Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, November 14, 2010

Kebebasan Media: Pakatan Rakyat Cakap Tak Serupa Bikin

Ternyata kebebasan media yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat adalah retorik dan pembohongan semata-mata. Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah telah melarang sebahagian besar media dari membuat liputan di belanjawan yang akan dibentangkan di dewan negeri itu pada hari Isnin nanti. 

Arahan itu dilapor dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh setiausaha akhbar menteri besar yang hanya membenarkan Harakah, The Star, Sinar Harian, Sin Chew Daily and Makkal Osai membuat liputan sesi belanjawan sehingga Selasa ini. Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia Hata Wahari dilaporkan kecewa dengan langkah itu, sekali gus mendesak larangan itu dibatalkan.

Mungkin tindakan diambil susulan insiden 'naik angin' Menteri Besar Kedah dalam satu sidang media berkenaan isu bantuan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir . Dan kini adalah masa untuk pembalasan dendam !!

Friday, November 12, 2010

Sikap Double Standard dan Berat Sebelah Kerajaan dipertikai

PERKASA bangkit mempersoalkan sikap double standard Kerajaan terutamanya Kementerian dalam Negeri (KDN) dalam mengambil tindakan berkenaan isu-isu perkauman. Sedangkan begitu banyak kenyataan - kenyataan dari pembangkang dan pemimpin BN lain yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan tidak diambil tindakan. Namewee yang jelas menghina Lagu Negaraku dan menghina pelbagai pihak juga TIDAK diambil tindakan. Kesabaran ada hadnya, tapi sampai bila ?

Kenyataan rasis: Perkasa pertikai tindakan ke atas dua pengetua, pegawai BTN
November 11, 2010KUALA LUMPUR, 11 Okt – Perkasa mempertikaikan tindakan menggantung tugas terhadap pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) dan dua pengetua sekolah, yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.

Justeru Perkasa meminta kerajaan mengkaji semula hukuman tersebut yang disifatkan tidak adil terhadap kedua-dua kakitangan awam itu.

Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya, Siti Aishah Mansor dan penolong pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husain didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.

Siti Inshah didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Hamim pula didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis pada satu majlis tertutp anjuran Puteri Umno September lalu.

Kedua-dua mereka telah dikenakan tindakan disiplin dengan digantung daripada tugas masing-masing.

“Perkasa sangat kesal dengan tindakan kerajaan ini yang begitu pantas mengambil tindakan terhadap mereka sedangkan banyak isu-isu perkauman yang dibangkitkan orang bukan Melayu tidak pula diambil sebarang tindakan.

“Jadi kita minta supaya kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut kerana nampak wujudnya ‘double standard’ dalam isu menjatuhkan hukuman dalam hal-hal berkaitan perkauman.

“Perkasa merasakan ia seolah-olah berat sebelah, apa sahaja yang disuarakan orang Melayu dianggap semua salah tapi apa yang dibangkitkan orang bukan Melayu yang dilihat mencabar Perlembagaan Persekutuan pula tiada sebarang tindakan diambil,” kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar ketika sidang media di sini.
Menurut Abdul Rahman, kerajaan perlu adil dalam mengambil tindakan terhadap isu-isu berkaitan perkauman yang dibangkitkan.

“Bila orang Melayu bersuara dikatakan rasis, tapi bila bukan orang Melayu mencabar Perlembagaan Persekutuan tidak mengapa.
“Kita mahu tindakan tegas diambil terhadap Namewee, tapi sehingga sekarang tiada apa-apa yang berlaku. Bila membabitkan orang Melayu begitu cepat tindakan diambil.

“Perkasa ingin tanya apakah alasan-alasan yang dipakai Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Namewee?

“Kita minta supaya Jabatan Peguam Negara tidak berlengah-lengah untuk mengambil tindakan terhadap Namewee kerana apa yang dibuat lebih teruk daripada yang dikatakan kedua-dua kakitangan awam itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah pula mahu Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas sesiapa sahaja yang menghina orang Melayu dan juga Raja-raja Melayu.

“Kita minta supaya Kementerian Dalam Negara dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas dalam isu perkauman ini.

“Kalau tiada sebarang tindakan diambil sehingga Hari Raya Haji, kita akan menyerahkan memorandum terhadap kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Peguam Negara.

“Kita harap tindakan tegas diambil terhadap mereka yang tidak menghormati orang Melayu dan Bumiputera. Tindakan tegas perlu diambil, kita tidak mahu keputusan yang diambil itu hanya berlandaskan faktor politik sahaja,” katanya.

Pada sidang media itu juga, Abdul Rahman berkata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sudah semakin sembuh selepas menjalani pembedahan jantung bulan lalu.

“Beliau (Ibrahim) sudah semakin sembuh dan kita harap beliau dapat bersama-sama kita tidak lama lagi,” katanya.

Monday, November 8, 2010

Zaid Ibrahim Tinggalkan Kapal PKR sebelum Lemas dan Tenggelam

Akhirnya Datuk Zaid Ibrahim menyedari dan melihat sendiri bahawa tidak wujud keadilan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dan perjuangan yang sering dilaungkan oleh PKR adalah sekadar retorik semata-mata. Malah lebih banyak huru-hara dan pergaduhan sepanjang pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini.

Yang masih dalam PKR tu, bila lagi mahu berhijrah ? Hijrah sebelum Parah !

Petikan Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/147547
Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.
Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.