang turut marah dengan kenaikan harga tiket.

 

Dengarnya Terengganu bakal subsidi 50% harga tiket, Masih tidak dengar khabar baik dari pihak N.Sembilan.

 

Forum Kelab Chedet membincangkan persoalan ini dengan panjang lebar. Ada yang mempersoalkan siapa lintah darat ? Ada yang memberi peringatan kepada peminat bahawa mereka punyai pilihan untuk tidak ke stadium.

 

Tetapi akhirnya yang jadi mangsa tetap peminat. Suka ke tak suka mereka tetap kene bayar untuk saksikan final Piala Malaysia.

 

Apa pandangan anda ?

 

Perbincangan lanjut di

http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=64811#64811

Monday, October 24, 2011

Kelab Chedet : Penggantungan Tugas Aziz Bari Perkara Biasa

Perbincangan isu Aziz Bari mendapat perhatian dalam perbincangan terbuka di portal http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=64754#64754untuk menerangkan bahawa isu Aziz Bari jelas dipolitikan pembangkang dan beliau sendiri.

 

Aziz bari tidak perlu memberi penjelasan melalui media jika beliau benar2 seorang yang profesional. Hanya perlu jawab surat tunjuk sebab yang dihantar oleh majikan beliau iaitu UIA. Malangnya, Aziz Bari cukup angkuh dan sombong dan spesis insan yang tak kenang budi.

 

Aziz Bari, kamu patut letak jawatan dan masuk politik. Mudah sahaja jalan cerita seterusnya.

 

Dan ada MP sengal nak bawa isu ini masuk parlimen sedangkan kes Aziz Bari dalam siasatan. MP pembangkang dah takde kerja lain dan tandus isu ka ?

 

 

Pak Teh Keramat, Exco Kelab Chedet.

 

Selalunya jika terdapat salah laku di dalam sesabuah organisasi maka satu penal Domestic of inquiry (DI) akan diwujudkan. Dimasa yang sama surat tunjuk sebab (pertuduhan ) akan dikeluarkan kepada kakitangan tersebut untuk dijawab semasa tempoh pengantungan.

 

Surat tunjuk sebab mesti dijawab dalam tempoh yg diberikan dan sekiranya jawapan yg diberikan meyakinkan maka kakitangan dibebaskan dan pengantungan tugas ditarik dan kakitangan dibolehkan bertugas semula.

 

Sebaliknya jikadidapati ada kes ( salah Laku ), kakitangan tersebut akan dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan dihadapan penal yang dilantik. Para penal akan membuat keputusan jika salah laku memang berlaku dan hukuman mesti tertakluk kepada jenis kesalahan yg telah dilakukan. Semua kakitangan memang telah tahu dan maklum dengan cegahan dan larangan ( do and dont ) yg tidak sepatut dilangar dan bentuk hukuman( tertulis dlm syarat perkhidmatan ) , semasa memerima perlantikan jawatanya.

 

Kita tunggu sama ada aziz bari dipanggil mengadap penal atau tidak....

 

 

Nordin, Exco Kelab Chedet

 

Memang betul apa yang disebutkan Pak Teh itu adalah prosedur biasa domestic inquiry yang dilakukan oleh mana-mana organisasi yang membabitkan salah-laku kakitangan dalaman. Namun hari ini Aziz Bari dilayan seperti seorang "Wira" seolah-olah beliau tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

 

Jika benar beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, kenapa sampai beliau perlu menggunakan perkhidamatan guaman pada peringkat ini sedangkan mana-mana domestic inquiry tidak memerlukan campur tangan daripada pihak ketiga (peguam) hinggalah jika beliau benar-benar didapati bersalah. Diperingkat ini barulah beliau boleh mencabar domestic inquiry dengan menggunakan peguam untuk membawa kes beliau ke mahkamah.

 

Nampaknya kes beliau awal-awal lagi sudah diekploitasikan oleh pihak pembangkang kerana mereka tahu Aziz Bari adalah jurucakap buat mereka, jadi sudah tentu mereka akan membela jurucakap mereka dengan memberi gambaran yang hak beliau sudah dinafikan.

Kelab Chedet : Aziz Bari memang 'biadap' dan 'kurang ajar'

 

Pepatah Melayu sendiri ada mengatakan, "kata dulang paku cerpih, kata orang aku yang lebih". Inilah pepatah Melayu yang amat sesuai sekali ditujukan kepada Aziz Bari ni.

 

Bila dia mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam, itu tidak mengapa sebab itu adalah hak dia sebagai ahli akademik untuk bersuara sekali pun untuk mengumpat raja dia sendiri.

 

Lagi pun Aziz Bari sendiri kata, di Malaysia tidak ada undang-undang yang boleh mencegah rakyat daripada mengumpat raja atau undang-undang 'lese majeste' seperti mana di Thailand.

 

Oleh itu sudah tentu Aziz Bari sendiri sudah bersedia untuk melawan pihak berkuasa kerana dia sendiri sudah berpendapat bahawa tidak ada undang-undang yang boleh dikenakan keatas beliau sekali pun dia didapati bersalah menghina raja. Dia sendiri yang kata di Malaysia tidak ada undang-undang 'lese majeste' yang boleh dikenakan keatas dia ketika memberi sebab kenapa dia tidak mahu memohon maaf kepada Sultan.

 

Hari ni dia nak saman orang lain pula kononnya kerana mengata dia "kurang ajar". Kenapa dia nak saman orang pulak, bukankah dia sendiri kata yang dia tak takut mengumpat raja sebab di Malaysia tidak ada undang-undang yang boleh menegah orang dari mencerca raja sendiri???

 

Kalau raja pun dia boleh mengumpat, siapa dia nak halang orang dari mengumpat dia hingga sampai nak saman orang pulak?? Sebelum dia nak saman orang, pastikan dia dulu yang kena hukum kerana keberanian dia bersikap kurang terhadap raja sendiri.

 

Orang Melayu yang mempunyai jati-diri tidak memerlukan "undang-undang bertulis" untuk mengajar mereka menghormati ibu-bapa atau raja sendiri sebab orang Melayu ada adat yang perlu dipatuhi.

 

Lainlah kalau orang itu sudah kurang terdidik atau "kurang ajar", sebab itu dia memerlukan undang-undang bertulis supaya dapat mengajar dia menghormati ibu-bapa atau raja dia sendiri.

 

Kita hairan bagaimana orang yang kurang terdidik atau "kurang ajar" ini boleh dibiarkan menjadi pendidik di universiti di negara?? Apakah Malaysia tidak mempunyai orang yang lebih layak daripada dia untuk digelar sebagai "Pakar Perlembangaan"?? Buat malu kaum saja simpan orang macam dia ni lebih-lebih lagi simpan dia kat universiti di Malaysia…..

 

Penulis - Nordin, Exco Kelab Chedet

Sumber dan perbincangan lanjut di portal Kelab Chedet

 

 

Aziz Baari pakai peguam PAS hantar notis minta duit dari Tun M, Utusan dan Zul Nordin

Aziz Baari bakal jadi jutawan ! Pakai lawyer pergi pow duit Tun M, Utusan dan Zul Nordin dan ugut kalau tak minta maaf dan bagi duit, ketiga2 mereka bakal disaman.

 

Punya gile duit Aziz Baari. Sape ajar nie kalau tak Anuar Brahim dan konco2nya. Pakai lawyer PASs. Kan dah cakap dia nie barua dan keldai pembangkang !

 

Aziz Baari memang mata duitan. Salah guna undang-undang untuk cepat kaya.

 

Aku tak fitnah ! Ini kenyataan dipetik dari Mkini.

 

 

Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini.

 

Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.

 

Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

 

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

Aziz Bari wajar jujur dengan letak jawatan dan masuk politik

Prof Kangkung Aziz Bari dipercayai menjadi alat pembangkang untuk menentang kerajaan. Memiliki ilmu akademik dalam Undang-Undang tetapi tidak pernah sekali pun masuk mahkamah sebagai peguam kerana beliau sendiri tidak berdaftar sebagai peguam tetapi mendapat pengiktirafan sebagai 'Pakar Perlembagaan'.

 

Kita menghormati pendirian ahli akademik jika sekalipun mereka mengkritik kerajaan. Ambil contoh pakar sejarah terkenal, Dr. Ramlah Adam sendiri ada mengkritik kerajaan tetapi beliau hanya menyatakan kebenaran yang tidak memihak kepada sesiapa. tetapi ini Prof kangkung Aziz Bari, jika soal hudud di Kelantan, beliau menyatakan Sultan punyai kuasa mutlak untuk campurtangan, lain pula cakapnya di Selangor sehinggakan persoalkan Sultan Selangor selaras dengan ajaran Islam atau tidak.

 

Bukti jelas apabila seluruh jentera pembangkang mempertahankan Aziz Bari kerana keuntungan politik mereka.

 

Oleh itu Aziz Bari, jujur kan diri anda. Jangan terus jadi Prof Kangkung barua dan keldai pembangkang. Letak jawatan dan masuk politik.

 

Jangan lagi siang makan gaji dengan kerajaan, bila malam makan komisen dengan pembangkang!

Saturday, October 22, 2011

Kenyataan Dr. Hasan Ali tentang Perhimpunan Sejuta Ummat



Selepas Exco Kerjaaan Negeri Selangor ini menyatakan hasrat untuk hadir dalam HIMPUN, gerombolan bloggers PAS menghentam beliau sedangkan kenyataan beliau jelas, hadir sebagai individu dan tiada halangan dari Presiden PAS dan MB Selangor.

Cuma yang busuk hati tentulah Khalid Samad yang melarang ahli PAS Selangor hadir yang kita ketahui jual kalimah Allah dan pro Gereja.

Alhamdullilah dan TAHNIAH atas keberanian Dr. Hasan Ali


Kenyataan yang dipetik sumber akhbar



"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

"Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."


"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."



Saifuddin Abdullah mohon tarik balik penggantungan Aziz Bari. Apa komen anda ?

Saya sudah beberapa kali berbicara dengan beliau tentang dunia politik semasa. Sebelum ini, beliau banyak mencetuskan kenyataan kontrovesi dan menongkah arus. Ramai kalangan bloggers juga menyerang beliau.

Untuk kali ini, saya tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Bagi saya, Aziz Bari itu sebenarnya yang MUDARAT.

Apa pandangan anda ?



JOM ke Himpunan Sejuta Ummat HARI INI !

1. Jangan lupa temujanji anda hari ini di Stadium Utama Shah Alam jam 2 petang.

2. Dewan Pemuda PAS dengan ketuanya Nasrudin Tantawi dijangka hadir. Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Selangor dari PAS dilaporkan mahu turut hadir.

3. Sudah tersebar sms dari YB Chauvinis DAP, Teresa Kok yang menghasut orang Kritian dan cubaan sabotaj majlis hari ini.

4. Penganjur ada beberapa nasihat melalui twitter antara nya - jangan bawa senjata, jangan buat kecoh dan bawa air mineral untuk buat air sembahyang.

5. Jumpa di sana !

Friday, October 21, 2011

Demo UIA : PKR lacurkan masa depan Mahasiswa

Mahasiswa ghairah ketika membuat kekacauan tetapi akan menangis merayu apabila dikenakan tindakan displin oleh pihak Universiti. Inilah hakikatnya. harapan ibubapa supaya belajar dan membawa pulang segulung ijazah akan dihancurkan dek hasutan pembangkang dengan pendekatan yang salah.

 

Malah ada seorang mahasiswa dalam tweetnya bangga kerana berada dibarasan hadapan untuk bertempur dengan Polis. Begitu rosak pemikiran mereka kerana politik hasutan pembangkang.

 

Kerajaan tidak zalim. Setiap bantahan boleh dibuat melalui Persatuan Mahasiswa Universiti yang dipilih secara demokrasi, bukan melalui pertubuhan haram seperti SMM yang menjadi perkakas pembangkang.

 

Ada laporan yang mengatakan bahawa ramai mahasiswa yang hadir terdiri dar mereka yang bukan mahasiswa UIA sendiri dan sanggup ponteng kuliah. Ini adalah perkara yang kurang sihat.

 

Kehadiran pemimpin PKR seperti Tian Chuan, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar menguatkan hujah bahawa PKR adalah dalang menghasut mahasiswa supaya membuat kekacauan. Mungkin ada upah dan saguhati dihulurkan.

 

Pihak universiti perlu tegas. Tindakan displin wajar dikenakan kerana masih ramai anak muda diluar yang mahu belajar tetapi tiada peluang.

 

Mahasiswa upahan ini tidak bersyukur dan wajar dijadikan pengajaran.

Pemuda PAS Sokong Himpunan Sejuta Ummah

Alhamdullilah. Nampaknya Dewan Pemuda PAS Pusat tidak mempolitikkan isu Himpunan Umat Islam. Kumpulan anak muda PAS ini bersangka baik dan percaya bahawa Umat Islam wajar bersama-sama dalam isu berkaitan Islam tanpa sempadan politik.

 

Sudah tentu PAS Selangor yang selama ini lebih banyak menjual Islam, kalimah Allah, mempertahankan gereja haram akan menerima tamparan hebat terutamanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

 

Persoalannya disini, apakah salah Umat Islam mahu berhimpun ? sedangkan selama ini rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan menghormati adat, budaya dan agama masing-masing.

 

Himpunan Umat Islam ini bukan ancaman. Saya melihat ianya satu bukti siapa sebenarnya berani bersama untuk umat Islam di Malaysia.

 

Sudah tentu PAS Pusat pimpinan Presiden dan Mursyidul Am nya hanya Islam pada nama sahaja !

 

Tahniah Dewan Pemuda PAS !

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PETALING JAYA: Pemuda PAS akan mencabar pimpinan PAS Selangor yang melarang ahlinya menyertai Himpunan Sejuta Ummah (Himpun) yang diadakan bagi menentang golongan yang cuba memesongkan akidah umat Islam.

 

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata mereka tidak akan patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertentu parti itu.

 

"Kita akan menghadiri acara berkenaan, kerana pimpinan tertinggi PAS tidak ada mengeluarkan apa-apa arahan yang melarang ahlinya daripada menyertai acara tersebut sebagai hak individu berkenaan," katanya sebagai respon kepada pimpinan PAS Selangor yang melarang ahlinya menyertai Himpunan Sejuta Ummah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam bermula pukul 2 hingga 6 petang Sabtu.

 

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan menyertai himpunan tersebut.

 

Bagaimanapun, Hadi tidak mengeluarkan arahan melarang semua ahli PAS daripada menyertai himpunan berkenaa.

 

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata beliau turut menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mahu Himpun terlibat dalam perbincangan bersama Jawatankuasa Khas Kabinet Antara Agama bagi mengelakkan kebimbangan masyarakat Islam dalam isu murtad.

 

"Bagaimanapun, perhimpunan tersebut perlu berjalan seperti yang dirancang kerana ia merupakan satu aktiviti untuk memperkuatkan akidah umat Islam.

 

"Himpun boleh mengemukakan usul untuk mengadakan wacana bersama Jawantakuasa Khas Kabinet Antara Agama," kata Nasrudin.

 

Terkini : UIA dikawal ketat, kumpulan pelajar upahan rancang kekacauan.

Kumpulan upahan pembangkang, Solidariti Mahasiswas (SMMs) telah merancang untuk membuat kekacauan di UIA selepas solat Jumaat ekoran penggantungan tugas yang dikenakan keatas Prof kangkung Aziz Bari turut menerima sokongan dari pemimpin pembangkang seperti Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar.
 
Apa yang membimbangkan ialah keselamatan jemaah solat Jumaat yang akan terancam terutamanya kenderaan mereka mungkin menjadi mangsa kerosakan kumpulan pengacau ini.
 
Polis dan pasukan keselamatan UIA wajar mengambil tindakan tegas supaya umat Islam dapat bersolat Jumaat dalam keadaan aman di UIA.
 
Lebih memalukan, kumpulan pengacau ini lebih berminat untuk buat kacau dari mengerjakan solat Jumaat.

Thursday, October 20, 2011

Bekas Presiden Libya Moammar Gadhafi terbunuh ?

Berita terkini yang tersebar luas didunia ialah bekas Presiden Libya Moammar Gadhafi telah terbunuh. Bagaimanapun belum ada laporan rasmi yang mengesahkan kejadian ini.




Laporan CNN

Tripoli, Libya (CNN) -- Conflicting reports surfaced Thursday that deposed Libyan leader Moammar Gadhafi is dead or has been captured. Deafening celebrations erupted in Tripoli, but none of the reports could be independently verified.
Gadhafi was killed, AbdelHakim Bilhajj, head of the National Transitional Council's military arm in Tripoli announced live on Al-Jazeera Arabic Thursday. Gadhafi's death was also reported by National Transitional Council television station Al-Ahrar. It did not cite a source.
A cell phone photograph distributed by the news agency Agence France Presse appeared to show the arrest of a bloodied Gadhafi. CNN could not independently verify the authenticity of the image.
Gadhafi's capture was also reported by Libyan television, citing the Misrata Military Council.

Terkini - UIA dipercayai gantung tugas Prof Kangkung Aziz Bari

Sudah la makan gaji dengan kerajaan, Prof kangkung ini dipercayai makan komisen dengan IKD yang dikendalikan oleh Anwar Ibrahim dan PKR. Patutla pandangan beliau SEMUAnya mempertahankan pembangkang dengan memutarbelitkan fakta.

 

Memang wajar UIA mengambil tindakan keatas Prof kangkung Aziz Bari yang sentiasa memberikan pandangan berat sebelah dan mengelirukan rakyat Malaysia.

Kelab Chedet - Aziz Bari TIDAK LAYAK digelar PAKAR PERLEMBAGAAN

Aziz Bari ni sebenarnya tidak layak digelar sebagai "PAKAR" Perlembagaan pun walau pun dia memang suka bercakap tentang perlembagaan negara. Sebagai rakyat dia memang berhak mempunyai pendapat peribadi sendiri namun pendapat dia tu tidak mempunyai autoriti dan tidak mengikat mana-mana keputusan mahkamah.

 

Sebagai ahli akademik, kerja mereka memang suka mengajak pelajar berfikir diluar kotak dan tidak terikat dengan pendapat konvesional saja. Jika orang ramai berpendapat itu adalah huruf "A", mereka tentu akan bertanya kenapa ia tidak dilihat sebagai huruf "V" yang mempunyai palang yang terbalik??

 

Lebih-lebih Aziz Bari yang sememangnya suka bersekongkol dengan pembangkang sudah tentu pendapat dia lebih memihak kepada pembangkang. Jika dia anggap kenyataan Sultan ini tidak memihak kepada Menteri Besar Pembangkang, sudah tentu dia mahu memberi pendapat sebaliknya atas nama kebebasan bersuara.

 

Namun dia kena ingat dalam apa jua perkara kebebasan bersuara itu mempunyai hadnya. Jika sesaorang itu diberi kebebasan mutlak untuk bersuara sudah tentu ada pihak yang berani mengkritik agama Islam dengan membangkit berbagai isu yang menyesatkan agama Islam. Islam tidak menegah perbezaan pendapat dikalangan ummah tetapi demi perpaduan ummah setiap rakyat perlu mematahui apa yang diputuskan oleh pemerintah dan mengenepikan pendapat peribadi mereka.

 

Jika pemerintah yang diketuai Sultan sebagai ketua agama memutuskan hanya amalan Ahli Sunnah Waljamaah saja yang boleh diterima pakai di negara ini maka sebagai rakyat kita perlu patuh dengan apa yang diputuskan oleh ketua agama itu. Keputusan itu bukan lagi menjadi hak peribadi ketua agama ini tetapi menjadi hak pemerintah untuk melaksanakan hukuman kepada siapa saja yang engkar.

 

Maka itu pemerintah berhak menghukum orang seperti Aziz Bari ini. Apa lagi dia makan gaji dengan pihak pemeritah seperti mana para hakim yang terpaksa mengenepikan pendapat peribadi mereka melainkan mendahulukan tafsiran mengikut khendak undang-undang itu sendiri.

 

Tetapi kita heran bagaimana orang seperti Aziz Bari ini boleh ditatang hingga ada pihak yang sudi menggelar dia sebagai "PAKAR", bagi aku dia hanya layak digelar sebagai"Pakar Tahi Kucing" yang hanya suka melihat duit syiling disebelah muka yang dia suka saja, muka yang dia tak suka dia tak mahu tengok.

 

Ulasan oleh Nordin, Exco Kelab Chedet.

Petikan dan perbincangan lanjut di portal Kelab Chedet.

 

Wednesday, October 19, 2011

Kelab Chedet : Prof kangkung Aziz Bari wajar didakwa Akta Hasutan

Aziz Bari ini bukan saja patut disiasat dibawah Akta Hasutan tetapi perlu dikenakan tindakan tegas dibawah Akta yang sama sebagai pengajaran terutama kepada mereka yang makan gaji di universiti awam kerajaan.

Beliau secara terang-terangan menghasut rakyat supaya membenci Sultan kononnya Sultan bertindak diluar bidang kuasanya.

Sebenarnya Aziz Bari sendiri bertindak diluar bidang tugasnya sebagai pensyarah di universiti awam kerana beliau mahu menumpang sakit hati menyokong tindakan Menteri Besar yang membidas tindakan Jais itu.

Menteri Besar PKR ini sudah tentu mempuyai muslihat politik membela penganjur Majlis Malam 'Thanksgiving' ini kerana mereka mahu dilihat sebagai parti yang benar-benar membela semua kaum dan agama. Sebab itu MB ini lebih senang mengkritik Jais walau pun kuasa Jais terletak dibawah naungan Sultan.

Aziz Bari pula mengkritik tindakan Sultan bagi pihak pembangkang kerana beliau memang bersempati dengan pembangkang. Kita heran bagaimana orang yang sering memberi komen-komen yang memihak kepada pembangkang ini diberi tempat di universiti kerajaan. Malah ada pula yang mahu menggelar beliau sebagai "Pakar Perlembagaan" walau pun kepakaran beliau hanya mencari salah kerajaan untuk menaikkan pembangkang saja.

 
Ulasan oleh Nordin, Exco Kelab Chedet
Petikan dan perbincangan di portal kelabchedet.com
 
 
Sumber berita dari :
Pertikai Titah Sultan: Aziz Bari Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) akan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dijangka akan dipanggil untuk memberi kenyataan kepada pihak polis pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Aziz mempertikaikan tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja dengan menyifatkannya sebagai bukan sesuatu yang lazim serta tidak konsisten tugas baginda.

Minggu lalu, Sultan Sharafuddin bertitah tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak dalam isu pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais pada Majlis Malam 'Thanksgiving' di DUMC Ogos lalu.

Baginda bertitah keputusan tersebut diambil selepas meneliti laporan Jais serta mendengar nasihat pakar agama serta pakar udang-undang.

Bagaimanapun baginda menitahkan Jais memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
 
 

Penyokong Murtad Ambiga, PAS OK. Himpunan Umat Islam PAS KO

PAS telah membuat keputusan untuk tidak sertai Himpunan Sejuta Umat Islam yang akan diadakan di Shah Alam walaupun Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi telah memberi persetujuan untuk sertai perhimpunan tersebut.

 

Alasan yang digunakan kerana menghormati penganjur yang tidak melibatkan parti politik. Secara dasarnya, keputusan PAS tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk sertai perhimpunan yang akan diadakan Sabtu ini. Lebih-lebih lagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasarudin Tantawi telah memberi persetujuan untuk turut serta.

 

Sebelum itu, pelbagai pihak terutamanya rakan politik PAS dari chauvinis DAP dan sosialis PKR mendesak melalui laman blog dan media sosial untuk PAS tidak turut serta. Lebih malang, ramai kalangan penyokong chauvinis DAP menganggap bahawa perhimpunan Umat Islam ini sebagai ancaman untuk menimbulkan kekacauan.

 

Persoalannya disini, kenapa apabila Ambiga, penyokong no 1 amalan Murtad di Malaysia mengajak untuk turut berdemo dijalan raya, PAS begitu taksub untuk turut serta sehinggakan menjadi perbahasan di Muktamar PAS tempoh hari ?

 

Dan sejak bila pula chauvinis DAP yang anti Islam dan Melayu boleh menentukan bahawa Perhimpunan Umat Islam adalah ancaman kepada negara ?

 

Sebab itu umat Islam di Malaysia wajar sedar bahawa perjuangan Islam yang dilaungkan adalah PALSU dan berbentuk KOSMETIK semata2. Negara Islam dan Hukum Hudud yang dicadangkan tidak lagi menjadi agenda politik mereka sejak berpeluk cium dengan chauvinis DAP dan sosialis PKR. Malah PAS bersangka buruk terhadap penganjuran Himpunan Umat Islam.

 

Adakah wajar orang Islam dan Melayu terus memberi sokongan dan undi kepada PAS jika segala tindak-tanduk PAS perlu mendapat kebenaran DAP dan PKR ?

 

Hentikan sokongan anda. PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam seperti yang mereka pernah laungkan. PAS sekadar parti politik yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bagi meraih sokongan dan undi Melayu kepada pembangkang.

 

Sekali lagi, PAS membuktikan mereka adalah KELDAI dalam pakatan pembangkang.

Tuesday, October 18, 2011

Prof Kangkung Aziz Bari KELDAI PEMBANGKANG ?

Ini negara demokrasi. Nak sokong sape itu hak masing-masing. Tapi ini Prof kangkung apabila buat kenyataan atau beri pandangan MESTI condong ke arah pembangkang. Mana adil begitu ! Sebab Prof Kangkung ini menggunakan autoriti sebagai tokoh akademi utk membuat kenyataan berat sebelah !

 

Dah la pandangan dia terlalu banyak mengelirukan dan mampu mencetuskan huru hara. Ambil contoh yang terbaru titah Sultan Selangor berkaitan isu JAIS-DUMC. Ini Prof Kangkung yang diiktiraf pakar perlembagaan oleh Mkini mengaku bahawa kuasa Sultan untuk campurtangan hal-hal berkaitan Islam. Tapi ini Prof kangkung putar belit macam mabuk todi kata 'ini bukan perkara biasa dilakukan' dan 'adakah titah Sultan selari dengan ajaran Islam' 

 

Kata pakar perlembagaan, sejak bila pula ini Prof Kangkung pakar ajaran Islam ?

 

Kalau ini Prof Kangkung nak sangat back up pembangkang, lebih baik letak jawatan dan masuk politik. Jangan terus jadi keldai pembangkang sampai PAS Selangor buat PC khas untuk menyokong Prof kangkung ini.

 

Prof kangkung Aziz Bari - JANGAN HIPOKRIT !

Kes Liwat II - Kenapa Presiden PKR dan Isteri Tertuduh, Wan Azizah tidak ke kandang saksi?

Alibi adalah elemen penting bagi Anwar membuktikan bahawa beliau tidak berada ditempat kejadian berlakunya perbuatan songsang dan luar tabie bersama bekas pembantunya Saiful.

 

Ketika isu Liwat II timbul, Anwar pernah menyatakan bahawa beliau bersama isterinya ketika kejadian. Malah beberapa individu yang boleh menjadi alibi kepada beliau juga tidak dipanggil menjadi saksi pembela.

 

Sedangkan sebagai isteri, sudah tentu Wan Azizah arif tentang pergerakan suaminya. Ada yang menyatakan bahawa Wan Azizah tidak mampu menahan tekanan jika menjadi saksi. Lihat sahaja bagaimana cara beliau mengeluarkan kenyataan terutamanya ketika menjawab persoalan tentang jam Omega ketika video mirip suaminya tersebar.

 

Dan hujah pembelaan dalam kes ini bergantung kepada ketidakupayaan Anwar Ibrahim dengan pergerakan terbatas hasil laporan pakar.

 

Persoalan-persoalan diatas yang saya kutip dari pelbagai sumber agak menarik dibincangkan. Tetapi kita biarkan mahkamah membuat keputusan.

Monday, October 17, 2011

Usaha Fitnah isu cincin RM24juta diteruskan

Fitnah adalah initipati perjuangan PKR.kerana mereka tahu bahawa pengikut-pengikut mereka sedia menerima bulat-bulat apa yang mereka perkatakan.

Tetapi mereka harus ingat bahawa rakyat bukan bodoh menilai maklumat-maklumat yang dibentangkan oleh pembangkang. Perkara yang tidak logik terus dijadikan bahan fitnah setelah pihak berkuasa memberi penjelasan.

Mana mungkin cincin bernilai individu membuat tempahan cincin RM24 juta dan penghantaran dibuat melalui 'courier service' ? Kenapa tidak DS Rosmah membelinya dan memakai terus cincin tersebut bagi mengelakkan dikesan oleh pihak Kastam ?

Cukuplah pembangkang terus menghamburkan cerita-cerita karut dan fitnah. Kenapa tidak bersama2 membantu membangunkan negara ini ?

Kisah fitnah ini diteruskan kerana pihak yang menaburkan sebenarnya tidak puashati dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa RAKYAT kini sudah bijak menapis maklumat.

Anak Lim Guan Eng mencabul ?

Sudah heboh dikalangan blog isu anak Ketua Menteri P.Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP meramas buah dada wanita. dan yang sumber maklumat melaporkan wang saguhati diberi bagi menutup mulut perempuan tersebut dan menutup terus isu ini.

Apa yang kita mahukan ialah Lim Guan Eng sendiri menafikan isu ini.

Friday, October 14, 2011

Angkuhnya Bob Lokman – Lebih baik duduk dlm Hutan

Lihat sendiri betapa angkuhnya kata-kata Bob Lokman. Adakah ini spesis manusia yang wajar diberi peluang untuk menyampaikan ceramah atau kuliah agama kepada umat Islam ?

 

Apa kata Bob Lokman "Buat apa saya hendak hadir, tidak ada kepentingan untuk Islam,"

 

Tiada sifat tawaduk, rendah diri - jikapun Bob Lokman merasakan diri tak bersalah. Sikap Bob Lokman akan makan diri sendiri satu hari nanti. Bahkan sekarang pun kita boleh nilai tahap pemikiran beliau. Pemimpin2 PAS bahkan Dr Maza sendiri pun sedia menghadapi pihak berkuasa di Mahkamah tetapi Bob Lokman tetap ANGKUH & SOMBONG. Adakah ini kesan tarbiah PAS terhadap Bob Lokman ?

 

Jika itu yang Bob Lokman ungkapkan, lebih baik duduk dalam hutan yang tidak ada undang-undang !

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman berkeras tidak akan hadir memberikan keterangan pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menahannya kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

 

"Buat apa saya hendak hadir, tidak ada kepentingan untuk Islam," katanya yang ini bergiat aktif bersama parti Islam PAS.

 

Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

 

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu hanya berserah pada Allah.

Thursday, October 13, 2011

Kelab Chedet – Gurindam Politik Malaysia

 

AKU CARI ISLAM YG HAKIKI
KETAMADUNAN ISLAM HADHARI
TINGKATKAN SMGT UKHUWWAH YG SEJATI
NAJIB PEMIMPIN YG DIHORMATI
UMNO PARTI PERJUANGAN HAKIKI
SYIAR ISLAM SENTIASA DIPATUHI
ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN IRI HATI
HUKUM HUDUD DIKHIANATI
DAP DAN PAS TEMAN SEHATI
SEMUANYA BOLEH ASAL ADA SAGU HATI
RAKYAT BANGUN DARI KEGELAPAN HATI
ISLAM DAN BANGSA MELAYU DIKHIANATI
PARTI PAS PENUH DENGAN TEKA TEKI
GILA JAWATAN DAN PANGKAT SEJAK AZALI
KELEMAHAN PAS TERSERLAHLAH LAGI
HADI AWANG SUKA BAGI AMANAT YG ENTAH APA LA LAGI
MAT SABU SOKONG KOMUNIS DAN BERSIH MCM2 LAGI
PENING KEPALA TOK NIK AZIZ
PAS SUDAH TIADA DI HATI
SOKONG DAN PANGKAH PADA BN NANTI
BERSAMA NAJIB 1 MALAYSIA DIHATI
PAS TIADA PENDIRIAN LAGI
SANGGUP MENJUAL MARUAH AGAMA SENDIRI
MUSNAHKAN MELAYU HAKIKI
HAK MELAYU DIKHIANATI
HAK ISLAM DIANAK TIRI
APER RELEVAN PADA PAS LAGI
ASYIK BERCAKAP TERSEMBUR AIR LIUR BASI
RAKYAT SUDAH TERANG HATI
TGK PAS YG SEMAKIN GELAP HATI
GELAP HATI MCM KUALI
ANWAR PULA RAKAN SEHATI
APER DISURUH PASTI DITAATI
MARUAH ISLAM SANGGUP DIGADAI
DEMI NAFSU DIHATI

-PANGLIMA REVO-

 

Petikan dan Ulasan lanjut di http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4513#64520

 

Terima kasih kepada forumer Panglima Revo yang berkongsi Gurindam Politik Malaysia di portal Kelab Chedet. Bak komen Pak Teh Keramat, isi dan maksudnya cukup menarik dan boleh dideklamasikan semasa kempen PRU nanti.

Wednesday, October 12, 2011

Wan Azizah Ditekan, Khalid Ibrahim mahu Disingkir - Kerja Siapa ?

Umum mengetahui bahawa PKR adalah sebuah parti politik yang sinonim dengan HURU HARA. Dari pemilihan parti yang penuh dengan adegan ganas sehingga lah kepada 'cah keting' yang melanda kepimpinan dalaman PKR.

 

Isu untuk menjatuhkan MB PKR Selangor sebenarnya bukan isu baru. Ianya dibongkarkan beberapa bulan selepas TS Khalid Ibrahim menjadi MB kerana wujud rasa tidak puas hati dikalangan golongan reformis dan pimpinan PKR. Perkara ini pernah didedahkan melalui satu perbualan telefon yang mana Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali dikatakan dalang disebalik gerakan menjatuhkan TS Khalid Ibrahim.

 

Persoalannya apakah punca nya ? Menurut sumber dalaman PKR yang boleh dipercayai, ianya berpunca dari pengagihan kontrak2 kerajaan negeri Selangor yang dikatakan tidak adil. Jawatan2 politik dalam kerajaan hanya diberikan kepada kroni TS Khalid Ibrahim. Begitu juga kontrak2 dan tender2 kerajaan negeri dikaut oleh kroni2 beliau sahaja. Ramai kalangan ahli PKR yang banyak berkorban utk parti hanya nganga mulut dan putih mata.

 

Tuntutan demi tuntuan telah dibuat tetapi hanya dibakul sampahkan oleh kepimpinan TS Khalid Ibrahim. Bahkan ada satu ketika Dr Badrul Amin juga pernah melahirkan kekecewaan tetapi menjadi SYAITAN BISU apabila disumbatkan dengan jawatan Pengarah Penerangan yang bergaji tetap.

 

Ini bukan rahsia umum atau bahan fitnah. Masakan tidak portal Malaysiakini boleh memetik berita ini menjadi bahan berita mereka. Tekanan kepada Presiden PKR, Wan Azizah juga adalah benar sedangkan Anwar Ibrahim yang sepatutnya menjadi Presiden bersenang lenang dan mendiamkan diri.

 

Ini lah perkara sebenar berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sepanjang tempoh ini dan rakyat Selangor ditipu hidup2 oleh gerak saraf mereka.

 

Dan kembali kepada persoalan asal - Anda boleh cari jawapan diatas  :)

Kena Tangkap dgn JAIS, tapi Salahkan UMNO. Apa masalah Bob Lokman?

 Ini lagi sorang manusia yang pelik perangai dan pemikiran. Ingatkan apabila menyertai PAS dengan berserban sebesar tudung saji, Bob Lokman berubah menjadi manusia yang baik dan bijak. Rupa-rupanya makin teruk dek penangan politik sempit dan kotor.

 

Tahukah Bob Lokman bahawa JAIS adalah satu jabatan kerajaan dibawah KERAJAAN CAMPURAN yang diketuai oleh MB PKR?

 

Tahukah Bob Lokman bahawa JAIS adalah dibawah seliaan Exco Hal Ehwal Islam dari PAS iaitu DR. Hasan Ali?

 

Tahukah Bob Lokman bahawa arahan tauliah tidak diberi kepada ahli politik adalah dari Sultan Selangor ?

 

Kenapa Bob Lokman memilih untuk menjadi BEBAL apabila menyalahkan UMNO, pihak yang tiada kene mengena langsung dengan JAIS ?

 

Bob Lokman disarankan menggunakan OTAK dan akal fikiran waras jika mahu membuat sebarang kenyataan. Jangan malukan diri kamu dan keturunan kamu sebagai waris Tok Kenali.

 

Ada benarnya 'Sebijak-bijak manusia jadi BODO bila menyertai PAS' - NAH !  Bob Lokman adalah salah satu buktinya.

Tuesday, October 11, 2011

Prof Kangkung Aziz Bari Persoal titah Sultan ikut Islam atau tidak

Sudah lama saya mahu membicarakan tentang Aziz Bari, seorang prof yang kononya pakar perlembagaan tetapi hujahnya merepek dan hanya membawa kepada 'misleading' atau kekeliruan. Ini jenis manusia yang bahaya kerana berhujah dengan autoriti sebagai pakar akademik tetapi lebih banyak menyesatkan pemikiran orang ramai.

 

Melalui petikan Mkini dgn tajuk Aziz Bari: Campurtangan perlu selaras dengan ajaran Islam, Aziz Bari mempersoalkan 'adakah titah Sultan Selangor selaras ajaran islam? walaupun mengakui Baginda Sultan Selangor mempunyai HAK untuk campurtangan!

 

Hujah Prof Kangkung ini menjurus kepada pemikiran sempit bahawa Sultan Selangor tidak wajar memanjangkan isu JAIS-DUMC kerana tiada bukti dan kes JAIS-DUMC perlu ditutup.

 

Apa yang Prof Kangkung ini tidak faham ialah JAIS kene buat serbuan untuk menyiasat. Memang terbukti ada umat Islam yang berbuka puasa di kawasan gereja itu dan menerima bantuan dari pihak gereja. Tindakan JAIS ini wajar bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang hadir tanpa perlu menyalahkan usaha pihak Gereja yang memberi bantuan kepada umat Islam yang susah.

 

Salahkan Sultan Selangor sebagai Ketua Umat Islam Selangor bertitah menyuarakan kebimbangan terhadap usaha2 pemesongan akidah kepada umat Islam ?

 

Itu hak dan tanggungjawab Baginda Sultan dan ini Prof Kangkung Aziz Bari yang kononya pakar perlembagaan tak patut persoalkan !!!

 

Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Baginda Sultan Selangor yang prihatin masalah umat Islam. Begitu juga tindakan JAIS dan sokongan Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Dr Hasan Ali dan KP Pas Pusat, Hasan Tantawi.

 

Jangan kita politikkan isu Islam. Manusia seperti Prof kangkung Aziz Bari dan Khalid Samad adalah jenis manusia yang wujud utk memecahbelahkan umat Islam.