Minda Hijrah Headline Animator

Friday, August 5, 2011

CUEPACS minta BONUS 2 bulan gaji Kakitangan Awam

Selepas kerajaan mengumumkan pemberian BONUS kepada peneroka Felda, kini giliran CUEPACS pula menantikan berita baik dari kerajaan. Permohonan rasmi telah dihantar kepada Perdana Menteri sejak dua bulan lepas supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus 2 bulan gaji bagi meringankan beban kewangan kakitangan awam. 
 
Sudah tentu pemberian bonus sebanyak 2 bulan gaji kepada kakitangan awam akan melibatkan perbelanjaan yang amat besar. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi menghadapi pilihanraya ke 13 nanti.
 
Apa-apa pun, 'Good Luck' kepada Cuepacs. Semoga hasrat dan impian kakitangan awam tercapai.
 
Oh! Ya ... diberitakan kerajaan negeri Selangor sudah mengumumkan pemberian bonus RM500 kepada kakitangan awam negeri. Takkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lain berdiam diri aja :)
 

2 comments:

  1. pemberian bonus ini perlu diseimbangkan dan diselaras dalam semua negeri utk meringankan beban rakyat terutama sekali golongan yg pendapatan yg rendah.Lebih2 lagi kini ekonomi tidak menentu menuntut semua keperluan meningkat.Jgn pula 'segala cutting cost' tersebut hanya utk mega projek sahaja...takkanlah bonus sekurang2nya RM500 xdapat diberi..

    ReplyDelete
  2. Keris 7 Lok - saya dah add link tuan sejak permintaan tuan dulu lagi ...

    ReplyDelete