Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, October 31, 2010

PRK Batu Sapi - YTL Sebat duit Syarikat Kerajaan ?

Media Batu Sapi telah mendedahkan penyelewengan telah dilakukan YTL semasa berkuasa dan kini sudah tiba masanya RAKYAT SABAH menolak beliau. YTL yang suka 'TIKAM BELAKANG' ini mempunyai sejarah buruk. Antaranya, menikam' Pairin Kitingan dengan keluar meninggalkan PBS bersama beberapa wakil rakyat lain untuk menubuhkan SAPP pada tahun 1994. YTL dikatakan membawa SAPP keluar dari barisan Nasional pada tahun 2008 kerana kecewa tidak dilantik Senator. 

Sumber http://mediabatusapi.blogspot.com/2010/10/ytl-cekup-duit-syarikat-kerajaan.html

Blog ini telah berjanji untuk mendedahkan satu lagi perbuatan songsang YTL ketika menjadi Ketua Menteri 1996-1998.  Makin banyak maklumat diterima dan buat nafas kita sesak.

Sesak nafas bukan pasal tidak boleh handle, tapi pasal sakit hati kerana merasa ditipu oleh YTL.  Duit rakyat dia sapu dengan bermacam-macam cara termasuklah melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Kisah kali ini ialah mengenai syarikat yang dimiliki oleh agensi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) atau lebih dikenali dengan nama singkatan SLDB.

SLDB memiliki beberapa syarikat dan salah satunya ialah Sapi Plantations Sdn Bhd (mungkinkah ada kaitan dengan Batu Sapi?).

Sapi Plantations Sdn Bhd (Sapi PSB) adalah syarikat yang terlibat dalam perladangan yang memiliki tanah seluas 142 km persegi di Sandakan yang ditanam dengan kelapa sawit.  Luas kawasan itu bersamaan dengan satu suku keluasan Parlimen Batu Sapi.  Naaaa yu', cuba kau bayangkan berapa hasil ia boleh keluarkan.

Dipendekkan cerita SLDB menjual saham syarikat ini untuk membuat keuntungan pelaburan dan keuntungan itu mencecah jutaan ringgit.  Jual dapat untung tu tidak apa, jangan saja jual tapi rugi.

Masalahnya ialah apabila YTL mahukan keuntungan itu dimasukkan ke dalam poketnya sendiri dan bukan dipulangkan kepada SLDB.

Maka dia arahkan bekas Pengurus Besar SLDB Datuk Wasli Said untuk masukkan RM5 juta keuntungan dari hasil jualan saham Sapi PLB itu dengan menyerahkan wang berkenaan kepada agen YTL.

Inilah juga modus operandi yang dia gunakan untuk mengisap duit Warisan Harta dengan mengulun (membuat arahan secara paksa) kepada Rahman Ghani, Pengarah Urusan Warisan Harta Sdn Bhd (juga GLC Kerajaan Negeri) dalam kes share swap saham blue chip milik Warisan Harta dengan saham murah NBC/NBT.

Inilah fakta yang didedahkan oleh Wasli dalam Mahkamah Sesyen pada 12 Feb 2004.  Kenyataan Wasli diterima oleh mahkamah sebagai bukti yang tidak dipertikaikan.

Oleh kerana bukan YTL yang didakwa dalam kes berkenaan, maka ini adalah peluang keemasan para pengundi Batu Sapi untuk menghukum YTL yang menjadi drakula menginas (mengikis) wang rakyat Sabah dengan TIDAK MEMBERI UNDI kepada beliau dalam Pilihan Raya Kecil ini.

Kita di Parlimen Batu Sapi ini memegang amanah khas mewakili rakyat Sabah yang lain untuk memberi pengajaran kepada balan-balan YTL ini.

Apa lagi..... ini kali la!

Thursday, October 28, 2010

Selepas IFF, Kini Isu Hab Hiburan dalam ETP Diputarbelitkan

Salam Sejahtera,

Islamic Fashion Festival (IFF)

Isu Islamic Fashion Festival begitu hangat didendangkan sepanjang dua minggu ini apabila bloggers pembangkang memutar belitkan fakta dengan mengeluarkan FITNAH terhadap DS Rosmah Mansor, kerajaan dan UMNO. Ramai kalangan blogger pro kerjaaan telah menjawab dan membetulkan fakta-fakta yang diputarbelitkan. Ustaz Fathul Bahri, penasihat agama IJN juga menegur cara pembangkang memainkan isu ini. Beliau kini sudah menjadi sasaran maki hamun.


Hab hiburan dalam ETP

Isu hab hiburan yang merupakan sebahagian kecil dalam ETP menjadi tajuk utama Malaysiakini sedangkan ETP merangkumi skop yang cukup luas. Armand PERKASA memberi kenyataan yang selari dengan apa yang dibentangkan dalam ETP.

http://www.malaysiakini.com/news/146562
"Sebab itu lebih baik disediakan hub untuk operasi bagi memenuhi minta 'mereka' yang sebegitu di suatu tempat yang khusus," kata ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah
Jika dirujuk dalam laporan ETP, apa yang ditulis berkaitan isu ini ialah demarcating dedicated entertainment zone..... to cater to foreign visitors ' bermakna membuat entertainment zone khusus yang jauh dari resident zone untuk pelancong asing.

Nah! lihat sendiri putarbelit yang dibuat pembangkang - Sedangkan YAB Menteri Besar Kelantan sendiri meluluskan LESEN ARAK bagi menghormati bangsa lain.

Akhir sekali, renungi pandangan Nordin, Exco Kelab Chedet Malaysia

http://www.kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3691&postdays=0&postorder=asc&start=30

Perkara ini aku kira sangat subjektif, yang pasti kita tidak boleh memaksa (imposed) larangan agama kita terhadap orang lain kerana orang lain juga mempunyai hak yang sama untuk memilih mana yang baik berdasarkan kepercayaan mereka.

Jadi pada aku, tak kisahlah dia nak buat untuk foreigners ker atau orang tempatan ker, yang penting kita ada pilihan untuk tidak pergi ke situ jika kita tidak mahu. Masaalah dengan orang kita ni, kita suka sangat menyalahkan unsur luaran daripada menyalahkan diri sendiri. Tak ada siapa pun boleh paksa kita pergi kesitu jika kita sendiri tidak mahu, tapi kalau hati dah mahu, jangankan di Malaysia, diluar negara pun ramai rakyat Malaysia yang pergi. Tak payah pergi tengok jauh, tengok saja kat Hatyai tu, orang Melayu jugak yang lebih ramai kesitu, adakah kita nak menyalahkan kerajaan Thailand kerana buka pusat hiburan disitu, dan yang pergi tu tak salah sebab mereka gagal menahan hawa nafsu mereka???

Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan Agung UMNO 2010 (1) - Satu Pengalaman

Salam,

Saya berkesempatan ke PWTC semalam selepas pulang dari kerja  lepas Magrib bertemu beberapa kenalan. Ini adalah julung kali saya pergi ke Persidangan UMNO. Begitu meriah dan ramai sekali kerana ada Perasmian Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden. Pemudanya segak berbaju melayu lengkap, Puterinya yang manis - manis dan Wanita garang dengan warna merahnya.

Disebabkan saya tidak terlibat secara langsung, maka saya duduk bersama rakan FBookers dan JK Pemuda Kuala Langat pekena sup tulang dan berborak berkenaan politik semasa. Antara yang menarik dibincangkan berkenaan laporan Penyelaras DUN yang TIDAK berkata benar tentang laporan terkini kekuatan semasa UMNO di kawasan mereka. Mereka masih berbohong dan sanggup membuat laporan PALSU bahawa UMNO mempunyai peluang cerah dan selesa sedangkan keadaan adalah sebaliknya. Masih ada lagi penyakit kronik begini dalam UMNO.

Kemudian ke Riveside bersama JK Pemuda Kepong dan juga rakan-rakan bloggers selepas majlis Perasmian Sayap UMNO tamat . Dan akhirnya minum di Jalan Ipoh bersama S/U Kerja Kepong, Jeff, Naim dan Exco Pemuda K.Langat sehingga jam 2.15 pagi.

Hari ini Persidangan Wanita, Pemuda & Puteri dilangsungkan serentak.  Kepada rakan-rakan perwakilan, Selamat Bersidang !

Monday, October 11, 2010

Pembangkang takut hilang sokongan bukan Melayu

Hari ini ramai pemimpin-pemimpin Melayu dari parti pembangkang menuduh UMNO cuba menakut-nakutkan orang Melayu tentang akan berlakunya kehilangan kuasa politik dari tangan Melayu jika UMNO tidak disokong oleh orang Melayu. Kata mereka tektik ini sengaja dibuat bertujuan untuk mengekalkan UMNO terus berkuasa. Kata mereka lagi tektik menakut-nakutkan orang Melayu ini sudah ketinggalan zaman kerana orang Melayu sekarang sudah dikatakan semakin cerdik untuk menilai prestasi UMNO itu sendiri.

Oleh kerana orang-orang Melayu sekarang sudah dikatakan semakin cerdik, jadi orang Melayu tidak perlu merasa takut tentang kehilangan kuasa politik Melayu itu apa lagi jika kuasa yang ada ditangan Melayu UMNO itu dikatakan lebih banyak melakukan penyelewengan daripada kebaikan malah tidak membawa banyak faedah kepada orang Melayu itu sendiri.

Jadi pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini menyeru supaya orang-orang Melayu bangun menentang penipuan UMNO yang kononnya UMNO itu dicipta khusus untuk orang Melayu dan orang Melayu pula harus menyokong UMNO untuk terus kekal berkuasa. Kata mereka lagi, apa yang negara perlukan sekarang adalah politik ala baru yang boleh membawa harapan untuk seluruh rakyat dan yang dapat meliberalisasikan minda rakyat daripada terus dibelungui oleh penipuan UMNO supaya keadilan untuk seluruh rakyat boleh dicapai.

Namun keadilan yang pemimpin-pemimpin pembangkang cari itu sebenarnya bukannya untuk seluruh rakyat seperti mana yang mereka dakwa itu tetapi lebih untuk menjaga kepentingan seorang individu supaya individu ini terlepas daripada dakwaan seks diluar tabie yang menjadi kegemaran beliau selama ini. Inilah asas ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem kehakiman negara sekarang. Mereka menuduh segala yang tidak memihak kepada pemimpin mereka itu adalah perbuatan konspirasi dan persubahatan yang dilakukan bersama kerajaan UMNO hanya untuk menyekat individu ini daripada memegang kuasa di Putrajaya.

Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini tahu bahawa perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh pemimpin besar mereka itu sebenarnya tidak menimbulkan masaalah besar untuk diterima oleh kebanyakan pengundi bukan Melayu kerana perbuatan salah-laku seks seperti itu masih boleh dianggap sesuatu yang 'private' dan tidak membabitkan pengundi mereka secara langsung. Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini juga tahu bahawa pengundi-pengundi bukan Melayu ini lebih mengutamakan janji-janji manis mereka daripada menilai perbuatan yang berlaku didalam kamar tidor mereka.

Itu sebab pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini melihat sokongan pengundi bukan Melayu ini lebih mudah diperolehi daripada meletakkan harapan yang tinggi kepada pengundi-pengundi Islam yang nampaknya lebih sukar untuk menerima orang yang terlibat dengan salah laku seks seperti mana yang dibabitkan dengan pemimpin besar mereka sekarang. Atas sebab itu mereka terpaksa menumpukan lebih banyak perhatian untuk mengumpan sokongan pengundi bukan Melayu daripada cuba menjaga hati pengundi Melayu yang sememangnya kurang berminat untuk menyokong perbuatan salah laku seks pemimpin mereka itu.

Apa tah lagi cara untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu itu juga lebih mudah daripada menarik sokongan pengundi Melayu terutama bila mereka tahu pengundi bukan Melayu ini sememangnya telah lama memendamkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap dasar-dasar kerajaan UMNO yang dikatakan lebih memihak kepada kaum Melayu itu. Oleh itu mudahlah bagi pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini menghasut pengundi-pengundi bukan Melayu dengan membangkitkan rasa iri hati dan cemburu kaum bukan Melayu terhadap hak-hak Melayu yang dijaga oleh UMNO selama ini.

Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini sememangnya tidak takut ditolak oleh pengundi-pengundi Melayu jika mereka sendiri dilihat sebagai mengabaikan hak-hak Melayu ini kerana sokongan orang Melayu yang mereka ada itu pun sememangnya terlalu kecil dan terhad kepada ahli-ahli parti mereka saja. Sebab itu sokongan pengundi-pengundi Melayu yang mereka ada itu perlu ditambah dengan majoriti yang lebih besar dari pengundi-pengundi bukan Melayu supaya ianya menjadi cukup besar untuk menguguat UMNO yang masih mengharap undi daripada orang-orang Melayu itu.

Oleh sebab itu mereka sebenarnya lebih takut kehilangan sokongan pengundi bukannya Melayu khususnya sokongan kaum Cina daripada takut kehilangan sokongan pengundi Melayu yang sememangnya lebih memihak kepada UMNO itu. Untuk menyembunyikan ketakutan mereka terhadap kehilangan sokongan pengundi Cina ini, mereka menuduh pula UMNO cuba menakut-nakutkan pengundi-pengundi Melayu tentang kehilangan kuasa politik orang Melayu jika pengundi Melayu tidak menyokong UMNO.

Dengan tuduhan mereka itu mereka berharap UMNO akan kekal dengan imej racistnya. Tuduhan mereka itu pastinya akan berjaya menaikkan rasa kebencian pengundi Cina terhadap UMNO yang mereka dakwa sebagai racist itu walau pun pemimpin-pemimpin UMNO cuba membawa pendekatan baru yang lebih mesra kepada kaum Cina sekarang.

Jadi siapa yang lebih TAKUT sekarang, jika benar UMNO takut kehilangan kuasa kerana tidak disokong oleh orang-orang Melayu, sekurang-kurangnya ketakutan UMNO itu berasas kerana kuasa yang UMNO ada sekarang ini pun sememangnya diperolehi daripada sokongan kuat orang-orang Melayu, tetapi pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini sebenarnya lebih takut kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya dari kaum Cina walau pun diketika mereka belum mempunyai kuasa untuk memerintah.

Oleh kerana pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang ini takut kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu yang memberi kelebihan kepada mereka sekarang, mereka terus menghasut pengundi-pengundi bukan Melayu ini terus membenci UMNO dengan menuduh UMNO hanya memihak kepada kaum Melayu dan menuduh UMNO cuba menakut-nakutkan orang Melayu tentang kehilangan kuasa politik Melayu jika orang Melayu tidak menyokong UMNO sekarang.

Tidak ada mana-mana negara di dunia yang mempunyai pasukan suami-isteri, anak-beranak yang menguasai semua jawatan penting dalam parti semata-mata kerana anak-bernak ini TAKUT melepaskan peluang kepada orang lain untuk berkuasa. Jadi mereka lebih TAKUT membiarkan orang lain berkuasa daripada mengutamakan anak-beranak mereka sendiri dan sebab itu mereka tidak mahu memberi peluang kepada orang lain untuk berkuasa selain daripada keluaraga mereka sendiri.

Orang Melayu menyokong UMNO bukan kerana mereka menyokong mana-mana individu tetapi menyokong UMNO kerana mereka mahu UMNO terus menjaga hak mereka daripada cuba digadaikan oleh kumpulan Melayu pembangkang ini. Tidak seperti pengundi bukan Melayu yang hari ini diajak menyokong pembangkang bukan kerana pembangkang itu mahu membela nasib kaum mereka tetapi semata-mata kerana hendak memberi peluang kepada Anwar Ibrahim dan isteri serta anaknya berkuasa, Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng berkuasa dan Karpal Singh dan anak-anaknya berkuasa.

Jadi memang benarlah perjuangan pembangkang itu tidak mengira mana-mana kaum kerana yang mereka ambil kira itu adalah mengutamakan kaum keluarga dan sahabat handai mereka sendiri saja. Inilah konsep dan misi politik pembangkang sebenarnya, bukannya politik untuk membela nasib rakyat tetapi politik untuk mentahktakan anak-beranak mereka sendiri supaya mendapat kuasa dengan memperlembukan rakyat jelata untuk menyokong.

NORDIN
Penulis adalah Exco Kelab Chedet Malaysia dan boleh dihubungi di http://www.kelabchedet.com/

Tuesday, October 5, 2010

Kenapa Perkasa Diperlukan?

Salam Sejahtera,

Nampaknya kewujudan Perkasa sebagai NGO yang mewakili kepentingan Bumiputera terus mendapat perhatian dikalangan ahli politik dan rakyat Malaysia. Kali ini saya akan menerbitkan lagi pandangan yang diutarakan oleh Bro Nordin, Exco Kelab Chedet Malaysia berkaitan isu Perkasa. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua

Wassalam

RockY-MY
Kelab Chedet Malaysia
Kenapa Perkasa diperlukan?

Orang-orang Melayu sebenarnya semakin hari semakin merasa cemas apabila mereka melihat kedua-dua parti politik terbesar Melayu iaitu UMNO dan PAS hari ini semakin ghairah bersaing untuk menjadikan parti mereka sebagai “parti untuk semua”. Keghairahan persaingan diantara PAS dan UMNO ini menyebabkan perjuangan asal mereka iaitu untuk membela bangsa Melayu dan agama Islam jadi semakin pudar dan tersasar.

Setelah kemenangan PAS berjaya direalisasikan dengan bantuan DAP, PAS semakin hari semakin tunduk dengan desakan DAP yang mahukan PAS mengubah perjuangan Islam mereka kepada “PAS Untuk Semua”. Oleh kerana PAS takut kehilangan sokongan DAP, PAS menurut saja khendak DAP konannya dilakukan atas semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Begitu juga dengan UMNO yang turut didesak oleh rakan-rakan komponen BN supaya mengubah haluan jika UMNO tidak mahu terus kehilangan sokongan dari pengundi bukan Melayu. Untuk menyayingi “PAS Untuk Semua” itu, UMNO sendiri mempunyai slogan baru iaitu “1Malaysia” untuk semua. UMNO percaya dengan slogan baru ini pengundi bukan Melayu tidak lagi akan merasa terpinggir apa lagi dengan kesediaan UMNO mengorbankan ekuiti Melayu bagi membuktikan UMNO juga bersedia bersikap adil untuk semua kaum seperti mana PAS lakukan sekarang.

Dengan persaingan UMNO dan PAS ini, yang rugi tentulah orang-orang Melayu sendiri apabila UMNO yang dulunya menjadi pembela kepada orang-orang Melayu kini sudah bertolak ansur sanggup mengorbankan hak Melayu hanya untuk mendapat sokongan kaum Cina. Begitu juga dengan PAS yang dulunya begitu lantang memperjuangkan negara Islam kini lebih mudah bertolak ansur dengan Cina DAP kerana takut kehilangan undi kaum bukan Melayu.

Kedua-dua parti Melayu ini seolah-olah sudah lupa bahawa mereka bukan saja mempunyai tanggungjawab menjaga kepentingan orang-orang Melayu yang beragama Islam itu tetapi juga mempunyai tanggungjawa terhadap raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam di negeri-negeri Melayu. Mereka seolah-olah mengabaikan tanggungjawab mereka ini semata-mata kerana mahu bersaing bagi mendapat sokongan kaum bukan Melayu.

Kebimbangan raja-raja Melayu melihat kerenah dan perilaku kedua-dua parti politik Melayu ini sudah acap kali disuarakan tetapi masih tidak dipedulikan oleh kedua-duanya. Dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu pada Oktober 2008 telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang antara lainnya menyebut:
"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat”.


Bila suara raja-raja sendiri sudah tidak diendahkan lagi, dimana lagi orang-orang Melayu dapat menyalurkan suara kebimbingan mereka melainkan melalui NGO-NGO Melayu seperti Perkasa ini sebagai wadah baru untuk orang-orang Melayu terus bersuara.

Pada asasnya Perkasa tidak pernah berhasrat untuk mengantikan mana-mana parti politik Melayu yang sedia ada itu tetapi lebih kepada menjadi “referee” untuk meniup wisel amaran setiap kali bila kedua-dua parti Melayu ini melampaui garisan yang sudah ditentukan. Sudah tentu kedua-dua parti politik Melayu ini kurang senang dengan peranan yang dimainkan oleh Perkasa itu kerana itu hanya akan memperlahankan rentak persaingan mereka dan mereka juga bimbang keadaan itu akan membuat mereka terlepas peluang untuk memancing sokongan kaum bukan Melayu yang mereka anggap begitu penting buat mereka untuk menentukan kemenangan.

Orang Melayu nampaknya semakin hari semakin kuat menyokong Perkasa bukan kerana tertarik dengan personaliti Ibrahim Ali tetapi kerana mereka bersetuju dengan apa yang diperjuangkan oleh Ibrahim Ali itu. Kenyataan Ibrahim Ali bahawa orang-orang Melayu mestilah mengutamakan ketaatan mereka kepada raja sebenarnya membawa seribu makna. Hari ini orang-orang Melayu sudah tidak boleh lagi bergantung harapan kepada mana-mana parti politik Melayu jika kedua-dua parti Melayu ini sudah mula mengabaikan tanggungjawab perlembagaan mereka dalam menjaga kepentingan Melayu dan kesucian Islam di negara ini. Kedua-dua parti ini nampak sokongan kaum bukan Melayu itu lebih penting untuk menentukan kejayaan mereka. Namun kedua-dua kepentingan Melayu dan Islam ini sememangnya terletak dibawah perlindungan raja-raja Melayu seperti mana yang dinyatakan dalam kenyataan khas Majlis Raja-Raja itu maka itu orang-orang Melayu tidak ada pilihan lain melainkan meletakkan ketaatan mereka kepada raja.

Keghairahan PAS dan UMNO dalam memancing sokongan bukan Melayu itu mungkin dapat diredakan apabila orang-orang Melayu berjaya menarik perhatian kedua-dua parti Melayu ini supaya mereka bersaing antara satu dengan lain untuk mendapat undi orang-orang Melayu dan orang-orang Melayu pula akan hanya memilih satu antara mereka berdasarkan siapa yang lebih mengutamakan kepentingan Melayu dan Islam sekarang.

Disinilah Perkasa boleh memainkan peranannya dalam memaksa kedua-dua parti ini bersaing sesama mereka berdasarkan apa yang mereka dapat tawarkan kepada orang-orang Melayu sekarang. Jika ini berlaku, kedua-dua parti ini tidak dapat tidak terpaksa kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu menjaga kepentingan Melayu dan Islam di negara ini sebagaimana tujuan parti-parti ini mula-mula ditubuhkan.


Nordin
Penulis adalah Exco Kelab Chedet Malaysia dan boleh dihubungi di www.kelabchedet.com