Friday, August 26, 2011
Kebebasan bersuara sudah mati dalam PAS dan Pembangkang
Susah sangat ka nak permudahkan urusan penerima wang Zakat ?
Thursday, August 25, 2011
Putarbelit isu Lynas oleh MP PKR Kuantan dibongkar MP PAS Hulu Langat
Itu yang dicari sampai ke lubang cacing wartawan Karam Singh Walia berhubung perancangan cukup rapi ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memutarbelitkan fakta mengenai kilang kimia Lynas di Gebeng, Kuantan.
Segala-galanya terbongkar melalui pendedahan 2 saintis nuklear negara yang juga orang kuat PAS.
Ikuti laporan ini.
Inilah respon yang diidamkan ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bermain dengan emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.
Mungkin itu budaya dan strategi politik yang disemai parti terbabit demi meraih sokongan penduduk setempat.
Lebih-lebih lagi apabila fakta dan maklumat sah diputarbelitkan Fuziah untuk menakutkan warga Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami isu sinaran radiasi yang sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.
Atas kesedaran itu, 2 santis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat, tampil ke TV3 untuk menceritakan hal sebenar.
Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.
Yang tidak masuk akal, kilang kimia Lynas dituduh Fuziah loji nuklear.
Sama seperti loji nuklear di Fukushima, Jepun yang dilanda kebocoran radiasi akibat tsunami awal Mac lalu.
Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor: "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."
Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.
Dr Che Rosli Che Mat: "Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."
"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."
Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.
"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."
Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sediada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sediada di negara ini pun. Yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa."
Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.
"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."
Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.
"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."
Dr. Che Rosli turut mengakui kepada saya kilang kimia Lynas adalah selamat.
"Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment."
Prof. Ahmad Termizi pula menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.
"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."
Pendek kata kedua-dua pakar sains nuklear ini bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi, selain bakal membawa pertumbuhan sektor ekonomi di Pahang ibarat daripada segenggam jadi segantang.
PATI dan warga asing makin ramai - Kerajaan perlu lebih serius
Wednesday, August 24, 2011
Surat Terbuka untuk Nelson Mandela - Rakyat Malaysia mohon maaf
Khir Toyo : Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Kisah 3 Menteri
Sudah lama tidak mengikuti perkembangan beliau kecuali isu berkaitan kes Mahkamah yang sedang beliau ikuti. Ucapan Hari Raya beliau kali ini diselitkan dengan kisah 3 Menteri yang mencuri tumpuan dunia politik. Siapa agaknya 3 Menteri yang terlibat ?
Selamat Hari Raya juga kepada Dr Khir Toyo :)
Dipetik dari http://www.drkhir.com/
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Kisah 3 Menteri
2. Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini seiring dengan semangat Ramadhan dan Syawal, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada para sahabat pembaca dan pengikut blog ini tidak kira muslim atau apa agama sekalipun jika ada saya tersalah tulis, terkasar sanggahan atau tidak menyiarkan sesetengah komen yang tidak berapa sesuai mahu pun terlepas siar komen yang tidak berapa molek.
Kesalahan dan kesilapan Lampau
3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor sekiranya terdapat kelemahan, kesilapan dan kekurangan sepanjang pentadbiran saya selama lapan tahun dari 2000 - 2008.
4. Sebagai manusia biasa yang bekerja selama 18 jam sehari sudah tentu banyak kekurangan dan juga keterlanjuran budi bahasa yang mungkin menyakitkan hati seseorang.
5. Sebagai Menteri Besar juga pasti ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan saya buat. Saya tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang dalam membuat keputusan kerana apa sahaja keputusan yang hendak dibuat selalunya terdapat pelbagai pandangan dan hujahan. Namun sebagai Menteri Besar saya perlu membuat keputusan yang difikirkan baik untuk masa depan negeri biar pun tidak disukai sebahagian orang.
Setinggan
6. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada sebahagian yang belum mendapat penempatan semula yang dijanjikan. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu ini namun masa tidak begitu mengizinkan kerana berlaku perubahan pentadbiran. Saya hanya berharap pentadbiran sekarang berusaha menyelesaikan isu-isu setinggan yang masih tertunggak ini demi kesejahteraan penduduk Selangor.
7. Saya juga tahu dalam usaha menyelesaikan isu setinggan ini terdapat pihak tidak berpuas hati dan menganggap saya zalim. Percayalah saya melakukan yang terbaik untuk menyeslesaikan isu ini. Saya tidak fikir ada cara lebih baik untuk menyelesaikan isu setinggan yang begitu kronik di Selangor pada tahun 90-an dan alaf baru.
8. Namun kepada mereka yang berkecil hati, marah dan menganggap saya zalim, saya pohon maaf kerana itu jelas kelemahan saya sebagai manusia yang tidak mungkin mampu memenuhi kehendak semua orang.
Kakitangan Kerajaan
9. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri jika ada terkasar bahasa, meninggi suara, mahu pun memarahi saudara/ saudari sekalian semasa di bawah pentadbiran saya lalu.
Kisah Tiga Menteri
10. Ketika saya memohon maaf kepada semua orang, saya juga mengambil kesempatan semangat ramadhan tahun ini untuk memaafkan sesiapa sahaja merasakan mereka perlu memohon maaf kepada saya kerana apa sahaja sebab.
11. Namun sebagai manusia biasa saya juga ada kelemahan kerana tidak mungkin dapat saya maafkan seseorang yang membuat fitnah terhadap saya sehingga terjadinya siatuasi sekarang. Percayalah walau berapa kali beliau mengerjakan umrah belum tentu Allah mengampunkan dosa beliau dengan manusia yang lain.
12. Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya.
Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.
13. Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.
14. Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.
15. Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana.
16. Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.
17. Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?
18. Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain.
19. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Tukar Majlis Syura kepada JK Pendengaran - Pentadbiran Negeri Selangor ternyata huru-hara
Kritis-Online - Serangan terhadap Tun Mahathir
Isu JAIS - DUMC - Boleh diselesaikan tanpa heret Sultan Selangor
Tuesday, August 23, 2011
Akhirnya KDN buat laporan Polis atas cerita Bohong dan Fitnah MP PKR Zuraida
"Kerajaan tak boleh saman saya" - Ketakutan Zuraida Ampang apabila kantoi fitnah
Skrip Bersumpah - MP PKR Ampang Zuraida masih gagal kemukakan Bukti
Friday, August 19, 2011
Reformasi Sistem Pilihanraya - Kerajaan gunakan Parlimen, Pembangkang mahu kekal protes Jalanraya
Thursday, August 18, 2011
PHYWAR - Selepas JAIS digelar GESTAPO, ibupejabat DAP tiba-2 terbakar
Wednesday, August 17, 2011
SUA PAS Mustapa Ali - Isu JAIS tetap salah UMNO. Khawarij PAS maksum ?
Tuesday, August 16, 2011
JAIS acting like Gestapo, kata Chauvinis DAP dan PAS terus bertakbir !
Adakah Koh Tsu Koon masih relevan ?
'Golden Churn' butter TAK HALAL ada DNA Babi - Agenda Jahat terhadap umat Islam
1st August 2011,
Golden Churn Certified Halal Butter
It has been brought to my attention that there are claims about our Golden Churn Certified Halal Butter brand originating from Malaysia.
I can reassure all our valued customers and consumers that both Ballantyne factories in Australia & New Zealand are Certified Halal by Halal certification authorities for all our butter brands we produce and distribute.
It is important to understand that each delivery of butter out of Australia and New Zealand carries mandatory quality standards from relevant Government Food Authorities including Food Standards Australia New Zealand (FSANZ), the Australian Quarantine and Inspection Service, (AQIS) and the New Zealand Food Safety Authority (NZFSA) in additional to strict Halal certification requirements. We confirm that our Golden Churn butter complies with the requirements of these authorities.
Ballantyne only use high quality milk to make cream that is churned into butter. Ingredients are, Cows Milk, Milk solids (non fat), Moisture and 1.5-2% salt. No other additions, colours or preservatives are permitted.
I wish to again reassure our loyal customers that our products are of the highest quality and Certified Halal.
Andrew Ballantyne
Executive Chairman
K.L.Ballantyne Pty Ltd
Monday, August 15, 2011
JAIS tak perlu jumpa PAS - Bukahkah Hasan Ali Exco PAS ?
MP Shah Alam PAS yang 'Gilo' - Isu JAIS salah UMNO
Friday, August 12, 2011
Malaysiakini - Barua YAHUDI utk pecahbelahkan umat Islam di Malaysia
'MismahGate' dibongkar - Penipuan Pembangkang terserlah
Khalid Samad 'Pembela Gereja' tibai JAIS tanpa dengar penjelasan ?
Thursday, August 11, 2011
JAIS - Tiada serbuan ke atas gereja
DUMC - dari Pusat Komuniti kepada Rumah Ibadah HARAM ?
Pelakon "Mati Hidup Semula' BERSIH mahu saman Penulis Blog
BERSIIH - Rusuhan di London sebagai Pengajaran
Wednesday, August 10, 2011
Bonus Selangor & Penang pun Bonus Piliharaya ?
JAIS, Zakat, Gereja dan Iblis di bulan Ramadhan
Tuesday, August 9, 2011
Sultan Selangor titah hentikan POLITIK di UNISEL - Khalid Ibrahim Jangan buat PEKAK
Bonus 1/2 Bulan Gaji Kakitangan Kerajaan - Bersyukurlah
Monday, August 8, 2011
Isu Azizan Razak & Hasan Ali - PAS bakal dipinggirkan PR menjelang PRU 13
Kes Rasuah Khir Toyo diperintah BELA DIRI
Friday, August 5, 2011
CUEPACS minta BONUS 2 bulan gaji Kakitangan Awam
Thursday, August 4, 2011
PAS mahu GULINGkan Anwar, Najib kene FITNAH
Tuesday, August 2, 2011
Penjualan GLC oleh kerajaan merugikan orang Melayu ?
| "KERAJAAN perlu mengkaji semasak-masaknya sebelum melupuskan 23 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun ini dan tahun depan. Bilangan ini adalah sebahagian daripada 33 GLC yang dikenal pasti oleh kerajaan bagi rasionalisasi GLC. Pelupusan GLC seharusnya mengambil kira kriteria pegangan bumiputera dalam sektor ekonomi. Melupuskan pegangan GLC merupakan satu tindakan yang boleh mengurangkan pegangan kaum bumiputera dalam ekonomi. Ini kerana kaum bumiputera yang merupakan pemegang saham utama GLC sama ada menerusi individu mahupun melalui institusi-institusi pelaburan seperti Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Merasionalisasikan GLC boleh menambahkan kecairan di pasaran modal, namun tindakan ini hanya memberi kesan jangka pendek berbanding jangka panjang. Hujahnya, ketidaktentuan ekonomi dunia yang masih lagi tidak boleh dipandang sepi. Malahan, krisis ekonomi yang berlaku pada 2007 masih berlanjutan. Tidak mustahil juga, krisis ekonomi terbaru akan melanda ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali akan menerima tempiasnya. Satu lagi perkara yang cukup penting, pegangan kerajaan ke atas saham-saham GLC yang terlibat dengan perniagaan strategik seperti tenaga, perbankan dan telekomunikasi seharusnya dikekalkan. Ini kerana, perniagaan-perniagaan ini merupakan perniagaan teras ekonomi Malaysia dan ia juga melibatkan keselamatan negara. Namun, jika kerajaan masih memikirkan pelupusan GLC boleh memberi manfaat kepada keseluruhan ekonomi Malaysia, penulis ingin mencadangkan agar tidak kesemua 23 GLC dijual. Jumlah 23 GLC yang ingin dijual merupakan satu jumlah yang cukup besar. Lihatlah kesannya terlebih dahulu kepada ekonomi negara. Dikhuatiri nanti penjualan GLC secara besar-besaran tidak memberi manfaat kepada ekonomi negara. Tidak kurang juga, wang yang diperolehi hasil daripada penjualan pegangan GLC sewajarnya digunakan untuk membeli syarikat-syarikat berkualiti di Malaysia. Satu perkara yang menarik mengenai syarikat-syarikat di Malaysia adalah kebanyakannya dikategorikan sebagai milik keluarga. Penulis berpendapat, syarikat senaraian awam yang dimiliki keluarga dibuka seluas-luasnya kepada kaum bumiputera dengan mengehadkan pegangan ahli keluarga. Ini seterusnya membeli ruang kepada kaum bumiputera memasuki perniagaan yang dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu. Selain itu, penulis mencadangkan agar kerajaan menyediakan satu dasar ekonomi bumiputera dalam tempoh 10 tahun mendatang dan dasar ini mestilah mengambil kira aspek kemapanan. Begitu juga, dasar ini mestilah jelas, terperinci dan telus serta melibatkan keseluruhan kaum bumiputera di Malaysia. Dasar ini merangkumi agenda-agenda ekonomi berteraskan kekuatan kaum bumiputera. Umpamanya, segala bantuan diberikan kepada keseluruhan rantaian nilai ekonomi bumiputera terutamanya melibatkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Dengan cara ini, tidaklah hanya segelintir golongan bumiputera yang mengecapi kenikmatan bantuan daripada kerajaan. Sebab itulah ada kebenarannya bagi golongan yang berpendapat Program Keusahawanan Bumiputera yang bakal diumumkan penubuhannya pada 21 Julai ini dikhuatiri boleh mencetuskan monopoli dan tidak telus. Justifikasinya ia tidak diuar-uarkan kepada semua golongan yang terlibat. Siapakah yang terpilih umpama satu rahsia besar. Adakah sudah ada perbincangan secara terbuka dengan pihak-pihak berkenaan terutama dengan persatuan-persatuan peniaga bumiputera? Janganlah nanti pada kemudian hari, kerajaan dipersalahkan kerana ia melibatkan golongan tertentu yang terpilih kerana mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang tertentu. Dengan kata lain, mereka yang terpilih mestilah yang benar-benar layak dan tidak boleh dinafikan kelayakannya. Di sini pertimbangan ekonomi bumiputera melebihi pertimbangan perkara-perkara lain. Ambil kira juga kesilapan-kesilapan yang terdahulu seperti banyak projek bumiputera dialibabakan kepada kaum lain. Perlu diingat, kajian mendalam mengenai ekonomi bumiputera tidak langsung mendatangkan manfaat jika cara pelaksanaan masih boleh memberi ruang untuk dimanipulasikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Natijahnya sampai bila-bila pun ekonomi Bumiputera tidak mampu duduk sebaris dengan ekonomi kaum bukan bumiputera. Satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan ialah hak eksklusif sewajarnya disebarkan untuk keseluruhan eko-sistem ekonomi bumiputera. Hindarilah campur tangan tangan-tangan ajaib yang sebenarnya kita semua maklum, kesan jangka panjang boleh memudaratkan ekonomi bumiputera. Inilah yang dikatakan sebagai ketelusan dan keadilan yang saksama. Bantulah syarikat-syarikat bumiputera dan individu-individu yang berpotensi tinggi. Pengukurannya mestilah jelas mengikut hala taju dasar ekonomi bumiputera. Justeru, bukalah pintu seluas-luasnya kepada keseluruhan eko-sistem ekonomi bumiputera agar komuniti bumiputera mendapat manfaatnya secara holistik. Dengan cara ini, komuniti bumiputera tidak perlu lagi khuatir meskipun kerajaan bercadang untuk menjual saham GLC kepada kaum lain.-Utusan -PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia" |
