Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, June 29, 2011

Tian Chua - Pelakon lucah dalam Video Tidak Langgar Undang-Undang

Patutla bermati-matian penyokong PKR terutamanya AMK mempertahankan video seks yang mirip Anwar Ibrahim.
Tian Chua (PKR-Batu) said authorities took a very long time to identify the criminals and it was as if the authorities were actually looking to identify the actor in the video instead of charging the criminals.

“The real criminals are the ones who distribute and publicly show pornographic materials to the public. The actor did not break any law,” he said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/22/nation/20110622160243&sec=nation

Mungkin selepas ini lebih ramai AMK PKR boleh jadi pelakon lucah sebab ianya tidak langgar undang-undang.

MB Khalid Ibrahim rembat duit rakyat sponsor BERSIH 2.0!

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan akhirnya mengakui BERSIH 2.0 pimpinannya menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) tetapi untuk bagi projek-projek lain, dan bukannya untuk perhimpunan bulan depan. “Perhimpunan bulan depan akan disponsor oleh kerajaan negeri Selangor”, kata Ambiga...!!!
-dipetik FB UMNO Kuala Selangor dengan satu pesanan -
"Beginilah caranya bagaimana MB Khalid MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR...!!!"

ada yang tanya - siapakah yang mendesak TS Khalid utk mengeluarkan duit rakyat bagi menaja perhimpunan haram tersebut...jengg..jeng..jenggg..

Tuesday, June 21, 2011

BERSIH 2.0 - AGENDA AMBIGA BERSAMA IFC


Sokongan PAS padu terhadap Puan Guru Ambiga sebagai pemimpin BERSIH menjadi tanda tanya. Adakah ini pemimpin yang bakal PAS angkat sebagai pemimpin mereka dalam demonstrasi BERSIH pada 9 Julai nanti ?

PAS for ALL !

Berikut merupakan 14 tuntutan IFC :

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Monday, June 20, 2011

Bersih 2.0 - Anwar Ibrahim & PKR ditampar Ambiga & PAS


diambil dari wall FB sahabatku Zam Mohd


Umum mengetahui bahawa PKR semakin kehilangan pengaruh dikalangan rakyat Malaysia selepas ramai pemimpin PKR, ahli Parlimen dan ADUN mengistiharkan keluar dari PKR sehingga tumbangnya kerajaan campuran Perak sebelum ini.

Kini Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim bukan lagi orang paling berkuasa dalam menentukan apa-apa yang berkaitan dengan demonstrasi jalanan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 walaupun beliau menyatakan secara terbuka bahawa BERSIH akan membatalkan demonstrasi mereka jika kerajaan memberi jaminan bahawa pilihanraya umum nanti dijalankan secara adil dan bersih oleh SPR.

Sedangkan usaha demonstrasi jalanan BERSIH ini jalankan oleh Pengerusinya Datuk Ambiga dibantu oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu. Sudah tentu kenyataan Anwar Ibrahim seumpama itu menyinggung perasaan penganjur dan peserta BERSIH yang rata-rata dikalangan penyokong PAS.

Anwar Ibrahim dan PKR harus sedar mereka bukan lagi mendominasi politik dalam Pakatan Rakyat apabila kerjasama DAP & PAS wujud.

Hakikatnya Anwar Ibrahim masih menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen atas ehsan & simpati DAP & PAS. Sedar la diri tu sikit.

Friday, June 17, 2011

Bersih 2.0 - Ambiga Rancang - Anwar Sokong - Mat Sabu & PAS Jayakan

3 watak penting yang memainkan peranan penting untuk memastikan Demonstrasi Jalanan Bersih tetap diteruskan. Yang paling mencuri tumpuan sudah tentu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga, bekas Pengerusi Majlis Peguam.

Ambiga terkenal dan mencipta nama kerana perjuangannya mendapatkan hak kebebasan beragama di Malaysia termasuk kes murtad yang terhangat di pasaran, Lina Joy - Dan kini Parti Islam Semalaysia PAS menyokong kepimpinan Ambiga dalam demontrasi Bersih.

Anwar Ibrahim yang semakin kehilangan sokongan mahu rakyat Malaysia mengalihkan tumpuan terhadap kes LIWAT II yang mana dia akan membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan. Pembelaan Anwar Ibrahim akan tertumpu kepada satu perkara - ALIBI - dan isterinya yang juga Presiden PKR DS Wan Azizah sudah pasti menjadi tumpuan.

Mat Sabu yang baru memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS mempunyai misi yang perlu ditunaikan selepas rakan2nya dari DAP & PKR memberi sokongan penuh ketika kempen pemilihan iaitu memastikan mobilisasi jentera dan penyokong PAS turun ke jalan raya untuk demonstrasi Bersih atas nama protes terhadap SPR. Mat Sabu juga mengabui pandangan hati penyokong PAS dengan mem'bersih'kan Pengerusi Bersih, Ambiga,



 
Politik PAS semakin liberal dan lebih terbuka sejak menyertai Pakatan Rakyat.

Datuk Ambiga pendokong IFC dan kes Murtad Lina Joy kini memimpin PAS dalam demonstrasi Bersih 9 Julai nanti.

PAS 4 All !!!

Wednesday, June 15, 2011

Felda KALAH lagi dalam tuntutan Peneroka di Mahkamah

Jumlah tak banyak sekitar RM1.2 juta sahaja berbanding nilai tunai dan aset Felda yang berbilion-bilon. Boleh dibayar oleh Felda bila-bila masa. Tapi kita mohon tindakan kerajaan supaya ianya tidak berlaku  lagi. Mengapa perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah sehingga menjadi perhatian umum? kenapa tidak diselesaikan diperingkat pengurusan Felda ?

Hanya sebab 1-2 kes yang berlaku boleh menjejaskan usaha sebahagian besar jentera Felda yang berusaha keras membantu rakyat terutamanya orang Melayu selama ini.

Tambahnya, peneroka berkenaan terpaksa mengambil langkah saman memandangkan rundingan yang dijalankan dengan Felda tidak membuahkan hasil.
"Saudara Mazlan Aliman dah berapa kali tulis surat untuk berunding. Tapi bila berjumpa, (pegawai Felda) kata 'kamu ini tak pandai bersyukur.' Kalau dia kata tak bersyukur nak runding apa? Jadi kita terpaksa saman," katanya lagi dalam bengkel berkenaan.

Bila masuk Mahkamah, Felda KALAH. Ini punya Pegawai Felda pun ada ka ?

Mohon Pejabat PM dan Pengerusi Felda jengok kan sikit punca masalah ini.

Oh ya - Satu lagi tuntutan saman akan dilakukan.

Satu lagi kumpulan peneroka Felda dijangka akan mengemukakan saman ke atas lembaga pembangunan tanah berkenaan berhubung dakwaan penipuan bayaran untuk hasil sawit.
Saman yang akan difailkan pada Jumaat ini melibatkan kerugian didakwa mencecah RM1,000 setandan yang ditanggung oleh 700 peneroka berkenaan, kata seorang anggota Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Rebin Birham.
Saman yang akan difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh itu merupakan susulan kepada satu keputusan Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu yang memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.

Selamat Maju Jaya kepada Felda.

Notakaki -
1. Felda adalah gabungan "GLC dan agensi kerajaan" yang terbaik dalam usaha pembangunan ekonomi negara dan orang Melayu sejak DEB diperkenalkan.

2. Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK yang banyak memberi ceramah dan memburukkan Felda mendapat undian tertinggi dalam pemilihan AJK PAS Pusat ketika Muktamar PAS Pusat ke 57.

Tuesday, June 14, 2011

BERSIH 2.0 - Perjumpaan Ibrahim Ali dan NGO-NGO MELAYU malam ini


Dari Facebook Ketua Wirawati Perkasa Zaiera Jaafar.

PERJUMPAAN BERSAMA DATO' IBRAHIM ALI DI KELAB SULTAN SULAIMAN KUALA LUMPUR, PADA 14HB JUN 2011, JAM 8.30 MLM DI KELAB SULTAN SULAIMAN, MENGHIMPUNKAN WAKIL DRPD NGO MELAYU ISLAM BAGI MENGEKANG RANCANGAN JAHAT PERHIMPUNAN BERSIH, SEMUA NGO DAN ORG ISLAM MELAYU DI JEMPUT HADIR....

Kelab Chedet (KCD) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Setiausaha dilaman portal KCD telah bersetuju untuk hadir dalam Perjumpaan malam ini.

BERSIH 2.0 - Apa yang tidak BERSIH dengan PRU 12 dan SPR ?

Sekali lagi PAS bakal diperkudakan untuk memenuhi agenda politik Anwar Ibrahim dan PKR dengan Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga dijadikan puppet bagi meraih populariti dan menidakkan usaha para pemimpin dan penyokong PAS  sedangkan PAS dan jenteranya  yang paling kuat berusaha menjayakan perhimpunan BERSIH 2007.

Lihat tuntutan BERSIH yang berdemonstrasi di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada 10 November 2007.

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan

dan tuntutan yang hampir sama untuk perhimpunan BERSIH 2.0 -

Jika proses piliharanraya adalah TIDAK ADIL & BERSIH dan SPR dikecam berat sebelah & memihak kepada Kerajaan, mana mungkin PRU 12 menyaksikan BN kehilangan 2/3 majoriti dan Penang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan milik parti pembangkang.

Perhimpunan BERSIH tidak lebih sekadar meraih populariti politik yang dirancang oleh Anwar & PKR.

Amat malang, PAS dan rakyat sekali lagi akan menjadi tukang BERSIH kotoran politik Anwar & PKR yang sedang mahu mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kes mahkamah dan isu moral beliau.


BERSIH 2.0 - Ibrahim Ali vs Ambiga - yang kalah tetap MELAYU

Ibrahim Ali nekad menentang habis-habisan jika perhimpunan Bersih tetap diteruskan pada 9 Julai nanti. PERKASA dan NGO-NGO lain jika akan menggerakkan ahli-ahli untuk menghalang perhimpunan itu atas sebab 'menggugat keselamatan negara.

Sementara itu Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan pula tidak gentar dengan kenyataan Ibrahim Ali dan tetap akan meneruskan agenda Perhimpunan Bersih.


Strategi pembangkang bijak menamakan bekas Pengerusi Majlis Peguam, Ambiga sebagai Pengerusi Bersih 2.0 dan tidak melibatkan orang politik secara langsung. Ketika perhimpunan Bersih 2007 dahulu banyak diuruskan oleh pemimpin politik pembangkang.

Mungkin percaturan meletakkan Ambiga menerajui Bersih 2.0 memaksa Ibrahim Ali 'diSERU' menjadi penentang.

Masih menjadi tanda tanya kenapa Ibrahim Ali dan PERKASA mahu terlibat secara langsung untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 - Jika menggugat keselamatan negara, bukankah ini urusan Kerajaan melalui KDN. Berapa ramai pula Pemimpin UMNO yang ambil kisah pasal perhimpunan BERSIH ?

Yang turun menyokong BERSIH pun orang MELAYU dan yang mahu turun menghalang perhimpunan pun orang MELAYU.

Notakaki - Jalan masuk ke Kuala Lumpur bakal sesak - Peniaga bakal sengsara - Mungkin 9 Julai nanti kerajaan wajar mengistiharkan cuti umum utk warga kota Kuala Lumpur jika tidak mahu menghalang perhimpunan ini diteruskan. Boleh semua yang tidak terlibat duduk rumah beristirehat bersama kelaurga.

Friday, June 10, 2011

Terkini - Lawatan Perdana Menteri di Hulu Kelang


Rakan baru menelefon dan menyampaikan berita terkini. Perdana Menteri dan ribuan penduduk Hulu Kelang sedang berhimpun di padang AU5 Keramat. Sesiapa yang berdekatan boleh hadir sama.

Saya akan menyertai mereka sebaik habes kerja jam 6.00 petang nanti.

Blogger PAS tuduh Tun Mahathir MURTAD ?


Setakat mengkafirkan orang Islam yang tidak sealiran dengan golongan PAS mungkin biasa kedengaran. Namun, hasil tarbiyah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang berjaya melahirkan para pemikir hebat dalam PAS seperti blogger Tulang Besi aka Abdul Rahman Talib yang mampu mempersoalkan akidah dan membuat tuduhan MURTAD.
Begitu hebat membentang hujah-hujah beliau dibawah, rupa-rupanya PENAKUT mahu membuat laporan ke Mahkamah Syariah untuk membuktikan samada Tun Mahathir sudah murtad atau tidak.

PAS for ALL !!!


Mahathir Perlu Dibicara di Mahkamah Syariah atas Tuduhan Murtad?

NOTA EDITOR: Sudahkah kita lupa bagaimana Dr. Mahathir memberikan lessen judi bola kepada Vinsetan beberapa minggu sebelum beliau turun dari kerusi Perdana Menteri?
Malahan, tuduhan Dr Mahathir terhadap hudud adalah satu bentuk kemunafikan yang cukup besar.

Ada bukti bertulis Dr. Mahathir menolak hokum syariah Islam dan ada rekod umum amaran diberikan oleh beliau untuk tindakan yang keras sekiranya hudud dilaksanakan di Kelantan.

Bukankah Mahathir memperlekehkan janggut Nabi?

Bukankah Mahathir mempermainkan hokum Qazaf dalam Islam serta menyebarkan dosa Qazaf kepada jutaan rakyat Malaysia?

Bukankah Mahathir yang telah menghina Islam banyak kali sepanjang pemerintahan beliau?

Bagi saya, tiada beza antara Mahathir dgn Karpal. Cumanya, Karpal tidak berbohong dan menyorok di belakang nama Islam. Karpal bukan Islam. Maknanya tidak salah untuk beliau tidak menerima hudud.

Mahathir mengaku Islam tapi menolak dan menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam. Itu adalah satu bentuk kemunafikan yang paling besar dan dosanya jauh lebih besar dari dosa Karpal.

Saya berdoa ada orang yang akan membuat laporan kepada MAhkamah Syariah supaya Mahathir dibicarakan atas tuduhan murtad kerana menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam.
Rakyat Malaysia ada hak untuk tahu samada Dr. Mahathir ini masih Islam atau tidak.

Wednesday, June 8, 2011

Negara Islam tak mau, PM tak mau - PAS machai DAP & PKR selama-lamanya ?



Halatuju PAS yang berubah dari penubuhan Negara Islam kepada 'Membangun Negara Berkebajikan' menarik perhatian dalam dunia politik. Ianya boleh disifatkan lebih liberal dan mesra penggundi.

Tetapi apa yang mengejutkan ialah reaksi balas Presiden PAS DS Haji Hadi Awang terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz yang menolak kemungkinan bahawa BELIAU MAHU MENJADI PERDANA MENTERI jika PR menang PRU 13 nanti.

Sudah tentu bersorak girang sosialis DAP dan PKR jika ianya menjadi kenyataan.

Sedangkan PR hanya mampu membentuk kerajaan Persekutuan jika PAS mampu menumbangkan UMNO.

Nampaknya Haji Mat Sabu tidak patut bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS minggu lalu jika Presiden PAS selemah ini.

Mungkin Haji Mat Sabu lebih layak jadi Presiden PAS. 

Selepas Anwar Enggan, Kini Karpal mahu Mahathir bertaubat

Karpal Singh semakin biol dan pening. Rakyat dan PKR tidak lupa bagaimana Karpal Singh boleh membuat kenyataan media secara terbuka menyuruh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim BERTAUBAT dan melepaskan jawatan dalam Pakatan Rakyat.




Yang peliknya, selepas menyuruh Anwar bertaubat, Karpal Singh menjadi Ketua Peguambela kes Liwat II.


Dan terbaru Karpal Singh menyuruh Tun Mahathir pula bertaubat semata-mata kerana entri terbaru blog Tun Mahathir

"Tokoh yang menang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan. - Tun Mahathir


 Singh is King ?? Ini macam pun ada ka.

Anak Malaysia - Hannah Yeoh daftar anak bangsa Cina, Suami berbangsa India.

Selepas kekecohan pendaftaran bangsa 'Anak Malaysia' anak perempuan yang diberi nama Shay Adora Ram, Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh membuat keputusan meletakkan anaknya berbangsa CINA walaupun suaminya, Ramachandran Muniandy berbangsa India.

Tiada masalah jika ada pilihan disebabkan pasangan ini dibenarkan memilih bangsa keturunan India atau Cina tetapi orang ramai boleh menilai keputusan yang dibuat oleh ADUN DAP ini dan pubklisiti murahan yang cuba dilakukan oleh Hannah Yeoh sehingga sanggup mengorbankan identiti keturunan India suaminya,  Ramachandran Muniandy semata-mata kerana pengaruh politik sempit Chauvinis DAP.

Shay Adora Ram a/p Ramachandran Muniandy (nama penuh jika mengikut keturunan bapa) kini berbangsa cina.

Tetapi Hannah Yeoh, siapakah  yang RASIS sebenarnya?

Petikan Malaysiakini.

"Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak 'anak Malaysia' di ruangan 'bangsa' tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka, iaitu Cina atau India,” kata Yeoh (kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

"Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.”


Thursday, June 2, 2011

Dewan Ulamak PAS mahu Ulamak terajui PAS - Mat Sabu semakin TENGGELAM

Abang Mat tentu angin satu badan andai mendengar atau membaca laporan ucapan Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib. Harapannya semakin tipis. Harun Taib mahu PAS diterajui Ulamak Haraki.

Abang Mat yang masih berangan mahu menjadi pemimpin nombor 2 PAS menerima tamparan hebat dengan kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS itu yang mahukan golongan Ulamak menguasai kepimpinan tertinggi PAS.

Sedangkan Abang Mat yang dikatakan pemimpin popular atau pemimpin akar umbi disokong kempennya oleh Malaysiakini mungkin hanya dianggap Penghibur @ Pelawak di setiap ceramah PAS oleh sebahagian besar pimpinan PAS.

Petikan Malaysiakini
Dalam ucapan itu juga, Harun turut mempertegaskan bahawa bahawa gerakan Islam seperti PAS akan sentiasa didokong oleh 'Ulama Haraki'.
Harun mentakrifkannya sebagai "golongan yang memiliki ilmu agama, melaksanakan amanah perjuangan, sabar dan tidak sekali-kali berhenti daripada melaksanakan jihad dalam harakah Islam.
"Parti Islam Semalaysia (PAS) yang berdiri di atas paksi kepimpinan ulama, perlulah memiliki tenaga alim ulama yang setia dan bergerak cergas sama ada di peringkat atasan seperti Syura, ahli jawatankuasa harian, ahli jawatankuasa kerja, mahupun para pengurusan ulama di peringkat negeri atau kawasan," katanya.
Sehubungan itu, dari sudut organisasi, Harun berkata pucuk tertinggi parti perlulah disokong oleh para pembantu atau 'orang kanan' yang turut memiliki kualiti sebagai 'ulama haraki'.

Lebih dari itu, Harun Taib memperingatkan PAS terutamanya kepada abang Mat yang terlalu meraikan sahabat baiknya dari DAP iaitu YAB Ketua Menteri Penang supaya tidak terlalu mengikut rentak mereka.

Sememangnya abang Mat semakin hilang identiti PAS sejak berkawan dengan DAP. Tajuk teks ucapan "Ulama Haraki Teraju Kemenangan" pun sudah boleh membuat perwakilan PAS berfikir dua kali untuk mengundi abang Mat.

Petikan Malaysiakini
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu.
Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu.
"Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
"PAS dinamik dalam menangani perubahan tanpa mengorbankan al-thawabit (pendirian).
"Tidak ada kompromi dalam soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sarih (jelas) dan nyata dalam Al-Quran dan al-Sunnah," kata Harun.
Nasib lu la Abang Mat. Semoga Berjaya  :)

Biasiswa JPA-IPTS - 3 Melayu, 1 Sarawak, 0 Sabah, 71 Cina, 11 India

Lihat fakta yang dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seramai 3 Melayu, 71 Cina, 11 India dan 1 Bumiputra Sarawak yang dapat biasiswa JPA untuk belanja di IPTS.

Itupun CHAUVINIS DAP dan MCA nak bising dalam isu pemberian BIASISWA JPA. Tambahan pula disokong oleh Melayu Sosialis PKR dan Pak Haji PAS.

Sekarang pun Biasiswa JPA ke luar negeri, orang Melayu hanya tinggal sekitar 60% padahal dulu hampir 90%.

Memang patut Kabinet kaji semula pemberian Biasiswa JPA sebab kenapa hanya 3 orang Melayu, 1 orang bumiputra Sarawak dan TIADA dari bumi Sabah dapat biasiswa JPA-IPTS ?

Kalau kuasa memerintah dapat di tangan Chauvinis dan Sosialis ini, ntah apa nak jadi dengan nasib orang Melayu ....

Padan muka orang Melayu !!!


Petikan Malaysiakini.

Seramai 86 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang sebelum ini gagal mendapatkan tempat di universiti luar negara akan kini ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran mengikut program berkembar di universiti tempatan swasta dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Beliau berkata pelajar berkenaan, yang terdiri daripada tiga Melayu, 71 Cina, 11 India dan seorang Bumiputera Sarawak, akan ditempatkan di bebebapa IPTS antaranya Universiti Perubatan Antarabangsa, Monash University Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia Malaysia.

RM300,000 - Husam 'mangsa fitnah' atau Kickdefella 'cari makan' ?

Tuduhan dilemparkan oleh bloggers pro UMNO kepada Husam Musa bahawa orang beliau memberi RM300,000 kepada Syed Azidi aka Kickdefella bagi membantu kempen jawatan Naib Presiden PAS.

Dalam kenyataan dalam The MalayanInsider dibawah, Husam Musa menafikan perkara tersebut. Dan apa yang menarik ialah Kickdefella tidak mahu membuat sebarang kenyataan. Malah Kickdefella merasakan 'Husam pemimpin istimewa' -
(kah! kah! kah! Istimewa sebab Husam banyak duit ka ?)



Ramai kalangan rakan2 yang membuat kenyataan - "Husam Musa takkan la bodoh sangat nak beri duit sebanyak RM300,000 kepada kickdefella yang berpaling tadah menyerang beliau"

Tetapi ada juga yang berpendapat - Mungkin ada 'deal' cuba dilakukan untuk menutup mulut kickdefella yang diketahui banyak menyimpan rahsia-rahsia berkaitan Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS. Jika kickdefella buka mulut dan serang Husam Musa, sudah tentu peluangnya semakin tipis.

Nota Kaki - Bukan main hebat Malaysiakini promote Mat Sabu utk jawatan Timbalan Presiden, Husam Musa, Nizar dan Mahfuz utk jawatan Naib Presiden. _________________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Datuk Paduka Husam Musa sendiri menafikan dakwaan kononnya beliau ada bertemu dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang lebih mesra dikenali sebagai “Kickdefella” bagi mendapatkan bantuannya berkempen pada pemilihan PAS pusat yang berlangsung sekarang.
“Saya tak jumpa dia (Syed Azidi) di China, di Jepun atau di Antartika pun... itu (dakwaan) seratus peratus palsu, yang datang dari blog-blog picisan ,” kata Husam ketika dihubungi di India malam tadi.

Husam (gambar), Exco Kerajaan Negeri Kelantan, yang bertanding semula kerusi naib presiden berkata, beliau sudah beberapa kali mengunjungi China sempena lawatan kerja tetapi tidak sama sekali bertemu dengan Syed Azidi.

Malah kata Husam, beliau juga tidak mendapatkan bantuannya menghadapi pemilihan parti kali ini.
Syed Azidi meletakkan jawatan pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhir 2009.

Dalam temu bual menerusi telefon malam tadi, Husam juga enggan bercakap mengenai pemilihan kecuali menjawab soalan berkaitan dengan isu terbaru ini.

“Saya bukan orang menggunakan duit untuk berkempen,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini yang turut menjelaskan, Syed Azidi sudah lama menulis tentang diri beliau sebelum kedua-dua mereka berkenalan.

Bagaimanapun tegas beliau, dakwaan sedemikian adalah “palsu” dan sentiasa dicetuskan ketika pemilihan parti dengan tujuan-tujuan tertentu.

Oleh itu tambah Husam, beliau sebenarnya “bangga” kerana Umno terus-menerus menjadikan beliau sebagai sasaran dalam pergerakan politik mereka.

“Ini menunjukkan bahawa saya ini adalah insan yang menjadi ancaman kepada mereka (Umno-BN),” kata Husam mengulas dakwaan blog-blog pro-Umno terbabit.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.

“Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya,” kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Sambil melihat ia sebagai usaha jahat menjelang setiap kali pemilihan, Husam berkata, tindakan-tindakan seperti itu perlu ditangani.

“Saya meminta peguam saya melihat perkara itu, mengambil tindakan ke atas dakwaan-dakwaan tidak berasas dan fitnah ini,” kata beliau yang yakin bahawa para perwakilan muktamar akan membuat penilaian terbaik.

“Ini strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan,” katanya lagi.

“Oleh kerana perkara ini sudah (banyak kali) berulang, seolah-olah ada objektif tertentu, saya akan minta peguam ambil tindakan, bukan saya ini (seorang yang) sensitif atau tidak terbuka (dengan media dan kritikan), tetapi ini satu strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan,” kata Husam yang turut menekankan bahawa salah satu blog yang menyiarkan dakwaan palsu tahun lalu - kononnya “rasuah”, melibatkan konsesi pembalakan — telah disaman fitnah oleh beliau.

Kes berkaitan melibatkan blog rbfonline sedang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Baru dan dijadual untuk prosiding pertengahan bulan ini.

Sehubungan itu, kata Husam, pengendali blog tersebut perlu mencerminkan dulu dirinya sebelum meneruskan serangan dengan dakwaan terbaru sedemikian.

“Faisal kena tengok diri sendiri,” kata Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan.

Muktamar PAS Pusat Ke-57 bermula esok, dan turut menyaksikan pemilihan dua tahun sekali.

Semalam, pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, Husam yang berada di China dari 21 hingga 26 Mei lalu mempunyai jadual lawatan kerja rasmi yang ketat dan tidak mengadakan pertemuan dengan Syed Azidi.

“Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit,” katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini.

Dalam komennya kepada The Malaysian Insider semalam, Syed Azidi menegaskan, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”

“Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab,” kata beliau.

Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk

Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Syed Azidi pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti dari PMBK.

Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang “pemimpin yang istimewa.”

Wednesday, June 1, 2011

Kontrak BBCC & Penjualan Tanah UDA - NUR JAZLAN TERUS DIASAK !!!

Ahli Perlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA yang pernah bermimpi untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO terus diasak oleh pelbagai pihak terutamanya dikalangan pemimpin dan para penyokong UMNO berkaitan beberapa isu. Antaranya,



Kenyataan Datuk Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dalam Utusan Online pada 31 Mei 2011.

"Saya nak tanya Nur Jazlan, Lembaga Pengarah UDA bermesyuarat hari ini tetapi kenapa beliau mendahului keputusan Lembaga Pengarah apabila memberi gambaran hanya syarikat hartanah dari China yang akan dipilih untuk membangunkan bekas tapak Penjara Pudu.
"Saya juga nak tanya kepada Pengerusi UDA ini, kenapa hanya satu syarikat sahaja, iaitu syarikat China tersebut yang diserahkan kepada Kementerian Kewangan jika Lembaga Pengarah hanya bermesyuarat hari ini? Kenapa tidak serah semua 11 syarikat kepada Perdana Menteri?.
"Jadi siapa sebenarnya yang mempunyai kepentingan peribadi dalam hal ini, saya atau Nur Jazlan. Apakah hanya selepas keputusan dibuat baru pemimpin UMNO boleh bersuara? Hanya selepas bumiputera terus terpinggir baru bersuara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dan juga persoalan dan keresahan yang di timbulkan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

PETALING JAYA 31 Mei - Tindakan Uda Holdings Bhd., (UDA) yang kebelakangan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan kontraktor bumiputera terus dipersoalkan apabila ia didapati dalam proses menjual sebidang hartanah miliknya yang terletak di kawasan utama iaitu di Jalan Sultan Ismail di ibu kota.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau mendapat tahu UDA kini bercadang menjual tanah miliknya yang berukuran 1.4 hektar bersebelahan Hotel Sheraton itu kepada Mutiara Goodyear Development Bhd., (Mutiara) pada harga RM215.5 juta.
Menurutnya, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan UDA kerana ia pasti merugikan pemilikan tanah bumiputera di kawasan bandar dan bercanggah dengan falsafah penubuhan UDA yang bertujuan menjaga kepentingan pemilikan hartanah golongan tersebut.
"Jika benar perkara ini sedang berlaku, Pergerakan Pemuda UMNO menggesa UDA supaya mengkaji cadangan itu kerana ia akan merugikan golongan Melayu dan bumiputera di bandar.
"Pihak pengurusan UDA perlu mengingati bahawa syarikat itu ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pemilikan hartanah bumiputera di kawasan bandar dan ia (UDA) bukanlah agen hartanah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Forumer Kelab Chedet terus mem'balun' Nur Jazlan juga ekoran kisah esebelum ini yang mana YB dan Ketua Bahagian UMNO Pulai pernah menghina mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Antara kenyataan yang dilontarkan oleh S/U Kelab Chedet dalam forum hehe..TENDANG SAJA JAZLAN DARI UDA....!!!

hehe...nampak nya kemelut UDA dan pembangunan BBCC akan sampai ke kemuncak nya apa bila TPM sudah minta penjelasan dan SPRM pula akan meneliti isu kontrak tersebut!!!

hehe... sebagai org melayu aku sendiri pun hairan dgn jawapan yg diberikan oleh oengerusi UDA yang konon nya cuma 1 sahaja syarikat bumi yang hantar proposal dan itu pun konon nya tidak akan dilayan..kerana kontrak lebih 6 bilion itu mungkin akan diserahkan kpd syarikat dari cina...!!!

hehe...aku tak faham lah cam mana si jazlan ini berperanan?? apakah dia ini mmg jenis tidak mampu nak faham apa peranan UDA kepada pembangunan harta org melayu??/

hehe...hehe kalau lah ...benda2 macam ni pun ada pemimpin melayu yg nak tolak peranan org melayu sendiri...apa guna dia jd ketua badan yg diberi amanah utk jaga hak melayu??

hehe... sebenar nya... aku sendiri ada dengar banyak benda 'pelik' yg si jazlan ni buat dalam UDA hingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan staf UDA sendiri....!!

hehe aku nampak si jazlan dah rasa dia macam raja kat UDA lantaran itu.. dia berani buat apa saja... hatta menolak kepentingan melayu!!!

hehe...aku harap... mangkok yg ada hubungkait gan malaysia insider ni ..ditendang saja dari UDA.... kerana dia mmg tak layak utk jaga kepentingan melayu!!!

hehe hidup melayu!!!


Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang prihatin terhadap isu ini. Nur Jazlan wajar ditendang dari UDA.

berita lanjut : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan lengkap projek dikenali Bukit Bintang City Centre (BBCC) itu penting bagi memberi gambaran mengenai proses pelaksanaan projek tersebut yang didakwa meminggirkan syarikat bumiputera.

Laporan itu, katanya, akan dibawa ke Kabinet untuk dinilai sama ada sistem pemilihan yang digunakan UDA bagi memilih syarikat pelaksana projek itu dibuat mengikut peraturan atau bertentangan dengan dasar sedia ada.

‘‘Saya membaca polemik antara Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang) dan beberapa Yang Berhormat lain mengenai UDA. Jawapan Pengerusi UDA (Datuk Nur Jazlan Mohamed) nampak tidak memuaskan hati.

‘‘Kita akan minta laporan lengkap daripada UDA sendiri untuk memaklumkan kepada kabinet apakah kedudukan sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Video: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah - APA KATA ANDA ?

Ketika bloggers dan media pro kerajaan begitu hebat menyerang isu video panas yang dikaitkan dengan DS Anwar Ibrahim dan pada waktu yang sama bloggers dan media pro pembangkang mempertahankan beliau, Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan dan bekas Mufti Perlis Dr MAZA bersepakat menolak cara permainan isu Video Panas ini.

Hujah-hujah dibentangkan dalam forum "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran Sinar Harian. 

Apa pandangan anda pula ?


Video: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah

Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.

"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.

Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.

"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.

'Betul, salah isu kedua'

Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.

Tokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.

"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.

"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.

"Kita kena konsisten, PAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.

"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya.